Mulai 3hb-15 Julai yang lalu setiap malam saya bersama Juhara dan Tuan Hj Supiat berada di Auditorium daeng Chelak, Muzium Alam Shah, Selangor bagi menilai sebanyak 11 buah teater dari 11 buah kumpulan teater Selangor yang bertanding pada tahun ini. Susah sekali nak dikata dan diulas mengenai prestasi teater Selangor pada tahun ini. Sukar bukan kerana susah menentukan siapa pemenang tetapi hati jadi berat dan seperti disiksa dengan permainan dan bentuk pementasan yang ada antaranya belum mencapai kualiti untuk bertanding di peringkat negeri. Memang daripada 11 buah yang bertanding itu hanya 5 buah yang benar-benar dirasa melepasi tahap pertandingan. Banyak faktor yang mendorong kepada kelemahan ini, faktor pemilihan naskhah sama ada yang baru atau yang pernah diterbitkan. naskhah ini menjadi penentu kepada keupayaan kumpulan itu mentafsir maksu dan membina ceritanya. Sehinggakan ada kumpulan yang gagal menafsir dan sekaligus tidak memahamkan saya sebagai penilai/penonton teater mereka. Ada juga yang membawa naskhah baru yang lebih berupa satu kerja kolaborasi. Ini amat merbahaya kerana akhirnya kumpulan-kumpulan ini tidak membawa persembahan mereka ke suatu isu yang jelas atau premis apa yang dikupas. Jadilah mereka sekadar saru persembahan yang superficial, mentah dan graf persembahan mereka caca merba. Hal ini saya puji garapan Mainan Jiwa yang diarah oleh Khusairi dan dilakonkan oleh Raja Azrey.
(Photo: Persembahan pembukaan FTM06 yang dijayakan oleh Saya, Juhara dan Rosman)Aspek lakonan dan pengarahan adalah dua aspek tunjang yang meletakkan di mana persembahan mereka. Bila menyentuh soal pengarahan, kami barisan penilai tidak berhadapan dengan masalah kerana dengan jelas dapat melihat siapa pengarah yang bekerja, bagaimana tafsiran beliau pada naskhah, bagaimana dia menstrukturkan persembahannya dan apakah pilihan yang dibuat untuk menjayakan persembahannya. manakala soal lakonan, secara keseluruhannya hampir semua pemain boleh berlakon dan tidak mengecewakan. Ada seorang dua yang betul menonjol dan berada di lapisan yang lain. masalahnya di dalam lakonan, jelas ketara adalah masalah teknikal dalam lakoanan. Pelakon masih tidak sedar soal tempo, pace, lontaran dan teknik serta tidak berlakon apabila tidak berdialog. Ini parah. Mungkin mereka tidak menerima arahan dan guide yang betul. Bagaimanapun saya yakin, pelakon teater selangor punya potensi yang besar jika menerka ditangani oleh pengarah yang bijak, naskhah yang baik dan guru lakon yang betul. Kebanyakkan mereka berlakon berpandu skrip tetapi tidak dilatih dan digali kebolehannya. Saya yakin baahwa 80% daripada pelakon tidak dilatih dan digali dengan naskhah mereka.
Banyaklah kelemahan yang dilihat tetapi ini tidak bermakna tiada potensi atau keistimewaan. Istimewa yang paling ketara dan saya 'respect' adalah adanya nilai kesatuan terhadap seni di kalangan peserta. begitu jelas dan tebal sekali. tahniah.
No comments:
Post a Comment