Jom Kita Jadi Geng

Thursday, January 21, 2010

ANUAR NOR ARAI

(foto diambil dari blog Mohd Aizat Ramli)

DADAMEAH ALBAB: Lama saya mencari Melayu, Tuan Syed. Rasanya Melayu tertanam pada perasaan kita sebagai orang Melayu. Yang luar-luar, kulit-kulit ni dah tak tersentuh pada yang dalam lagi dah. Kalau kita terasa kita Melayu, bersikap Melayu, bercakap Melayu, dah Melayu dah. Tapi entahlah Tuan Syed, barangkali Tuan Syed sendiri pun terasa-rasa, ada ketikanya tersebut sendiri: aku ni Melayu ke?

DADAMEAH ALBAB: Ini kajian ayah. Jalan kembali hakikat dan makrifat. Lebih awal daripada pengajian Habib Noh dan Tuan Haji Said di Seremban. Tulisan tangan ayah. (Membaca) Bismillah-hir-Rahman-nir-Rahim-al. Yang ternyata itu adalah kamu sendiri Apabila kamu duduk selari kamu mesti berada di makam al. Segala dan faham segala yang wujud pasti binasa. Al diikuti dengan menjongketkan lidah ke langit. Jangan sekali-kali kita mengeluh. Sentiasa dalam mengingat segala yang wujud itu akan binasa. Bahawa puji itu cukup luas, bentuklah sendiri. Hargailah harta benda, jika tak pakai musnahkan, sedekahlah. Puji itu dituntut pada setiap satu Diri. Membentuk dalam ibadah. Berfitrahlah dengan tidak ada lafaz. Diri juga untuk Ku. Bermakna dirikan sesuatu perbuatan zahir batin dengan ingatan pada Ku. Maka lafaznya zahir batin mestilah nyatakan dengan Bismillah-hir-Rahman-nir-Rahim. Bila menyebut segala yang wujud itu binasa maka ketika duduk dalam empat makam dalam setiap masa - dalam duduk satu makam yaitu makam al ingat saja al kejadian maka wujudlah Aku pada kita dengan serta merta, wujudnya Aku dengan tak bertangguh, tak bersekutu. (Letak kertas) Ayah, ya Allah ya Rasullallah. Ali, Rahim mari. Mari, ada yang aku nak tunjuk.

(Dipetik dari skrip Drama Pentas terakhirnya
'DADAMEAH ALBAB' 2009)
Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai telah kembali ke rahmatullah pada 20hb januari 2010 jam 5.25 petang di Hospital KPJ Selangor Specialist, Shah Alam. Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak perempuan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan insan-insan yang terpuji.
Saya mengenang Allahyarham pada kali pertama beliau mengundang saya bermain untuk projek video pelajar arahan beliau berjudul 'BALAI DI HUJUNG SAWAH' tahun 1992. Saat itu beliau meninggal pesan agar saya pergi melangkah jauh dalam lakonan dan ini membuka peluang saya ke lakonan layar. Terima kasih Doktor. 2008 menemukan kembali saya di bawah satu bumbung. mengenalinya yang agak provokatif dan sering saja menggugat fikiran rakan-rakan. Namun jauh di sudut hati saya melabuhkan rasa sayang kasih dari seorang anak kepada seorang guru malah lebih kepada seorang ayah.
Selamat pulang doktor. Kau melengkapi riwayatmu dan meninggalkan kepada kami khazanah tidak ternilai.

8 comments:

Anonymous said...

rasanya ada 3 sahaja anak perempuan dia. Kalau tak silap. Sebelum saya mengenali arwah secara dekat (ketika dibangku pengajian), sering mendengar cerita tentang kehebatan skrip-skripnya. Ternyata dia memang bagus di dalam dunianya. Terakhir saya mengunjungi beliau 'apo kabar kau?' sapanya sering dalam dialek Negeri. Seperti biasa saya kecoh di hadapannya. 'Rektor baru nih lain bona nampak ee' kito kono kojo koreh (kena kerja Keras, tak macam rektor dulu... Sesiapa di ASWARA faham maksud nya. Beginilah adat manusia, Al-Fatehah buat arwah...Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

benuasuluk said...

dalam diam - saya sangat sedih...

Che Kem said...

anonymous,
betul tu anaknya 3 sahaja, kesilapan saya mencongak.
memang mengenalinya tak lekang logaht nogorinya. sering senyum sahaja tapi kadang-kadang very sarcastic... knowing him boleh agak bila dia serius dan bila dia menyindir...

chekem mirza said...

WAN,
dia tak pernah berhenti menulis. Bila baca dadameah albab, banyak betul pemikirannya tentang melayu, politik, agama dan kedaulatan abngsa. patriotik nya besar.

Anonymous said...

rasa sedih kerana niat nak melawat.. tetapi lawatan tu jadi menziarah jenazah.. sebak hingga ke hari ini..

Chekem, Jefri dan Joseph di antara sahabat handai/ kenalan yg terawal bergegas ke hospital setelah mendengar berita mengenai kematian beliau..

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Amin.

chekem mirza said...

anonumous,

samalah kita, tak habis mengenang dia

Joseph Gonzales said...

I love this photo of Dr. Anuar, a man I fought with at nearly meeting for 2 years. This same man who asked me to choreograph and direct his works which will now never be....
God rest his soul!

chekem mirza said...

lovely Joseph.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...