Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, November 18, 2009

AISH PATAH TANGAN


hari jumaat yang lalu, 13 November sewaktu saya masih di pejabat, sayadikejutkan dengan panggilan daripada isteri saya... dia dengan cemas memberitahu bahawa tangan Aish patah. Saya bertenang seperti selalu, tenangkan isteri saya yang melatah cemas dan menyuruhnya terus bawa aish ke klini berdekatan, sementara saya pulang. Ya, kita biasa dengan kemalangan yang membawa kepada patah dan luka anggota badan, jadi kita anggap itu perkara yang sering menimpa pada sesuatu kejadian kemalangan. Namun bila anak kita sendiri yang ditimpa kemalangan dan melihat tangannya bengkok dan tidak boleh digerakkan kita jadi gemuruh dan takut. rasa macam nak dicekik budak yang datang merempuh basikal aish sehingga dia terlanggar dinding dan basikal menimpa diri aish. Eeeeee jika ikutkan hati lah yaa..

Doktor di Klinik Kita menasihatkan agar membawanya ke hospital berdekatan, jadi terus kami bawa Aish ke Hospital Ampang yang jaraknya sekitar 5km dari rumah. Kami check-in sekitar 7.30 malam. Menunggu nombor giliran dipanggil, bilik pertama yang kami masuki adalah bilik tapisan oleh Penolong pegawai Perubatan dan beliau mengarahkan agar tangan Aish di X-Ray. Selesai x-ray kami menunggu giliran dengan nombor yang sama dipanggil. Nombor kami dipanggil dan kami masuki bilik nombor 2, doktor dapati tulang pergelangan tangan aish telah patah dua bukannya retak jadi ia memberi implikasi yang berbeza. Kami diarah menunggu. Kami menunggu lagi untuk panggilan ketiga. Nombor kami dipanggil dan aish diletakkan disebuah katil. Misi yang bertugas memberitahu, aish kemungkinan kena bermalam sebab kena tunggu doktor tulang datang. kami menunggu. Doktor tulang datang dan mengenal pasti sintom dan cara untuk rawatan. Beliau suruh aish berehat dan mohon untuk rehat makan. Kesian doktor belum sempat makan. Saya pun ambil peluang yang sama pergi McDonald untuk belikan makanan buat kami. Aish nak makan McD. Bila kembali ke hospital, doktor yang tadi juga turut kembali dan hasil tilikannya aish perlu dimasukan ubat dan pelali sebab tulangnya perlu ditarik bagi diluruskan sebelum disimen. Tapi katanya kita kena tunggu pakar atau a person yang bertugas untuk simen. kami menunggu.
Kami menunggu. A Person yang bertugas untuk simen tiba dan aish dibawa ke bilik simen. Kami diminta menunggu di luar kerana prosedur itu perlu dilakukan oleh doktor dan pakar sahaja. Dari luar kami dengar jeritan dan tangisan aish. Memang sakitpun kalau tulang perlu ditarik dan diluruskan. Kali kedua aish menangis selepas tangisan pertama semasa doktor mahu mencucuk jarum di belakang tangan untuk masukkan ubat dan pelali tadi. Kesian anak lelaki kami ni, dia sangat manja dan penakut sekali. Tangannya siap disimen. Aish dibawa ke bilik x-ray dan doktor menunjukkan kedudukan tulang yang patah. Kami hanya berpuas hati walaupun ia bukanlah pada kedudukan 100% tepat.
Doktor kata, insyallah dalam masa 2 bulan tangan aish akan pulih sepenuhnya. Kanak-kanak punya sel yang aktif jadi ia mempercepatkan tulang tangannya pulih. Kami berada di Hospital Ampang dari jam 7.30 mlm - 1.30 pagi. Walaupun lama dan meresahkan namun alhamdulillah prosedur berjalan dengan baik tapi saya terfikir bukankah terlalu banyak pintu dan orang yang perlu ditempuh sebelum mendapatkan rawatan yang sebetulnya. Seeloknya ia boleh dipercepatkan agar pesakit tidak terseksa menunggu.
Buat doktor yang merawat AISH, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih. Yang membaca entri ini, terima kasih atas iringan doa, semoga Allah membalas tiap kebaikan yang saudara berikan. Alhamdulillah.

9 comments:

benuasuluk said...

tumpang simpat. Hal anak-anak ni kadang-kadang dalam situasi seperti ini membuatkan kita boleh sasau sekejap. Semoga cepat sembuh Aish.

chekem mirza said...

one, sebahagian nyawa kita ada pada anak-anak.

aie said...

banyak-banyak sabar ce'kem.. moga tak dicekik budak yang langgar Aish.. Moga Aish cepat sembuh.. Cuti sekolah boleh bawa whole family gi jalan..

chekem mirza said...

hahahaha Mr.Tujeri, tentu sekali tidak dicekik budak tu. cuma kalau ikutkan geram. Saya ikut prinsip u always charming!

Anonymous said...

Aish main basikal luar pagar ko?kesian Aish...mujur kena dekat dengan cuti sekolah..x le kena tinggal sekolah lama2...
Muga2 aish sihat dengan cepat.
kirim salam ko Aish

Ayah ser

chekem mirza said...

tu lah soh, aish bukan cekap sangat bawa basikal, lagipun tangannya kecil untuk tampung badan dia yang besar tu.
terima kasih atas doa.

PJL said...

erm... ksian aish...
moga aish cepat sembuh yea.. uncle doakan Aish akan pulih seperti sediakala...
Buat che kem... nie dugaa yea..
moga tabah sabar dan redha ape yg terjadi...
semua ada hikmah dan rahmat dari NYA...

chekem mirza said...

thank you PJL! layak lagi ke u dipanggil PJL bukakah jawatan dah dilucutkan?

Abam Kie said...

Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.

Zuki
(zukidin.blogspot.com)

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...