Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, September 8, 2009

BUKA PUASA NAN INDAH

Berbuka puasa bersama keluarga adalah saat yang paling menggembirakan. apatah lagi bila kita jauh dari kampung halaman. Kerinduan pada zaman kecil bersama arwah mek dan wan menjadi detik-detik yang ingin diulang kembali. Saban tahun kami adik beradik yang menetap di Kuala Lumpur mengambil peluang berbuka puasa bersama-sama. Kediaman saya sering saja menjadi lokasi berbuka memandang berada di tengah antara tempat tinggal adik beradik yang lain, dan kediaman yang saya duduki boleh menampung jumlah orang yang ramai. Jadi malam itu, suasana cukup meriah, hiruk pikuk, kebisingan yang pernah wujud sewaktu kami 9 orang adik beradik mendiami sebuah rumah yang hanya 2 bilik. Kesusahan Wan dan Mek tidak pernah menjadikan kasih sayang mereka kepada kami surut.


Matkali (Ghazali) abang saya yang baru sahaja memperolehi Ijazah kedoktorannya dari Universiti di osaka, jepun. jadi majlis ini boleh dikira meraikan kejayaannya menjadi seorang doktor falsafah dalam bidang Bahasa dan Linguistik Jepun. Tahniah. Setiap tahun ada sahaja menu yang kami rancang bagi mengimbau resipi yang pernah Mek hidangkan. Tahun lepas kami menikmati nasi kerabu dan ayam percik sewaktu berbuka.


Tahun ni, matkali dan saya bersetuju untuk menyediakan nasi ulam. Memang nasi ulam Mek istimewa sikit, tidak seperti nasi ulam utara. nak diserasikan dengan nasi ulam tu, maka menu lain turut ada. Saya sediakan sayur lemak kobis manakala Nida isteri saya, sediakan tempe goreng jawa dan ikan jenahak goreng. Nak menjadikan berbuka kami lebih nostalgik maka dihidangkan sepiring budu yang diperah limau purut dan hirisan bawang. Mmmmm memang makan kami bertambah. Lihat sahaja Aish dan izwan tu.


Di atas dua ipar saya, Kak Na isteri kepada Husin (Zulkifli) dan yang baju biru itu, Wati isteri Awi (Zawawi). Mereka dah mesra dengan cara dan peel perangai kami. cara kami berbual, bermesra dan menikmati waktu berbuka.

Semuanya menerkam. nampak tak ikan jenahak goreng, nasi ulam (ada bunga kantan tu) dan sayur lemak kobis....hujung tu budu dan ikan sepat masin. Mmmm

Popo (Ibu kepada Kak Ju) turut datang. beliau baru sahaja kehilangan suaminya Akong yang meninggal dunia kerana barah. Namun Popo kelihatan tenang. Walaupun berketurunan Cina, Popo memahami dan mesra dengan kami adik beradik.

Inilah abang dan adik saya, Husin kini tauke gerai makan dan hari itu cuti berniaga bazar ramadhan. Awi pula baru memulakan perniagaannya sebagai kontraktor perumahan.

matkali dan Kak Ju, pasangan romantis ni memang penuh tatasusilanya. Tapi di rumah saya itu semua hilang dan dilanggar kerana bagi saya dirumah saya adalah untuk semua keluarga saya. Mereka jadikan seperti rumah mereka.

Bila lagi dapat berbuka bersama ya... mmmmm Rindu nak berbuka di kampung Kubang panjang.

9 comments:

Aidil Fadzil said...

Asalamualaikum, wow cukup bertuah ketemu blog ni. selama ni tengok demo kat Tv je. Tahniah, demo telah menggapai impian demo selama ni. salam dan tahniah buat abe demo (Dr. Ghazali).Bestnya buka ramai-ramai.

ce'kem said...

alhamdulillah...
Ya allah fadzil, pemidato SIS yang terkenal. Apa khabar saudaraku. sihat hendaknya. Sekarang sedang menyiapkan Phd, alhamdulillah. Aku beginilah saja-saja. Nanti call aku ya 0192504532 atau email aku cekem55@gmail.com

Anonymous said...

bila tgk korang ramai2 buka puasa maka syahdu la rasa hati ni........kalau ada wan nga mek alangkah bestnye..bila sbut nasi ulam,lagi terasanye..dah hampir 10 tahun x merasa nasi ulam tu...

nak buat kat rumah x jadi...buat hari tu sekali jadi pahit,x tahu bakpo? rasa pahit timun batang...

susana posa dikampung dah x srupo dulu dah...kalu ramai2 mesti seronok....umah chik x leh nak buat buko poso sebab tgh dale proses baikpulih....

dale gambar napok koho besar aish nga izwan tu? poso ko dok?

kat p.mas alhamdulillah...kakak baru tggal 2 hari...umairah nga faqihah masih penuh puasanya..

kalau wan ngan mek masih ada dalam keluarga yg tgh berkembang ni mesti seronok....mesti geger waktu ngorib soro budak2...tambah dengan ngepek x sir mandi


dulu masa dekat2 nak raya..masa tu sayo kecik2 lg...kalu maso2 gini mesti wan ngan mek tgh pening..baju rayo anok2,kain baju,kuih2 rayo semuo tak dok lagi..nak cari mano2 duit pun x dok..nak butang buke nyo org nk bagi....kesian wan ngan mek...

lo ni walaupun smuo kijo doh n mampu nak cukupkan hk anok2 tapi bila selami prasaan org susoh mace kita dulu...sedih jgk raso
mek mesti tgh letih ngarung pulut nga kacar sambal daging...peluh habis kain hk dio wat kembang tapi dio buat jgk sebab nk pastikan anok2 dapat rayo...lo ni bila smuo anok dh kijo....wan ngan mek pulok x dok

kalu duk bukus tupat kade2 sapai pagi cerah..walaupun kade2 bosan ko mulut mok cik yam tp ook jugok

sempena aidilfitri yg akan tibo ni..sruan sayo kepada anok perantauan n adik bradik hk jauh2..kelik la walau sbetar..kalu stahun kito sibuk kn diri nga kijo apalh saloh kalu luang kan maso stahun skali utk imbau kenangan lamo...kade2 sesuatu yg sekejap itu yang lebih mberi erti pado smuo

salam sayang buat familiy tayib n noriah@mek wok d k.l

teringat ko tupat sambal la pulok!

Tayyibah's

ce'kem said...

Soh,
memang tok leh nok beli kisoh hidup dulu-dulu. susohnya tokleh nok cerita kade-kade tubik airmato sdiri. Tapi sebab susoh dulu, kenang ko jaso we n mek, kita jadi tokse nok balik pada hidup dulu. kalu boleh toksir adik bradik hok lain balik susoh mace dulu. tengok ko siti ngan sarimah, sayo pun jatuh ksian... tok habih lagi episod sedih dale famili kita.

maso kecik dulu... mu, awi n mekti hok payoh. mulot kerah, aota tapi nak minum air kotok. eeee. taing bukok posa, sibuk nok buko padahal tokposa... tapi kita adik bradik layan jugak. Ingat lagi arwah saripah, maso nilah dia paling sibuk ngusung dan alih maghi. brehi sunggoh dia nyipe. adik bradik kito ni, ada 9 macam prangai hok tokleh nok tukar ganti doh! Alhamdulillah.

Nasi ulam mu jadi pahit? bakpo lagu tu... tu lah maso mek buat mu tahu nok make jahhh... keno tengok dan blaja ulam mano, jenis mano, potong lagu mano... aku gi kedai chow kit gi cari ulam-ulam tu. nasib baik ada blako. sedaplah...

memang tringat nok makan ktupat mek dgan sambal daging...

aish ikutnya posa penuh tok tinggal walaupun ada skali dia try makan scebis roti rhea. izwan, husin kato banyok tinggal pada posa. dia sama tinggi dgn husin doh.

salam

Anonymous said...

Kay,
Popo minta tukar foto lain..foto tu kurang glamerr...popo nak hantar foto pakai gaun!!..
Pesan dgn chop..ni ruangan komen..kalau nak tulis panjang-panjang bukok blog sendiri...kekkeke..

Masih bergaya walau senja..

ce'kem said...

make sure foto popo tu close-up n colour. foto hitamputih xmau terima.
pandai ke sop set-p blog. ishh!

Anonymous said...

Assalamualaikum che kem...boleh saya bertanya sikit...Kak Ju sekarang tinggal dimana yer..dan berapa orang anaknya..saya ni housemate dia masa kat subang jaya dulu...dan saya pernah ikut dia tengok che kem berlakon teater Julias Caesear..kirim salam rindu kat dia..tkasih.

ce'kem said...

kak ju tinggal di Ukay Perdana. Saya ingat lepas tu kita pi makan kat bangsar. Kak Ju baru sahaja kehilangan bapanya pada 1 ramadhan lepas.
Suami nya baru sahaja selesai Phd.

Anonymous said...

Tkasih..yer mmg kita b3 pergi mkn kat bangsar lps tu..salam takziah buat Kak Ju..dugaan bulan ramadhan..saya x tau lah Kak Ju msh ingat dgn saya lagi atau tidak..panjang jodoh dia dgn abg Che Kem..

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...