Sejak Pak lah datang pada 9 April yang lalu, kampus ASWARA kekal berseri dan warganya macam kerja kuat sikit. jabatan teater pun sepanjang April ini ada dua production yang dijayakan oleh para pelajar jabatan.
LAWYeR DAHLAN
TANDA
LAILA MAJNUN
MAKYUNG RAJA PANAH
LAWYeR DAHLAN
Teater ini dipentaskan oleh para pelajar tahun satu bagi melengkapkan pengajian kursus Produksi Teater Moden di bawah bimbingan Puan Marlia Musa. Naskhah ini adalah karya SHAHROM HUSIN iaitu antara penulis pelopor drama moden Malaysia, selain Lawyer Dahlan beliau terkenal dengan naskhah Si BOngkok Tanjung Puteri. Dengan mengambil kira Lawyer Dahlan adalah naskhah drama moden terawal maka ianya dipentaskan walaupun kritik sosialnya agak lapuk namun boleh disesuaikan dengan zaman. Saya rasa apabila diukur kepada soal persembahan, para pelajar sudah menunjukkan kebolehan dan bakat yang terpuji dengan proses dan kematangan usia mereka. Memang tidak dinafikan terserlah kementahan daripada segi penafsiran teks khususnya penyampaian dialog. Itu belum lagi diukur kepada kemampuan mereka menjaga tempo, level, motivasi dan beberapa aspek lagi. Namun yang penting mereka memberi satu janji kepada kelahiran bakat muda teater.
TANDA
Saya terlewat hadir menonton teater eksperimen yang dijayakan oleh para pelajar dua batch iaitu tahun 2 dan 3. Namun sempat jualah saya merangkum keseluruhan persembahan dan pendekatan pengarahan di dalam TANDA ini. Apabila masuk ke Black Box mata kita akan terpandang kepada ruang lakon yang mengisi sebuah peta dunia bersaiz mega yang dibuat daripada pasir. katanya para pemain perlu membentuk peta dunia setiap kali mahu memulakan latihan ataupun persembahan. Itu saya tanya dan perhatikan sewaktu meninjau kerja-kerja teknikal semasa team TANDA mula masuk panggung.
Para pemain semuanya berseluar merah dan disesuaikan dengan pakaian atas mengikut kegemaran atau watak yang diingini oleh pemain itu sendiri. Saya lihat potensi pelajar terserlah di dalam persembahan ini, mereka tidak dikongkong dengan tertib dan naskhah besar tetapi mereka memberi tafsiran sendiri ke atas naskhah yang ditulis oleh 3 rakan mereka iaitu Amelia, Zaiful dan Fauzuly. cara Namron membimbing 6 orang pengarah juga patut dipuji, saya melihat beliau menetapkan konsep dan tema namun pengarah perlu mengenal teknik pengarahannya. Hasilnya kita melihat 6 cerita berbeza yang memberi kesan yang berbeza. Cara begini saya puji dan terpesona dengan hasilnya. Kita dapat lihat bagaimana mereka mengupas isu dan menterjemahnya ke pentas, saya lihat jarang sekali pelajar diberi kebebsan untuk bersuara melalui karya, apatah lagi kalau karya itu adalah tulisan penulis lain yang akhirnya mereka hanya menjadi penyampai cerita yang membosankan.
Apabila TANDA membuka ruang seperti ini, ia seperti membuka mata saya bahawa pelajar sepatutnya dibuka peluang kepada cara berkarya sebegini walau sependek 10 minit dan di situ kita akan lihat kematangan mereka mengupas sesuatu isu. Apapun ianya perlukan bimbingan.
LAILA MAJNUN
Saya berlari ke Panggung bandaraya DBKL untuk menyaksikan Bangsawan Laila Majnun yang dijayakan oleh Istana Budaya. Secara keseluruhannya saya suka menontonnya tetapi plot ceritanya meleret dan panjang seperti dipaksa-paksa untuk menangiskan penonton yang akhirnya penontontidak menangis dan lebih mengecewakan penonton ketawa di babak yang sepatutnya tegang ataupun sedih! Saya ini satu kelemahan yang perlu diselidiki. Secara pakejnya produksi ini dianggap berjaya dan ada cubaan merubah bentuk bangsawan konvensional. Pelakon utamanya Rudy dan Siti Aishah terserlah bakatnya, namun saya amat mengagumi lakonan Rohaini Simpan dan Fateh. Nyatanya mereka berdua mematikan watak utama dan watak-watak lain.
Bangsawan arahan A.Aris Kadir ini akan lebih menarik sekiranya diperkemaskan jalan cerita, tempo yang kurang baik dan pecahan babak yang tidak kemas. Apapun saya bagi pujian kepada unit senireka dan muzik kerana ia mengasyikkan saya sepanjang persembahan.
MAKYUNG RAJA PANAH
Jangan lupa ASWARA akan mementaskan makyung Anak Raja Panah yang akan dijayakan oleh para pelajar Tahun 3 di bawah bimbingan Puan Fatimah Abdullah (Kak Asmah). Shownya akan bermula 27-29 april 2007. Nyatanya bulan ini banyak betul acara dan persembahan.
No comments:
Post a Comment