Jom Kita Jadi Geng

Showing posts with label arts. Show all posts
Showing posts with label arts. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

AZEAN IRDAWATY: PERGINYA 'ANAK WAYANG'


Kak Yan dah pergi. Insan yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada saya. Mengenalkan saya kepada hidangan yang baru. Waktu dunia lakon Melayu masih kuat dengan pengaruh Jalan Ampas, Kak Yan muncul dalam sebuah drama yang mencetuskan satu stail lakon yang berbeza. Saya masih ingat kala itu saya sangat kecil, belum bersekolah rasanya. Menonton Kak Yan dalam drama Kelahiran, melalui slot Drama Minggu Ini. Beliau berganding dengan Aziz Singah. Waktu itu, saya sudah suka melihatnya dan kemudiannya saya sering mengikuti lakonannya. Saya masih ingat drama, Di Bawah Lembayung Petang (rasanya betul tajuk drama ini), lakonan Kak Yan bersama Razali Buyong. Ia sangat segar, kisah wanita yang enggan terima ketuaannya. Ya waktu itu saya masih budak, di sekolah rendah namun saya boleh duduk dan layan lakonannya.

Bila dia tampil di layar perak dalam filem Esok Masih Ada arahan dan lakonan Jins Shamsuddin, hati saya dah melonjak-lonjak mahu ke panggung. Namun di tahun 1980, saya baru darjah tiga dan 'nobody cares' tentang keinginan saya itu. Apatah lagi ke panggung itu satu hiburan mewah bagi keluarga kami. Jadinya saya terpaksa layan imaginasi akan kehebatannya bila baca URTV, UFF atau Variapop. Masa itu ada kawan kakak saya yang suka membeli majalah begitu. Dapatlah saya tumpang. Dalam tahun itu jugalah jadi sejarah buat industri filem Malaysia apabila Festival Filem Malaysia (FFM) dianjurkan. Dapatlah saya tumpang rumah jiran untuk tonton siaran langsung di TV. Kagum sekali saya melihat klip filem apabila Kak Yan dicalonkan. Memang festival itu terang-terang berpihak kepada Kak Yan. Dan malam itu jugalah Kak Yan lafazkan kata keramat " Lihatlah dunia... aku ni anak wayang". Saya rasa kesan dialog itu jugalah RTM terbitkan drama tajuknya 'Aku Anak Wayang' lakonan Kak Yan.


Selepas itu namanya mekar dan gemilang sekali. Perjanjian Syaitan, Mama oh Mama, Langit Petang, Bintang Malam dan berhenti selepas Perempuan. Masa itu dunia filem Melayu macam kurang lengkap walaupun meriah dengan kehadiran Ogy dan Noor Kumalasari. Kak Yan tumpukan pada perniagaannya. Namun kata orang, sekali melangkah ke dunia lakon, angin dan semangat itu tetap ada. Kak Yan kembali di awal 1990an. Banyak sekali lakonannya di TV. Antara yang diingati ialah Aishah 50 sen dan Ratu Jamu. Dan tentu sekali kita ingat lakonannya sebagai Puan Julie dalam Pengantin Popular. Kak Yan aktif dalam drama, filem dan teater. Kak Yan terlibat dalam teater Anugerah, Akulah Perempuan Itu, Members of The Club dan banyak lagi. Ia seolah melengkapkan perjalanan seninya. Filem terakhir lakonan Kak Yan ialah Talentime arahan Yasmin Ahmad. Dalam melawan sakitnya, Kak Yan tetap hebat.

Bagi saya, lakonan Kak Yan kekal di tahap yang tinggi dan sukar digugat oleh pelakon hari ini. Tiga filem yang kuat karakternya ialah filem Layar Lara, Waris Jari Hantu dan Langit Petang. Tiga filem ini menampakkan kualiti istimewa yang meletakkan Kak Yan sebagai seniwati hebat. Karakter berbeza dibawanya dengan baik sekali. Siapa aktres yang berupaya menjelmakan diri sebagai harimau diusia 50an? Kak Yan lakukan buktikannya.

Saya tidak kenal rapat dengan Kak Yan, tapi sempat bertemu dalam dua tiga acara. Saya tidak berpeluang bekerjasama dalam apa-apa produksi pun. Tapi saya jadi malu bila bertemu kali pertama, Kak Yan menyapa dan menyebut nama saya. Masa itu saya rasa sungguh bertuah. Rasa dihargai. Kak Yan menyebut lakonan saya dalam 1957 Hati Malaya. Ya memang saya rasa besar hati bila Kak Yan melihat bakat kecil saya ini.

Sesungguhnya Allah menguji umatNya dalam apa jua cara. Kanser yang menyerang waktu Kak Yan masih mahu meneruskan perjalanan seninya. Dia gagah dan cekal melawan. Ujian hidupnya sangat besar apatah lagi dalam melawan sakit itu, kes Benjy jadi sebutan. Hanya Allah yang tahu, hanya mereka yang dekat dengan Kak Yan sahaja yang menyelami bagaimana Kak Yan memperolehi kekuatan itu.

Dan berita malam tadi, pemergian Azean Irdawaty pada jam 8.25 malam adalah satu kehilangan besar buat negara. Kehadirannya bukan sekadar gemerlap bintang menyeri malam tapi bintang yang menyuluh dan memberi inspirasi buat anak-anak muda. Kita ada seribu bintang di langit, ternyata bintang Azean Irdawaty sangat bercahaya.

Semoga perjalanan Allahyarham menuju dunia abadi, tenang dan aman. Dan semoga Allah menempatkan dia di kalangan insan-insan yang beriman. Al-Fatihah. 

Friday, October 18, 2013

MAIN DABUS TIKAM DIRI

Ini dabus di Indonesia. Lihat pemain
mencucuk dadanya. Ini sudah di tahap
Lipa
Kali ini saya mahu bercerita serba sedikit tentang permainan dabus. Saya kira anda semua pernah dengar tentang kesenian ini. Hari ini orang lebih mengenalinya sebagai tarian dabus walhal dabus adalah sebuah kesenian bersifat spiritual pada asalnya. Namun zaman bergilir, orang sekarang sudah enggan menonton yang mistik dan spiritual, mereka berkehendakkan hiburan sahaja. Apatah lagi anak-anak muda yang saya percaya langsung tidak pernah mendengar dan melihat dabus.

Dabus di dalam Kamus Dewan membawa maksud permainan atau pertunjukan kekebalan dengan mencuba melukai diri atau dengan lebih mudah dabus ialah satu permainan kekebalan. Daripada istilah itu, tarian Dabus adalah sebuah persembahan yang memiliki ragam dan rentak tertentu dengan aksi-aksi yang menguji kekebalan si penari. Penggunaan alat yang dinamakan sebagai ‘anak dabus’ adalah satu kemestian di dalam persembahan. Anak dabus adalah sejenis alat tajam yang runcing di hujungnya manakala bahagian atasnya disebut telinga yang dihiasi dengan cincin. Cincin itu bertujuan untuk menghasilkan bunyi gemerincing apabila menari. Anak dabus mestilah dibuat menggunakan besi. Pendek kata tarian Dabus tidak lengkap tanpa menggunakan anak dabus.

 Asalnya permainan dabus menguji lebih daripada sekadar mencucuk anak dabus tetap menggunakan beberapa senjata yang lain seperti pedang, buluh panjang, keris, pisau belati, batu giling dan sebagainya.  Penggunaan alat-alat tersebut adalah dengan satu tujuan iaitu menguji kekebalan si pemain dabus. Permainan dabus yang menggunakan pelbagai senjata masih lagi dipersembahkan di Aceh dan beberapa tempat di Sumatera. Di Malaysia, khususnya Perak hanya menggunakan anak dabus untuk tujuan persembahan. Hal ini mungkin mengambil-kira, dabus bukan lagi sebuah permainan tetapi lebih kepada sebuah persembahan kesenian. Jika dahulunya, permainan dabus dijayakan oleh pemain lelaki memandangkan ia dipersembahkan oleh anak-anak muda yang telah dilatih dalah ilmu persilatan. Pada hari ini, dabus sebagai sebuah persembahan tarian telah dipersembahkan secara berpasangan atau oleh penari wanita sahaja. Ianya lebih kepada tujuan persembahan tanpa melibatkan pantang larang dan hal-hal bersifat spiritual.
 
anak dabus, tajam di hujungnya
Di dalam persembahan dabus, ada beberapa peringkat  bermula dengan pulih gelanggang, nasyid dabus hinggalah ke peringkat penutup dan pemulihan. Tahap yang paling menarik dalam persembahan dabus adalah Lupa. Bunyi macam tidak ingat saja tapi sebenarnya tahap ini sudah berlaku transisi dari alam reality kepada alam mistik. Bukan pada penonton tetapi pemainnya.

Peringkat ini diistilah sebagai peringkat di mana para pemain telah dikuasai oleh semangat lain atau disebut juga sebagai ‘naik sheikh’. Status lupa dalam tarian dabus bukanlah sama seperti ‘naik sheikh’ dalam permainan kuda kepang. Dalam permainan dabus, pemain dikuasai oleh semangat ekoran daripada penghayatan pada zikir dan nyanyian berzanji serta paluan rebana apatah lagi pemain berada dalam keadaan bersih diri . Pemain dabus berada dalam keadaan separuh sedar di mana pergerakan mereka masih terkawal dan berpandu pada lagu dabus. Berbeza dengan kuda kepang, apabila naik sheikh para pemainnya akan bertindak agresif dan di luar kawalan seakan kuda sembrani.

pelajar ASWARA menarikan
tarian dabus. Acah-acah aja tu

Semasa pemain dabus dalam peringkat lupa ini, keaktifannya meningkat. Pada peringkat ini jugalah muzik dan lagu dabus berada di kemuncak di mana permainannya lebih dinamik dan rancak. Pemain akan menari mengikut rentak tetapi ia mungkin melompat dan berpusing-pusing selari dengan rentak yang dipalu. Peranan khalifah sangat penting di peringkat ini di dalam memastikan pemain masih dalam kawalan. Khalifah akan menyapu air penawar sebelum ujian kekebalan dilakukan dan mengatur pemain agar kelupaan mereka terkawal. Khalifah akan mengatur ujian kekebalan dengan aksi mencacah anak dabus di tangan. Ada juga yang beraksi dengan pedang dan batu yang berat. Di peringkat inilah tahap kekebalan dan kepahlawan pemain benar-benar teruji.

Lupa atau pun naik sheikh ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kesenian Islam, peringkat ini berlaku apabila si pelaku berada di dalam penumpuan dan penghayatan yang tinggi kepada sesuatu yang dilakukan. Hal ini diulas oleh Isma’il R.al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi dalam bukunya Atlas Budaya Islam terdapat beberapa istilah di dalam Islam khususnya dalam ilmu sufi yang mendorong manusia  bersekutu dengan dunia luar yakni tidak sedarkan diri. Isma’il dan Lois menyatakan Sama’ (mendengar Al-Quran atau bacaan sembahyang atau doa khas ahli sufi), ghina (bacaan puisi sufi dan sastera lain dengan sepenuh hati), musiqa dan raqs (bermain, mendengar atau menari dengan muzik yang indah) boleh membawa manusia menuju ke arah tarab (kegembiraan, keseronokan yang mendalam melalui pendengaran), nashwah (tunggangan emosi) dan ghaybah (laluan ke dunia luar dan persekutuan dengan hakikat transenden).

Jadi, permainan dabus yang menggunakan puisi-puisi Arab (zanji) dan pantun Melayu yang memuji Allah dan Rasul dilagukan dengan paluan rebana secara berulang-ulang dihayati dan didalami oleh si pemain dabus sehingga membawa kepada keseronokan dan menggamit mereka kepada suatu alam di luar realiti.


Saturday, September 14, 2013

MAIN PUTERI, SAKA DAN ANGIN


Ramai dari kalangan pemain makyung memiliki angin,
sama ada angin raja atau angin dewa muda. Melalui permainan
main puteri semangat mereka dipulihkan
Menurut Fauzi Yaacob Main Puteri bertujuan untuk melawan kuasa ghaib dan juga digunakan untuk memujuk angin. Angin menurut Dr.Ghulam adalah satu penyakit yang diakibatkan dari suatu perasaan atau pun kebolehan dari warisan yang tidak dapat diluahkan, akibatnya seseorang akan merasa tidak segar (istilah orang Kelantan) iaitu tidak sedap badan. Anasir itu amat besar sekali pengaruhnya dalam menentukan pembawakan dan peribadi manusia. Menurut Mohd. Fauzi juga, angin terdiri lebih dari 190 jenis, maka itulah dipercayai bahawa individu-individu yang mempunyai watak dan pembawakan yang berbeza sekali di antara satu sama lain. Bagi beliau, angin juga yang menentukan kecenderungan atau kesukaan seseorang termasuklah mengawal jiwa dan tingkah laku. Bermacam jenis angin ini boleh dilihat kepada kecenderungan seseorang apabila dijalankan upacara. Ada yang beranginkan hiburan seperti wayang kulit, makyung atau sebagainya. Ada juga yang beraginkan persilatan lalu terlihat seni persilatan dalam upacara itu, begitu jugalah jika pesakit itu memiliki angin bidan.

Kerana itu dihujung persembahan makyung,
peran tua akan lakukan upacara memulih
secara ringkas supaya pemain makyung tidak terbawa
 ke luar lakonan. Tapi foto di atas kami
lakukan sekadar persembahan bukan dibaca mantera

Sebagai contoh lain, jika seorang pesakit memiliki angin raja atau angin untuk selalu kelihatan muda, dalam perbomohan akan dipersembahkan makyung Dewa Muda sebagai memanifestasikan keinginan yang tidak terluah. Permainan Dewa Muda ini ada kaitan dengan watak Dewa Muda yang menjadi cerita utama dalam makyung sebelum cerita-cerita yang lain. Kisah Dewa Muda yang bercinta dengan puteri kayangan dan dibantu oleh saudara kembar (kembar uri yang terpisah jasad) untuk naik ke kayangan menggunakan wau emas demi bertemu kekasih hati. Bagaimana pun terbunuh semasa pencapaian tersebut, beliau kemudiannya dibawa turun ke dunia dan dihidupkan kembali oleh puteri tersebut yang menyambar sebagai bomoh. Percintaan dan pengembaraan Dewa Muda itu boleh membawa keasyikan pada yang menonton apatah lagi si pesakit yang menjiwai penceritaan itu. Ghulam juga mengulas apa yang dijelaskan oleh Hamzah Awang Amat mengenai Dewa Muda di mana Dewa Muda dimaksudkan adalah benih pertama bagi setiap manusia, di mana benih yang juga dianggap nafsu sentiasa memberontak untuk melawan usia yang semakin meningkat, nafsu ini tidak pernah berakhir.

            Hajjah Wan Aminah Haji Hasbullah mengaitkan amalan perubatan Main Puteri dengan saka, saka dirujuk sebagai ilmu yang diturunkan kepada waris daripada keturunan terdahulu sama ada ibubapa atau datuk nenek kepada anak cucunya dengan sengaja atau tidak, seperti melalui sesuatu umpamanya keris lama. Hajjah Wan Aminah menghuraikan saka seperti berikut:

Saka berkait rapat dengan jin atau syaitan dan terdapat dalam pelbagai rupa dan bentuk, seperti saka harimau, saka buaya, saka ular, saka bomoh, saka susuk, saka kuat, dan saka bidan untuk tujuan menjinakkan haiwan, kekuatan,mempertahankan diri, kecantikan, perbidanan, dan sebagainya (Din, 2011). Saka ini perlu diwariskan bagi mengelakkan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dan juga gangguan kepada orang-orang di sekelilingnya. Saka yang diwarisi ini kemudiannya perlu dijaga dan “dihidupkan” dengan memberikan pelbagai jamuan berdasarkan persetujuan tuannya yang asal, supaya ia tidak akan “memakan tuannya” atau mengganggu orang lain.


Si pewaris saka ini boleh dipecahkan kepada tiga kelompok yang mewarisinya. Pertama adalah penghidap saka tidak mengetahui beliau mewarisi saka sehinggalah beliau mendapatkan rawatan. Kedua, penghidap saka tahu bahawa beliau mewarisi saka tetapi sukar untuk membuangnya kerana faktor usia , tenaga dan sebagainya, dan ketiga, penghidap mewarisi saka tetapi enggan membuangnya atas sebab-sebab tertentu. Hajjah Wan Aminah merumuskan pewaris saka ini sebagai berikut:

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, simptom-simptom yang ditunjukkan oleh penghidap saka seperti kecelaruan emosi, tindakan luar jangka yang bersifat on set seperti ketawa yang luar biasa pada masa tertentu dan kembali normal untuk beberapa ketika, kesukaran tidur pada waktu tertentu, emosi sedih yang kadangkala tidak terkawal, serta halusinasi yang melibatkan imej atau gambaran tertentu membolehkan penyakit saka ini dimasukkan dalam kategori CBS (Culture-Bound Syndromes).


            Atas beberapa pandangan dan ulasan di atas , dapatlah dikatakan Main Puteri sebagai satu amalan yang terkelompok dalam Psikoterapi. Hashim Awang A.R dan Zaleha memetik definisi J.D.Frank mengenai psikoterapi, sebagai satu aktiviti yang dikelolakan oleh orang yang terlatih dan diakui oleh pesakit, anggota kumpulan sosial pesakit atau sebahagian daripadanya; serta dengan bantuan anggota kumpulan itu menghasilkan perubahan pada keadaan emosi, sikap dan perlakuan pesakit. Semua yang terlibat memberi perhatian yang serius terhadap perubahan-perubahan itu. Frank mengaitkan teknik rawatan ini sebagai ‘shamanistic-performances’ kerana wujudnya aksi dan ritual di mana semuanya melibatkan pesakit, bomoh dan kumpulan yang hadir sebagai penonton. Kesemuanya saling berkait dan punya peranannya sendiri dan terbatas dari segi ruang masa antara tuntutan pesakit dengan keperluan yang mahu menolong sehingga menghasilkan perubahan-perubahan aksi dan emosi.

Tulisan saya ini merujuk kepada beberapa tulisan sebagaimana nama yang saya rujuk. 

Tuesday, September 10, 2013

ANGGOTA RUFFEDGE ROGOL ANAK TIRI?


ni saya dapat dari  www.wanista.com
Ditakdirkan dia adalah anggota kumpulan muzik Ruffedge lalu ia disebut artis. Jika dia bukan artis mungkin dia juga seperti manusia lain yang melakukan kesalahan yang sama. Tambah perit, perhatian masyarakat sangat sensitif seperti ada radar untuk mengesan dan mengambil perhatian terhadap kesalahan artis. lalu bila salah seorang anggota Ruffedge dituduh merogol anak tirinya, maka otomatik ramai akan menggulungkan perilaku dan kesalahan ini sebagai 'alah artis... biasalah!'.

Memang, merogol itu satu jenayah apatah lagi merogol seseorang yang sepatutnya dilindungi. Perbuatan itu seharusnya dikutuk. Namun seharusnya juga kutukan itu tidak merebak kesemua manusia yang disebut artis. Itu salah. Bidang kesenian bukan lembah kejahatan. Seni tidak mengajar manusia untuk jahat. Tetapi kejahatan itu adalah racun yang sudah bersarang dalam diri manusia tidak kiralah dia ahli politik, doktor, peguam atau pencuci bangunan sekalipun. Jadi ia bukan milik mutlak kerjaya seni.

Di awal Ruffedge
Saya tidak pasti yang mana satu anggota Ruffedge itu, tapi yang pasti dia bukan Cat Farish. yang lain perlulah kita lihat dan baca sosok tubuhnya berdasarkan foto. Kumpulan Ruffedge yang sangat popular di awal dekad 2000 ini telah mengalami beberapa perubahan. Ahli-ahlinya bertukar dan keluar masuk. Jadi yang mana satukah yang tertuduh ini? Saya kira tak perlulah kita pening kepala memikirkan siapakah dia, lambat laun sampai juga ke pengetahuan kita.

Ada juga orang persoalkan, kalau kes rogol atau jenayah rumahtangga ini yang melibatkan orang awam, sesenang itu media menyebut nama dan melaporkan si tertuduh tetapi kenapa bila melibatkan artis, ahli politik atau selebriti, nama tidak disebut dan disembunyikan. kata yang mempersoalkannya di facebook "istimewa sangatkah golongan selebriti ini?". Saya tidak ada jawapan. Mungkin media alasan tertentu.

Ini bukanlah kali pertama kes artis disabitkan dengan tuduhan merogol, dulu pernah ada kes penyanyi 70an, M.Sani dituduh. Ada juga kes penyanyi rock dibunuh malah baru-baru ini pun ada juga kes penyanyi realiti TV dituduh merogol penyanyi. Aduhai macam-macam hal. Tapi saya percaya kisah manusia dengan 1001 macam kisah jahat-baiknya tidak akan berhenti, selagi namanya manusia tidak kira siapapun waima ahli agama. Ingat tak dulu kes dua penceramah agama berperang sebab halaman rumah, dah jadi menteri pun.

Tuesday, September 3, 2013

KONSERT SITI NURHALIZA "LANTERA TIMUR"


Sudah lama saya menunggu Siti Nurhaliza tampil kembali dengan irama tradisional dan apabila Siti umumkan akan menjayakan sebuah konsert irama tradisional bersama Orkestra Tradisional Malaysia, hati saya kata 'wahh.. ini bonus 2013".

Saya sebenarnya masih samar dengan konsep dan pilihan muzik yang akan dipersembahkan. Sebab kalau konotasi tradisional ia kedengaran sangat authentic dan berat berbanding dengan irama Malaysia. Dua konsep itu bunyinya macam sama dan tentu orang akan cakap 'bukankah tradisional itu masuk dalam irama Malaysia?'. Memang betul, tetapi semenjak konsep irama Malaysia diperkenalkan dalam industri hiburan lewat tahun 90an, konsep itu menjadi satu konsep bersifat folk. Apatah lagi bila muncul pula konsep 'etnik kreatif' yang tambah luas dan mengelirukan. Semua jenis irama dari melayu, cina, india hingga andalusia pun termasuk dalam kategori ini. Jadi bila Siti kata akan pentaskan konsert sulung irama tradisional, maka saya bayangkan irama pergendangan Melayu, rebab, sape, kulintangan mahu pun tak lempong dan lain-lain.

Katanya, pada konsert itu nanti akan menampilkan kesenian makyung, syabas untuk Siti kerana membuat pilihan tepat. Tetapi saya tidak pasti apakah Siti hanya tampil menari sahaja. Andainya Siti memilih untuk mengalunkan lagu Mengadap Rebab atau Kisah Barat, saya betul-betul beri tabik 'spring' kat Siti. Dua lagu itu dalam ensembel makyung adalah antara yang sukar tetapi cukup indah jika dapat dialunkan. Saya fikir, irama tradisional perlu diisi dengan satu atau dua lagu sebegitu. Tentu konsert ini akan jadi sangat eksklusif.

Kalau sebut lagu-lagu irama Malaysia dendangan Siti, tentu sekali tidak boleh mengetepikan nama Pak Ngah @Datuk Suhaimi Mohd. Zain. Menurut berita, Siti akan tampilkan Pak Ngah dalam konsert ini. Baguslah, dua tokoh bertemu kembali. Bercakap pasal Pak Ngah, selepas kejatuhan irama Malaysia, Pak Ngah sudah tidak aktif mencipta lagu lagi. Ia satu kerugian kerana Pak Ngah telah menempa nama dengan cukup gemilang di persada muzik Malaysia. Menaikkan semula nama Noraniza Idris sehingga menjadi ikon dan meletakkan Irama Malaysia berada di tempat tertinggi dengan standard penghasilan yang berkualiti. Jadi kenalah Siti alunkan lagu Cindai, Nirmala, Balqis, Ya Maulai dan beberapa lagi dalam konsert itu nanti. Jika tidak pasti tidak lengkap.

Satu sahaja harapan saya pada konsert Lantera Timur ini, saya sangat berharap dengan penganjuran konsert tradisional oleh penyanyi no.1 Malaysia ini, ia mampu mengembalikan semula irama Malaysia di tempatnya. Hari ini, saya yakin masih ramai meminati irama Malaysia kerana generasi 90an yang membesar di era itu adalah mereka yang dewasa pada hari ini. Tetapi jika penghasilan irama ini terhenti di era itu sahaja dan dipinggirkan di dekad akan datang, tentu sekali lagu-lagu seperti samarenda, Nazam Berkasih, Dikir Puteri, Ngajat Tampi, Tinting dan lagu yang seumpama itu hanya akan mengisi Radio Klasik dan berada di dalam koleksi kenangan sebagaimana lagu-lagu dendangan Kamariah Noor, Kartina Dahari, S.M.Salim dan lain-lain. Melihat kepada trend hari ini, penyanyi hanya mengeluarkan single dan lagu-lagu lebih mengisi irama kontemporari dan tidak menampakkan langsung ada usaha di kalangan penyanyi atau komposer berdagang dengan irama bernuansa tradisional. Takut barangkali tapi ironinya, penyanyi Indonesia Firman sangat yakin dengan lagu Jangan Pikirin Abang yang lagunya sangat bercitarasa Melayu.

Saya selalu terfikir, kenapa irama Malaysia/tradisional tidak boleh jadi macam lagu-lagu arab yang mendominasi muzik Timur Tengah walhal muzik barat juga popular. Betapa kaya dan luasnya pengaruh-pengaruh yang ada dalam irama Malaysia, dari pengaruh nusantara, arab, India, Cina, Borneo hinggalah muzik masyarakat asli, tetapi hanya mampu muncul sebagai trend kemudian malap dan tetap dianggap muzik kampung. Sedih sebab kita masih belum merdeka!

Klik sini untuk artikel Kosmo

Monday, August 26, 2013

TANDA PUTERA: REVIEW BY THE STAR ONLINE


Review

Tale of two princes

BY AIDIL RUSLI

Rusdi as Tun Razak, Me as Tunku and Zizan as Tun Dr.Ismail
This heartfelt biopic of the friendship between Tun Abdul Razak and Tun Dr Ismail may be far from perfect, but its heart is in the right place.

VIEWERS mostly want to be engaged when watching a movie. Many of us don’t even care about (nor do we even notice) technical issues like continuity and soft focus shots. What we want is to believe what we see on screen and feel what the characters are feeling.

Which is why Tanda Putera, the latest film from one of Malaysia’s few women filmmakers Datin Paduka Shuhaimi Baba, is quite an engaging experience. It is a historical epic that encompasses a period of more than six years, but having to cram everything into a two-hour movie means that an episodic narrative structure is in place. The movie also uses less-than-believable CGI shots to recreate some of the period settings, but even that is forgivable given the kind of (fairly small) budget that local films usually have.

However, the biggest oversight is in the casting choices for a majority of the film’s characters.

Don’t get me wrong – the actors have done a pretty admirable job in general. However, central characters Tun Abdul Razak and Tun Dr Ismail were both already in their 50s during the period depicted in this movie, but the actors playing them looked too young, even with all that makeup.

In fact, Dr Ismail – the older character – is played by an actor who is younger than the guy playing Abdul Razak! How does one expect an audience to believe anything that’s happening on screen when the age difference between the actor playing Abdul Razak’s second son Johari and the actress playing his mother is merely a year?

If you can set aside all these niggling faults, though, then you may just find Tanda Putera a pretty good watch. Chronicling the close friendship of second prime minister Tun Abdul Razak (played by Rusdi Ramli) and his deputy Tun Dr Ismail (a convincing Zizan Nin, despite the fact that he didn’t look old enough to play the character), the film begins with the tumultuous events of May 13, 1969, when racial riots tore through Kampung Baru in Kuala Lumpur and parts of Selangor.

We also get to see bits and pieces of the two men’s personal lives, surrounded by their children and wives Tun Rahah (Abdul Razak’s wife, played by a regal Faezah Elai) and Toh Puan Norasyikin (affectionately called Neno in the film, played by Linda Hashim).

At the same time, we’re also privy to the lives of a group of friends – Allen (Alan Yun), Johan (Zoey Rahman) and Zarah (Ika Nabella) – who are students at Universiti Malaya and their tutor Kara (Kavitha Sidhu); The film jumps between these two parallel storylines. We are shown how Abdul Razak and Dr Ismail try to tackle the riots and the many acts of terrorism committed by the Communist party, as well as witness the consequences of the riots on the friendship of Allen, Johan, Zarah and Kara.

The episodic nature of the narrative means that we also get to witness important historical moments like the birth of the Malaysia Airlines System, the New Economic Policy and Petronas, and in what could’ve been a beautiful piece of symbolism (which came undone when Zarah literally and verbally declares the symbolism), the great big flood that hit Kuala Lumpur in 1971.

There are also a few heartbreaking moments like when first prime minister Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib, in a standout performance) sees all that he had worked so hard for almost come crumbling down. However, this being a biopic of Abdul Razak and of his friendship with Dr Ismail, these history lessons remain only fleeting in nature, with most of them happening in “blink-and-you’ll-miss-it” moments throughout the film.

Even if we do get a sense of the camaraderie between the two, at the end of the day Abdul Razak remains a bit of a cipher. He holds so many secrets (he even kept the news of his terminal disease from his wife and family) that he was pretty much an enigma in the film. All that Tanda Putera presents to us is the man’s kindness, his courage and unwavering sense of duty towards the nation.

Then again, you can’t really ask for much more than that from a Statesman.

Saturday, August 10, 2013

BURKA AVENGERS - MISI BUDAYA PAKISTAN


Hari ini dunia sudah berpusing, barat sudah tidak lagi mendominasi. Kalau sektor ekonomi China sudah muncul sebagai gergasi yang disegani, kini industri kreatif juga sudah beralih ke Asia. Saya kira mungkin kerana Barat sudah kehabisan modal sebab budaya pun makin merapu. Jadi keunikan yang mereka miliki sudah jadi sangat murah dan tidak eksklusif. Asia dilihat sebagai medan untuk para seniman mengorek seberapa banyak idea dan kreativiti, dari segala macam seni budaya termasuklah perkara-perkara yang dianggap primitif dan mundur oleh Barat, tapi hari ini keterbalikkan itu berlaku di mana hal-hal yang dulunya aneh, ganjil dan mundur sudah berada di tempat istimewa. 

Saya kira juga, hal ini berlaku kesan diaspora budaya dan migrasi masyarakat Asia yang sudah melata ke seluruh dunia Barat. Mereka kini bukan lagi sekadar buruh murahan tetapi sudah berperanan sebagai pemikir dan pembuat keputusan. Yang lebih menarik, masyarakat Asia ini seperti Pakistan, India, China atau Melayu sekalipun seboleh mungkin cuba mempertahankan amalan budaya asal mereka dan diasimilasikan dengan keperluan kehidupan dunia Barat. Kesan kemodenan yang diperolehi dari arus global dan teknologi yang pesat, masyarakat Asia berupaya menyalurkan segala macam kepandaian yang mereka perolehi balik ke tanah asal. Tetapi kerendahan diri Asia dengan segala bentuk budaya yang dimiliki menjadikan itu sebagai nilai kesombongan yang harus dipertahankan. 

Saya suka sekali melihat perubahan yang berlaku pada hari ini. Asia kini merupakan penduduk yang aktif dengan dunia maya, mereka mencapai segala macam kelebihan agar mereka tidak ketinggalan. Dari sudut positif, K-Pop adalah bukti kuasa baru budaya Asia. Memang ternampak hal kebaratan yang berlebihan namun pada masa yang sama mereka sedang muncul segala macam budaya korea. Misi K-Pop sungguh berjaya hingga dunia jatuh demam Gangnam. 

Kali ini perhatian kepada Pakistan yang telah mengejutkan dunia dengan animasi Burka Avengers. Sebuah animasi yang mengangkat wanita sebagai superheroin dalam jubah dan niqab hitam. Imej ini kelihatan sangat ekstrem dan Islamik. Dan memang itulah niatnya. Watak alter-ego Jiya jadi simbol wanita Pakistan yang berjiwa kental dengan kehebatan dalam seni pertahanan Takht Kabaddi yang cuba menyelamatkan komunitinya dari serangan dan ancaman penjahat. Yang lebih menarik, Jiya menggunakan pen dan buku sebagai senjata melawan (kenapa pen dan buku? saya fikir itu adalah lambang ilmu/pendidikan). Penjahat diwujudkan dalam tiga watak berbeza, ahli sihir, ahli politik dan bapa angkat. Saya kira watak-watak jahat ini sengaja diberikan perwatakan begitu untuk menyindir secara tidak langsung keadan sosial di Pakistan hari ini. Ada beberapa pendapat mengatakan animasi ini cuba mengangkat imej wanita Pakistan yang tertindas dan satu propaganda untuk menyedakan pentingnya pendidikan kepada kaum wanita. 

Animasi ini sudahpun ditayangkan pada Julai 2013 dan telah mula menarik perhatian beberapa pihak di Barat untuk mendapat hak tayangan. Pihak TV kita tak berminat ke? Janganlah pulak sebab Burka tu jadi masalah... manalah tahu takut dianggap ekstrem atau sensitif.


Sinopsis
Dipetik dari wikipedia

Burka Avenger is set in the fictional town of Halwapur in northern Pakistan. It features a superheroine who wears a burqa to hide her identity while fighting bad guys. Her alter ego is Jiya, a mild-mannered teacher at an all-girls’ school. Jiya is taught "Takht Kabaddi", a martial art that involves throwing pens and books, by Kabbadi Jan, her adopted father. Together with children Ashu, Immu and Mooli, the Burka Avenger fights the evil Baba Bandook and his henchmen.

The main characters include three children, twins Ashu and Immu, their friend Mooli (named for the radish), his pet goat Golu, Jiya/the Burka Avenger, the villainous magician Baba Bandook, corrupt politician Vadero Pajero, and Jiya's adopted father Kabbadi Jan

Saturday, August 3, 2013

CEREKARAMA OO TAK PUASA YA!

Ini diambil dari blog Admya.
Babak ini adalah kemuncak kemarahan
Imam Kamal pada Ramadhan.
Jangan lupa malam ini Sabtu, 3 Ogos 2013 Cerekarama 'Oo Tak Puasa Ya" akan ditayangkan di TV3 jam 10.00 malam. Eloklah lepas sembahyang Terawih tu, sambil rehatkan badan dan teguk kopi panas, layan drama ringan ini. Ini drama kisah keluarga yang berpusat pada karakter kanak-kanak bernama Ramadhan lakonan Danish Zakwan. Ramadhan adalah anak kepada Imam Kamal, lakonan saya. Kakaknya dimainkan oleh heroin tengah hot Nad Zainal bersama-sama dengan Marissa Yasmin sebagai Mak dan Adik Love sebagai adik Ramadhan. Dramanya mudah tetapi konfliknya menarik.

Lakonan Danish Zakwan, Che Kem, Fezrul Khan,
Marissa Yasmin, Nad Zainal dan Adik Love.
Ramadhan yang nakal selalu buat perkara yang yang mendatangkan marah ayahnya. Sehinggakan soal jodoh kakaknya juga turut mahu diganggu sehingga kecoh keluarga Imam Kamal. Ramadhan sangat tidak menyukai Cikgu Firdaus lakonan Fezrul Khan, yang disukai oleh Imam Kamal dan mahu dijodohkan dengan Azma (Nad Zainal).

Jadi apa kesudahannya? Tengoklah malam ini... Ooo Tak Puasa Ya!

Monday, July 29, 2013

FILEM THE NEW VILLAGE DIGANTUNG



Filem The New Village bakal menemui penonton di pawagam mulai 22 Ogos 2013, tarikh itu hampir dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara malah ia lebih awal berbanding dengan jadual tayangan filem kenegaraan Tanda Putera. The New Village diwar-warkan sebagai sebuah filem sejarah tanahair yang mengupas perjuangan masyarakat Cina semasa tempoh Darurat. Dalam trailer di You Tube, sinopsis filem ini menyebutkan

"The New Village" adalah sebuah filem yang menceritakan kesusahan dan kesengsaraan bangsa cina semasa zaman penjajahan British di tanah air ini. Seramai 500,000 penduduk cina tempatan telah dipaksa oleh British pindah masuk ke 480 buah "re-settlement camps" di seluruh semenanjung malaya dari tahun 1949 hingga 1954. "Re-settlement camps" tersebut sebenarnya adalah Kampung Baru Cina (New Village). Pada hari ini. masih terdapat 450 buah Kampung Baru Cina di seluruh Malaysia dan diduduki oleh lebih daripada satu juta bangsa cina. Kesemua Kampung Baru tersebut mempunyai sejarah yang agak sama. "The New Village" ingin memberi penghargaan tinggi kepada penghuni-penghuni Kampung Baru Cina di seluruh Malaysia."

Jika dibaca pada sinopsis di atas, kita faham akan maksud filem ini yang cuba mengupas program Resettlement yang dianjurkan oleh kerajaan British melalui Rancangan Briggs bagi menangani masalah keganasan Komunis yang sering mengganggu orang awam khususnya di pendalaman. Apatah lagi, Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang mengangkat Parti Komunis Malaya secara majoritinya dianggotai oleh orang-orang Cina. Gerakan mereka tertumpu kepada anti penjajahan. Jadi Rancangan Briggs adalah usaha untuk menangkis penyebaran fahaman Komunis. Sinopsis di atas, secara jelas menerangkan maksud cerita dan objektifnya untuk memberi penghargaan kepada penduduk cina yang terlibat.


Namun, bila kita menonton trailernya, sepintas lalu dapat kita menangkap beberapa sub-cerita yang cuba diangkat oleh pengarahnya. Ada beberapa adegan yang ditonjolkan memperlihatkan kekerasan yang digunakan oleh pihak British ke atas penduduk Cina, hubungan antara gadis cina dengan anggota PKM, tindakan keras tentera British ke atas penduduk dan beberapa aksi yang menampakkan sisi berlawanan antara pihak pemerintah, sisi baik pada watak hero dan sisi antagonis pada si tentera pemerintah. Namun itu adalah pengamatan saya pada trailer yang cuma panjangnya 2 minit 20 saat itu.

Ada beberapa blog sudah menyuarakan protes mereka akan tayangan filem ini, perbandingan dibuat dengan Tanda Putera. Tanda Putera lebih dilihat bernasib malang, terpaksa menempuh beberapa kali tundaan tarikh sehinggalah akan ditayangkan pada 29 Ogos nanti. Namun, The New Village nyatanya menggunakan strategi yang bagus, dalam diam mereka menyiapkan filem dan mendapat tarikh tayangan tanpa diketahui ramai. Tetapi tentu sekali ia perlu melepasi LPF. Di mana peranan LPF sebenarnya jika betul filem ini bersifat menghasut minda penonton mengasihani komunis? Takkan baca sinopsis sahaja? Di mana pula peranan penerbit Astro Shaw yang sepatutnya lebih sensitif di dalam mengangkat isu dalam filem. Tak kan melepaskan lesen kreativiti itu kepada pengarah sahaja? Saya nampak ini seolah wujud double standard dalam hal ini. 

Double standard ini saya rujuk kepada kesan yang diterima oleh Tanda Putera di awal promosinya. Filem itu dihentam, dikatakan bersifat racist sehingga menakutkan pihak yang sepatutnya menyangkannya. Walhal trailernya tidak menampakkan ketara seperti trailer The New Village. Apatah lagi Tanda Putera telah ditayang secara tertutup dan menerima reaksi positif. Namun ia tetap dianggap malang kerana selepas dua tahun terperap, baru boleh keluar panggung. 

Hari ini, imej dan filem adalah medium terbaik dan terpenting dalam menghantar propaganda. Sewaktu gerakan antisemitism memuncak yang bermula di German, kebencian Barat dan Timur terhadap kaum Yahudi begitu tinggi. Sehingga ramai Yahudi mengelak untuk mengakui keturunan mereka dan menukar nama mereka kepada nama-nama biasa barat. Tetapi Yahudi adalah kaum yang bijak, melalui filem digerakkan sentimen kemanusiaan. Banyak sekali filem-filem arahan dan terbitan Yahudi mengangkat tema kemanusiaan tetapi ditonjolkan melalui watak-watak Yahudi. Ini kita dapat lihat dalam filem seperti Schindler's List, Europa Europa, Holocaust, Chariot of Fire, Yentl dan banyak lagi. Sesetengah filem yang dihasilkan oleh pengarah Yahudi ini tidaklah secara terang-terangan mengangkat isu Yahudi, tetapi mereka mengangkat manusia Yahudi dalam tema cinta, romantik broadway, komedi dan sebagainya. Lama-kelamaan persepsi menolak Yahudi itu hilang dan kemudiannya mereka diangkat sebagai hero. Apatah lagi nama-nama besar seperti Spielberg, Elia Kazan, Barbra Streisand, Agnieszka Holland dan ramai lagi sangat berpengaruh dalam industri hiburan dunia. 

Tidaklah saya menyamakan pengarah Wong Kew-Lit dengan mereka di atas, cuma saya anggap itulah usaha yang cuba dimainkan. Mahu menukar persepsi dan merubah fahaman secara halus. Cuba mengangkat hero baru dalam sejarah tanahair. Jika benar filem ini mahu mengangkat perjuangan penduduk cina di kampung-kampung baru, kenapa pula antagonis itu terlihat pada tentera pemerintah? Dan kebiasaannya percintaan akan melahirkan belas kasihan. Bila si heroin bercinta dengan hero, seorang anggota komunis yang diburu pemerintah tentu sekali konflik cinta itu akan menghukum pihak yang menghalang iaitu pemerintah. Jika benar begitu, saya kira Kew-Lit memang bijaksana. Sejarah boleh dilihat dari mana-mana sudut bergantung pada niat orang yang mengangkatnya. Saya masih ingat sebuah dokumentari mengenai Singapura, bagaimana mereka mengolah fakta sehingga langsung tidak menyebut peranan Malaysia, langsung tiada fakta tentang asal-usul Singapura di Nusantara ini dan peranan bangsa Melayu. Yang diungkap bagaimana Singapura dilahirkan oleh British dan kepimpinan Lee Kuan Yew. Saya percaya ramai rakyat Singapura percaya tentang sejarah itu. 

Zahid Hamidi sudah mengarahkan menarik balik New Village ke panggung, soalan saya, kalau ini filem tentang sejarah, tak kanlah tidak terdetik pun dihati penerbit untuk menayangkan kepada pihak berwajib, kalau pun kerajaan bukan orang filem tapi bukankah ia juga menyentuh sensitiviti. Nampak sangat cuba main belakang! Lepas ni mari kita tengok bagaimana masalah ini ditangani. 

Saya ni dah menulis panjang, filem belum tengok hanya tengok trailer. Kalau filem ini kena haram, macam Din Turtle juga, saya akan cari juga untuk tonton sendiri apa wawasan Wong Kew-Lit sebenarnya. 

P/S: Wong Kew-Lit adalah rakan seasrama saya di 5th College UM. Memang Kew-Lit seorang yang berhemah dan berfikiran jauh. Kami sama-sama menganggotai Jawatankuasa Asrama.

Saturday, July 27, 2013

LAGU RAYA SITI: ANUGERAH AIDILFITRI


Kali ini saya nak bercakap pasal lagu raya Siti Nurhaliza, bukan semua lagu rayanya tetapi hanya satu sahaja lagu raya iaitu Anugerah Aidilfitri. Lagu ini dihasilkan oleh Pak Ngah dan liriknya ditulis oleh saya. Tapi bukanlah sebab saya yang tulis maka perlu sangat saya gembar-gemburkan. Dato Siti telah menghasilkan sebuah album penuh lagu-lagu hari raya pada tahun 2003, dengan mengambil judul lagu Anugerah Aidilfitri sebagai tajuk albumnya. Itu kira satu bonus juga untuk saya. Memang bukan senang dan mudah untuk menghasilkan karya dan mengisi album penyanyi unggul Malaysia ini. Mungkin, saya kira kerana melodi lagu Anugerah Aidilfitri ini sedap dan senang ditangkap dek telinga apatah lagi ia memang buah tangan Raja Irama Malaysia, Pak Ngah @ Datuk Suhaimi Mohd. Zain. Album Anugerah Aidilfitri turut memuatkan  tujuh lagi lagu dan dua instrumental. magiknya buah tangan Pak Ngah, lagu-lagu raya ciptaannya bertaraf klasik, nilai authentic dan estetikanya cukup tinggi. Kerana itulah, bila lagu Sesuci Lebaran mula diputar, ia terus melekat dan diminati ramai.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya menulis lirik, Siti Nurhaliza hanya menyanyikan tiga lagu sahaja iaitu Anugerah Aidilfitri, Kudus SinarMu dan Nirmala. Tiga lagu sahaja. Ini saya perlu tegaskan kerana ramai sekali orang keliru dan menyebut saya yang menulis lagu-lagu ciptaan Pak Ngah yang lain terutama lagu Nazam Lebaran, Hati Kama dan beberapa lagu irama Malaysia yang lain. Al-maklumlah, Pak Ngah sinonim dengan beberapa penulis lirik sahaja terutama Hairul Anuar Harun dan Siso. Jadi, saya sebenarnya penulis yang muncul selepas zaman kemuncak irama Malaysia. Selepas Nirmala, Pak Ngah tidak lagi menjuarai kategori Irama Malaysia. Peminat lagu-lagu melayu sudah beralih pada irama pop etnik yang ala-ala arab seperti ciptaan Yasin Sulaiman.


Sebelum lagu Anugerah Aidilfitri, saya pernah menulis sebuah lagu hari raya untuk Siti (lupa tajuknya) tetapi ditolak kerana masalah teknikal bahasa kot. Atau pun saya rasa lirik lagu itu memang tak sedap hahaha. Ikutkan lagu itu sepatutnya keluar bersama-sama dengan lagu Nazam Lebaran dan Airmata Syawal. Rezeki tak ada lah tu, Siti pun ada 'team' nya sendiri yang memilih dan menentukan kesesuaian. Saya kira betullah cara begitu. Apatah lagi status Siti sebagai penyanyi no.1. Bila Pak Ngah bagi peluang untuk tahun berikutnya, saya sangat bersyukur. Masa itu saya kata, kali ini Siti mesti nyanyi lagu ini hahahaha. 

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lirik lagu Anugerah Aidilfitri. Lagu ini mempunyai tiga form dan ia semacam satu penceritaan sebab perlahan di awal lagu kemudian penghujungnya kedengaran seperti satu seru-seruan. Apabila mendengar melodinya berulang kali dan mengkaji beberapa lirik lagu raya Siti yang sebelumnya, saya dapat idea untuk menitip unsur kemanusiaan dan ketuhanan dalam lagu rayanya. Bukanlah saya menidakkan lagu lain tiada unsur itu, tetapi jika di perhati di awal lirik lagu ini ia menyebut:

Di sana apakah ertinya Syawal
Tangisan dan rintihan tiada henti
alangkah hibanya di Aidilfitri
Buminya bagai ambal duri

Ia membawa pendengar mengimbau kehidupan umat Islam di bumi yang bergolak, pada masa itu isu Iraq, Afghanistan dan Palestin sedang hangat. Dan ia masih lagi relevan dengan keadaan di bumi Mesir, Palestin dan Syria pada hari ini. Dan cuba menyelami penderitaan mereka menyambut hari yang sepatutnya bergembira seperti kita di Malaysia. Di mana lebaran selalu dinanti dan disambut dengan sejahtera. Itulah yang saya masukkan di dalam bait kedua. Lagu ini seharusnya menerbitkan rasa kesyukuran dan rasa bertuahnya kita lahir dan berada di bumi Malaysia. Adat dan budaya menyambut hari raya saban tahun dapat kita amalkan, berpakaian cantik berdendang, bertakbir dari rumah ke rumah, menziarah saudara dan bermacam lagi kesukaan semasa menyambut Aidilfitri. Semua itu saya simpulkan pada korus lagu ini:

Mari puji-memuji kepada Tuhan
Titis kasihNya melimpah seluruh alam
Mari puji-memuji Tuhan yang esa
insafi nikmat diberi di hari raya.

Jadi, bila dengar lagu Anugerah Aidilfitri, dengar-dengarkan liriknya. Semoga anda semua dapat mesejnya. Jangan Lupa Lirik ya!

Wednesday, July 24, 2013

UMI KALTHUM PULA PERGI



Langit redup di Kuala Lumpur, semalam jerebu tetapi hari ini sudah berawan. Keredupan itu bagai cuba bercerita bahawa hari ini seorang lagi insan besar dalam dunia hiburan telah pergi. Sewaktu menonton Selamat Pagi Malaysia, saya sudah mendapat khabar ini. Al-Fatihah buat Allahyarham Datin Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin. Beliau pergi di usia 81 tahun dan meninggal dalam keadaan tidur di rumah anaknya.

Kita baru sahaja kehilangan Bawang Merah, Latifah Omar dan hari ini Bawang Putih pula mengusul. Begitulah kehidupan setiap yang hidup akan pergi bertemu penciptanya. Seniwati Umi Kalthum adalah seniwati yang berhemah sepanjang kariernya. Beliau pernah diberi gelaran Wanita Tercantik Asia oleh sebuah majalah antarabangsa Australia. Walaupun sering membawa watak antogonis dalam lakonannya, namun watak itu tidak membuatkan kita jemu dan benci melihatnya. Wataknya dalam filem Bawang putih Bawang Merah terbayang-bayang di mata. Bagaimana Putih berusaha menyanyi di buaian walaupun sumbang dan tiada kemerduan langsung. Tapi itulah keberkesanan wataknya. Wajah eksotiknya yang tidak seperti wajah pelakon filem Melayu yang lain, menjadikan dirinya berbeza dan mudah diingati. Tubuh tinggi langsing memudahkan beliau selalu tampil menarik di dada majalah dan layar perak.

Beliau meninggalkan lapan orang anak dan 22 orang cucu. Sejak kehilangan suaminya Allahyarham Datuk S.Roomai Nor di Mekah, beliau sering sahaja melepaskan kerinduannya di sana. Perkahwinan Allahyarham dengan S.Roomai Nor sering dijadikan contoh pasangan bahagia. Sering sahaja mereka berdua muncul sebagai suami isteri di layar. Lakonan mereka dalam filem Abang sangat meyakinkan. Saya teringat waktu Fuad (Rahim Razali) semakin lemah dan berada di ambang kematiannya, naluri keibuan yang ditunjukkan Allahyarham sangat menyentuh, hatinya seakan mengetahui ada sesuatu akan terjadi. Memang selepas zaman studio Jalan Ampas, apabila industri filem berkembang di Kuala Lumpur, Allahyarham banyak memainkan watak ibu. Bakat mereka berdua mengalir dalam tubuh seniwati Noor Kumalasari.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

Monday, July 22, 2013

SENI KAKI LIMA DI MADRID





Pasangan ini hanya duduk, tiada dialog dan tiada aksi pun.
mereka hanya menampilkan magik. Kekauatan wanita itu mengangkat lelaki menggunakan sebelah tangan sahaja. Puas saya menilik dan memikir bagaimana mereka boleh bertahan. Rupanya ada teras di dalam kostume mereka



Betul lah kata orang jauh perjalanan, banyak pemandangan. Saya bertuah dapat melawat tempat seperti ini yang menghidangkan seni secara percuma. Melihat bagusnya pelakon-pelakon kaki lima beraksi ini, dan hanya mendapat bayaran atas ehsan orang yang lalu lalang. 

Ini persembahan demonstrasi. Tiada kostume dan aksi dramatik. Yang berkemeja biru sedang menerangkan bagaimana alat itu digunakan pada zaman dahulu.yang menariknya alatan itu adalah pusaka lama. Ia seperti pengandal untuk mengangkat barang yang berat. Cara demonstrasi ini menarik dan informatif.



Namun Madrid hidup dengan kehadiran mereka. Mereka bukan sekadar orang yang dipakaikan kostume tetapi mereka adalah pelakon yang dibekalkan ilmu persembahan. Cara mereka melakukan gerakan, bertahan dalam karakter dan melawan halangan waktu cuaca yang panas, saya kira ia latihan yang cukup bagus. Bukan senang. Bila dibandingkan dengan street performance di KL, memang kita sangat jauh tertinggal malah bukan sahaja tertinggal, kita sebenarnya hanya meniru tetapi tidak lahir dari semangat yang betul. 








Yang ini imitasi pokok. tapi saya suka kerana pemain ini  berjaya sustain karakternya begitu lama sekali. setiap gerakan postur dan gesturenya sungguh menarik. Ia seakan pohon yang melambai.



Ada orang kata, bolehlah berjalan kalau banyak duit, tapi itu bukan alasannya. ke mana pun perjalanan kita, mata harus tajam melihat dan mengamati ragam masyarakat. Berjalan bukan sekadar ambil gambar dan shopping semata. Bila kita dapat melihat sendiri baru mata kita percaya. Kerja saya sebagai pegawai kebudayaan menuntut untuk selalu menonton dan mengapresiasi kerja seni orang. Tapi kalau mengharapkan berjalan atas tajaan kerajaan semata, memang payahlah nak dapat.



Ini persembahan teater berkumpulan, ada aksi dan jalan cerita. Tapi mereka selaraskan kostumenya. Anak-anak muda ini begitu rileks sekali melakukan persembahan. Saya tidak sempat menontonnya habis kerana mahu ke tempat lain. Tapi saya kira ini bagus untuk kelas lakonan juga.


Kenapa saya kata begitu, biasanya yang pergi ke luar negara melihat dan melawat karya orang adalah big boss, balik dari sana mereka arahkan kita buat. Senang dan seronok berjalan bagi boss-boss tapi susah memikir dan mencerna ke pentas itu jatuh pada anak buah. Nasiblah tu, siapa suruh jadi anak buah hehehe. 

hari itu hari Ahad, waktu baru sahaja memulakan perjalanan saya ternampak sekumpulan orang sedang menyanyi diiringi alunan muzik. Sesekali mereka menari dalam perarakan. Ia sangat folk. Wanita di tengah itu mengalunkan suara soprano mendendangkan lagu klasik flavour opera. Saya kira ini kumpulan kebudayaan gereja dari sekitar Madrid. Mereka tidak mengutip wang, hanya membuat persembahan di jalanan.



Dua askar ini saya kira sangat terlatih. Sifat kejantanan mereka terserlah. Menariknya, mereka adalah patung gangsa tetapi apabila mahu berubah kedudukan, mereka melakukan gerakan slow motion. Sangat-sangat menarik Saya kira mereka merancang dengan baik persembahan mereka ini. Kita boleh ralik dengan hanya berdiri dan memerhati. Persembahan mereka ini menarik minat kanak-kanak, khususnya lelaki.



Ini lakonan Jesus yang disalib. Waktu saya melintas, pelakon ini
sedang bersiap untuk memulakan aksi. Tetapi dalam persiapannya menjadi Jesus, dia sudahpun berada dalam karakter. Badannya yang kering dang berdarah itu, bergerak danbersiap dalam rasa kesakitan. saya macam percaya dia sedang sakit. Bila ready sambil menahan kesakitan, dia mengangkat pancang itu. Dia sangat profesional.




Seingat saya, trip tajaan kerajaan yang betul-betul bermanfaat adalah pada tahun 2008, apabila ASWARA menyertai Malaysia Week. Rombongan kami diberi kesempatan oleh Dato Omar Awang untuk menonton muzikal dan melawat universiti-universiti. Malah bukan itu sahaja, atas inisiatif kami, khususnya Joseph Gonzales yang memastikan para pelajar memanfaatkan lawtan mereka ke London, ada pelajar sempat mengikuti kelas tari di pineapple studio.



Sewaktu melawat Plaza Mayor, ramai sekali persembahan jalanan. Saya tertarik dengan pelakon ini. Dia menjadi halimunan. Tidak berwajah tetapi bercermin mata. Hahaha sangat cute. Adakah dia lelaki atau perempuan? Saya tidak tahu tapi yang pasti tubuhnya kecil dan pendek sehingga boleh berupa mejadi orang tak berkepala.







Yang ini menguji mata kita. Ada dua pelakon tetapi salah satunya sebenarnya patung. Kita harus tengok lama-lama untuk kenal yang mana satu pelakon sebenarnya. Pelakon ini perlu ada stamina yang tinggi, bagus dalam mengawal pernafasan dan mampu bertahan dalam kedudukan yang lama. 












Jadi, jika kita berminat dengan seni budaya atau jika kita ini memang kerjanya  berorientasikan seni budaya macam pegawai kebudayaan ke, artis budaya ke, pensyarah seni ke, pemuzik, penari ke atau yang sewaktu dengannya, kalau dapat peluang berjalan, janganlah kita fikirkan untuk pakai lawa-lawa sambil pose depan patung dan gedung-gedung mewah. manfaatkan perjalanan kita untuk belajar dari orang lain. Ia akan membantu meningkatkan pengetahuan kita. Saya berpesan untuk diri saya juga.Walau ke mana pun kita pergi, mesti ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Tidak semestinya ke Madrid!






Saturday, July 20, 2013

PROMO: DRAMA KELANTAN 'SUDAH SUDAHLAH...'



Pengumuman! Pengumuman! Pengumuman! drama 'Sudah Sudahlah...' akan ditayangkan pada 20 Julai 2013 di TV1 jam 2.00 petang. Jangan terlepas pulak, dah bagitahu dah ni. Ceritanya menarik ada banyak sub-plotnya. Tapi cerita pokoknya mengenai perebutan jawatan Pengerusi Koperasi di sebuah kampung (lokasinya di Kuala Besut, Terengganu) antara pemimpin lama, Abe Him (Saya lah tu) dengan pemimpin muda yang baru keluar universiti, lakonan Asrul (Budak Kelantan). Drama ini diarahkan oleh saudara Asri Alias (orang Kelantan jugok). Cerita ini sepenuhnya dalam dialek Kelantan. Ini pertama kali, saya berlakon dengan barisan pelakon Kelantan dan Terengganu. Memang hebat-hebat belaka sampai ada ketikanya saya rasa kecil dan hilang perkataan. Kita ingat kita bagus sebab lahir dan dibesarkan di Kelantan, tapi sebab dah lama duduk di luar, perbendaharaan kata Kelantan pun banyak pupus. betullah kata orang, seniman itu hidup dalam lingkungannya.

jadi, jangan lupa temujanji kita pada Sabtu 20 Julai 2013, TV1 pukul 2.00 petang.

Monday, July 1, 2013

KONSERT M.NASIR: ADA YANG TELAN UBAT?



Sekali lagi Dato M.Nasir menakluk Istana Budaya selepas konsert terakhirnya Alam Muzik pada tahun 2009. Kali ini hidangannya berbeza, kesan pancaindera digunakan semaksima mungkin. Saya berpeluang menonton pada Sabtu lepas sewaktu seluruh warga negeriku, Kelantan dan Johor tertumpu kepada Piala FA. Nyatanya malam itu, Panggung Sari tidak sepi, tetap hingar dengan peminat M.Nasir. Saya pasti kehadiran mereka bukan sekadar mahu hanyut dengan lagu-lagu kesukaan mereka, seperti saya, apabila kita menyebut nama M.Nasir ianya sangat sinonim dengan sesuatu yang sangat konsepsual. Konsep dan tema yang membawa kepada penjelajahan pemikiran melalui lagu dan seni visualnya. Namun tentu sekali lagunya sangat berperanan untuk kita terus melekat dalam panggung. Itu sayalah tapi saya juga pasti ada dalam kalangan peminat M.Nasir itu, tidak hanya tenggelam dalam lagunya tetapi turut tenggelam dan berfantasi dengan karisma tokoh muzik ini. Berani tidak 'statement' saya ini? Saya ada bukti ha ha ha...

Sang Pencinta adalah hidangan yang lazat. Mata tidak terkalih pada perkara lain dek kerana magis yang tertayang di pentas. Sebelum Sang Pencinta, saya tonton Alam Muzik dan konsert solo M.Nasir dengan filharmonik. ternyata yang ini memang lazat. Saya tidak  boleh tidak, walau berada di barisan hadapan, tanpa peduli penonton di belakang, saya bangun dan bertepuk bila tiba pada plot-plot yang mengesankan. Dahsyatlah perasaan kala itu, walhal saya selalu juga berbual dan makan semeja dengan M.Nasir tetapi kerana sifat eksklusif M.Nasir di pentas, maka apa yang beliau tampilkan memberi impak yang sangat berbeza. Dua personaliti berbeza antara di luar dan di pentas. 

dipetik dari gua.com
Persembahan dipecahkan kepada beberapa segmen, permulaan persembahan tatkala tirai dibuka, kita hanya dipersembahkan dengan sebuah animasi yang memperkenalkan penganjur dan mereka yang membawa konsert Sang Pencinta. Namun persembahannya seperti satu 'journey' memasuki jalan dan lorong, lembah dan gunung, pertukaran sifat dan perilaku dalam iringan lagu Di Balik Cermin. Memang lagu itu berhantu, ia umpama bisikan sang pendeta. Menyuruh kita melihat yang hakiki bukan hal-hal bersifat luaran. Lagu-lagu awal sangat mengujakan, rancak dan bertenaga. Pabila lagu Apokalips didendangkan, penonton sudah terpekik dan menyanyi bersama. M.Nasir memberi tenaga yang cukup bagus kepada kami. Dari mana tenaga itu datang, saya tidak pasti tetapi M.Nasir seperti seorang remaja, berlari, melompat, menari, bersilat dan apa sahaja yang menaikkan semangat kepenontonan kami. Ketika M.Nasir memasuki segmen lagu-lagu yang popular, Mentera Semerah Padi, Tanya Sama Hud Hud, Rajawali Terbang Tinggi, Keroncong Untuk Ana dan banyak lagi, saya sudah benar-benar hanyut, setiap patah liriknya saya nyanyikan, saya dan kebanyakan penonton sudah buat persembahan di tempat duduk masing-masing. Kami memang sudah tidak tahu malu ha ha ha.

Dan ketika lagu Hijab Kekasih dialunkan, rakan di hadapan saya sudah kelu dan terdiam. Selesai sahaja segmen itu, dia meninggalkan panggung, agaknya sudah tidak mampu menanggung ketaksubannya. Kenapa saya kata begitu, sebab sebelum masuk panggung saya sudah menegurnya "Eh datang tengok M.Nasir pakai baju Great Britain? Ini tak boleh", tambah saya lagi "Boleh kontrol ke ni?". Jawabnya "Saya sudah buat persiapan, sudah ambil ubat penenang". Memang dia nampak tenang sepanjang konsert tapi dia tetap kalah dengan perasaannya.

Segmen yang saya suka adalah segmen akustik, M.Nasir mendendangkan lagu orang lain tetapi ciptaannya seperti lagu 'Layang-layang Terputus tali', 'Srikandi Cintaku' dan 'Meniti Titian Usang'. Rasa yang beliau tumpahkan pada lagu-lagu itu sangat berbeza terutama pada lagu 'Meniti Titian Usang' yang pernah dipopularkan oleh Search. Saya dapat merasa 'weight' yang dibawa, kesan emosi pada patah-patah perkataan. Memang lagu itu sangat berat ia tidak boleh didengar kerana Rocknya. Liriknya sangat tinggi dan menginsafkan. Saya kira pengalaman dan kematangan M.Nasir bersatu dengan rentetan pengalaman penonton membawa kami menyertai perasaan dalam lagu itu. Dalam segmen ini, M.Nasir turut mengalunkan sebuah lagu baru berjudul "Aku Dah Bilang". Lagu ini sangat mudah, senang didengar dan akan cepat diikuti.
gua.com
Sepanjang malam itu, lagu-lagu menjadi cerita yang panjang. Visual menyokong penceritaan. Juga dimasukkan persembahan Dekon oleh pelajar-pelajar ASWARA yang menyampaikan puisi Chairil Anwar dan Jalaluddin Rumi. mereka berkostume choral Greek dan bertopeng. Sangat konsepsual. Grafik bersifat visual mapping itu memang membantu persembahan, ia meningkatkan kefahaman kita pada erti lagu-lagu yang dipersembahkan.

Pendek kata, kalau ada lagi konsert M.Nasir, pergilah menonton. Ia bukan persembahan biasa-biasa. Ia bukan persembahan yang ada iringan berpuluh penari di pentas yang bersifat hiburan semata-mata. Ia bukan konsert yang sekadar memutar semula lagu-lagu hits seorang penyanyi. Ia adalah seni persembahan yang menghimpunkan semua aspek seni persembahan di pentas. Seluruh pancaindera merasai getarannya. Bila kita menonton konsert yang sedemikian sifatnya, lagu-lagu hits menjadi bonus tetapi penjelajahan fikiran itu adalah matlamatnya. Pada ketika ini, saya kira inilah konsert artis Malaysia yang terbaik, yang tampil dengan idea dan konsep yang jelas. Ia bukan sekadar selitan teaterikal tetapi ia penyampaian cerita melalui lirik-lirik yang bagus. Bertuahnya M.Nasir adalah kerana banyak lagu-lagunya yang hits mengandungi mesej yang mendalam. Ia bukan sekadar lagu-lagu cinta biasa-biasa. Malam itu, hampir 30 buah lagu dipersembahkan dan banyak lagi lagu-lagunya tidak dipersembahkan. Tahniah kepada penganjur dan team produksinya. Muzik di bawah Aznan juga hebat.

Sebelum habis show, selepas menghabiskan segmen terakhir, rakan saya yang telan ubat tadi masuk semula. Dia bisik kat member sebelahnya, "cepat jerit minta lagi sekali Hijab kekasih".
Ehh! Ini bukan karaoke ok!

Klik sini untuk entri saya tentang konsert Alam Muzik.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...