Saya turut terlibat di dalam drama Gemilang yang baru sahaja ditayangkan episod pertamanya pada 24 Jan 2011 yang lalu. Peranan saya tidaklah besar mungkin boleh disebut sebagai undangan sahaja. Keterujaan saya bekerja di dalam produksi ini kerana ingin menerima sentuhan karya Kabir Bhatia dan Mira Mustafa atas kekaguman saya pada kehebatan mereka mencipta 'Cinta'. Kumpulan produksi yang bagus dan gabungan pelakon yang baik menjadikan produksi ini menghidangkan sebuah lagi drama yang bukan sahaja menarik namun mengungkap kisah perjuangan orang kecil terhadap bangsanya. Jadi jangan lupa ikuti Gemilang setiap Isnin 9.00 malam di TV3.
Saya petik artikel dari harian Metro keluaran 27 Jan 2011.
Kabir tampil mencipta Gemilang
PERSEKITARAN Rumah Gapena yang tersergam di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur agak lengang walaupun sedang berlangsungnya satu penggambaran. Di rumah itu kelihatan pengarah Kabir Bhatia begitu tekun menjalankan tugas.Kalau sebut nama Kabir, tentunya ia menjanjikan sesuatu yang menarik kepada penonton kerana sebelum ini hasil karya dia sering dipandang bermutu. Antaranya filem Cinta, Sepi serta drama bersiri Nur Kasih dan Kekasih Ku Seru.
Kini Kabir tampil mencurahkan pengalamannya untuk mengemudi pula Gemilang - drama bersiri 13 episod dengan tagline 'Impian Kini Menjadi Satu Harapan'. Ia berkisar pada kisah yang terjadi pada era 1970-an di Kelantan.Ketika wakil Rap tiba di lokasi itu, cuaca agak panas kerana waktu itu jam menunjukkan tepat 12 tengah hari.Menjenguk ke dalam rumah itu bersama jurufoto Malai Rosmah Tuah, kebanyakan pelakon sedang mengambil rehat.Pelakon veteran seperti Zulkifli Zain, Aimi Jaar, Normala Omar, Kismah Johar dan Aznah Hamid juga sedang berehat dalam bilik yang disediakan bagi kerja solekan dan menyalin pakaian.
Mereka sedang bersiap sedia untuk penggambaran babak seterusnya. Adegan itu dibuat dalam bilik membabitkan watak yang dipegang Shahz Jazle serta Kamal Adli, dua pelakon muda yang berbakat dan semakin popular.Kabir berkata, Gemilang adalah kisah benar yang berlaku di Negeri Cik Siti Wan Kembang mengenai perjuangan seorang anak muda yang bercita-cita besar. Dia ingin mengubah nasibnya sendiri, keluarga dan anak bangsa di kampung."Gemilang adalah cerita seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua saya sendiri (ayah Mira Mustapha). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.
"Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia."Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
"Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
"Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang," katanya.Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.
Kini anda mampu menyaksikan Gemilang menerusi slot Aksi, setiap Isnin, jam 9 malam hanya di TV3.
Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).
Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.
"Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah," katanya.
BORAK LOKASI:
JUDUL KARYA: Gemilang
PRODUSER: Filmscape Sdn Bhd
PENGARAH: Kabir Bhatia
PENULIS SKRIP: Mira Mustaffa
JURUKAMERA: Mohd Nor Kassim
PENOLONG PENGARAH: Adlin Hanim
PENGURUS PRODUKSI: Noor Aszila Abas (Jila Abas)
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI/JURUGEGAS: Norlela Yahmad
KESINAMBUNGAN: Norshamira Ahmad Haris
JURUBUNYI: Aliff Omar
JURULAMPU: Sazali Esa
JURUSOLEK: Jalani Mat
BUSANA: Fauziah Adnan
PENOLONG JURULAMPU: Lan Zarek
PEMBANTU JURUSOLEK: Ahmad Mohd Sharif
PEMBANTU BUSANA: Muhammad Fadhirull Fiqri
PROP: Khairul Amer
PEMBANTU PRODUKSI: Norazizan
PELAKON: - Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli - Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah - Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).
TARIKH SIARAN: mulai 24 Januari 2011, setiap Isnin, jam 9 malam (13 episod)
STESEN TV: TV3
BORAK LOKASI:
JUDUL KARYA: Gemilang
PRODUSER: Filmscape Sdn Bhd
PENGARAH: Kabir Bhatia
PENULIS SKRIP: Mira Mustaffa
JURUKAMERA: Mohd Nor Kassim
PENOLONG PENGARAH: Adlin Hanim
PENGURUS PRODUKSI: Noor Aszila Abas (Jila Abas)
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI/JURUGEGAS: Norlela Yahmad
KESINAMBUNGAN: Norshamira Ahmad Haris
JURUBUNYI: Aliff Omar
JURULAMPU: Sazali Esa
JURUSOLEK: Jalani Mat
BUSANA: Fauziah Adnan
PENOLONG JURULAMPU: Lan Zarek
PEMBANTU JURUSOLEK: Ahmad Mohd Sharif
PEMBANTU BUSANA: Muhammad Fadhirull Fiqri
PROP: Khairul Amer
PEMBANTU PRODUKSI: Norazizan
PELAKON: - Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli - Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah - Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).
TARIKH SIARAN: mulai 24 Januari 2011, setiap Isnin, jam 9 malam (13 episod)
STESEN TV: TV3
2 comments:
Assalamualaikum..
Tetiba saya nak cari siapa yang melakonkan watak Tunku masa hati malaya. Dan Terjumpa Blog ini. Sengaja ingin memberi tahu bahawa lakonan Che Kem sangat bernyawa!
terima kasih saudara Ajie.
Post a Comment