Mula sekali saya mahu ucap terima kasih pada orang yang hantar saya ke Pulau Tumasek yang kemudiannya diberi nama oleh Sang Nila Utama sebagai Singapura. Ini bukanlah kali pertama saya berkunjung ke negara di hujung semenanjung, jika dikira sudah kali keempat rasanya. Tapi sejak kunjungan saya pada tahun lepas sekitar Jun, Singapura bagai memberi kesan kepada saya. banyak rasanya, Ingat lagi saya ke sana kerana menjayakan Expo CommunicAsia hampir 5 hari dan sepanjang itulah kami turun naik dari Little India menghala ke Expo Singapore dan MRT telah menjadi penghubung kami ke berapa destinasi. Sempatlah saya ke Marina Bay, Bugis Street, Geylang malah pernah sesat sampai ke Bukit Panjang. Dek kerana sesat itu saya dan ahli kumpulan jadi cekap membaca jalan MRT. Namun kunjungan lalu tidak dapat memuaskan hati saya, beberapa perkara dan tempat ingin saya jejak dan nikmati. Saya ni penonton setia AFC (Asian Food Channel), jadi dalam satu rancangan tu duk cerita beberapa makanan dan lokasi yang menghidangkan makanan yang membuat saya teringin nak rasa. Kunjungan lalu saya hanya sempat makan nasi padang di Geylang Serai dan murtabak Singapore dari Arab Street...mmm memang sedap. Tapi ada beberapa lokasi yang saya teringin lawat dan jejak, jadi apabila peluang bertandang ke kota Singa, ingin sangatlah saya penuhi hajat yang tak kesampaian itu.
Sebelum bercerita lanjut di mana dan ke mana saya singgah, saya perlu melahirkan rasa kagum dan nak ucap syabas kepada kerajaan Singapura yang menampakkan kecekapan mereka di dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya. Kecekapan pengangkutan awam, ketegasan pada larangan merokok, pelestarian bangunan-bangunan lama, tiada gerai, sampah atau apa sahaja yang menyakitkan mata. Ini harus dipelajari oleh DBKL dan kerajaam Malaysia. Bukan tidak patriotik tapi perkara yang baik harus dicontohi. Kita kata nak memelihara warisan tapi barapa sangatkah bangunan lama yang dipelihara dan jika dipelihara/dikekalkan bagaimanakah pula keadaannya...nama saja ada badan yang menjaga warisan tapi....tak usah dipanjang-panjang nanti jadi mak nenek pulak. Apapun itulah Singapura kota maju yang masih kekal binaan sejarahnya.
Kali ini saya bersama dua orang rakan hebat saya (bertuah kerana dapat berjalan dengan mereka) iaitu Pengarah Teater Muzikal Mahathir, Rosminah Tahir dan Pengarah Tari/Juri Tetap Mari Menari, Dr. Joseph Gonzales ke Marketplace of Creative Arts: Singapore di Asian Civillisation Museum dari 18-20 Feb 2011. Walaupun tempohnya singkat namun kami manfaatnya dengan sebaik mungkin. Menjadi ahli paling muda maka karenah saya dilayan dengan baik oleh kakak dan abang...huhuhu banyak pose dan aksi serta kehendak yang mereka kena layannn... foto-foto menarik ini dirakam oleh Rosminah Tahir yang sememangnya menggemari fotografi. Jadi apabila dapat model yang gila macam saya lagi banyaklah aksi yangdirakam sampai sakit lututnya. Nanti saya cerita di bahagian kedua...
7 comments:
chekem
kalau photo arrangement tu dibetulkan sikit mungkin blog ni jadi menarik untuk dibaca
ni yang perenggan pertama macam duduk atas pelamin yang kecik...tersepit! huk........
cerita ini amat menarik, dari dulu lagi saya mempersoalkan perkara yang sama....
tapi....tau tak warga seberang tambak tu bila dia masuk malaysia, abis disiplin dia.....jadi sama macam orang lain jugak!
apakah?
hahahah...tak reti nak ejas... lintang pukang jadinya foto2 itu.
kenapa disiplin mereka rosak...sbb mindset mereka dah anggap malaysia ok...boleh mrokok boleh buang sampah kat malaysia...
isk
ni nak kena masuk skolah susun gambar ni
free je chekem, tapi kena datang jalan dato onn la! hik hik hik
errrrrrrrrrrrrrrrr
errrrr
saya tak rasa mindset, tapi saya rasa lebih kepada hipokrit!
hipokrit...atau 'kotorkan saja bumi malaya ini'
nak je cakap yang nombor dua tu
tapi nanti kata saya ni sentimen pulloppp.....
pparok weiii
ce citer ...ce citer...
tak leh citer chekem...
nanti kan..... nanti kannnnnn
Post a Comment