Jom Kita Jadi Geng

Thursday, August 9, 2007

MONODRAMA DAH MULA

Malam ini dua monodrama dipentaskan dan dua-duanya dijayakan oleh dua orang pelakon profesional, Khalid Sallehd an Ellie Suriaty. Khalid salleh muncul dengan naskhah dan arahannya sendiri iaitu penjual Ubat manakala Ellie bekerja dengan Norzizie zulkifli dalam naskahah adaptasi daripa Medea berjudul Senjalara.
Wak Khalid ,uncul dengan gayanya yang sendiri, stail lakon dan pembawaan wataknya memang boleh kita baca apatah lagi lakonnya agak dominan bila di pentas. Sebenarnya ini kali pertama saya berurusan dengan wak Khalid dan nyatanya bukanlah orang yang mudah untuk didekati tetapi bukanlah orang yang sombong cuma dia ni orangnya kurang boleh itu ini apatah lagi dengan dunia teater dan sejarah kementerian ini sering berlegar dalam hidupnya. Bila bertemu sering sahaja dia bercerita mengenai kisah lamanya di tapak kampus ASWARA. Dikenanginya kisah ANAK ALAM dan kisah-kisah pondok kecilnya di atas bukit ASWARA. Lucu dan ada sinisnya. Tapi nostalgia itulah yang mendekatkan saya dengan dia.


Wak muncul dengan kisah seorang penjual ubat dan akhirnya disimpulkan apakah di sebalik makna jual ubat itu. Sebenarnya kisah Wak ni penuh sinis dan sindiran kepada gejolak hidup kita hari di mana akhirnya manusia dari seorang buruh kasap ke ilmuan sehingga kepada pemimpin masyarakat adalah manusia-manusia yang sering menipu, ditipu dan tertipu. Sandiwara hidup mereka adakalanya adalah satu kekosongan dan diisi dengan penipuan yang mereka tidak sedar dan tahu di mana hujungnya mereka ketahui kenapa mereka perlakukan begitu. sinis dalam gaya yang satira.
Senjalara adalah seingat saya merupakan karya arahan Zizi yang pertama selepas dia pulang dari London. Melihat produksinya kita dapat lihat dia seorang pengarah yang bekerja dengan konsep, aliran pemikiran yang jelas dan menguasai semua aspek dan memang nampak jelas apa yang dia inginkan dalam produksinya. ellie suriaty dicorakkan gaya lakonan stailistik dan dikolaborasikan dengan stail tradisi dan klasik apatah lagi naskahahnya diadaptasi daripada Medea. Ellie langsung tidak gonjeng dengan stail itu dan seperti melihatnya di TV memang beliau meyakinkan walau apa saja wataknya. Tenaganya Superb. Sebenarnya selain daripada pemilihan sinografi yang memikat, saya tertarik dengan penglibatan aspek muzik dalam Senjalara dan ia seperti satu kolaborasi kerja yang baik antara Ellie dan pemuzik. Nampak memang mereka bekerja walau desas desus latihan dengan pemuzik satu dua hari saja.
Mengenali Zizi memang dia seorang pengarah yang cerewet dan adakalanya beban kreativitinya terlalu banyak sehingga kita melihat dia memikul beban yang berat bila mengarah. Memang beratpun beban itu, maksud saya kita dapat alami kerumitannya memilih dan menentukan pilihan itu. Pengalaman dua kali berlakon di bawah arahannya memang saya kagumi kesungguhannya sebagai pengarah dan saya pasti dia akan berada di barisan hadapan sebagai pengarah teater atau layar. Sesekali bila ada masa berbual dengannya sering sahaja dia meluahkan rasa dan jiwanya cukup luhur untuk berbudi dan berada di ASWARA selalu. Zizi...zizi, nanti tibalah masanya tu. Tak perlulah saya mengulas cerita Senjalara ni, kalau anda pernah menonton dan membaca MEDEA anda akan faham dan mendapat mesejnya yang cukup relevan dengan kejadian semasa...antara kuasa, kehendak, kasih sayang dan kemanusiaan!

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...