Foto di atas menceritakan ketekunan sekumpulan pemuzik yang sedang mempersembahkan muziknya. Itu yang terzahir di foto itu. Tapi apakah pula yang tersirat di balik foto di atas. Cuba perhatikan satu persatu aksi, dari pengarah muziknya, pemain gitar sehinggalah kumpulan peniup saksofon. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh dan fokus pada permainan mereka. Yang tidak terzahir adalah semangat dan nilai yang terpupuk melalui usaha berpasukan demi memastikan kelancaran persembahan. Semua mereka itu mahu memberikan yang terbaik, mengikut ketuanya dan semahunya tidak mahu merosakkan produksi yang mereka jayakan. Jika difikirkan semula, apa yang kumpualn saksofon dapat sedangkan ada antara mereka tidak dinilai untuk produksi ini. Namun itulah yang dikatakan bagaimana satu pementasan boleh menghubungkan manusia, memanusiakan insan, membina kekuatan persahabatan.
Foto di sebelah ini pula, adalah tuan pengarah kepada bangsawan Pendekar Sukma. Sharul Mizad namanya atau panggil sahaja Eijat. Kesungguhan beliau membimbing dan memastikan karyawan memnuhi tuntutan artistik sesebuah bangsawan sangat tinggi, sehingga dia mengetepikan statusnya, sikapnya pada kerja sangat jelas...harus dibuat bersungguh-sungguh. Tidak ada main-main dalam pementasan. Dalam lembut Eijat tegas dan tidak berkompromi dengan hal-hal remeh temeh. Katanya 'saya memang diasuh oleh guru saya begitu'.
Foto di kanan ini pula adalah dua lagi pengajar kursus bangsawan, Rosman Ishak antara orang lama yang masih terus berkhidmat walau apa juga statusnya. Sambilan bukannya halangan untuk dia berbakti pada ASWARA. Kalau nak dihitung masa yang diuntukkan untuk mendidik anak-anak ASWARA rasanya tidak berbaloi dengan keringat yang tumpah. Tidak begitu Man. Bekerja dengan Rosman, tiada perkara yang boleh diambil mudah. Setiap pelajar akan dikejar dan dipastikan outputnya. Kerana itu sering saja kita mendengar suaranya memanggil dan menegur pelajarnya. Namun itulah guru, menegur, membimbing dan mendidik anak-anak dengan hasrat menjadikan mereka 'a better person'. Si gadis manis di sebelahnya, namanya Hazra. Kali pertama menjadi pengajar bangsawan dan nyata dapat dilihat bagaimana dia mengawal aspek tari dalam 'Pendekar Sukma'. Saya melihat potensi Hazra sudah beberapa tahun. Ketekunan dan ketegasan beliau dalam memastikan pelajar melaksanakan tugasan sangat jelas. Ini pentingnya bila guru itu punya kefahaman dan penghayatan yang tinggi pada keseniannya.
Suflan Faizal Arshad atau lebih senang disebut Jai, saya kenal sejak saya mula berkhidmat di KBN pada tahun 1996. Masa tu beliau di tahun kedua ASK. Jai ni orang yang faham dan menguasai banyak genre muzik dan lebih menarik genre tradisional antara kekuatannya. Bila dia memimpin pelajar di dalam aspek muzik Bangsawan, dia tahu dan faham bagaimanakah alun dan air bangsawan itu. Cakap lepasnya bukan kerana dia orang yang takda adab tapi dia tahu itu caranya orang muzik dan budak muzik tahu bila marah dan bila bergurau. Di sebelah Jai tu ialah Datuk Yahya Sulong yang sudi hadir ke pementasan tempoh hari. Cuba kita lihat foto-foto di bawah ini, zahirnya terlihat kegembiraan mereka meraikan kegembiraan selepas tamat persembahan bangsawan. Itu sahajakah? Kalau ada lihat foto di bawah ini ia satu contoh bagaimana sebuah subjek kesenian yang menjadi teras pembelajaran di ASWARA boleh menyatukan pelajar pelbagai bidang di bawah satu usaha berkumpulan. Bagaimana subjek kesenian ini membuka ruang kepada semua pelajar untuk beraksi dan merasai sebuah permainan tradisional. Detik-detik inilah yang akan mereka rakam dan tercatat dalam memori hidup mereka. Ia tidak membezakan sama ada besar atau sekuman watak, yang mereka tahu mereka memiliki sebuah produksi dan ianya harus dijayakan dengan sebaik mungkin. Itulah semangat dan kesunguhan yang ditunjukkan oleh 159 orang pelajar dan 4 orang pengajar serta bimbingan Seniman Negara Pak Rahman B. Tahniah team 'Pendekar Sukma'.
Melalui 3 buah persembahan kesenian tradisional, dari wayang kulit ke makyung kin bangsawan dan bakal menyusul mek mulong, kotak fikir saya mula meratap betapa semua ini akan hilang dek ketidaksenangan mereka melihat seni tradisi ini terus hidup. Apa gunanya ke puncak gunung kalau kita lupa pulang ke kakinya,
Anak-anak Gunungan harus hidup dengan semangat pemilikan. Sukma bangsa itu terlahir dek keindahan seni budayanya...
6 comments:
cekem, saya masih menunggu u memberi komen yg membina utk pelajar teater khususnya menerusi bangsawan ini...Mungkin dapat memberi 'sesuatu' kpd kita...
saya sokong dengan kenyataan bahawa melalui pembelajaran seni tradisional ini telah menyatukan pelajar2 aswara dri pelbagai fakulti dalam keadaan makmur dan meminggirkan kepentingan masing2 untuk produksi yang tidaklah sehebat pementasan di IB. Manusia kadang kala terlalu mengejar dunia dan teknologi. segala2 nya hendak di multimedia kan.. mereka lupa bahawa tidak semua dapat dimultiemdikan.. sifat jati diri dan sifat kemanusiaan... adakah ini perlu dimultimediakan juga... bayang jika muzium di "virtue" kan penghayatana hanyalah di skrin tidak dapat menilai dari segi rupa yang sebenar.. adalah hanya di skrin mampu untuk mengimbakan segala sejarah dan peradaban tanpa dirasai dan ditatap dengan jelas? entah lah... sampai bila kita terlalu memuja teknologi sehinggakan lupa berpijak dibumi yang nyata.. kepada aswara teruskanlah berjuang seni tradisional ini selagi mampu.. Hanya aswaralah yang mempunyai medan yang tepat untuk pertempuran ini... tahniah aswara
Anonymous 1:
untuk komen pelajar teater...hmmmm memang ada dua tiga yang terserlah kebolehannya. Yang itu terlihat pada kualiti vokal, style of acting for bangsawan.
Anonymous 2:
terima kasih atas pandangan anda...selagi ada usaha mari kita hidupkan semangat ini.
saya bangga :)
walaupun saya hanya membuat dokumentasi...
hidup aswara...:)
fadly,
dokumentasi itu penting...show akan habis pada malam persembahan tapi dokumentasi boleh ditonton sepanjang hayat
Post a Comment