Hari tu pada 15 Mei 2011 sempena harilahir isteri saya, Nida, Kami menyambut ulangtahun Nida dan anak sulung saya Aish yang sudah mencecah usia 11 tahun pada 13 Mei. cepat sungguh masa berlalu. sambutan hari tu sangat sederhana. Malah saya tidak memasak apa-apa kecuali rebus sosej kemudian digaulkan bersama olive oil dan oregano. Ma yang turun bersama Pa dari Kepala Batas semata-mata untuk meraikan kedua harijadi ini, memasak kue tiaw goreng. Nida sediakan sanwich telur. Cukup sederhana majlis pada hari itu tetapi lebih bermakna buat kami sekeluarga. Namun yang pasti Rhea yang berlebih-lebih nak menyambutnya...gantungan belon tu adalah idea Rhea yang nak sangat rumah kami dihiasi dengan belon-belon.
Aish dan Rhea macam berjanji pula memilih warna pink. Lihatlah baji Rhea tu, dah terlondeh bahunya macam dibuat-buat. Tapi sebenarnya baju tu lehernya terlalu besar sering jatuh dari bahu Rhea. Jadilah begitu...seksi sudah anak perempuanku. Aish gembira hari tu sebab kawan-kawan bolasepaknya hadir.
Mereka ni bukanlah makan sangat makanan yang dihidang. Kue tiaw sorang dua sahaja yang menjamah. Yang lakunya sosej...berulang-ulang dipunggah. Memang sasaran saya betul. Jadi berulang kali jugalah saya merebus sosej tu. Saja tak mahu goreng...rebus lebih kurang minyaknya. Tengoklah Pa yang cukup sporting..Aish yang malu-malu disuap Rhea tapi Rhea pantang disuruh...drama sahaja.
Keluarga Husin dan Awie pun turut hadir hari tu. Tambahlah lagi gegak gempita rumah saya. Tapi itulah yang selalu saya rindukan. Kemesraan gelak tawa adik beradik selalu membuatkan saya dekat dengan keluarga. Hari tu Husin siap masak ketupat sotong untuk hidangan hari tu. Sedap sungguh lemak dan tidaklah manis. Kuahnya boleh dihirup dan buat cecah roti pun sedap hmmmm. Rupanya majlis sambutan harilahir Aish dan Nida tidak habis di situ, malam tu Awie beria-ia nak bawa seluruh keluarga menjamu makanan arab...maka pergilah kami tiga kenderaan ke Sri Petaling di Restoran Al-Diafah.
Izlika, Izlina. Dihujung Wati dan amir |
Diqie dan Fatin, anak saudaraku dari Kuala Krai |
Aish dan Rhea...yang berdiri tu Kalish anak Awie |
16 orang semuanya...kami makan bersambung meja bertukar cawan dan berkongsi pinggan. Indahkan kalau keluarga selalu harmoni. Kita harus kongsi setiap detik supaya akan selalu ada kenangan untuk dikenang. Thanks Awie kerna belanja kami malam tu. SELAMAT HARI LAHIR PUAN HASNIDA HASHIM YANG KE .....? RAHSIA KATANYA DAN SELAMAT HARI IBU, HARI GURU ...MEMANG BULAN DIA LAH MEI NI. SELAMAT HARI LAHIR ASIH MIRZA YANG KE 11...JADI ANAK YANG BAIK YA. LOVE U! |
1 comment:
Salam. Hepi bezday k.nida and aish. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki. Aminn...
Post a Comment