Jom Kita Jadi Geng

Friday, April 27, 2007

DIRGAHAYU DULI TUANKU


"Bismillahirrahmanirrahim, Bahawa inilah dimasyhurkan kepada sekelian penduduk Malaysia iaitu Paduka Raja-raja telah memilih Duli yang maha Mulia Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan pada hari ini, waktu dan saat yang gilang gemilang ini, maka Seri paduka Baginda ditabalkan naik takhta kerajaan menjadi turus negara bagi Malaysia dengan bergelar Seri paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong"

Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

"Bismillahirrahmanirrahim, Beta, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata'ala kerana dengan izinNya beta telah dipilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong. Dengan ini beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan Negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam, dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara".

Tuanku Mizan Zainal Abidin
Yang Di-Pertuan Agong Ke 13


Photo: Raja-raja Melayu

Photo: Datuk Siti dan Suami

Photo: PM Pak Lah tiba

Foto-foto dipetik dari Akhbar The Star 27 April 2007.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...