Jom Kita Jadi Geng

Monday, January 18, 2010

RHEA DAN 'PANCAKE' DI HARIJADINYA

(Karya Rhea pada disember 2009 lalu, dia membayangkan dia, abang aish (baju Ben10) dan aqilah sedang bermain)
Tanggal 17hb Januari 2010, Rhea sudah genap 5 tahun dengan ketinggian 117cm dan berat 27kg. Jika dikira dia dalam kelompok mild-obesity. Hahahha tak kira lah yang penting dia sihat, cerdas, cergas dan sedap dipeluk. Banyak sungguh permintaannya sempena ulangtahunnya, tapi kami ibubapa meredakan satu persatu permintaannya dan satu persatu dia bertolak ansur. Orang kata ego budak diusia 5 tahun makin meningkat dan saya terima tempias itu, saya perhatikan dia makin tegas dengan pilihan dan pendiriannya. Sikapnya sangat jelas bila dia mahukan sesuatu.
Pagi ini, sewaktu saya masih berbaring di katil , Rhea yang bangkit datang kejutkan saya. katanya 'adik bangun awal sesangat masa malam, adik tunggu matahari keluar'. Rupanya dia dah sedar sejak jam 5 pagi dan diperam sehingga terang. Tidak pula saya sedar.
Dia kejutkan saya dan ajak ke dapur untuk masak. Dalam hati saya kata 'apa hal pulak Rhea ni nak masak' dan memang dia sungguh-sungguh nak masak. Dia ambil kerusi dan minta saya duduk perhatikan dia manakala dia ambil satu lagi kerusi dan mula mengambil bekas untuk masak. Dalam fikiran saya 'apalah nak dimasak oleh budak 5 tahun ni'. Dia minta saya bantu dia dan ajarkan dia mana satu nak dimulakan. Tapi ditangannya sudah ada twister untuk mengadun tepung so sayapun cadangkan dia ambil tepung gandum. Saya just ingat dia nak main-main aja di dapur pada awal pagi ini di hari jadinya tapi sangkaan saya salah, dia serius mahu memasak untuk abang dan maminya yang masih lena. Jadi saya suruh dia letakkan tepung dalam bekas mangkuk plastik...saya perhatikan dia sangat teliti dan pengemas. dia tanya banyak mana Babah, saya cakap letaklah dalam 4 sudu besar.



Sebenarnya saya tak tahu nak ajar dia masak apa. Bila tengok cara dia handle tepung dan pengacau, saya yakin dia betul-betul mahu masak. Saya minta dia campurkan sedikit air dan saya masukkan secubit garam. saya berikan sebiji telur lalu dia pecah dan kacau telur itu sebelum masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi. Saya mula terfikir 'why not ajar dia masak pancake!'. "Kita nak masak apa ni Babah" "pancake!". "Ok!" katanya sambil kacau telur dan masukkan dalam bancukan tepung. Saya minta dia kacau sampai sebati telur dan tepung tadi. Kemudian saya tambahkan gula,bakingpowder dan susu low-fat. Saya minta dia tambahkan tepung. Adunan pancake dah ready.
Saya bantu dia untuk 'toastkan' pancake dengan sedikit butter dan Rhea yang balik-balikkan. Bila maminya bangun dan tengok kami berdua sedang masak breakfast, Rhea cakap nanti mami makan. maminya ingatkan saya yang masak, bila saya beritahu yang Rhea insist to cook, she surprised dan kagum dengan birthday girl.
Memang pancake tu menjadi dan tambah sedap bila Rhea susun tinggi dan letakkan butter dan madu ,tahulah pulak dia kat mana ditengok taktahulah. Hmmm memang sedap. Abang Aish apalagi...




(karya rhea pada disember 2009 semasa dia menetap di kampung bersama atuk dan neneknya. Mereka sering dibawa ke majlis kenduri dan inilah hasil pemerhatian nya)
Hari ini hari jadi Rhea, setahun lagi dia melangkah dan dia hadiahkan pada kami hidangan sarapan pancake/lempeng lah. Setiap hari adalah kejutan buat kami dan dan alangkah indah kalau anak-anak selalu kecil dan comel begini. HAPPY BIRTHDAY ADIK!

7 comments:

Hisham said...

bertambah BESAR la rhea...tahun ni 5 tahun dah sekolah ke? Faqihah dan Umairah sudah 6 tahun dan darjah 3..
sekejap je masa berlalu

Che Kem said...

tu lah, soh cepat betul masa berlalu. Dah 5 tahun. dah tanya dan minta macam-macam dah. Hari tu dia tanya boleh ke adik kahwin... habis tu nak jawab apa?

Anonymous said...

Selamat datang Rhea ke alam DIVA!!!makin hevoc lah rumah U sebab dah ada 3 Diva!!Opss...Hepi Besday Gurl!!Bila dah besar sikit...uncle bagi rantai yang abang darus simpan untuk seseorang!!Opssss...

I lah...siapa lagi

chekem mirza said...

ya dia dah train dirinya jadi DIVA sejak usia 3 tahun. Sekarang pagi-pagi dia bangun akan bersanggul sebelum mandi supaya rambutnya tak basah untuk pergi sekolah...bayangkan!

Anonymous said...

so cute~

Hashimah Hassan said...

Askum,
satu sekoloh ruponyo kito, tapi sya msk 1987-1992, cikgu mohamad noor (bekeng) & cikgu kalsom spt ngaja saya juga, cikgu kalsom guru kelas sya masa tu, 1 kuning & ngaja BM, cikgu mohamad nor jd PK 1

igt lagi dlu oghe pgl skoloh kito skoloh 'debek'

chekem mirza said...

Hashimah,

baru terbaca komen awak ni. Kalau awak selalu singgah di blog ni, boleh juga bersembang di facebook chekem mirza

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...