Jom Kita Jadi Geng

Monday, May 7, 2007

ANAK RAJA PANAH (27-29 April)

(PHOTO: D'Boy Fauzuly sebagai Peran)

Foto-foto di bawah ini mampu menceritakan kemeriahan Persembahan Anak Raja Panah yang menerima sambutan yang baik dan tidak membosankan. Ada beberapa perkara yang menjadi kelemahan persembahan ini namun ianya dilindungi dengan kesantaian permainan para pelakon. Produksi ini dibimbing oleh Puan fatimah Abdullah (Kak Semoh) dan cerita ditulis oleh Dr Ghulam Sarwar. Ada beberapa pelakon yang mencuit hati saya dan saya merasakan bahawa mereka mempunyai potensi besar sebagai pemain makyung, khususnya Kamarul Baisah! Penceritaan di dalam persembahan makyung selalunya menjadi kurang masak dan tentunya ini bertitik tolak daripada skrip dan garapannya. Saya tidak mengatakan kelemahan pengarah ataupun penulisnya tetapi saya merasakan bahawa cerita Makyung perlu ditugaskan kepada pelajar penulisan untuk menggarapnya menjadi sebuah penceritaan makyung yang menarik dan kena dengan sebab musababnya tetapi tidak terkeluar daripada rangka cerita makyung. Apa yang ketara cerita ARP ini, konflik dan resolusi cerita terlalu mudah sehingga elemen getir, sedih dan dramatik itu hilang sedangkan makyung yang baik adalah dilengkapi dengan elemen dramatiknya.







No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...