Jom Kita Jadi Geng

Monday, January 24, 2011

RHEA MIRZA SUDAH 6 TAHUN

Kisah menyambut hari lahir Rhea  sempena usianya yang ke 6 tahun berbagai-bagai. Daripada detik-detik awal Rhea mengingatkan saya bahawa Hari lahirnya akan tiba dan setiap kali itu dia akan mengingatkan kepada saya bahawa dia mahukan anak patung yang dipanggil Baby Alive. Al-kisah anak patung itu sudah dicipta oleh pencipta itu bagai seorang bayi, pandai minum susu, pandai buang air kencing, bersuara, menangis dan minta ditukarkan lampin pakai buang. Jenuh saya memikir dan mencari alasan agar dia berpindah permintaannya kepada barang yang lain, ya lah tak mau saya dapat seorang lagi bayi kecil dalam keluarga kami, walaupun sekadar boneka. Jadi kami berkira-kira lah apa acara nak meraikan hari jadi Rhea ke 6tahun pada 17 Jan 2011.

Plot  kisah menyambut hari lahir Rhea mula menaik apabila kami dijkejutkan dengan kehadiran Pa dan Ma nya (datuk dan neneknya).  Kisahnya pada hari sabtu 15 Jan 2011, saya tidak ada agenda apa-apa hari itu, jadi kami sekeluarga keluarlah berjalan-jalan  makan tengahari di Kg.Baru menikmati kesedapan nasi Padang. Phhh toksah cakaplah daging dendeng dan ikan bakarnya. Selesai makan tengahari kami lanjutkan ke KLCC mencari filem yang menarik, setelah ditimbang kiri kanan, kami bersetuju menonton lagi sekali Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memang pun ini kesukaan Rhea dan Aish. Sedang asyik menonton, Nida terima SMS dari abah dan memberitahu bahawa mereka  berada di hadapan rumah. Hahahaha kejutan kejutan Abah dengan Mama memang suka buat kezutan. Nasib baik kami tak menonton Tron, kalau tidak alamaknya lagi lambatlah. Memang Abah dan Mama  sering saja membuat perkara-perkara yang membahagiakan kami. itu belum dikira apa muatan yang dibawa.  
Kali ini mereka datang sampai pecah beg kerana membawa berbagai jenis lauk pauk mentah ...toksah ceritalah jenisnya. Ikan sotong udang semua ada. termasuklah cili merah sayur sayuran dan kopi kegemaran kami Lingzhi. memang begitulah setiap kali mereka turun KL maka analoginya macam mak si tanggang bawa macam-macam makanan kegemaran anaknya. Bezanya kami menyambutnya dengan tidak terkata...penuh muatan peti sejuk dan jika dihitung cukup bekalan untuk sebulan. 
Berbalik pada kisah harijadi Rhea,  jadi pada hari ahad itu, Abah berhajat untuk sama-sama jamu selera di Sate Kajang Hj. Samuri. Saya ok saya. Cuma hari itu saya ada agenda pada siang hari, rakan pejabat Jeffri anjurkan House Warming sempena berpindah ke rumah/apartment/resort condo yang baru dibelinya (siap ada patung zirafah dan gajah wahhh). Jadi saya dan rakan ofis yang lain ke rumahnya. Kami tiba di Restoran Sate Kajang bukan di Kajang tapi di cawangannya di Taman Melati sahaja memandangkan sayapun agak terlambat menjemput mereka. Malam itu kak long pun turut sama meraikan malam harijadi Rhea di Restoran itu. Sempatlah saya belikan sebiji kek coklat kecil untuk kami bertujuh. Detik itu Rhea sudah mengingatkan saya akan Baby Alivenya. Saya kata nantilah.


 Pada 17hb Jan 2011 hari jadi Rhea jatuh pada hari Isnin. Saya tidak bercuti begitu juga Nyda, Maminya. Sebenarnya saya tidak merancang apa-apa majlis pada hari itu memandangkan kesuntukan masa dan saya terikat dengan beberapa jadual tugas pejabat dan CHARMA hehehe. Jadi saya tangguhkan dahulu hajat meraikan Rhea. Nasib baik majlis di Restoran Sate Kajang bolehlah meredakan hati Rhea. Namun saya tidak dapat menebus pengorbanan Abah dan Mama yang turun dari Kepala Batas untuk meraikan majlis Rhea. Dalam saya tidak sempat itu, Mama sudah ada plan lain...agaknya plan B kot. Hari itu Mama sudah masakkan 7 jenis masakan untuk makan tengahari dan petangnya Mama masak Laksa Siam. Semua itu untuk dua cucunya Aish dan Rhea (aduhai macamanalah mereka tak obese kan...hehehe). Sebenarnya saya tidak tahu Mama masak laksa Siam. Petang 17hb Jan saya menghadiri majlis Perasmian Kem Bintang-Bintang RTM di Angkasapuri. Saya dan Rosman terlibat sebagai fasilitator bengkel lakonan. Selesai majlis saya minta Rosman temankan ke Hentian Duta untuk singgah membeli tiket bas Kl-Butterworth. Sebabnya Mama dan Abah sudah merancang untuk pulang ke kampung keesokan harinya.

Pulang ke rumah saya dapati Mama sudah hidangkan Laksa Siam..mmm memang sedap, kuahnya pekat dengan isi ikan tenggiri (Mama takkan kompromi soal kualiti). Memang Mama masak banyak. Saya teringatkan Rosman ynag tidak puashati dengan cucur udang yang kami makan di Hentian Duta dan membuatkan harinya tidak lengkap. Jadi bila teringatkan nasib Rosman tu, sayapun telefonnya dan dia dengan segera datang ke rumah sementelahan lagi dia memang sudah lama tidak bertemu Abah dan Mama. Rosman tidak datang dengan tangan kosong, dibawanya sebiji kek coklat. Jadi malam itu, dengan tidak dirancang kami menyambut harijadi Rhea. Rhea apalagi happylah untuk meniup lilin pada kek keduanya dengan bersarungkan pijamanya.
Kami sudah pun membelikan Rhea Mirza Baby Alivenya pada hari Khamis lalu, memang benar budak itu suka kencing dan pantang diberi minuman. Anak patung itu menceriakan dan menjadikan Rhea sangat sibuk dengan kerja menukar lampin, memberi minum dan bermain-main. Rhea namakan babynya Illiana Sofea. Saya berasa sudah punya cucu. Entahlahhh.

Dan hari ini  Hari ini 22 Jan 2011, saya menjemput adik dan abang serta keluarga mereka untuk sama-sama meraikan majlis sambutan hari jadi Rhea. Aish dari awal lagi sudah mengingatkan kawan-kawan bolanya untuk datang makan. Jadi hari Ahad ini sibuk saya sepanjang hari, walaupun menunya tidak seberapa tetapi ia cukup memenatkan. Saya sudah menyenaraikan menu untuk tetamu pada malamnya dan kami sama-sama ke Jusco untuk membeli barang keperluan. Rhea yang excited sudah berkira-kira macam-macam.Tetapi kali ini dia tidak mendesak sangat memandangkan hajatnya sudah termakbul untuk memiliki Illiana Sofea. Tapi itu tidak menjadikan Rhea seorang puteri yang boleh bermalas-malasan, saya syaratkan dia mengemas rumah dan barang permainannya memandangkan hari ini kami akan menerima tetamu walaupun kawan-kawan dan ahli keluarga. Sekurang-kurangnya dia perlu lakukan sesuatu untuk majlis itu. Saya senang melihat caranya kerana tanpa perlu menyuruh dan menerangkan bahagian mana untuk dikemas, Rhea melakukannya tanpa pemantauan. Abang Aish yang beria-ia menjemput kawan bolanya, turut bekerja, membantu di dapur dan menjadi runner untuk beli keperluan di kedai runcit.

Pulang dari pasar saya terus ke dapur. Nyda sibuk menyiapkan brownies yang menjadi masterpiecenya hahaha. Walaupun menunya sangat simple tetapi nak mengerjakannya memenatkan. Kami menyediakan angel hair goreng, baguette makan bersama sup tulang hmmm, sandwich, puding jagung, untuk anak-anak ada disediakan pop corn ayam dan sosej. Tidak ada goodies dan tidak ada hiasan belon atau apa saja. Sekadar juadah di meja sahaja. Sedang-sedang sibuk memasak, Rhea pula sibuk menanyakan baju apa nak dipakai pada petang itu. Hai memang cerewet betul anak dara ni kalau soal berpakaian. Alangkah malangnya baju-baju yang ada sudah ketat dek kerana berat badannya yang bertambah. Nyda buat keputusan cari baju yang sesuai sambil dia keluar untuk membeli kek di secret recipe. Baju dalam foto ini adalah dress yang dipakai Rhea semasa meniup keknya.


Buat Rhea, Babah ucapkan Selamat Ulangtahun ke 6. Semoga jadi anak yang baik dan sentiasa menyenangkan semua orang. Sentiasalah berbudi bahasa.

6 comments:

alieya akasha azman said...

selamat hari lahir rhea mirza,semoga menjadi anak yang baik dan sentiasa mendengar kata org tua.

Auntie Qeez said...

Cekem...Tak dapat nak rai kan harijadi Rhea yea. Rumah dah jauh... Tp dalam sudut hati tu, satu hari depa dapat jumpa lagi kan... Maksudnya u akan berpindah ke sg. Buloh. wakakakaka.
Happy Birthday Rhea, semoga panjang umur dan murah rezeki. Jgn makan banyak2 tau. hehehehehe

Che Kem said...

terima kasih ALieya dan Qeez,
bagaimana kita terhibur dengan keletah anak-anak begitulah mereka apabila kita membahagiakan harin-harinya. Qeez, entahlah nak ke sungai buloh tu jauh sangat...

Anonymous said...

rhea, selamat hari lahir..auntie doakan rhea jadi anak yg baik untuk kedua-dua mami dan babah rhea..

aunt sha2

mommy said...

Rhea The First....

mommy said...
This comment has been removed by the author.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...