Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, May 15, 2007

YANG DIRAI PADA 13 MEI

Saya menghadapi hari-hari sukar. Emosi saya agak terganggu...saya tidak tahu bagaimana nak diluahkan dan biasanya kawan atau teman bukanlah tempat untuk saya mengadu. Saya punya therapy sendiri dan kebiasaanya saya leraikan beban emosi ini berlalu secara beransur. Namun kesukaran hidup ini tidak perlu untuk saya luah atau jelmakan di hadapan anak-anak saya yang masih tidak mengerti? Saya larut dengan keletah dan kenakalan mereka. Aish dan Rhea bagai malaikat yang mewarnai nurani saya.

Hati saya terusik, bila pagi Ahad lepas anak sulung saya, Aish murung kerana hari jadinya tidak ada sebarang sambutan apatah lagi tidak ada sekotak hadiah pun. Maminya bilang padanya yang majlisnya akan dibuat pada hari akan datang ketika ahli keluarga dan rakan-rakan punya kelapangan. Tapi rengekan Aish tak mampu saya dengar dan lihat. Dia tidak menjerit atau mendesak namun, kata-kata yang keluar dari mulutnya bagai seorang lelaki dewasa "nobody celebrate my birthday and nobody give me birthday's present". Saya cuba pujuknya namun dia sambung "but today is my birthday, its cannot another day". Saya tak mampu, saya lari ke tandas dan termenung, saya mencongak itu ini termasuklah berapa berat dan tebal dompet saya, namun hati saya berkata "hati anak ada ketikanya perlu dibeli...seharusnya saya bersedia menerima kedatangan harijadinya". Lalu saya membuat panggilan kepada abang saya, Husin yang tinggal di Serdang, jemputnya ke rumah untuk meraikan Aish, alhamdulillah mereka datang dan berlangsunglah majlis yang cukup sederhana dan ceria. yang penting Aish merasakan detik itu! 13 MEI 2007 HARIJADI AISH MIRZA KE 7

Tahukah saudara bahawa Aish Mirza berkongsi tarikh harijadi bersama dengan ketua saya, Kak Ros. Kami raikah harijadi Kak Ros semasa beliau sedang bekerja di studio sinografi. Hajatnya nak buat surprise lah, tapi plan tu lambat sikit sebab asyik bertangguh waktu untuk membeli keknya. Sebenarnya Marlia menjadi teraju kepada budaya kejutan ini. Hajat nak surprise kat bilik Kak Ros tapi kat studio pun ok juga. Saya tertinggal bateri kamera kat rumah jadi tidak dapat merakam detik manis itu. Apapun Selamat ulang tahun KAK ROS yang ke 4...?



Dan tentu sekali, pada 13 Mei kita turut sama meraikan Hari Ibu. Istimewa buat isteri saya yang banyak berkorban dan selalu sahaja mengalah dengan sikap buruk saya ini. Terima kasih kerana menjadi ibu kepada anak-anakku! Thanks NIDA! Mami untuk hari ibu tiada apa yang dapat Baba suakan hanya sekadar kasih sayang dan rasa terima kasih yang teramat. Baba juga ucapkan SELAMAT HARI JADI YANG KE 3...? pada 15 Mei 2007 ini.

Dan terakhir sekali, pada hari ibu ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua ibu yang tercinta, Arwah Mek... yang melahir, membesar dan mendewasakan saya dengan gelombang suka duka hidup...tanpa nya saya tidak berdiri seperti hari ini! Kedua adalah Mama... terima kasih kerana menyambung kasih ibu yang hilang dari sisi saya...kehadiran Mama mengubati kerinduan saya pada Mek.

Selaut tinta tidak cukup untuk kutulis tentang kasih sayangmu...Thanks MEK AND MAMA!

1 comment:

cemutkeyengge said...

Selamat hari jadi aish, auntie terlambat wish...hehe...selamat berbahagia juga kepada che kem n nida...seronoknya ada dua cahaya mata yang sentiasa keletah tu yer...

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...