Pernahkah kita terfikir untuk kembali ke alam persekolahan? Saya fikir ada! Itu perasaan yang normal bagi semua orang apatah lagi di usia dewasa begini yang bergelumang dengan bermacam pancaroba, permasalahan, pikul beban dan tanggungjawab, berhempas pulas mencari penyelesaian sendiri. Sewaktu di usia muda semuda 7 tahun kita melompat berlari bermain masuk kelas kena marah kena tegur kena berdiri kena rotan kena denda, dapat markah rendah dapat nombor corot lepas tu bangkit dan bersaing untuk pulihkan kedudukan. Digelar dengan bermacam-macam gelaran, sakit hati tuhan saja yang tahu. Tetapi itu semua kita ingat kita kenang dan kita mahu kembali kepada dunia naif itu. hari ini kita ingatinya sebagai kenangan indah. Pelikkan tapi itu sebenarnya.
(ini blok batu, tingkat atas paling kiri adalah kelas 5 kuning pada tahun 1982)
Foto-foto di dalam entri ini adalah rupa sekolah saya semasa saya menuntut di sini dari tahun 1978 hingga 1983. Saya masih ingat nama saya didaftarkan di sekolah ini dan pada masa itu hanya saya dalam ramai adik beradik yang bersekolah di sini. Saya tidak ada jawapan kenapa Wan dan mek daftarkan saya di sekolah ini sedangkan abang dan kakak saya bersekolah di dua buah sekolah yang dikira lebih baik dari sekolah saya ini. Nama sekolah mereka Sek Sultan Ibrahim 1 & 2 Pasir Mas. Saya rasa terasing sangat masa itu kerana di keliling rumah saya pun hanya saya seorang sahaja bersekolah di sekolah ini. Saya rasa macam tercicir berbanding dengan abang, kakak dan anak-anak jiran yang lain. Apatah lagi sekolah saya sering disebut sebagai sekolah orang tidak pandai, orang mundur. Sekolah cap kerbau! Hahahaha sedih.
Namun saya tidak boleh undur. Darjah satu saya didaftarkan di kelas 1kuning. Saya ingat lagi nama cikgu tu ialah Puan Kalsom. Cikgu Kalsom suka pakai kebaya pendek dan memakai skarf menutup kepala. Dia mengajar Bahasa Malaysia. Dia tidak garang tapi bengkeng kalau buat salah. Saya ingat lagi pada hari pendaftaran darjah 1, arwah Wan yang bawa saya. kami keluar rumah awal pagi. Pagi pada masa itu tidak seperti pagi pada waktu ini, jam 7 pagi keluar rumah suasana masih gelap dan sejuk. Saya membonceng dan arwah yang mengayuhnya. pernah sekali kami berdua jatuh basikal di persimpangan menuju 'gate' keretapi Pasir Mas. Wan selalu ulang kisah kami jatuh basikal kepada saya...saya selalu ingat itu. Payah sekali masa itu kerana rumah kami hanya ada satu kenderaan iaitu basikal Wan sahaja. Abang dan kakak yang lain berjalan kaki ke sekolah. Bukannya dekat jarak antara rumah ke sekolah.
(foto i: bangunan blok batu di mana saya darjah 1, 2 dan 5. Di belakangnya adalah padang kecil untuk kelas senaman dan perhimpunan pagi;
foto ii: bangunan kayu yang menempatkan bilik darjah dan pejabat guru dan boleh diubah suai jadi dewan perhimpunan.
Saya belajar darjah 3, 4 dan 6 di sini oooh nostalgia betul lah)
Hari pertama Darjah 1, selepas daftar Wan bawa saya ke kantin dan kejadian yang memalukan dan melucukan bagi saya . Semasa ingin melangkah masuk ke kantin sekolah, saya tanggalkan kasut! hahahahaha makcik kantin senyum dan kata "heh dok payoh bukok kasut, masuk jah" ya lah bagi aku masuk kantin tu rasa macam masuk rumah orang. Arwah Wan gelak kat aku. Saya masih ingat saya makan bihun goreng sayurnya kangkung harganya 10@20 sen sepinggan dengan segelas air sirap.
Satu kesilapan arwah Wan adalah tidak membawa aku ke tandas dan tidak menunjukkan aku cara menggunakan tandas. Tandas di sekolah masa itu di luar bangunan dan berada menghadap padang kecil di belakang blok batu. jauh juga . Nak dijadikan cerita, saya sakit perut dan tidak tahu bagaimana nak ke tandas jadi............hahahahhaha memalukan!!!!!! hahahahah!!!!!
Wan bekerja di stesen keretapi (KTM) sebagai tukang cat, dengan pendapatan sekitar RM300 lebih sahaja sebulan. Memang tidak cukup untuk menyara kami 9 orang adik beradik yang pada masa itu semuanya belajar. Kakak saya Sarimah yang gagal peperiksaan SRP menangguhkan pelajarannya dan bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Dr.Purat (Veterinar). Susah hendak saya gambarkan kesusahan kami dahulu ya. Satu hari, saya lihat Cikgu Kalsom bertemu Arwah Wan di seberang jalan di hadapan kelas 1 kuning, saya lihat dan perhati tapi tidak tahu apa isi perbualan mereka. Ia berlaku di hadapan mata . Beberapa hari kemudiannya, barulah arwan Wan ceritakan niat dan tujuan Cikgu Kalsom. Cikgu Kalsom bersimpati dengan keluarga kami dan ingin membela saya sebagai anaknya tapi Wan kata pada kami adik-beradik 'selagi dia hidup anak-anak tetap dengan dia'. Memang kesusahan kami telah membuka hati orang lain untuk membela kami termasuklah abang saya Ghazali! Tapi Wan dan Mek orang yang kuat dan cekal. Syukur alhamdulillah.
Dulu sistem persekolahan adalah sistem penggal. jadi ada tiga penggal dalam 1 tahun. Saya masih ingat pada penggal pertama saya dapat nombor 7 , penggal 2 nombor 11 dan penggal 3 nombor 22. Memang menurun teruk. Tetapi seingat saya pada masa itu saya sudah boleh membaca dengan lancar jawi dan rumi malah saya sudah boleh mengajar rakan-rakan yang lemah dalam membaca. Mata pelajaran yang saya suka adalah bahasa melayu dan Lukisan sahaja. Masa tu Normalini selalu dapat nombor satu. di mana dia sekarang?
Dulu sistem persekolahan adalah sistem penggal. jadi ada tiga penggal dalam 1 tahun. Saya masih ingat pada penggal pertama saya dapat nombor 7 , penggal 2 nombor 11 dan penggal 3 nombor 22. Memang menurun teruk. Tetapi seingat saya pada masa itu saya sudah boleh membaca dengan lancar jawi dan rumi malah saya sudah boleh mengajar rakan-rakan yang lemah dalam membaca. Mata pelajaran yang saya suka adalah bahasa melayu dan Lukisan sahaja. Masa tu Normalini selalu dapat nombor satu. di mana dia sekarang?
(Ini blok baru yang menggantikan bangunan kayu yang bersejarah, kenapalah mereka tak pelihara
bangunan kayu tu bukankah itu nilai sejarah dan warisan dari tahun 1926)
Oleh kerana kedudukan dalam kelas saya nombor 22 jadi saya kena turun kelas. Kedudukan kelas pada masa itu mengikut warna iaitu Kelas terbaik Kelas Kuning, Merah, Hijau dan Biru. Saya pun tak tahu kelas mana sebenar saya sepatutnya berada kerana mula-mula saya ditempatkan di kelas 2 hijau kemudian saya dipindah ke kelas 2 kuning , lepas tu masuk kelas hijau balik. Lepas penggal kedua saya pernah diletakkan di kelas 2 merah. Tapi akhirnya kelas hakiki saya ialah 2 Hijau. sewaktu darjah 2 lah saya mula berjalan kaki ke sekolah merentas stesen keretapi, pasar, jalan dan simpang...bayangkan masa tu umur hanya 8 tahun, saya membelah jalanraya, mengelak motor kereta. Tuhan betul-betul beri saya keberanian dan perlindungan.
Guru kelas saya adalah Cikgu Sulaiman. Imejnya berbaju Bush jacket, rambut lebat bercermin mata. Dia baik tetapi kadangkala melepaskan kemarahannya. Saya pernah dimarahinya, pensil saya dibuang ke dalam bakul sampah kerana terlalu pendek sependek jari penunjuk. Malangnya saya cuma ada sebatang itu sahaja dan itulah pensil yang saya tajam dan gorekkan sehingga tinggal sebesar itu. Dia ingatkan dalam kelas yang dia tidak mahu sesiapa dalam kelas menggunakan pensil sepanjang itu. Sampai hati cikgu buang pensil saya! Saya tidak pernah beritahu dia yang saya tidak mempu membeli pensil baru. Saya cuma membawa 20 sen ke sekolah. Manalah mampu nak berbelanja, cukup hanya sebatang pencil, pembaris, pisau lorek dan pemadam. Masa tu saya tak minta duit saku lebih kerana saya tahu jika minta lebih maka abang atau kakak akan dapat kurang. Nasib baik di sebelah meja saya duduk seorang budak perempuan bernama Norliza, dia berikan saya sebatang pensil berwarna merah dan bertulis National Panasonic. Agaknya pensil tu hadiah keluarga dia beli barangan letrik. Ketika mahu pulangkan, Norliza kata 'Ambiklah Jamme...sayo wi ko awok'. Tapi lepas darjah dua Norliza pindah sekolah dan saya tidak tahu ke mana dia lepas tu. Semasa darjah dua, saya selalu dapat nombor 2 atau 3 sebabnya Roslida Osman selalu dapat nombor 1 kalau tidak Norliza yang dapat. Memang masa tu saya pun hairan kenapa saya diletakkan dikelas 2 hijau sedangkan rakan yang lain masih ramai yang tak boleh membaca!
Darjah 3 saya masih lagi 3 Hijau, tak beranjak pun. Rakan sekelas pun orang yang sama. Nama guru kelas kami Cikgu Zaharah. Badannya kurus, tinggi, rambutnya pendek berombak, cakapnya lembut dan dia ada iras seniwati Umi Kalsom waktu muda. Saya dapat rasakan yang saya sering jadi perhatiannya. Semasa di darjah 3 lah (1980) nama sekolah saya bertukar dari SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR MAS kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' ABDUL HAMID kekal hingga kini. Dan saya ingat semasa di darjah 3 inilah potensi dan bakat saya di dalam seni mula dipupuk di mana Cikgu Zaharah sering sahaja bertanya tentang pantun dan siapa yang boleh memberi contoh-contoh pantun, tentulah orang yang selalu bangun berdiri dan berpantun adalah saya hahahahha! Ada seorang cikgu jika tidak silap namanya Cikgu Rosli dia mengajar Sains Paduan, dalam kelas dia suka ajak kami menyanyi dan bermain dan dia akan minta antara kami ke depan untuk buat persembahan, dan yang selalunya ke depan siapa lagi...SAYALAH hahahahha! Adusss masa tu lagu Quiniry M nyanyian Mazuin Hamzah sangat popular judulnya Cinta palsu. Lagu tu sering saya nyanyi dan saya ingat liriknya hingga kini...hahahaha! Semasa dalam kelas ini saya sangat merasa simpati pada dua orang rakan iaitu Aminah dan Harusi kerana sering sahaja dimarah cikgu. Zarimi dan Zulkarnain yang asal sekampung sering juga ditegur cikgu kerana selalu comot, pernah cikgu tegur pasal telinga mereka hahaha.
Petang lepas sekolah, saya sering ikut jalan keretapi kerana suka meniti jalan keretapi. pernah sekali sewaktu melalui jambatan keretapi, saya terjatuh badan tergantung di selipar kayu rel keretapi di bawahnya paya hijau yang dalam. perlahan-lahan saya panjat bongkah kayu rel itu. Terfikir saya, anak sulung saya berusia 9th tak berani nak dilepaskan sorang-sorang, apatah lagi berjalan meniti di landasan keretapi.
(Jalan depan Blok batu ni adalah tempat ibu bapa menunggu anak-anak, dulunya tak ditutup dan jalan pun taklah sibuk. Padang sebelah itu disebut padang Bank (Padang Majlis daerah) tapi sekolah kami pinjam untuk kelas PJ dan sukan)
Darjah 4 saya naik kelas ke 4 Kuning. Cikgu kelas saya namanya Cikgu Wan Adnan. Gayanya kemas, kemejanya bergosok ada jambul kurus dan tubuhnya kecil. Dia sangat bagus dalam lukisan. Saya ingat adiknya Wan nazri adalah sekelas abang saya, Ghazali di Sek. Sultan Ibrahim 2. Masa darjah 4 yang saya sangat ingat adalah wakil pasukan dalam olahraga. Saya wakil pasukan merah dalam acara 4x100 meter dan menang, bawa balik pingat ke rumah. Orang kata gaya larian saya mendongak! saya turut mencuba acara lain seperti 100 meter, lompat jauh dan 200 meter. masa ni fokus saya pada pelajaran makin lemah, saya tidak fokus banyak bermain. saya rasa sebab faktor TV kerana pada tahun inilah rumah kami ada peti TV Sanyo hitam putih pakai bateri. Tiap kali bateri habis kena pergi cas. Rumah tak ada letrik masa tu. TV banyak pengaruhi saya pada hiburan. Suka sangat tengok rancangan Aneka yang menampilkan penyanyi-penyanyi. Drama Minggu Ini pun suka. Dek kerana khayal semasa ke sekolah saya nyaris digilis keretapi sewaktu melintas kerana tidak perasan keretapi sudah berada di jarak 50 meter dari saya. Makcik-makcik peraih dah menjerit-jerit termasuklah Moktuo. Kalau tidak saya dah arwah pada usia 10 tahun.
Darjah 5 ada peperiksaan besar iaitu penilaian Darjah 5 yang menentukan peluang kita ke sekolah berasrama penuh semasa sekolah menengah. Saya tidak melihat itu penting dan sejarahnya di dalam keluarga saya, tiada yang betul-betul cemerlang sehingga mampu ke asrama penuh. Jadi ia bukanlah cita-cita saya. Semasa di darjah 5, guru kami Cik Wan Mustapha. Dia tinggi dan gempal tapi ada humor sikit. Dia mengajar Ilmu Alam dan Bahasa Malaysia. Saya memang hilang fokus dan tidak suka belajar. Banyak kali saya ponteng sekolah malah sampai hari ini saya tidak tahu apa keputusan penilaian Darjah Lima saya. Kalau orang tanya saya akan jawab 1 A. Wan dan mek atau abang kakak saya tidak pernah bertanya dan ambil soal tentang sekolah saya. Seingat saya, saya putuskan apa nak jadi dan apa nak dipilih semasa di sekolah. Saya tidak liar atau nakal saya cuma makin malas belajar tetapi saya sangat aktif dalam aktiviti sekolah khususnya aktiviti kesenian. Masa darjah 5 saya turut bermain hoki dan bola sepak tapi itu bukan kegemaran saya. Saya sangat suka sastera dan kesenian dan rasa itu memang sangat ketara. saya pernah dirotan di hadapan kelas kerana mengusik budak perempuan pada waktu rehat. masa tu kami 3 orang, saya dah lupa siapa 2 lagi kawan saya bawa lari barang budak perepuan dan kami berkejar-kejar, tapi itu sekadar main-main dan kami tidak perasan yang perbuatan kami itu diperhatikan Guru Besar Cikgu Muhammad Hj. Salleh. Lepas rehat masuk kelas terus kami di panggil di hadapan kelas dan kami di rotan waktu itu juga. Seriknya sampai hari ni.
Darjah 6 Kuning, guru kelas Cikgu Mohd Noor. Dia terkenal kat sekolah sebagai cikgu sukan. Suaranya serak-serak, kulit putih, rambutnya kerinting dan badannya tegap. Darjah 6 adalah tahun segala main-main. yalah Penilaian dah habis yang tinggal peperiksaan penggal yang sudah tidak sepenting Penilaian Darjah 5. Jadi semasa darjah 6 banyak aktiviti kesenian, kami terlibat dalam hari Guru, kami pegang jawatan penting dalam persetuan, kami anjurkan rombongan berkelah dan bermacam-macam lagi. masa ni saya dan putuskan dalam diri bahawa saya akan pilih bidang kesenian atau sastera. Itu sahaja minat saya. Waktu orang lain sibuk nak pergi asrama penuh, nak jadi doktor dan macam-macam, saya tidak buru itu. Wan mek tak tahu dan tidak kisah yang penting bagi mereka saya belajar dan tidak mencuri, merompak atau hisap dadah!
Hendak dicatat setiap detik kenangan terlalu sukar, turun naik sewaktu di sekolah ini, bertemu rakan dan kawan mengembirakan saya. memang jika kita datang dari keluarga yang tidak mampu, cuma sepasang pakaian sekolah untuk seminggu, sepasang kasut untuk setahun, seringgit untuk seminggu,yuran sekolah yang banyak tertunggak sering membuat kita jadi kecil dan malu pada setiap kali ditegur dan dipanggil guru. Apatah lagi diperli rakan sebaya. Tapi itu bukanlah penyebab untuk kita tidak merintis impian dan keinginan!
Walau apapun status sekolah saya dilihat dan disebut pada ketika itu dan ketika ini, biarkan sahaja kerana dari tahun 1978 - 1983 bersamanya ia mencorak hidup saya hari ini. Sejarah telah mencatat semua itu. Tidak ada sebuah sekolah didunia ini bertujuan menjadikan muridnya bodoh, namanya pusat ilmu maka disitulah manusianya mencari ilmu. Ilmu sudah terbentang hanya manusia itu sahaja yang perlu memilih dan menetapkan pilihannya. Ketinggian peribadi seseorang itu tidak memandang di mana kamu bermula tetapi melihat di manakah kamu berakhir!
P/s: Di mana Noreha, Normalini, M.Rozlin, Saufi Musa, Rohani Muhammad, Hasnah, Mat Zuki, Marlizan, Kamal Rashid, Rosmawati, Noriza Beran, Sayuti Nawawi, Mazlan A.Wahid, Rashidah, Roslida Osman, Norliza, Normalini, Zaharan, Hamdan, Zulkifli Md.Yusof, Sukiman Ramli, Maishafura, Azmani, Azizi Omar, Noriah, Ishak, sham, Arman Mamat, Rostam, Mat Zuki, Zuraidah Mat Yusof, Norhanita Md Noor, Zuraini, khuzaimah,rabiatul adawiah, dan yang lain yang tak tersebut namanya, semoga sihat.
10 comments:
umi sokmo kt cokman pndai even xbaca buku pn..umi citer ms dl cokman sokmo tgk tv tp result cemerlang..umi gyt sb ms dlm kls cokman bg tmpuan..umi kt cokman jrng wt kijo skolh rumah..umi da citer gak ms cokman nk spm lagu mn..
masa nok preksa SRP, cokman nga ayohli dok ngan umi, sokmo umi ngepek ko cokman sbb brehi tengok tv sapai pagi. Yolah cokman gilo tengok TV siam channel 7 dan 3.Nok kato cemerlang doklah jugak tapi hok peting kaklong kita kena ada aim dan ggapo kita nok jadi. Maso tu cokman tahu doh nok duk aliran sastera.
baru2 ni khabarnya bangunan 2 tingkat yang mengadap padang bank tu pun nak di robohkan...nak ganti ngan bangunan baru...tapi dihalang oleh persatuan ibubapa dan bekas orang2 lama yang belajar dan mengajar di dato'hamid.Akhirnya bangunan tu x jadi roboh...dikekalkan tingkat atas cuma bawahnya dijadikan pentas utk persembahan
sekarang ni pun dgr khabar kelab Alumni Dato'Hamid ada sedikit masalah..khabarnya x de support dari bekas pelajar dan pengajar..
ini pun dengar2 cerita je
aku ada buka group facebook untuk bekas pelajar sk Dato Hamid. Mu daftarlah facebook nanti buleh tengok. doh ada doh bekas pelajar daftar, ramai lah jugok
Salam, kawe terbalik pula, cuma kawe seorg yg sekolah sis, yg lain tu sek demo la. hihi. kawe seringkali duk lepak tunggu kakak kawe sambil gi beli kedai cina dekat dgn kamal restoran beli macam-macam mainan.
Apapun Mal, itu rentetan perjalanan hidup...susah senang itu yg manis utk dikenang. Kalu demo rasa susah, kawe rasa ada ore lain yg lebih susoh. sapa dh tok tubit air mato ni kau nak royak cerita...
kalu balik PMas call la
Thank you Dr.fadzil,
betullah kata demo, sapa tok tubik airmato kalu kenang kisoh lama. kawe pikir smua orang ada sejarah masing-masing.
jjeme...ni kawe rosmawati mohd nawawi. saing so kelas 6 kuning. pas tu kita ada jupa masa di um. loni kawe dok ngajar di smk batu gajah. ingat zame dulu. bahagianya...lucunya...
Rosmawati,
for sure saya ingat...kita keluar makan masa kat UM. macamana nak contact awak ni? Hubungi saya 019 2504532.
beberapa rakan sekolah masa darjah 6 berjaya saya hubungi. hubungi saya please.
Abe, tergelak saya baca coretan abe yang ini. Kelakar sungguh apabila terbayang kisah Abe buka kasut nak masuk kantin. Kihkihkih.
Syed Putra, Johor Bahru.
Post a Comment