Jom Kita Jadi Geng

Saturday, July 28, 2007

IV MONODRAMA 9-12 OGOS 07



(foto: Elie Suriaty dalam Senjalara arahan Norzizi Zulkifli)



Khalid Salleh, Elie Suriaty, Norzizi Zulkifli, Ahmad Yatim, Rosminah Tahir dan beberapa orang lagi akan bergabung tenaga dan mempamerkan produksi monodrama masing. Sebanyak 4 buah monodrama akan dipentaskan dengan cerita, lakonan dan arahan yang berbeza.


(foto: Rosnan dalam Rebab Berbisik arahan Rosminah Tahir)

Zizi akan berganding dengan Elie Suriaty dengan cerita Senjalara, Ahmad Yatim bekerja dengan Sallehuddin (graduan teater ASK) dengan cerita Interview, Cik Ros akan mengarah lakonan Rosnan (Istana Budaya) dengan monodrama Rebab Berbisik dan Khalid Salleh dengan gabungan 3 kemahiran menulis, mengarah dan berlakon dengan cerita bertajuk Penjual Ubat. Ia kedengaran menarik dan tentu sekali empat buah monodrama ini akan menampilkan kelainan cerita dan semangat bangsa yang tinggi.

(foto: Sallehuddin Abu Bakar dalam Interview arahan Ahmad Yatim)

Saya sendiri belum boleh membuat andaian atau agakkan produksi mana satu yang menarik atau bagus. Jika berpandukan skrip menampakkan kesemuanya menarik. Apapun kita tunggu sahajalah IV Monodrama yang merupakan satu projek perluasan Jabatan Teater untuk mendedahkan cara kerja orang profesional kepada pelajar, memberi peluang berkratif kepada pelajar dan graduan dan semestinya meluaskan jenama ASWARA.

(foto: Khalid Salleh dalam Penjual Ubat)

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...