Jom Kita Jadi Geng

Friday, February 22, 2008

BANDUNG oh BANDUNG!







Sudah lama saya merancang hendak bercuti, tapi tidak tahu ke mana. Apabila disemak haribulan dan jadual kerja, saya temui tarikh yang menarik iaitu semasa cuti tahun baru cina. Semasa merancang dan membuat tempahan tidak terfikir bahawa saya akan didatangi dengan beberapa kerja sepanjang minggu bercuti itu. Awalnya kami merancang ke Jogjakarta kerana di sana dikatakan memiliki pemandangan dan tempat-tempat yang menarik termasuk Borobodur. Tapi apabila tiba nak membuat tempahan, tiket dah full, we tried many ways to get jogja but finally we found that we should stop dreaming and find another place to go. We tried looking for some popular places such as hanoi, bali, padang, bandung, kuching, phuket and surabaya. Through friends, we made a survey and they suggested to us the better place is BANDUNG!

What Bandung! never cross in my mind that Bandung will be the place. I've been in Padang once and not other place in Indonesia. I surfed the net and look for some information about bandung. What we have in our mind Bandung is just only a crowded city.... Saya ditugaskan membantu persembahan Majlis Pra Sambutan tahun Baru Cina di Petaling Street pada 2 haribulan dan pihak Istana Budaya pun memanggil saya untuk membantu mereka bagi Majlis Rumah Terbuka di Bukit Bintang dan Konsert Barisan Budi pada 13 haribulan. Saya mula terfikir macamana ni, saya dah buat rancangan dan tempahan dah dibuat untuk bercuti sepanjang Tahun Baru Cina. Saya berbincang dengan KP IB dan sedia membantu tetapi harap dia consider perancangan yang dah saya buat. Beliau setuju jadi saya dengan lapang dada boleh bercuti dengan baik.

Kami tinggalkan Malaysia menuju destinasi yang asing. Takut, risau, kosong dan pasrah sahaja pada tuhan jika apa-apa berlaku kepada kami. Destinasi Bandung...satu harapan. Sepanjang dalam penerbangan kami tertidur kerana penat dan pastinya mahu lupakan kebimbangan kami tentang apa yang akan kami tempuh. Dan apatah lagi ini adalah pengalaman pertama saya menaiki pesawat Air Asia, kami ketawa bila stewardess membawa plastik hitam dan menyebut... sampah! sampah! sampah! Tapi yang menawan hati saya adalah penerbangan kami mendarat dengan smooth dan tidak ada rasa gentar langsung. Saya dah ada pengalaman yang baik dan rasanya tidak menjadi masalah untuk terbang bersama Air Asia lagi.

Apabila tiba di airport bandung, ianya biasa sahaja tapi kami senyum sesama sendiri memikirkan ke mana nak pergi selepas ini, hotel tak ditempah dan tempat nak dituju pun tidak tahu. Tiba-tiba sahaja kami disapa oleh pengawal keselamatan dan bertanya, bila berbual mereka cadangkan menginap di hotel sekitar Cihampelas. Cihampelas?. Tetapi sepanjang di airport sementara menunggu luggage dan taxi, saya tertawan dengan keramahan budi pekerja di airport. Tidak terbayangkan orang bandung boleh seramah itu...ya lah dalam kepala kami terfikirkan mat-mat indon di KL. Pemandu teksi yang membawa kami namaya ADE. kami berbisik dan mengatakan rupanya seperti seorang aktor hollywood, automatik terkeluar dari mulut saya ARMAND ASSANTE! ya rupanya memang seperti aktor itu, dia melayan kami dengan baik dan mencadangkan beberapa tempat yang menarik untuk membeli belah dan bersiar-siar. Tidak sampai sejam kami di Bandung, hati kami sudah dicuri denga kemanisan budi mereka. Hotel yang kami menginap adalah sebuah hotel 3-4 bintang iaitu NALENDRA yang berada di jalan utama Cihampelas. Sebaik meletak barang di bilik, terus kami decide untuk keluar bersiar-siar di sekitar Cihampelas.

Cihampelas adalah bandar salah satu jalan utama di Bandung, popular kerana banyak factory outlet yang menjual local jeans. Bila saya kata banyak amka ia memang banyak dan di Cihampelas ini ada komples beli belah iaitu Giant dan Ciwalk. Giant di sini tidak jauh bezanya dengan Giant di Malaysia, sebuah supermarket yang turut terdapat shoplot. Tapi ia masih sepi kerana baru saja dibuka. Kami menikmati makan tengahari kami di sini. saya makan nasi dan sup iga bakar madu...memang sedap, joseph makan nasi goreng...pun sedap. Hidangan kami ditambah lagi dengan Es Teler yang sungguh enak dengan aisnya seperti salji. Ciwalk adalah singkatan daripada Cihampelas walk lebih mirip seperti The Curve atau Lot 10, tempat muda-mudi bertemu, bersiar dan membeli belah. Di sini fesyen dari popular designer dan makanan dari pelbagai negara boleh di dapati. Bila difikirkan kami rasa Bandung tidak jauh dari kita dan mereka moden. Kami jajahi jalan-jalan sekitar Cihampelas tetapi belum membeli apa-apa pun. Survey dahulu. Lalu kami decided to go to Dago kerana ramai berkata bahawa Dago adalah pusat bandar. Menariknya pandai-pandai kami sahaja ke Dago menaiki Angkutan (sebuah van yang dibuat seperti tut-tut). Di dalam angkutan kami makin merasai orang-orang bandung ni sangat mesra dan berbudi bahasa, cuba bayangkan di dalam sebuah kenderaan kecil dan di dalamnya muat 10 orang, badan kami bersentuhan satu sama lain, orang sebelah yang sama sekali kami tidak kenal tetapi kami boleh memegang pehanya sewaktu angkutan membuka pusingan. Hebatnya tiada rasa apa-apa cuma yang kami rasa adalah satu hubungan erat masyarakat bandung. Di sini meletakkan diri kita tidak selfish dan selalu memikirkan orang lain. mungkin kerana orang bandung berketurunan Sunda.

Jalan dago di belah dua oleh Simpang Dago dan kami meneroka jalan Dago sebelah selatan (rasanya) di mana sepanjang Jalan Dago ini banya terdapat factory outlet manakala di sebelah sana adalah pusat kota yang terdapat hotel, cafe dan pusat hiburan. Kapi menapak dari satu outlet ke satu outlet tetapi mata kami tak membeli satupun kerana dah rambang. banyak sangat pilihan! Kami pulang naik angkutan, sewaktu van sangkut di dalam macet malam itu, seorang kanak-kanak perempuan kecil lebih kurang 7-8 tahun usianya naik sambil bermain alat muzik menyanyi-nyanyi tanpa memandang kepada kami yang di dalam. Tiba di satu tempat yang jaraknya lebih kurang 50meter dari tempat yang kanak-kanak itu naiki, dia turun sambil menghulur tangan mohon duit belas daripada penumpang. Tidak ada yang menherdik dan menghalau dia termasuk pemandu angkut! Saya tertegun kerana orang bandung seperti kalis dangan tingkah pemuzik jalanan begini dan nyatanya anak itu bukanlah peminta sedekah, dia seorang pemuzik jalanan, pakaiannya tidak kotor malah ada ramai lagi yang lain di sepanjang jalan Dago ini. daripada yang sekecil anak sehinggalah yang sudah berumur. Fikiran saya terus melayang kepada kes Sharlinie, si bandung anak-anak sewenang-wenang berkeliaran dan turun naik kenderaan tanpa ada terdetik mereka hilang atau diculik. Saya ada bertanya ADE dan katanya disini tidak ada kes seperti itu kalau adapun hanya diminta tebusan daripada orang kaya. Maknaya sekali lagi gambaran saya tentang Indonesia berbeza. Kami akhiri hari pertama dengan hidangan di Warong Laos.

Mungkin orang Malaysia suka datang ke Bandung kerana ia syurga beli belah, banyak pilihan barangan dengan harga yang cukup murah! Cibaduyut yang jarak perjalanannya sekitar 45 minit daripada cihampelas itupun kerana macet, sepanjang jalan di cibaduyut adalah baranagn kulit khususnya kasut dan beg wanita. Cuba bayangkan betapa gilanya kami melihat itu semua dengan harga yang 1/2 atau 1/3 daripada harga Malaysia. kami di Cibaduyut dari jam 12 - 5 petang. bayangkan kami menghabiskan waktu di sana dengan membelek barangan namun itu semua bukanlah faktor yang membuat kami jatuh hati dengan bandung, tidak ada kedai yang kami singgah di mana orangnya menunjukkan wajah yang tidak mesra. sama ada kami melihat sahaja atau membeli mereka tetap melayan kami, membuka, membawa keluar dan mengeluarkan satu persatu barangan sehinggakan kami jadi serba salah jika tidak membeli. Ini yang buat kami kalah dengan orang bandung, kalau kat KL jika customer too cerewet maka jawapannya 'bo layan'. kami akhiri hari kedua dengan makan malam di restoran makanan padang Simpang Raya...soooo sedap! Joseph belanja!

Bercakap pasal makanan di bandung, sebagai orang yang enjoy food, bandung tidak mengecewakan sama sekali malah ada banyak sungguh pilihan di sini bukan setakan makanan resipi tempatan khususnya tradisional Sunda tetapi Restoran Makanan Padang amat banyak malah saya rasa lebih banyak daripada restoran sunda. Selain makanan tersebut ada juga pilihan restorang international termasuklah western food seperti BBQ, lamb chop, chicken chop, steak dan sebagainya. Tapi kami puas melayan makanan padang dan sunda. cuba bayangkan untuk hidangan meja yang penuh (lebih kurang 7 jenis lauk) bagi hidangan 3 orang harganya sekitar 90 ribu rupiah (lebih kurang 35 ringgit sahaja). Emmmmm...aduhai Bandung!

Di tambah lagi Joseph yang melucukan saya, dia suka sangat perhatikan orang dan dia keep repeating said that "che kem I cant believe that orang-orang bandung sooo good looking and they are not smelly!" Agaknya jodoh Joseph ada di bandung kut. Dia kata lagi " Che kem I more like bandung after met them"... memang saya tidak nafikan orang-orang bandung ini sangat memikat dan mereka bergaya. Fesyen tidak asing daripada mereka mungkin kerana kita selalu ada bayangan orang indonesia di Malaysia jadi tidak terfikir ada sekelompok Indonesia yang cantik, menarik, peramah dan tidak take advantage. Cuba anda bayangkan teksi yang kami tempah seharian membawa kami dan apabila tiba untuk membayar dia tidak mahu memberi harga perkhidmatannya, Dani namanya, tersipu-sipu dan segan-segan dengan kami sehingga kamipun segan! Ini berbeza denagn pengalaman saya di Padang ataupun di KL sendiri dengan orang Indon, mereka licik dan take advantage on us!

Hari ketiga kami merancang ke tempat popular yang disebut sebagai Tangkuban Perahu. Kisahnya adalah lagenda Sangkuriang iaitu cerita rakyat popular. Sangkuriang yang menerima pertaruhan membina sebuah masjid di dalam masa satu hari menjadi marah apabila pertaruhannya gagal dia tidak dapat mengahwini seorang wanita idamannya. Tanpa pengetahuannya, wanita yang dicintai adalah ibunya. Sangkurian marah dan mengamuk sehingga menembalikkan perahu. Maka tinggallah perahu itu dalam keadaan terbalik dan menjadi segunung batu. Itulah asal usul gunung Tangkuban Perahu. Kami mendaki gunung ini dengan kenderaan dan apabila tiba dipuncak, tidak terfikir oleh kami bahawa cuacanya terlalu sejuk dan anginya terlalu kuat sehinggan mampu menolak badan saya. Kami melihat Puncak gunung ini dan lumpur lava. Hari itu kami mencipta sejarah dengan menuruni gunung di dalam cuaca sejuk dengan rimbunan pohonan yang tidak tergambar cantiknya. Menuruni gunung itu kami ditemani oleh seorang tourist guide dan 6-7 orang penjual cenderamata. mereka mengekori kami setapak ke setapak sambil berbual dengan baik dan mesra sekali. banyak yang kami tahu tentang bandung melalui mereka. Nyatanya mereka adalah sekumpulan warga indonesia yang tiada pilihan untuk bekerja selain menjual cenderamata. Ada yang sudah 20 tahun di situ.

Kami berhenti di satu kawasan air panas di mana sulfurnya penuh memutih dan airnya mendidih lebih 100 celcius. Ada lopak air yang suam dan disitu kaki kami diurut dengan lumpur sulfur dan merendam kaki di dalamnya. Nyaman sekali. semasa inilah penjual cenderamata memujuk kami membeli barangan mereka yang bukan mahal malah mencecah puluhan ringgit, jika tidak bijak dan tertawan dengan layanan mereka kita akan membeli barang yang sepatutnya berharga 1 ringgit dengan harga 12 ringgit. Akhirnya tertelan segala tawaran mereka! oh tidakkk.... Tetapi secara peribadi pengalaman di Tangkuban Perahu ini tidak mampu saya bayar dengan wang ringgit, sangat menarik dan terkenang-kenang.

Malam tu kami menikmati makan malam di Kampung daun. Namanya tidak setimpal dengan tempatnya. Tempat makan ni sangat cantik dan nyaman sekali. kami ditempatkan di sebuah pondok di mana terdapat banyak pondok-pondok. rimbunan pohon menyejukkan pandangan dan air terjun menjadi latar muzik kepada suasana makan kami. Di bawah pondok itu mengalir air dari puncak air terjun... tak tahu nak diceritakan betapa indahnya restoran ini. Kami menikmati makan sunda Ikan Gurame, Ulaman seperti pecal, sup ikan dan kopi bandung. aduh tak ternilai pengalaman ini.

Dari hari pertama sehinggalah hari kami mahu berangkat pulang ke Malaysia, hati kami jadi sayu nak tinggalkan Bandung. Sebuah kota yang tidak langsung terfikir oleh kami untuk dijejak sehingga ia betul-betul menambat hati kami. bercerita tentang bandung buat saya tersenyum, ia bukan sekadar kota beli belah dan berhibur tetapi ia kota keramahan, penduduknya bersedia meladeni kita, bersedia memberi jawapan jika kita tersesat di simpang, kota yang selamat untuk kita berjalan di waktu malam walaupun anda seorang wanita, kota yang boleh buat anda lupakan soal bentuk badan, kota bersuhu sederhana dan sejuk di waktu malam, kota perbukitan dan macam-macam jenis keseronokan pengalaman di sini. Satu hari saya akan kembali....

13 comments:

norhayati said...

seronok membaca kisah ini kerana ianya lain dari yg pernah saya baca mengenai bandung.. saya tertarik kerana bagi saya melancong bukan sekadar membeli-belah dan bershopping ttp juga mempelajari tentang budaya masyarakat. Saya berharap akan ke bandung dan menyelami situasi ini... tk che kem kerana berkongsi pengalaman

Shasha said...

Ya Allah seronoknyer bace story cik kem... Insyallah january 2011 ni sha and husband nak pergi semperna anniversary perkahwinan kami... thank`s alot coz sudi berkongsi cerita..

Anonymous said...

masalah angkot dan mesranya, indonesia semua begitu ^^... mesra kali orang masyarakatnya

Anonymous said...

Salam kenal..
jalan-jalan, jumpa nlog nie.
:p
tengah carik info pasal bandung nie..
TQ

http://warkahbuatbulan.blogspot.com/

Anonymous said...

insyaAllah akan ke Bandung nxt two weeks brsama suami n anak2...hrp2 prjlnn dipermudahkan..xsbr dh rsnye...thanks sudi brkongsi pngalaman...

Anonymous said...

Bandung memang best giler...saya dah 5 kali ke sana dan insyallah bulan feb nanti akn ke sana lagi...lagi dan lagi.(hasuaniza)

chekem mirza said...

Niza,

acapkali nya ke sana. ni mesti bukan kes melancong tapi kes bisnes...tapi bandung best kan

Anonymous said...

Thank you for visiting bandung, wish you find a nice and unforgettable moment here

From Bandung citizen...

Anonymous said...

tak kenal maka tak sayang, tak sayang maka tak cinta..

pepatah indonesia

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

sarahaqua102 said...

Gaya penulisan memang berbeza drpd yg lain. Suka baca..Tidak sekadar menyentuh soal shopping semata-mata.Melancong sambil memerhati budaya setempat & sudah mesti kamera tidak dilupa..:D (First time nk ke Bandung next month with husband sempena besday dia..)
Tq Cik Kem berkongsi pengalaman anda..

chekem mirza said...

Terima kasih sarah kerna sudi singgah ke blog ni. Sure, melancong tak perhati cara orang, ingat shopping saja mmg merugikan. Itu kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman...kita belajar dari melihat. Singgahlah selalu

chekem mirza said...

Amsyahril,
orang Malaysia ramai ke sana. moga mereka hubungi saudara...

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...