Apa yang saya rasa bila sunyi atau buntu dan pabila waktu itu datang apa yang saya isikan ketika rasa itu datang? hari-hari kemudian ini banyak saya ambil masa untuk bersendirian dan mencari-cari ruang yang tidak terisi dalam diri. Tahun 1991 saya jejak Kuala Lumpur dan telah saya redah jerih perih hidupnya sehingga pengalaman kocek cuma tinggal 40 sen untuk survive! Tapi itu semua pengalaman yang mendewasakan saya hari ini. Berebut naik BMW maksud saya bas mini wilayah yang berwarna pink dan adakalanya saya naik bas Sri Jaya. jarang sekali naik teksi. Tahun-tahun itu mana ada LRT. Masa belajar kat UM dulu kalau tak da duit dan tak cukup untuk belanja maka jalan kakilah saya dari kampus ke Pantai Dalam. Jauh tu... tapi itu adalah kecekalan yang tumbuh dalam diri.
Hari ini saya jadi alpa dan seakan melupakan itu semua. Namun jauh di sudut hati saya merindui kehidupan dulu. Kenapa? kerana saya rasa kemanusiaan sudah hilang dan lebih 'selfish'. Masakan tidak apabila berkenderaan sendiri , sifat marah mudah datang lebih-lebih lagi bila kenderaan lain buat silap, apatah lagi nak berkongsi hak milik. Berbeza dahulu, BMW atau sri Jaya jadi ruang berhimpit dan saling tolak ansur dan di situ saya mengenal pusingan hidup. Yalah adakala dapat seat adakala berdiri dari kotaraya ke pantai dalam! Kadang kala saya pun turut terfikir bagaimana saya mahu menjadi seorang pemikir ataupun karyawan yang kaya dengan kehidupan sedangkan saya tidak berkongsi kehidupan dengan yang lain?
Hari-hari terkemudian ini, saya sering sahaja meletakkan kereta di belakang coliseum dan berjalan kaki di sekitar masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Bukan sekali saya berbuat begitu tetapi banyak kali. Saya sunyi, saya buntu dan saya tidak tahu di mana nak dicampakkan kebuntuan ini. Adakala saya rasa bersalah kerana menerima kesenangan hidup hari ini sehingga saya hampir lupa kesusahan hidup dahulu. Sepanjang Jalan TAR itu ramai yang dilihat dan pandangan saya bercampur baur ketika terlihat insan yang baru menghuni kota batu ini dan masih tercari-cari arah haluan untuk hidup. Saya singgah di capitol cafe dan saya lepaskan kerinduan pada pekan Pasir Mas.
2 comments:
ce'kem,
seperti ce'kem yang rindukan pasir mas bila melihat capitol cafe, saya juga rindukan deretan kedai di pokok sena bila melihat capitol cafe. Seniman harus akrab dengan sunyi, harus karib dengan nostalgia. Tanpanya, seniman seperti tak punya sejarah ...
well said Wan. Teringin sangat nak gi pokok sena
Post a Comment