Pak Lah nak datang...Pak Lah nak datang.... Pak Lah nak datang! betul ke Pak Lah nak datang ke ASWARA? memanglah betul! Perdana Menteri Malaysia ke 5 akan akan datang ke kampus ini dan merasmikannya. Patutlah rupa ASWARA berubah mengejut sejak seminggu yang lalu. Jalan yang pudar kini dah merah benderang. Tempat letak kereta yang panas dah redup lepas ni sebab canopy didirikan. Sebuah pentas dan canopy utama akan didirikan di hadapan orkestra hall. Bunga-bunga macam-macam warna ditanam dan dipupuk di hadapan ET. Toilet semua dibersih dan dah tak berbau lagi...pintu yang rosak sudah diganti malah tandas dekat surau lelaki yang tidak terjaga sekian lama sudah dimake-over...macam tak percaya semua ini berlaku. Seperti satu mukjizat singgah di ASWARA dan merubah hati orang-orang yang menghuninya untuk melihat kampus ini cantik dan indah serta tidak tercalit sedikitpun kecacatan. Penghuni-penghuni ASWARA pun apatah lagi sibuk dan giat menjalani latihan untuk menyambut Pak Lah. Dan ramai pekerja kontrak membersih dan mencuci segenap ceruk di kampus ini dari lantai, rumput, dinding-dinding, tembok hinggalah lubang air-cond bilik saya (Saya terfikir bukankah elok kalau pembersihan ini dibuat rutin jadi tak perlu tunggu Pak Lah). Berbagai acara telah disusun dan kami dijangka akan menyambutnya sepanjang 200 meter. Selain itu, PMS yang tak pernah singgah di ASWARA tapi kali ini menyinggah dan bermacam aktiviti akan diadakan. Tentu sekali meriah dan ramai orang akan datang ke ASWARA sepanjang hujung minggu nanti. Pendek kata lepas ini takdalah orang yang tak kenal dan tahu apa dan di mana ASWARA itu! Terima kasihlah Pak Lah!
Ya, ini mungkin pertama dan terakhir seorang perdana menteri datang ke ASWARA, lepas ni kita tak tahu. Harap-harap lepas ni YDP Agong pula sudi datang dan tentu sekali banyak yang kampus ini akan dapat dan bukan sekadar canopy dan jalan merah!
No comments:
Post a Comment