Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, August 25, 2009

MTAR: SATU GUMPALAN



Alhamdulillah bertemu Ramadhan sekali lagi. Ramadhan kali terasa seperti satu garis yang memisahkan antara kegelisahan dan ketenangan. Keresahan, stress, bengang menangani muzikal tun abdul razak yang berakhir pada 20hb ogos 2009 bagai terus lenyap dan hilang pada 21hb ogos hari berikutnya. ditambah apabila Ramadhan pertama jatuh pada 22 ogos. Tenang dan rasa lepas itu ku bawa jauh ke kampung isteri Kepala Batas.
Banyak sunggoh jerih perih yang dilalui sepanjang menangani MTAR. Nak dikata tidak ada upaya, rasanya tidaklah, aku harungi dengan passion yang tinggi untuk menjayakannya. Dari mengemudi produksi...membentuk organisasi...perbincangan...merentasi birokrasi...menerima lontaran idea bernas dan punah...mencincang konsep dan idea...menyusun dan mengubah kreativiti...berkongsi kepala...meredah ketidakmatangan manusia...melayan kemalasan orang...kedangkalan fikiran....ketamakan nama dan gelaran....kemiskinan kemanusiaan... kealpaan pada dinar....kesetiaan pada ..... mengenal sikap kerjasama... mengenal kawan sekerja... mengenal siapa bodoh pandai... melihat ketandusan idea... melihat kekecutan kuasa... melihat raja menjadi fakir... fakir mejadi raja... segala nya....segala galanya!!!!!!!!! Semua itu pengajaran buat ku.

Terima kasih buat anak-anak ASWARA...para pelajar dan graduan yang dalam nakal mereka tetap menempatkan takhtanya di pentas. Buat Jefri dan Balkis yang setia melayan karenah ku...harap-harap tidaklah BOSSY....tujri yang hanyut dek kata-kataku.... kak Bie dan Ku Shee yang sentiasa memastikan kerja ini satu team. Datuk Rahim Razali yang masih berkuku dan bertaring walau dilihat banyak melepaskan pada tenaga muda....Jee dan Shidi yang sabar melayan karenah ASWARA.... Dato Omar yang cuba sedayanya menjadikan MTAR sebuah kenyataan.


Buat Dboy..rosden. aris, khairunazwan, shafirul, kema, rosman, ijad, bayu, along, ct, adika, ina, dikwan, natalia, shahida, dzul dan jo dan seluruh warga MTAR....TERIMA KASIH yang mampu saya ucapkan jika itulah perkataan paling tepat dan baik bagi saya menghargai sumbangan dan komitmen saudara semua. Banyak kenangan dan kemenangan yang kita capai dalam produksi ini. kemenangan yang mampu mematangkan kita.




kemenangan ini
kemenangan rakyat
kemenangan semua
marilah marilah
raikan bersama
kemenangan...malaysia

P/S: Saya mengucapkan takziah buat kekanda saya Ghazali dan isterinya Kak Ju, yang telah kehilangan bapa mertua pada 22 Ogos lalu di HUKM. Pemergian Akong satu kehilangan buat kalian dan juga buat saya sekeluarga. Semoga roh mendiang bersemadi dengan aman.

4 comments:

Unknown said...

semoga semua cabaran yang dihadapi tidak akan mematahkan semangat sebagai anak seni dan teruskan perjuangan kerana anda banar-benar seorang yang berbakat besar... tahniah.. Selamat berpuasa dan selamat menyambut adidil fitri yang bakal tiba. Balik p.mas ghoyak la..

Anonymous said...

Minta maaf kerana kebenaran ini... saya merasakan Muzikal Tun Abdul Razak merupakan teater yang terburuk pernah saya tonton... Bukan saya nak pijak ASWARA kerana saya juga merupakan pelajar ASWARA dan saya bangga menjadi penghuni ASWARA... Memang benar muzikal ini gagal dari setiap aspek...

chekem mirza said...

Cik Anonymous,
terima kasih atas pandangan saudara. Setiap orang memilik pandangan masing-masing. Sebagai orang yang mengurus produksi ini saya berbangga melihat kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar ASWARA. Mungkin MTAR sebagai langkah awal untuk mementaskan sebuah produksi yang berjaya. Kejayaan tidak hanya akan dicapai dengan satu percubaan, ini dinamakan mengutip pengalaman untuk mematangkan diri. Seperti anda warga ASWARA yang pada hari pertama menjejak kaki di ASWARA tidaklah sehebat seperti hari ini. Terima kasih sekali lagi cik Anonymous.

Anak ASWARA juga nieeee said...

ASWARA mmg harus berbangga dengan tenaga yang telah dikeluarkan bagi mementaskan teater muzikal ini... semoga akan ada lagi produk aswara yg bakal dilahirkan. mudah-mudahan ianya akan bertambaha baik... come on ASWARA!!!!

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...