Jom Kita Jadi Geng

Monday, November 30, 2009

AIDILADHA 2009


Aidiladha kali ini kami hanya menyambutnya di Kuala Lumpur. Lebih malang malam raya saya di hospital Ampang menemani anak sulung, Aish yang melalui pembedahan tangannya yang patah. Hendak buat macamana, manusia hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan. Kami merancang balik cuti Hari Raya Aidiladha di Pasir Mas Kelantan kerana pada tahun ni kami adik beradik berpakat untuk rebahkan seekor lembu dan buat kenduri kesyukuran. Kak Long yang sepatutnya balik ke kelantan dengan kamipun terpaksa beraya di KL.
Namun dek kerana doktor dah menetapkan tarikh pembedahan Aish pada 26hb Nov sehari sebelum Raya Haji terpaksalah kami akur demi kebaikan anak sulung kami. Alhamdulillah, kesunyian kami di Kuala Lumpur teriisi dengan kehadiran Abah dan Mama yang turun dari Kepala Batas untuk bersama-sama kami. Sekurang-kurangnya ia dapat memberi semangat kepada kami.

Kini sekeping logam sudah tertanam di dalam tangan Aish, doktor menjangkakan dalam tempoh 6 minggu tulangnya pulih namun besi itu akan tertanam selama setahun. Jadilah anak saya seorang wolverine.... Arghhh!!!!!

4 comments:

Hisham said...

sambuta aidiladha dirumah sangatlah meriah..kalu awak ado maka cukuplah semua anak2 wan ngan mek....kehadiran tetamu amat menggalakkan...insyaAllah kalau ada rezeki kita buat pulak lain kali.

Sapo ngepen datah tu...?

chekem mirza said...

insyallah soh, kalau ada rezki. jangan lupa baju kurung tu...

blog aku kan kelantan bloggers jadi adalah orang masuk ngepen

Anonymous said...

Actres sinetron mana yg pakai telekong tu..penghayatan tahap primadona!!!kelasss..

legendary yg bakal buat comeback!!

Che Kem said...

legendary,

actress cilik sinetron tu buat darama setiap hari... tak larat nak layan. malam tadi dia buat muka dengan saya dan merajuk dengan kak long.

tak sabar nak tunggu your comeback

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...