11 -12 Ogos, Monodrama Rebab Berbisik dan Interview berlangsung. Hari sabtu malam Ahad, audien ramai dan sesak juga Et. Malam tu Rosnan di bawah arahan Cik Ros merealisasikan watak Pak Su sebagai bekas pemain makyung. Sebelum menonton produksi ini dalam kepala saya memikirkan Rebab Berbisik yang skripnya versi Zamzuriah di mana saya rasakan agak longgar dan diada-adakan. Nan menjayakan wataknya bagi saya dengan baik, watak Pak Su meyakinkan apatah lagi watak Azmi yang memang forte bagi Nan. Menarik dan gegak gempita panggung jadinya. Audien macam dipaku. Bagi saya wataknya bukanlah klise tetapi ceritanya predictable cuma warna-warna yang dipercikkan oleh pengarah dan pelakonnya menjadikan cerita ini menarik namun saya merasakan adegan bagi nyanyian mengadap rebab dan sedyaung tidak perlu dipanjangkan sehingga kita merasakan ada sedikit longgar di mana saya rasakan Nan bukanlah lagi Pak Su tetapi tenaga muda yang menyanyikannya - maksud saya Rosnan yang menyanyi. Apatah lagi adegan itu adalah satu imbauan angin yang meresap dalam ingatan seorang pakyung.
Saya tiada masalah dengan lakonan Nan, motivasi dan drivenya cukup jelas dan meyakinkan. Pujian harus saya beri dan jika saya bandingkan dengan lakonannya dalam Makyung Dewa Indera Indera Dewa, Monodrama ini telah meletakkan Rosnan di tempat yang betul sebagai seorang pemain. Mungkin dia belum diuji dengan watak yang lain. Untuk Cik Ros, saya rasa kerja pengarahannya kali ini lebih mudah kerana beberapa sebab, pertama Rosnan sudah ada air makyung, kedua naskhah ini pernah dipentas dan dimainkan oleh Nan beberapa kali dan ketiga Cik Ros sendiripun cukup mesra dengan cerita dan gaya makyung. Cuma saya dapat perhatikan suntikan-suntikan Cik Ros seperti sinografinya, percaturan watak melalui perubahan emosi dan fizikal Rosnan serta binaan cerita.
Che Mat muncul dengan naskhah barunya Interview. memang saya tunggu-tunggu kerana biasanya buah fikiran Che Mat selalunya tajam dan bernas dan dapat kita ukur kematangannya. Memang menarik walaupun kelihatannya ia kurang digemari oleh audien mungkin kerana gerakan ceritanya agak perlahan dan ianya satu drama penuh percakapan yang lebih bersifat satu ceramah datau penerangan. Mungkin Che Mat memilih medium ini untuk melontarkan kritikannya kepada beberapa tempat termasuklah birokrasi yang wujud, ragam politik dan kepincangan sosial. Saya tertarikh dan tidak terfikir bahawa watak yang didramakan adalah seorang motivator atau consultant/interviewer dan bukanlah orang yang diinterview maksud saya Intan Ladyana itu. Cara Che Mat membawa cerita ini cukup dramatik dan sukar diramal kesudahannya. Ini dibantu dengan lakonan Salehuddin yang penuh ego. Tetapi melihat pada gaya dan percakapan lakonan salehuddin memang dia kelihatan seperti ada sesuatu yang melatari kehidupan silamnya. Dia memang panas baran.
Secara fizikalnya, saya rasa Sallehuddin kurang menapati watak itu tetapi cara permainannya ia cukup boleh meyakinkan. Apapun Cik Ros+Nan dan Che Mat+Salehuddin saya ucapkan tahniah.
Saya fikir-fikir agak sedikit lucu dengan sekolah ini, adakalanya saya bertanya di mana saya sekarang ini kerana dalam kita sedang mengajar anak-anak mengenai aturan pengurusan yang betul mengenai sebuah produksi tetapi kita sendiri menjadi ketam yang berjalan serong.
Terfikir saya betulkah apa yang kita amalkan ini, bila renung Tunku The Musical mengambil masa 3 minggu untuk membiasakan diri dengan pentas tapi kita memberi kurang 12 jam kepada produksi untuk mementaskan produksinya. Renungkan 8hb ada majlis di ET dan selesai jam 11 mlm, 9hb Monodrama show, 12hb Monodrama selesai, 13hb ada majlis perhimpunan pada jam 8.30pagi di ET. Apakah pusingan kerja ini dan apa contoh sebenarnya? its Insulted me!
1 comment:
Hai Ce'Kem...
Syukur adanya blog ce'kem, di sinilah melor mengikuti perkembangan aswara dan ce'kem juga org2 seni yg lain setelah setahun melor tidak menjadi warganya. Kehidupan di aswara memang dirindui. Syukur juga aswara cuma berhampiran..... dan kelibat warga aswara juga sering melor lihat di sini....
Post a Comment