Jom Kita Jadi Geng

Monday, February 19, 2007

KERANA NEGARA

photo : Tarian Xinjiang
Esok 20 Feb 2007, seramai 65 orang dari ASWARA akan ke Melaka bagi menjayakan persembahan Perayaan Rumah Terbuka tahun Baru Cina 2007. Acara ini akan dihadiri oleh DYMM Seri paduka baginda Yang Dipertuan Agong dan permaisuri, PM dan beberapa menteri. Jadi persembahan ASWARA akan disaksikan oelh orang-orang penting Malaysia. Rombongan ASWARA dianggotai sebahagian besarnya adalah pelajar Jabatan Tari, tutor dan Ketua Jabatan En Joseph yang akan bertindak sebagai pegawai pengiring. Memandangkan konsep persembahan adalah berupa persembahan perarakan maka ianya agak berlainan sedikit. Saya sebagai orang mewakili ASWARA ke mesyuarat kreatif sudahpun membuat beberapa perbincangan dengan Joseph dan Yunus yang bertidak selaku koreografer. Insya Allah persembahan akan menarik dengan sebuah tarian cina Xinjiang 'Journey' dan menjanjikan satu perjalanan yang menyeronokkan. Ayuh joseph kita kerja sambil makan angin....

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...