15hb jam 10.30 malam saya terima panggilan dari En Omar katanya "awak kat mana Kem?" jadi saya yang kepelikkan menerima panggilan En Omar pada jam 10.30 malam pun pun jawab "kat rumah". Saya jawab dengan perasaan salah semacam bersalah duduk di rumah pada jam 10.30 malam pada hari yang saya mohon bercuti. "Saya kat Melaka ni" terus fikiran saya merujuk kepada persiapan KEKKWA untuk sambutan Pelancaran Bulan merdeka "So, kenapa En Omar telefon saya" itu yang saya jawab dalam hati tapi En Omar pintas percakapan saya dengan " Kem you perlu datang sini, IB dan JKKN perlukan awak!" saya terkedu kerana saya sedang lenang dengan cuti tapi..."takpalah Che Omar nanti saya telefon En Joe IB". "Ok you telefon Joe IB". Panggilan En Omar mati di situ dan kepala saya fikirkan macam-macam. Yang pertama saya fikir adalah berita itu telah spoilt suasana rehat saya tetapi yang kedua saya fikir suara En Omar macam betul-betul mengharapkan saya beri pertolongan lantas saya pun telefon Abg Joe.....
Abang Joe tak menjawab walau lama benar saya menunggu suaranya. Saya biarkan sahaja dan fikirkan mungkin mereka sedang ada briefing. Beberapa minit lepas itu telefon saya berdering dan memang daripada Abang Joe. Saya angkat "Hello" tetapi abang joe jawab "hah! Hang cakap dengan KSU...hah Dato' cakap minta dia datang..." saya tercengang kerana di telefon adalah suara KSU "Hello...emm siapa ni joe(Kem! bunyi suara Abg Jo) ...hah Kem, you kena datang malam ni, kita perlukan you untuk memantapkan persembahan di sini jadi I nak you datang malam ni juga...boleh datang malam ni...ada kereta...takpalah you mesti datang". Saya tak sempat bercakap sepatanh dengan abng Joe nak tahu duduk perkara dan bagitahu masalah saya. Saya SMS Abg Jo " Abang saya boleh datang esok tapi kena balik hari, Nida kat Ipoh sampai 17hb that's why saya bagitahu Abang yang saya tak boleh tolong, takda sapa nak tengok anak-anak saya. Bibik dah balik Indon".
Esoknya lepas hantar Aish (anak sulung saya) ke sekolah, 7.30pg saya terus ambil aminah rahpor di rumahnya dan menuju ke Melaka. dalam perjalanan baru saya tahu duduk perkara apa benda yang saya perlu buat di Melaka. Saya keras dengan Kak Amy dan minta dia sama-sama balik malam tu juga dengan saya. Kami sampai di Dataran Pahlawan lebih kurang jam 10.20 pagi (dan kami lengahkan kerana sayapun memang tak boleh pandu laju). Sebaik sampai terus kami di bawa ke Oldtown Cafe untuk berbincang apa yang nak dibuat. Rupanya saya kena sediakan skrip untuk persembahan re-enactment dan terus untuk raptai malam itu. Kak Amy ambil tindakan segera dengan mengumpul semua pelakon Muzikal Putra dan alhamdulilah jam 6.30 petang mereka semua tiba.
We had a rehersal that day and its run smoothly even The CM Melaka congrats us because the change we made. So everybody was soooo happy.
Tapi malam kejadian menjadi satu mimpi yang tidak termimpi oleh kami kerana di luar jangkauan kami. Orang-orang politik yang membawa sepanduk melimpah ruah dan menutup kumpulan 1000 orang penari. Mereka menyanyi, bersorak dan bersahut-sahutan malah ada yang membawa basikal lama. Sungguh tidak terfikir. Bila kami minta mereka berundur dan berganjak ke belakang, pemuda UMNO tak mahu mereka mahu di depan dan terus dengan pekikan dan nyanyian patriotik. Secara peribadi saya seronok kerana situasi ini sebenarnya semangat dan emosi secara lahiriah inilah yang sepatutnya wujud bukanlah kita mengada-adakan acara supaya ia menggambarkan semagat patriotik! bakaran semangat perlu ada tetapi bukan imitasi yang menunjukkkan semangat terbakar. Saya lihat orang-orang yang mengendalikan acarapun dah kelam kabut mencari alternatif tetapi tidak pada Pak Lah, menteri dan politicians yang lain yang sedang nyaman berada di pentas, mereka gembira dan suka melihat sokongan dan semangat itu.
Saya tengok Pak Lah pun bukan main seronok memberi pidato. Penuh semangat malah jeritan merdekanya lebih lantang dan kuat daripada pemuda. sepanjang acara Pak Lah tak tertidurpun. Begitu juga dengan ucapan Dr. Rais, saya suka ucapannya- cukup jelas dan lantang. Tetapi tidak kepada ucapan Ali Rustam yang saya merasakan terlalu banyak pujian dan repetition. Ia memberi ruang yang hambar dan dirasa panjang sekali ucapannya.
Malam tu kita turut meraikan pejuang dan mereka yang berjasa kepada negara, maka di bawa tokoh-tokoh dari seluruh negara. Bagus juga mereka diraikan dan di wajah mereka terserlah kebanggan penuh terharu. Mahadzir Lokman selaku pengacara pun bijak mengatur dan mengubah suai teks mengikut apa yang berlaku. Ia memang banyak yang berubah berbanding apa yang diraptaikan. pak lah memanggil tokoh ke atas, pemuda UMNO menyanyi-nyanyi, Pak Lah berbalas kata dengan Pemuda dan banyak lagi.
Kita tutup acara dengan persembahan re-enactment yang dibuat last minute oleh unit 911 (kamilah tu). Menarik tetapi Crowd yang ramai sehingga menutup ruang persembahan dan menghalang pandangan VVIP. Tetapi nak buat macam mana memang semangat Pemuda dah menyala-nyala. Tetapi saya seronok dan suka melihatnya kerana suasana itu macam benar-benar. Saya gembira sekali melihat komitmen yang diberi oleh Dato' Jalal, Kenji dan Rama. Skrip yang saya tulis dihafal dengan cepat dan smooth! Semasa Re-enactment saya duduk ditepi Mahadzir dan Dato' Norliza tiba-tiba datang YB Menteri Rais dia bercakap-cakap dengan Dato' Norliza dan dengan tersenyum dia shake her hand dan said "congratulation". Itu maknanya dia happy dan semua orang akan happy kerana itulah kayu ukur kejayaan sesebuah penganjuran! pelikkan! Tapi nak buat macam mana memang begitu budayanya.
Seperti biasa acara ditutup dengan bakaran dan letupan bunga api...semua orang bersorak namun saya merasakan kegemilangan acara itu semacam berakhir di situ kerana ia seperti sudah sampai kemuncaknya sedangkan ia perlu didaki menuju 30hb dan 31hb Ogos apatah lagi nak dibawa semangat itu sehingga 16 September malah ke tahun hadapan. Bagi saya bunga api itu harus disimpan sehingga kemuncaknya pada 30hb atau 31hb. Semasa bertemu pelakon yang menjayakan persembahan untuk ucap terima kasih, Dato' Jalal datang peluk dan berbisik kepada saya "kem, abang segan dengan kau..."
2 comments:
Dalam kereta ke melaka, saya dan ce'kem merancang akan balik juga ke kl pada petangnya. Masing2 dah bertekad begitu. Saya kena punch card juga di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM. Bila dah sampai lain jadinya. Kononnya meeting tapi terus kerja. 911 demi negara. Hah!tengah malam buta baru balik ke kl. Ambik kau! Hujan lebat malam 16 hb tu. Sampai tertidur di kawasan rehat seremban. Kul 430 am baru sampai rumah. Petangnya ke melaka balik. Reheasal lagi dengan artis. Berlumpur kasut dan seluar saya. Dataran Pahlawan dibanjiri 6000 orang di tengah padang. menyaksikan sejarah berulang semula...di saat itu, tanah yang dipijak dan langit yang dijunjung menjadi saksi...Aminah Rhapor.
Ya kak Amy,
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung....di atas runtuhan kota melaka kita bina bangsa merdeka! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!
Post a Comment