Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, July 31, 2007

1957:HATI MALAYA - PELANCARAN LAMAN WEB

25hb Julai yang lalu saya menghadiri majlis pelancaran laman web bagi filem 1957:Hati Malaya. Filem arahan Shuhaimi Baba dan lakonan pertama saya di layar perak. saya bersama-sama dengan pelakon-pelakon lain yang besar-besar namanya di dalam industri seperti maya Karin, Nanu Baharuddin, Rusdi Ramli, Liza Othman, Rozie Othman, Jit Murad dan ramai lagi. saya pun tak tahu bagaiman perjalanan majlis itu sebelum menghadirinya dan nyata saya diantara pelakon yang di 'highlight' kan di dalam majlis itu. Saya jadi tertegun dan tidak pernah melalui proses sebegini apatah lagi sebaris dengan nama dan bintang besar di Malaysia. Siapalah saya! hari tu sempat juga saya ditemuramah Melodi TV3. Dan bila temuramah itu keluar dalam Melodi Ahad lepas maka bertalu-talulah SMS saya terima dari rakan-rakan yang menyokong. Terima kasih kepada anda semua. Apapun saya memang teruja menunggu filem ini dtayangkan yang dijangka pada Raya Puasa nanti, teruja bukan kerana seronok tapi nak tunggu apa pandangan rakan dan orang ramai. Kalau ikutkan sepanjang saya lalui proses dubbing dan menonton sedikit lakonan saya, saya jadi malu dan benci mendengar tone suara saya sendiri.... Ya Allah, bukan aku tidak mensyukurinya tetapi kelemahan saya mengolah nada suara itu!

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...