Dah dekat dah dengan pementasan bangsawan 'Menjunjung Duli' arahan Rahman.B. Arahan? apakah betul ia sebuah arahan Rahman.B? Secara peribadi saya persoalkan itu kerana saya merasakan bahawa Rahman B lebih bersifat menasihat sahaja kerana tidak sepanjang waktu latihan ia berada di studio malah dia kelihatan seperti terpinga antara mahu menumpukan kepada produksi pelajar ASWARA atau sebuah lagi produksi bangsawan di bawah Kumpulannya iaiatu Bintang Timur, yang bagi saya ianya agak melucukan kerana ianya kelihatan seperti ASWARA berebut ruang dan tarikh dengan Bintang Timur. Atau mungkin lebih tepat merebut dana yang disediakan oleh JKKN. Walaupun bagi ASWARA, produksi ini telah mempunyai peruntukannya sendiri.
Saya katakan ini kerana saya merasa amat terkilan dengan sikap tokoh kita ini yang tidak melihat kepentingan pendidikan bangsawan di ASWARA. Mungkin beliau mempunyai perhitungan yang lain yang lebih berfaedah. Sejak saya berada di ASK sejak tahun 2001, saya memerhatikan telatah dan keprofesionalan tokoh ini. Adakalanya ada tokoh yang tidak ditokohkan dan minta ditokohkan dan bila ditokohkan dia tidak bertokoh! Saya masih ingat pada tahun 2002, semasa pengendalian peperiksaan praktikal bangsawan di mana pada tahun tersebut Engku Norzalifah, Hafiz (jika tidak silap) atau semasa zamzuriah dan Shafirul dinilai, tarikh peperiksaan diubah-ubah sebanyak tiga kali mengikut keperluan tokoh ini dan ia menimbulkan sedikit rungutan oleh pelajar mengenai kewajaran ASK menganjurkan peperiksaan dan akhirnya tiada penilaian studio bagi bangsawan. Dan itu tidak dirasakan bersalah oleh Pak Rahman malah beliau menyalahkan pelajar dan turut beralasan bahawa LUPA!
Adakalanya dalam hidup ini kita jadi terlalu baik, menghormati yang tua kerana itu tuntutan adat, akur atau setuju sahaja malah tidak membantah ajaran yang tua walaupun dianggap kurang munasabah... semua ini sebenarnya adalah bakteria yang sama ada boleh menyembuh atau mereputkan terus jiwa orang muda. Saya tidak mahu memberi contoh yang rakan saya sebut atau alami dengan tokoh ini tetapi saya ada pengalamannya.
Pada tahun 2003 saya ditugaskan untuk mengarahkan sebuah mini bangsawan sempena Anugerah Seni Negara yang diterima beliau pada masa itu. Majlis itu dihadiri oleh SPB Agong. Maka saya menyiapkan sebuah persembahan yang dijayakan oleh artis Istana Budaya berdasarkan skrip tulisan saya dan saya kreasikan ia bagi disesuaikan dengan majlis. Nyatanya selesai majlis, saya diucap tahniah oleh bos-bos yang hadir apatah lagi SPB Agong dan menteri (Sheikh Kadir) semasa itu pulang dengan gembira, maka sukalah saya kerna ianya diterima dan sesuai dangan majlis.
Namun ia berlaku sebaliknya, dua tiga hari selepas itu, di dalam seminar mengenang tokoh bangsawan, Prof Rahmah Bujang bercakap bagi pihak Pak Rahman yang sedih dan kesal dengan persembahan bangsawan semasa majlis Anugerah Seni! saya masih Ok . Nyatanya ia tidak habis di situ... di dalam kelas bersama pelajar Pak Rahman terus lagi dengan kempennya mengulas kecacatan dan kesal dengan persembahan tersebut. Ini membuatkan saya jadi terbakar. Saya tidak boleh menyerang...orang melayu kena hormat orang tua tetapi bagi saya yang tua dihormati kerana tempat minta petua, yang baik laku,yang berbudi, yang ilmunya dapat ditimba, yang dituakan kerana bijak berunding tetapi orang tua yang saya berhadapan adalah orang tua yang tua kerana tua, orang tua kebelan, lebuh panjang, tua kelapa atau tuanya Quran Buruk! Sebenarnya apa yang dia nak persoal? Adakah dia merasakan bukan saya sepatutnya mengarah persembahan itu atau mungkin tiada yang hebat membuat bangsawan selainnya? Dan apa pula kalau saya nak persoalkan tentang bangsawan Taming Sari, Delima Sri Temiang, Saudagar Rapudin dan banyak lagi yang tidak tahu hujung pangkal sebab musabab kejadian kalau memberi adat untuk istiadat walau di Jawa, di Perak atau Di Acheh semuanya sama? Jadi nak dirujuk apa? Apakah yang perlu kita buat dengan surihatinya yang merayu untuk bernayanyi setiap kali persembahan bangsawan dan mohon disebut sebagai Primadona kesayangan? Kadang-kadang terfikir perlukah semua orang seni yang tua diberi gelar TOKOH!

'Menjunjung Duli' akan dipentaskan mulai 11-12 Mei 2007 di Panggung bandaraya, Kuala Lumpur. Pementasan ini merupakan persembahan penilaian bagi para pelajar Tahun 2 . MASUK PERCUMA.
5 comments:
WOW! Cekem - sungguh personal dan agak sensitif cerita ini! Saya turut bersedih sekiranya ini sikap 'tokoh'. Pada masa yang sama, ketokohan sesorang itu terletak ditangan mereka yang menobatkan beliau dengan gelaran itu. Disini, pihak KEKKWA perlu bertanggungjawab - ini selalu berlaku dimana orang dinaikkan namanya atas sebab-sebab tertentu, sedih tetapi berlaku diseluruh dunia. Sekurang-kurangnya Dollah Baju Merah menerima anugerah kecil Cameronian. Apakah dengan seni persemhahan tradisional yang lain? Sejauh mana usaha KEKKWA atau ASWARA atau insitusi yang lain untuk mencungkil tokoh-tokoh Wayang Kulit selain dari Pak Nasir dsb dijalankan? Ini sepatutnya menjadi satu usaha yang berterusan supaya semua diberi peluang yang sama. Perasaan dengki mendengki, menutup periuk nasi dan lain-lain sememangnya berleluasa. Cekem telah membuka satu subjek yang amat menarik dan PENTING dalam bidang pendidikan seni dan dalam usaha menyemarakkan seni. Siapakah yang akan menyahut cabaran ini?
ia umpama satu subjek tetapi sebenarnya satu lontaran pengalaman dan timbangan fikiran dari saya yang bukan ada dengki atau benci tetapi cuma 'curious'! Terima kasih atas comment anda tapi boleh saya tahu siapa yang menulis tu... kalau malu bagilah 'clue'...
Cekem,
Itu kecik je tuh. Bagi saya sekarang aswara tidak mempunyai "wajah" lagi. Sejak dinaiktaraf saya tercari-cari di mana wajah aswara, ke mana aswara akan di bawa oleh pentadbir anda. Saya tak temui apa-apa jawapan sepanjang pencarian saya.
Bagi saya, aswara sudah dipancung oleh pedang si tiran. Maaf kalau terkasar!
ASWARA sepatutnya lebih peka dalam memilih tenaga pengajar. Mereka ini yang akan membimbing produk yang bakal dihasilkan. Pertimbangan latar belakang pengalaman dan pengetahuan adalah perlu. Apakah ilmu mereka. Kalau setakat berpengalaman dalam sesuatu bidang dari segi luaran shj tidak mencukupi. Adakah wajar seorang tukang sapu atau pembuat air menjadi PENGARAH.... Fikirkan....
anatano dan yang di atas, saya terima pandangan saudara dan tidak tersinggung sebab memang saya perhatikan ada kelonggaran dan seperti elemen 'strainer' itu agak kurang namun tidak boleh dikatakan semua pengajar, mungkin segelintir sahaja! bagaimana? namun saya tidak tersinggung dengan pendangan sedara, mungkin orang yang di atas membaca laman ini terbuka sikit jendela mereka....
Post a Comment