Jom Kita Jadi Geng

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

SEBABNYA ROSMAH NAIK JET...

Dah tak tau nak kata apa. I follow jer..
Apapun saya nak gelak dulu hahahah... hehehe... kihkihkih. Kenapa? Dalam sehari dua ni saya masih duk teringat dengan 'statement' yang dikeluarkan oleh Pak Kadir A.Kadir Jasin) yang minta Datuk Seri Najib lantik Datin Seri Rosmah sebagai menteri penuh dalam kabinetnya. Memanglah ini cerita basi tapi sampai hari ini saya masih duk teringat. Berani sungguh Pak Kadir bagi nasihat. Saya dah lama duk ikuti blog Pak Kadir ni, memang terasa lain macam aja tulisannya. Sebelum ini berlapik lagi cakapnya tapi kali ini agaknya dah tak tahan, terus aja bagi nasihat. Siap cakap "Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata". Masa saya baca di laman twitter, saya dah terkekek ketawa. Dalam hati saya kat"tuu diaa... dia dah sound dah".

Saya fikir, agaknya Pak Kadir sudah tidak tahan lagi mendengar dan membaca bermacam tohmahan, cercaan atau segala macam tuduhan yang dibuat orang mengenai tingkah laku first lady kita ini. Saya yakin Pak Kadir tidaklah mendoakan kejatuhan Datuk Seri najib, tapi dek kerana tidak tahan dengan bermacam cerita ini, lalu Pak Kadir rasa elok aja bersuara. Statement Pak Kdir pun ekoran statement daripada PM sendiri yang mengungkit jasa Kak Mah kepada kerajaan. Katanya dengan pengaruh Kak Mah lah, pelajar Malaysia diselamatkan daripada tawanan pihak Mesir termasuklah urusan Ops Piramid membawa pulang pelajar Malaysia. Jadi saya rasa, PM pun dah tak tahu macamana lagi nak 'backing' Kak Mah dan mahu menyuguhkan bahawa Kak Mah sangat bernilai kepada negara bukan dirinya sahaja. Bukanlah maksud saya Kak Mah tak ada nilai, tapi maksud saya sehingga ke tahap itu PM terpaksa memenangkan isterinya, walaupun pada masa yang sama dia menempelak kerja menteri-menterinya. Jadi ia macam  "tarik wig dari tepung' lah. Habis terkena pada Anifah Aman, Rohani Abdul Karim serta Tan Sri Muhyiddin Yassin. Inilah yang reaksi sebenar Pak Kadir. Dia tidak senang dengan statement PM. Cakapnya menampakkan kelemahan pasukannya.
mesra dan manja sungguh mereka berdua
Lebih parah lagi, ada pula ahli parlimen (Affandi Zahari) yang cuba menawan hati, berhujah bagi memenangkan tindakan PM memenangkan Kak Mah naik jet. Katanya supaya hati PM tenang. Begitu juga dalam isu bil letrik yang tinggi di rumah PM dan TPM. Ahli parlimen ini juga mempertahankan kenapa bil setinggi itu perlu dibelanja, di ketika seluruh negara digesa berjimat, ditarik subsidi dan macam-macam lagi. Bukankah ini semacam menambahkan lagi perisa kepada pihak lawan. Tanpa perlu berusaha keras, ahli-ahli pasukan PM menampakkan kelemahan sendiri. Dalam hal ini saya kira, tak perlulah mana-mana orang nak berhujah menangkan tindakan PM kalau hujahnya sangat lemah, ia macam terjun lubang.

Pak Kadir menegur lagi PM. Apabila minggu sibuk perhimpunan UMNO banyak sekali lafaz dasar PM dijadikan tajuk berita. Bila PM kata "Kita wajib menjadi parti rakyat" jadi tajuk The Star 3 dan "perlu beri isyarat jelas  bahawa UMNO sentiasa dahulukan rakyat" disiarkan di Berita Harian tarikh 3 Disember.  Lalu Pak Kadir menegur dengan tajuk entri blognya "sejak bila UMNO bukan parti rakyat jelata?". Antara kata yang sikit pedas dari Pak Kadir "Soalnya, sejak bila pula Umno bukan parti rakyat? Atau, jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti “warlords” dan parti laki-bini".

Panas juga telinga saya bila Pak Kadir kata begitu. Sama ada itu realiti? Saya teringat salah satu dialog menarik tulisan Allahyarham Anuar Nor Arai dalam dramanya Dadameah Albab. Salah seorang wataknya berkata lebih kurang begini "... kita mengangkat seorang ketua untuk mewakili suara kita yang ramai. Supaya dia dapat membawa perjuangan kita. Tapi janganlah kita mengangkatnya sehingga dia terlalu tinggi dan jauh dari kita... jangan sampai kita merajakan dia...". Lebih kurang begitulah dialognya. Saya terkesan. Nanti pi cari antologi drama Anuar Nor Arai ya!

Berbalik kepada kisah Pak Kadir ni, beliau pun kata bahawa dalam bidalan Melayu lama ada betulnya. Mungkin kita dah lupa sebab sibuk nak menjadi orang moden. Tetapi kita alpa bahawa orang tua-orang tua bila berpesan banyak betulnya, mendahului zaman dan kata-kata mereka berpandukan perlakuan alam dan pengalaman hidup yang panjang. Pak Kadir kata "Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah. Wallahuaklam".

Catatan saya ni dah merapu, apapun saya mendoakan kesejahteraan Malaysia. 

Thursday, October 31, 2013

MALAY-INDO: SEKSANYA JADI ADIK

Kata maling itu pun cukup menghina

22-23 Oktober yang lalu saya bertugas di Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia ke 7 yang berlangsung di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Saya ditugaskan sebagai ketua Parallel D yang banyak membentangkan kertas kerja berkaitan sejarah, budaya dan politik. Dua hari saya duduk dari pagi ke petang, doktor demi doktor, profesor demi profesor yang membuat pembentangan. Bahkan juga ada calon-calon sarjana turut membentangkan beberapa kertas kerja yang banyak membuka kembali pandangan saya kepada hubungan Malaysia-Indonesia ini.

Memang kita ketahui hubungan kedua negara ini panas-dingin. Banyak isu-isu yang tidak selesai bukan sahaja berkenaan dengan politik lampau malah isu-isu kontemporari yang mencakupi hal pendatang haram dan pembantu rumah.Nasib baik kisah pengawal keselamatan yang tembak pegawai Ambank belum terjadi, jika tidak ia bisa jadi topik hangat. Sepanjang dua hari itu jugalah telinga mendengar kata pujukan romantis yang mengulang kata 'serumpun' dan 'adik-beradik'. Tapi dalam situasi tertentu Malaysia selalu kalah dek status adiknya. Apatah lagi istilah serumpun sering diguna orang seberang untuk membangkitkan rasa kebersamaan walhal kata itu sering saja diguna pada masa dan keperluan tertentu sahaja. Kenapa saya kata begitu? Lihat sahaja bagaimana Indonesia menangani situsasi di tempat mereka apabila rakyat mereka keluar di jalanan dan mengutuk, mengganyang dan mencerca Malaysia. Pada ketika itu kata adik beradik dan kata serumpun lenyap. Tapi bila ketika tenang, kita di-adik-kan.

Nyatanya kita macam unsur tanah, selalu menyerap dan menelan apa sahaja yang dimomokkan oleh orang seberang. Dan cukup ketikanya rakyat kita tetap memilih Bandung atau Padang atau Jakarta atau YogJa atau Bali untuk melancong. berapa kali hari rakyat Malaysia terluka dek kata dan perbuatan orang di sana. Dan setiap kali itu jugalah kita menelan pahit itu. Bila kes anak-anak kitta dicampak dan didera oleh pembantu rumah atau setiap kali majikan berhadapan dengan penipuan agensi dan 'maid' yang lari atau mencuri harta benda dan setiap kali itu jugalah kita tenang menyerap luka dan pahit dek perbuatan bangsa serumpun itu. Cuba ada kes 'maid' didera, mahu saja Malaysia dihentam dan diteriak jahanam. Atau bayangkan 'guard' Indonesia ditembak di muka oleh orang kita. Tapi sebab kes itu kita yang mangsa, lalu kita tidak menghentam tapi kita salahkan individu.

Apapun kita tidak boleh menafikan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia ini berketurunan Indonesia. Dan semuanya kita angkat sebagai bangsa Melayu. Ini pun kerana kita berada dalam rantau alam Melayu yang memang tidak bersempadan pun sebelum datang Barat yang memisah dan menyempadankan politik. Jadi budaya dagang itu sudah berlaku berabad-abad lamanya. Dek kerana itu budaya leluhur dari pulau-pulau di alam Melayu berhimpun dan berkembang di Malaysia. Lalu kita anggap itu budaya tradisi kita. Itu tidak salah kerana budaya memang berkembang mengikut masyarakat pemiliknya.  Kesan bertebarnya seluruh etnik di alam Melayu ini maka muncullah kuda kepang, endang, gamelan, keroncong dan lain-lain di Tanah Melayu. Dan kita mengangkatnya sebagai seni tradisi berasaskan tradisi etnik pemiliknya. Tapi hal ini pun dibahas dan dihentam oleh 'abang'. Ada satu kertas dibentangkan oleh Prof. Octav dari Padang, beliau membincangkan tentang ketinggian peribahasa Minangkabau dan persamaan yang dimiliki. Pemilikan leksikon ini ternyata dihayati oleh kedua-dua bangsa. Tapi malangnya hal ini tidak menjadi kekuatan untuk pereratkan hubungan. Cuba lihat bagaimana sukarnya lagu dan filem tempatan tembus di pasaran Indonesia berbanding karya mereka di sini. berapa kerat karya kita diangkat, segelintir sahaja seperti Siti dan P.Ramlee. Begitu tebal dan kuat semangat kebangsaan mereka sehingga menolak mudah karya luar. Tapi kita? Artis picisan Indo pun jadi hebat di sini malah yang tiada produk bagus pun jadi laris di dada akhbar kita, lihat sahaja Jupe dan Dewi Persik atau siapa itu Shae di Indonesia?

Dalam persidangan itu ada cerita mengenai kes pemilikan pulau di Borneo (pulau itu saya lupa namanya), Malaysia rebut dari Indonesia tempoh pemerintahan Megawati. Malaysia menang tapi kemenangan itu tidak kita raikan. Tidak kita hebohkan di dada akhbar. kerana apa? Kerana mahu menjaga hati 'abang' di seberang. Begitu juga masa konfrontasi, waktu Sukarno melancar bebrapa serangan dan menghantar askarnya menyelinap masuk di Labis dan beberapa daerah, rakyat Malaysia protes dan mahu membakar bendera Indonesia namun Tunku larang kerana katanya, kita bukan berperang dengan Indonesia tapi kita tentang cara Sukarno. Begitu sekali cara kita menjaga hubungan ini. Berbalik kepada masalah kita menangani PATI, beban tidak dipikul oleh Indonesia tapi kita yang harus berbelanja mengurus menghantar dan memastikan keselamatan pendatang. Malah dalam kes hubungan hak asasi, negara penghantar juga harus mengambil kira keperluan dan nasib pendatang haram itu apabila dihantar pulang. Jadinya, kita ini jadi apa?

Memang dalam kes ini faktor penolakan dan penarikan saling berhubung. Kelebihan ekonomi Malaysia menjadi faktor penarik yang besar apatah lagi faktor persamaan budaya dan bahasa jadi lebih memudahkan. Tapi saya fikir kebergantungan Malaysia kepada pendatang Indonesia ini banyak membawa kisah pahit. Walau kita tidak meminta mereka berterima kasih atau menghargai jasa tapi setidak-tidaknya, mereka menjaga hati kita. Selalu sangat menelan lama-lama jadi penyakit. 

Tuesday, October 29, 2013

KONSERT HARAM IRONI BAJET 2014


Saya tertarik dengan tulisan Noor Azam Shairi ini, banyak perkara yang boleh kita renung dan fikirkan. Banyak juga perkara yang boleh kita tanya tentang apa yang berlaku dalam negara ini. Saya tidak mehu mempersoalkan tentang budaya apa yang cuba dibawa Ke$ha atau mana-mana konsert yang telah dibatalkan tapi, saya sukacita cuba memahami bagaimana ada yang tak kena antara hasrat, impian, misi dengan pelaksanaan. Bacalah dengan hati yang teraaaaaannnng!!

Batalnya konsert di negara kami


ADA ironi yang sangat besar apabila konsert penyanyi Ke$ha dibatalkan kira-kira 36 jam sebelum ia dijadual berlangsung di Stadium Negara pada Sabtu malam. Agensi berkaitan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan larangan tersebut kepada penganjurnya pada pukul 11.24 pagi Jumaat. Lebih kurang lima jam kemudian, ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap tentang hasrat kerajaan menjadikan tahun 2015 sebagai Tahun Festival untuk menarik lebih ramai pelancong.

Butir lanjut mengenai kenapa konsert itu dibatalkan hanya akan diketahui dalam masa beberapa hari ini. Tetapi berita yang tersebar ke serata dunia ialah konsert itu disekat kerana "menyentuh sensitiviti agama dan bertentangan dengan budaya Malaysia".

Penganjurnya, Livescape mendakwa rugi RM1.1 juta kerana larangan yang dikenakan pada saat-saat akhir itu. Ia berjanji akan memulangkan balik wang tiket kepada peminat. Ia juga akan membayar balik segala kos perjalanan ke Kuala Lumpur termasuk kepada pelancong yang datang ke negara ini semata-mata untuk hadir ke konsert itu.

Ini bukan kali pertama larangan seperti ini dibuat. Hanya sebulan lepas, konsert Lamb of God juga dilarang dengan alasan yang sama. Sempena Hari Kebangsaan ke 56, sebuah pementasan dari Singapura yang bertajuk MERdEKAnya KITA dihalang daripada mengadakan persembahan kerana dianggap ancaman kepada negara walaupun kandungan naskhah tersebut mengenai jalur kemerdekaan tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Tahun lalu, Singapore Dance Theatre dilarang daripada membuat persembahan ballet di Kuala Lumpur kerana pakaian tarian itu dikatakan kurang sopan walaupun memang itulah pakaian untuk tarian ballet di mana-mana pun di dunia ini.
Ini semua adalah acara yang sudah ditetapkan tetapi kemudian dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran — dalam kata mudahnya, dilarang. Kita tidak tahu berapa banyak lagi persembahan muzik atau teater yang dilarang kerana proses untuk membawa persembahan itu ke sini tidak didedahkan kepada umum — hanya diketahui di kalangan orang dalam industri.

Apakah kayu ukur yang digunakan apabila pihak berkuasa membuat sesuatu larangan seperti ini? Apabila kita bercakap tentang sensitiviti agama, apakah batas antara apa yang sensitif dan apa yang tidak sensitif? Siapa yang sensitif? Negara ini berbilang kaum dan agama — sudah tentu dalam apa hal sekali pun akan ada pihak yang sensitif. Apakah kalau satu pihak sensitif maka semua orang harus menanggung akibat daripada sensitiviti itu? Bagaimana pula kalau orang terlebih sensitif? Sensitiviti itu pula apa asasnya? Adakah ia berasas atau adakah ia kebimbangan yang dibuat-buat?

Begitu juga, apabila pihak berkuasa menggunakan alasan "budaya Malaysia", acuan apakah sebenarnya yang dipakai? Tesis atau kitab mana yang dirujuk yang menggariskan bahawa inilah budaya Malaysia? Kita selalu dengar orang kata "ini bukan budaya kita" — makanya, budaya kita itu apa dan bagaimana?

Setelah 56 tahun Merdeka, apakah kita masih ingat — kalau tidak menganut sekali pun — prinsip-prinsip penubuhan negara ini yang diletakkan batu asasnya oleh Tunku Abdul Rahman:
"… kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa."Di mana garis pemisah antara hak-hak kebebasan dan usaha menuju sentosa itu?

Inilah ironinya. Bukan, bukan ironi lagi. Ini mungkin satu tragedi.

Adakah mereka yang berkenaan sedar bahawa bidang seni adalah satu bisnes dan sumber ekonomi? Adakah mereka sedar tentang peluang ekonomi yang terlepas? Adakah mereka juga sedar bahawa larangan demi larangan yang dibuat selama ini secara tidak langsung mewujudkan satu suasana yang kurang selesa di kalangan pelabur — siapa lagi yang mahu menaja persembahan muzik atau teater antarabangsa?

Adakah kita memahami keadaan semasa di rantau ini — tentang kelas menengah yang sedang tumbuh di Indonesia dan tentang ekonomi yang subur berkembang di Filipina? Adakah kita memahami tentang keperluan kelas menengah selepas mereka menyelesaikan segala keperluan makan dan pakai? Lihat juga apakah yang ditawarkan oleh Singapura kepada keperluan kelas menengah Asia Tenggara ini?

Mustahil tidak ada seorang pun di kalangan pentadbir di negara ini yang tidak faham hubung kait industri seni budaya dan hiburan dengan pelancongan dan ekonomi. Atau, memang sebenarnya mereka tidak faham?

Menganjurkan persembahan di negara ini, baik konsert muzik, teater atau tarian, adalah satu risiko yang sangat tinggi. Tidak semua orang berani ambil risiko itu. Itu sebabnya apabila ada penyanyi antarabangsa yang buat konsert jelajah di rantau sebelah sini, Malaysia selalu saja tidak termasuk dalam senarai. Mereka singgah di Jakarta, Singapura, Manila dan Bangkok tetapi tidak Kuala Lumpur.

Maka, berbondong-bondonglah rakyat kelas menengah negara ini ke kota-kota negara jiran itu untuk menonton konsert atau menyaksikan teater bertaraf dunia. Kelas menengah yang menonton konsert atau teater itu juga berbelanja — sekurang-kurangnya untuk ke sana ke mari, untuk makan, untuk bermalam. Orang ekonomi faham kesan proses aktiviti-aktiviti ini; orang yang menguruskan permit persembahan artis luar negara mungkin tidak faham.

Semasa membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri menyebut cita-cita pentadbirannya mahu menarik lebih banyak pendapatan daripada wang asing melalui pelancongan. Beliau mengumumkan tahun 2015 sebagai Tahun Festival "dengan penganjuran dan pameran pelbagai program budaya dan perayaan di negara ini".

Apa yang dilakukan oleh penganjur persembahan antarabangsa itu sama. Sasaran mereka bukan saja penonton dan peminat muzik dalam negara tetapi pelancong dari negara-negara di rantau ini — kumpulan kelas menengah yang mampu berbelanja. Apa yang mereka lakukan itu juga adalah menyediakan ruang kepada sebahagian rakyat untuk bergembira — menuju bahagia dan sentosa.

Kita kuat melaungkan tentang kesederhanaan blabla blabla blabla tetapi kita sendiri pun tidak begitu jelas yang dikatakan sederhana itu agaknya apa.

Itulah ironinya — ironi yang sedang jadi tragedi.

____________________________________

Noor Azam Shairi ke Singapura tahun lalu untuk menonton konsert Sting dan tahun ini ke Singapura lagi untuk menonton pementasan teater arahan Yukio Ninagawa dan Peter Brook. Dia gembira.


Sunday, September 15, 2013

PEMERKASAAN BUMIPUTERA: NAJIB PUJUK BALIK



Berkobar-kobar semangat Melayu saya bila mendengar ucapan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pagi tadi di Universiti Teknologi MARA. Lokasi perhimpunan dan ucapan penuh sejarah itu dilakukan di lokasi yang cukup signifikan. Sebuah mercu tanda keilmuan bumiputera. Institusi yang telah melahirkan ramai sekali ahli korporat, profesional, cendikiawan dan cerdik pandai Melayu. Bila sebut bumiputera dengan sendirinya kita keturunan Melayu sebagai majoriti dan selebihnya adalah keturunan lain yang berbagai agama dan budaya.

Sepanjang ucapan PM tadi memang cukup bersemangat dan meletakkan kita berasa sangat bertuah berada di bumi Malaysia ini. Sebagaimana kata-kata beliau di hujung ucapan:

"Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini, kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana, selagi ada bulan dan bintang, selagi hayat dikandung badan, survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila".

kata beliau lagi sebelum itu:

"Certainly! We are doing what is fair, we are doing what is right, and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain".

kata-kata itu berasaskan kepada pengisytiharan yang dibuat oleh sembilan Raja-Raja Melayu:
"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain" .

Apa perasaan dan keyakinan anda bila mendengar ucapan begitu, adakah keyakinan kita meningkat kepada kerajaan Barisan Nasional? Apakah masih sangsi dan was-was dengan akur janji PM itu? Apakah anda kurang selesa dengan frasa yang digunakan oleh PM di dalam mengagihkan kekayaan negara?

Di awal ucapan PM, seperti biasa beliau banyak menabur gula-gula, al maklumlah kesemua yang hadir mendengar dan pastinya disedari beliau bahawa ucapannya disiar oleh media perdana maka saya kira gula-gula yang ditabur sudah diambil-kira banyak sudut. Yang saya masih tertanya-tanya ialah kenapa sesi sebegini diadakan? Kenapa diadakan selepas pilihanraya dan bukan sebelum? Kenapa ia diadakan selepas ramai orang Melayu rasa kurang senang dengan 1Malaysia? Adakah sesi ini dibuat kesan sokongan masyarakat Cina yang menolak calon-calon BN? Apakah PM mula sedar kesilapan lalu ekoran terlebih bagi gula-gula demi memancing mereka? Saya kira, peristiwa PSY di Pulau Pinang akan dikenang PM sampai bila-bila. Jadi adakah kesan begitu maka PM menyatakan begini:

"Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.

Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear"


Saya rasa PM terlalu bersungguh-sungguh menyatakan keperihatinan kerajaan kepada bumiputera. Terlalu bersungguh-sungguh. Kalau dalam lakonan ia memberi tafsiran lain juga. Tapi saya yakin PM benar-benar sedar bahawa selama ini bumiputeralah yang menegakkan Barisan Nasional.

Masa banyak sekali iklan macam ini, saya pun rasa jauh hati
Jadi dalam sesi pagi tadi, PM telah menyentuh banyak perkara dan sempat memberi habuan kepada UiTM pun. Untunglah UiTM! Di awal ucapan PM pun beliau merintis perjalanan awal negara Malaysia. Bagaimana negara ini dibangunkan atas kesedaran untuk membangkitkan kaum bumiputera khususnya di dalam persaingan ekonomi. Peranan Tun Razak sangat disanjung. Kalau tiada usul polisi DEB, saya kira Malaysia tiada langsung polisi yang membawa kepada Rancangan Malaysia ke-10 seperti hari ini. RMK yang masih dilaksanakan  dan terus mendahulukan kepentingan bumiputera. 

Cuma saya kurang gemar bila PM mengukur pembangunan negara kita melalui purata isi rumah, purata pendapatan, purata pemilikan aset dan apa sahaja diambil kira secara purata. Pengiraan secara purata ini sangat tidak tepat dan ia hanyalah andaian sahaja. Bagaimana PM boleh lega dan selesa menyebut purata pendapatan bulanan isi rumah pada tahun 2012 adalah RM 4,457.00. Apakah itu tepat untuk menggambarkan realiti kehidupan bumiputera? Kita harus terima realiti bahawa wujud jurang pendapatan dalam masyarakat. Kalau purata itu mengambil kira pendapatan 1000 orang, antara RM500 ke RM30,000 sebulan dan diperolehi purata pendapatan bulanan, saya kira ia sangat-sangat tidak adil. Jika pembangunan ini berpandukan cara begitu yang diamalkan oleh negara-negara maju dunia, saya anggap memang patutlah kerajaan merasa OK bila harga rumah teres kini mencecah RM400,000. 

Saya percaya Malaysia harus mencari cara lain untuk mengukur taraf kehidupan rakyatnya. Macam-macam cara pun ada selain ikut cara Bank Dunia yang pakai GDP (Gross Domestic Product), GNP (Gross National Product) dan GNI (Gross National Income). Dulu kaedah Human Development Index (HDI) pernah diguna dan kaedah seperti Gini coefficient dan Gini Index pun ada. Harap PM sangat teliti bila melihat kualiti kehidupan rakyat dan jangan sekadar berpandukan purata semata-mata. Kasihanlah para petani, peniaga kecil dan orang-orang kampung yang bekerja kais pagi makan pagi yang selamanya akan tertinggal dan dianggap mendapat pendapatan bulanan RM4,457 walhal RM10 belum tentu sehari.

Walau bagaimana pun hasrat yang diaju oleh PM haruslah kita sambut baik. Memang bukan kerja senang untuk membahagiakan semua orang. Jadi bila PM lancarkan 5 strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, eloklah kita menyambutnya dnegan baik kerana saya yakin semua sudut sudah diteliti. Berikut 5 stategi:

1. MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA
     fokus kepada meningkatkan keupayaan bumiputera di dalam pelbagai cabang khususnya akademik dan kemahiran. Strategi ini cuba membuka ruang dan meluaskan peluang bumiputera yang tidak bagus akademik, yang menganggur, yang bekerja tapi kelayakan rendah dan menambah lebih ramai profesional.

2. MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
     Fokus pada skim baru Amanah Saham Bumiputera 2 di mana pemegangan saham ditingkat sehingga 10 billion unit dan skim baru disebut Skim jejak jaya Bumiputera bagi membimbing bumiputera dalam perniagaan.

3. MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA
    Yang ini saya tidak nampak berkesan selagi kerajaan tidak tegas dan kawal harga aset rumah. Kekecewaan kerajaan pada peratusan pemilikan aset peribadi bumiputera tidak bermakna apa-apa selagi dominasi pemaju dalam menetapkan harga pasaran. Berapa ramai kakitangan awam mampu membeli rumah berharga RM400K dengan pendapatan RM3000 sebulan? Di bandar khususnya KL memang ramai bumiputera tetapi rata-rata bekerja dengan pendapatan bulanan yang rendah bukannya RM4,000 ke atas. Jadi silaplah kalau kerajaan resah melihat peratusan rendah di kalangan bumiputera berbanding kaum lain.

PR1MA yang wujud tidak membantu semua hanya yang layak sahaja. Berapa lamakah kerajaan melalui PR1MA mampu menangani keperluan bumiputera? Jenis kediaman juga mempengaruhi gejala sosial. Kita bukan Singapura yang tidak ada tanah, tapi tanah kita sangat mahal untuk peribumi. Jadi tanah hanya untuk yang kaya sahaja. hari ini rumah teres cecah RM400K, entah berapakah nilai untuk generasi anak kita?  

Tapi kata PM, bumiputera khususnya orang Islam tidak pandai urus aset memang saya percaya dan ia membawa akibat harga aset jadi rendah.

Bang, pandanglah kami dan lihat kami dari dekat bukan
dari jauh. 
4. MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA
    Strategi ini benar-benar memperkasakan bumiputera di mana GLC dan GLIC diberi tanggungjawab untuk memajukan syarikat-syarikat bumiputera untuk berkembang. Berapa banyak? Siapa? Jangan bunyi sedap tapi pelaksanaannya hanya menguntungkan para kapitalis. Memang di peringkat PM sudah OK tapi yang di bawah, apakah benar-benar terlaksana maksudnya nanti? PM menjaminkan bahawa pengagihan kepada vendor dan pelaksanaan beberapa projek mega yang menguntungkan bumiputera termasuklahempat projek tambahan yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

Saya kira perhatian kerajaan juga harus dipertingkatkan kepada usahawan kecil dan sederhana di luar bandar di mana mereka inilah golongan bumiputera yang cubah meningkatkan taraf hidup. Baguslah peruntukan untuk Amanah Ikhtiar ditingkatkan. Kesedaran dan kemahiran perlu diperlengkapkan kepada para belia dan orang-orang luar bandar. Di kampung saya masih ada yang bekerja untuk RM10 sehari.

5. MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
kata PM "Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera".


Yang menariknya, sesi pagi tadi menyungguhkan lagi bahawa Malaysia memang sangat bagus dalam mencipta akronim. Hari ini PM telah memperkenalkan SUPERB yang bermaksud Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera. SUPERB menyediakan geran sehingga RM500 ribu untuk usahawan baru yang punya idea kreatif dan inovatif yang dilihat berpotensi di masa hadapan. tapi perlukah SUPERB? Tidak adakah satu akronim Melayu sesuai dengan pemerkasaan Bumiputera?


Tuesday, September 10, 2013

RAFIZI AJAK BAHAS LAGI


Rafizi buat apa pun tetap comel. Jangan terkejut kalau ramai
peminatnya sama tara dengan Aaron Aziz.
Saya tertarik dengan tulisan Rafizi Ramli. Saya fikir ada beberapa hujah yang diutarakan oleh beliau patut dan menarik. Jadi kita yang berada di pihak kerajaan jangan cepat melatah, kita baca dan renung, mungkin ada benarnya teguran dan pandangan yang diberikan. Ini kita bercakap mengenai universiti-universiti ulung negara yang sudah berpuluh-puluh tahun bertapak, belum lagi kita bercakap mengenai kolej universiti dan kolej-kolej yang tumbuh melata dan entah apa tujuan dan matlamat penubuhannya.

Saya perturunkan rencana tulisan YB Rafizi yang saya petik dari akhbar Harakah. Selalu sangat membaca dan mendengar buah fikiran di akhbar perdana tidak elok juga, nanti disebut syok sendiri jadi eloklah sekali-sekala membaca fikiran orang sebelah sana. Minggu lepas ada perbincangan langsung di TV1 dalam Wacana Perdana yang saya anggap sangat menarik konsepnya, beberapa panel seperti Nordin Kardi, Tan Sri Zahid, Zairil Khir Johari (muda sangat patut DAP hantar yang lebih senior), Dr Amla dan seorang wakil dari KPT. Dalam sesi diskusi itu, seolah-olah mengarah kepada polemik pendidikan negara yang sebenarnya sudah sangat sakit. Banyak campur tangan politik sehingga pelaksanaan jadi tak tentu hala. Politikus yang mentadbir menukar sesuka hati dan mahu meninggal legasi mereka tanpa memikirkan mesin-mesin di bawah yang mahu melaksanakannya. Hal ini juga ditulis oleh Rafizi, campur tangan ahli poltik membuatkan pendidikan menjadi mangsa malah lebih malang ia memperjudikan generasi dan Malaysia di masa hadapan. Persoalan yang tidak berjawab dalam sesi itu adalah 'kenapa kita tidak boleh lahirkan pelajar yang berfikir?'.

Ranking universiti utama negara merosot

Rafizi Ramli, 10 Sep 2013

Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi tahun 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:



Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355 (2013).
Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

1. Reputasi pencapaian akademik (40%)
2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
5. Keantarabangsaan pelajar (5%)
6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)

Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat.

Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdayasaing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan. Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.

Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan. Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.

Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr- Saunders. Pada tahun 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya (di Kuala Lumpur) dan NUS (di Singapura).

Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia. Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya. Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:

1. Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan

2. Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia

3. Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya

4. Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan

5. Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia

Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.


Thursday, August 29, 2013

PULAU PINANG HARAM TANDA PUTERA

Apalagi mahu dikata kalau ini tindakan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Kalau sudah kuasa di tangan mereka maka lakukanlah. Jadi, ini adalah bunga-bunga kecil yang ditunjuk oleh mereka di negeri yang mereka tadbir.

Apabila tindakan ini yang diambil oleh kerajaan Lim Guan Eng, ia menampakkan tindakannya adalah sangat peribadi. Kenapa mahu diharam dek kerana satu scene yang tidak dipersetujui? Tapi hendak buat macamana kalau sudah itu keputusannya. Nasib malang bagi orang Pulau Mutiara. Tapi betulkah mereka sedih tak dapat tengok Tanda Putera? 

Lepas ini orang-orang di Penang ramai-ramailah pergi tonton Kara King ya. Tentu kerajaan Pulau Pinang suka.


Penang government requests cinema operators not to screen 
Tanda Putera
BY WINNIE YEOH

Lim Guan Eng.
GEORGE TOWN: The Penang government have requested all cinema operators in the state to not screen the controversial movie Tanda Putera.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said on Wednesday the movie is scheduled to be screen on Thursday (Aug 29) and claimed that there are slanderous scenes that could provoke racial hatred.

He added that the state regrets that the Communications and Multimedia Ministry has allowed the screening of the film without removing some scenes.

Lim said that in the movie, a few Chinese youth were shown to be peeing in the compound of the then Selangor Mentri Besar’s residence as well as on a Malaysian flag.

“The director herself said those incidents didn’t happen but she added them to make the film more interesting.

“She used the words “creative license” but it doesn’t give you the license to lie,” he said in a press conference at his office in Komtar here.

State Local Government, Traffic Management and Flood Mitigation Committee chairman Chow Kon Yeow said the local councils issue licenses to all cinemas but do not have power over the contents of the film.

However, in view of the sensitivity of the film, he said the Penang Municipal Council and Seberang Prai Municipal Council would issue letters today to all cinemas and request them not to screen the film.

Wednesday, August 28, 2013

KEMPEN PAKAI SONGKOK :TANDA PUTERA


Saya tertarik dengan usaha beberapa blog yang berkempen untuk hari Kemerdekaan bersempena dengan penayangan filem Tanda Putera. Blog tersebut telah bekerjasama dengan beberapa blog yang lain menganjurkan kempen memakai blog sebelum masuk panggung menonton filem Tanda Putera. Menarik kan?
Menurut blog tersebut, kempen ini bertujuan mengenang jasa dan bakti pemimpin terdahulu dan perajurit Melayu yang terkorban demi mempertahankan tanahair. Saya kira ia sangat bagus.

Jadi, jika anda semua berminat untuk menyertai kempen ini, sertai mereka pada 31 Ogos 2013 (Sabtu), di pawagam sekitar Kuala Lumpur dan tayangan antara tengahari ke petang. Mana yang nak menyokong kempen ini, tempahlah tiket wayang lebih awal atau boleh saja datang ke panggung.

Make sure bawa dan pakai SONGKOK!

Klik sini untuk link kepada blog penganjur


Monday, August 26, 2013

ISA - HARAPAN TUN ABDUL RAZAK

Dua sahabat setia, Tun Razak yang memujuk
Tunku masuk UMNO. Berbeza cara tetapi
matlamat sama
Pesanan dan harapan Almarhum Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein, terhadap undang-undang pencegahan ketika berucap di akhir penggulungan pembentangan Rang Undang-Undang mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, pada hari Rabu 22 Jun 1960 di Dewan Rakyat:-

 “Sir, no one can predict the future, history alone can tell; but I am of the firm conviction that if we pass this Bill today our children and grandchildren will be very thankful for our foresight, our forethought, for taking measures to protect our young nation and our new State and for taking measures to make democracy safe in this country and taking measures to make this country a healthy place for them to live in the years to come.”

Sebenarnya saya memetik petikan ucapan ini selepas membaca entri terbaru A.Kadir Jasin. Ia memberi kesan kepada saya. Memahami dan menghargai cara pemimpin dahulu memikirkan kehidupan Malaysia pada hari ini. Kesan daripada wawasan Tun Abdul Razak, kita dapat menghirup udara harmoni di negara tercinta ini. Kata-kata beliau ini dan berasaskan pandangan beliau tentang masa hadapan negara. Kepelbagaian yang ada dalam negara boleh menjadi kekuatan bila dipelihara dengan baik tetapi ia juga mampu meroboh hanya dengan nyalaan api yang kecil. Dan itulah yang kita lihat apa yang terjadi sejak dua menjak ini.

Saya adalah generasi selepas Mei 13 dan sebahagian besar rakyat negara ini adalah mereka yang lahir selepas tragedi itu. Kita tidak melalui dan mengalami peristiwa hitam sebegitu. Bagaimana Malaysia diambang kemusnahan dan diselamatkan. Mereka yang terdahulu melaluinya dan mendoakan agar ia tidak lagi berulang. Pemimpin dahulu mengambil banyak langkah atas kesilapan-kesilapan sebelumnya dan langkah itu demi anak-anak bangsa di masa ini dan masa hadapan. 

Kalau pun hari ini pandangan kita berbeza tentang politik, tidak sepatutnya kita menidakkan pengorbanan dan sumbangan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.


Tuesday, July 23, 2013

SATU UNDI KUALA BESUT RM19,000?


Saya dapat rasa pentingnya Kuala Besut pada hari ini di mata Barisan Nasional dan Pas. Sebuah daerah yang tidak begitu pesat membangun jika dibandingkan dengan daerah yang berdekatan dengan Kuala Terengganu. Namun hari ini, pemergian Allahyarham Dr . A.Rahman Mokhtar telah memberi rahmat kepada penduduk Kuala Besut. Bukanlah maksud saya ia satu doa tetapi rahmat ini bermaksud, bagaimana pemergian Allahyarham telah menarik perhatian semua pemimpin di Malaysia ke Kuala Besut. Sehinggakan A.Kadir Jasin di dalam blognya, mengulas pilihanraya kecil Kuala Besut adalah PRK yang tidak menjanjikan keselesaan buat BN. Apatah lagi Datuk Sri Najib yang tergugat kesan daripada kekurangan majoriti di parlimen. Jadi, Kuala Besut betul-betul harus dimenangi oleh BN, ini kerana kerusi Kuala Besut juga adalah penentu kepada kedudukan BN di Terengganu.

PRK Kuala Besut yang akan berlangsung pada Rabu ini (24 Julai 2013) bersamaan 16 Ramadhan, akan menjadi medan pertandingan yang terbaik antara PAS dan UMNO. Dua parti Melayu Islam. Pada hari itulah yang akan melihat pengaruh siapakah yang paling kuat. Khabarnya jentera pilihanraya PAS bukan sahaja dibantu oleh ahli-ahli PAS seluruh negara bahkan, turut disokong oleh Pakatan Rakyat. Ini pun soal untuk menakluk satu lagi negeri di bawah Pakatan. Calon PAS yang lebih dikenali sebagai Che Long, atau nama sebenarnya Hj Azlan Endut yang merupakan ahli perniagaan perkayuan kontraktor kelas A.. Beliau akan dicabar oleh calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera lulusan Universiti Sains Malaysia yang berusia 37 tahun, juga merupakan bekas Ketua Pengarah bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran. Kedua-dua calon ini adalah anak jati Kuala Besut.

Tengok berapa besar orang yang turun


Oleh kerana Kuala Besut menjadi tumpuan, maka banyak sekali janji dan harapan dilimpahkan oleh kedua-dua parti. Rezeki orang-orang Kuala Besut. Bergantunglah siapakah pula pilihan mereka. Namun dalam Harakah telah menyebut bahawa, BN telah menggunakan duit kerajaan demi kemenangan di Kuala Besut. betulkah? Kata Harakah Daily, sebanyak RM377 juta lebih  dijanjikan untuk penduduk Kuala Besut dan jika dibahagikan kepada jumlah pengundi, maka setiap undi berharga RM19,000. Sampai ke situ analisa yang dibuat. Dalam huraian dibuat, Jumlah RM377 lebih  itu merangkumi:

"...PAS berpendapat peruntukan sebanyak RM377.45 juta untuk projek-projek yang diumumkan kerajaan setakat ini jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK.

Sebanyak sembilan projek yang dijanjikan kerajaan BN, termasuklah projek mendalamkan Sungai Besut bernilai RM250 juta, membina pangsapuri empat tingkat di Kampung Lay Out bernilai RM10 juta, projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi Tok Saboh bernilai RM28 juta dan projek masjid terapung dengan kos RM12 juta.
Terbaru, kerajaan mengumumkan projek pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanaman padi di Pengkalan Nangka."



Bagi saya, cara menarik undi BN ini sudah biasa, memang dari dahulu itulah caranya. Jadi tak perlu PAS nak berkira-kira tentang jumlah peruntukan. Sudah memang kuasa mengurus Persekutuan itu di tangan Barisan Nasional, jadi tidak mengapa. Pas perlu mencari kekuatan lain untuk memancing pengundi. Tetapi saya rasa, Allahyarhan Dr. A.Rahman Mokhtar telah pun melaksanakan tugasnya sebagai ADUN dengan baik dan diterima oleh rakyat Kuala Besut. Jadi apa salahnya kalau kesinambungan itu terus berlaku.

Wednesday, July 3, 2013

MESIR DAN MUHAMMAD MURSI



Apa yang berlaku di Mesir pada hari ini mendukacitakan. Dunia melihat Mesir sebagai negara kucar-kacir. Ketenteraman tiada lagi ekoran penentangan rakyat terhadap kepimpinan Muhammad Mursi. Presiden Mesir yang dipilih melalui pilihanraya yang sah pada Jun 2012. Sewaktu pemilihannya sebagai Presiden, rakyat bergembira menyambutnya setelah berlaku demonstrasi dan gerakan menjatuhkan Hosni Mubarak berjaya. Hosni yang memerintah Mesir lebih kurang 30 tahun telah merubah hidup rakyat Mesir dalam pelbagai kelompok. Jurang ekonomi antara penduduk sangat besar. Kemunculan Morsi sebagai pemimpin berpendidikan Islam dan menjadikan Islam sebagai teras dalam pentadbirannya mendapat reaksi cukup positif. Ia menjadi penanda kepada Arab Spring bahawa tiba masanya dunia Arab kembali kepada pemerintahan berasaskan undang-undang Islam. Namun, cita-cita Mursi itu, menghadapi tentangan dari banyak penjuru. Protes dari kelompok sekular dan rakyat bukan Islam serta pengikut-pengikut tegar Hosni Mubarak membuatkan usaha Mursi mengubah pentadbiran menjadi sangat berintangan. Ini juga dikira kesan daripada ketepuan minda yang terasuh oleh pemerintahan Hosni Mubarak. Rakyat selesa dalam hidup serba kedaifan. Bagaimana sebuah negara yang antara terawal menerima kemodenan, kota Kaherah yang sangat kosmolitan dahulunya berubah kini menjadi sangat padat dan ramai sekali golongan fakir dan miskin yang hidup kais pagi makan pagi. 


Mesir sebelum Hosni Mubarak, telah menempuh banyak sekali peristiwa. Sebelum Hosni diangkat sebagai Presiden, Presiden Anwar Sadat mati ditembak di dalam satu majlis kebesaran negara. Dari detik itulah, Mesir mencari pemimpin dan menemui Hosni Mubarak. Harapan yang ditumpahkan kepadanya rupanya membawa kepada kemalapan Mesir. Bagaimana sebuah negara yang kaya dengan sumber bumi, bumi anbia dan memiliki tamadun terawal dunia, destinasi pelancongan paling strategik dan bermacam lagi. Namun itu semua gagal digunakan Hosni untuk memakmur dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya. 


Apabila Mursi mendapat persetujuan undang-undang dengan memberikan kuasa penuh kepadanya di dalam menentukan pemerintahannya tanpa perlu merujuk kepada judicial, beratus ribu rakyat keluar melalukan protes dijalanan. Namun jangan terkesan dengan protes sedemikian, rakyat Mesir memang terkenal dengan aktiviti berkumpul dan protes. Rakyat Mesir suka meluahkan kemarahan malah kegembiraan di jalanan. Jika menang bolasepak pun, beratus ribu akan meraikannya. Itu perkara yang bukan luar biasa. Apatah lagi dalam soal berkaitan undang-undang dan pelaksanaan dasar. Oleh kerana sebilangan besar masyarakat Mesir berpendidikan randah, mereka kurang ilmu dan keupayaan untuk mentafsir sesuatu perkara dnegan baik, sering sahaja mereka terhasut dengan puak-puak yang menentang kerajaan. Rakyat Mesir sangat kasar, mereka sangat ekspresif dalam banyak hal. Mereka akan berada di jalanan bersama-sama yang lain dengan bermodalkan pengertian yang cetek. Jadi saya anggap tuntuan sesetengah rakyat Mesir yang mahu melihat perubahan segera Mesir adalah sangat tidak munasabah. Masakan Mursi yang baru sahaja setahun memerintah mahu membaiki kerosakan yang dibuat selama 30 tahun.

memang benar, saya tidak nampak satu gambar pun
tergantung di mana-mana bangunan walhal
beliau baru sahaja dilantik sebagi presiden.
berbeza sekali di Malaysia.

Tahun lepas saya berpeluang melawat Mesir. lebih 10 hari saya berada di Kaherah dan ia sangat memberi kesan kepada saya. Bumi Mesir yang memiliki tinggalan sejarah penting, memiliki ilmuan dan cendikiawan yang hebat, memiliki pemikir dan ulamak Islam tinggi ilmunya namun semua itu dikaburi oleh politik. Politik yang sangat sekular mengetepikan pandangan para ilmuan. Jadilah Mesir sebuah negara yang tersesat dalam kemodenan. Dan kini kemodenan adalah beban yang tidak terpikul oleh ramai rakyat dan itulah yang cuba diselamatkan Mursi.


Friday, June 28, 2013

PAS Vs UMNO DI KUALA BESUT

lokasi depan stesen kereta Kuala Besut
Saya, Z.Zamri dan Isey Salak Madu
Demam PRU13 belum lagi habis, orang masih lagi berhujan panas berjerebu di padang merbok malah ahli parlimen pun baru sahaja mengangkat sumpah. Kini demam pilihanraya kembali setelah ADUN Kuala Besut meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Tidak tahu apa perasaan yang bermain dalam hati orang-orang Pakatan, adakah nak meraikan atau bersedih dengan kehilangan seorang pemimpin Islam. Meraikan tanda peluang terbuka untuk menakluk Terengganu kerana DUN Terengganu berada dalam keadaan seimbang antara pembangkang dan pemerintah. Nampak gaya Mat Said sekarang panas buntut kot, tidur tak lena dah. Bila-bila masa sahaja kerusinya akan diambil alih. Tentu sekali strategi terbaik perlu difikirkannya untuk memenangi hati orang Kuala Besut. Tapi kena ingat, kekalahan PRU13 lalu, membuat orang Pakatan benar-benar mahu menang.

Di kolam ikan; saya, Yaya Maembong dan
Isey salak Madu
Februari lepas, saya berpeluang membuat penggambaran di Kuala Besut. Seminggu saya di sana dan itu pertama kali saya berada lama di daerah itu. Nak dijadikan cerita, kami memang membuat penggambaran di pejabat ADUN Kuala Besut bagi telemovie "Sudah-sudahlah". Nak lebih menarik lagi, pejabat Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar itulah yang menjadi set pejabat watak saya, Nik Him. Semuanya jadi kebetulan kini. Dan hari ini, Malaysia akan bertumpu pada daerah ini.

Cantik hiasan pada tiang
masjid Kuala Bes
Kuala Besut punya kisah menarik, sejarah panjang antara Kelantan dan Terengganu. Ia digelar Republik kerana jasadnya dalam Terengganu tapi hati masyarakatnya tertumpah di Kelantan. Majoriti penduduk Besut bertutur loghat Kelantan bahkan budaya Kelantan sangat tebal. Ini boleh dilihat pada cara mereka menikmati makanan pagi yang tidak boleh lari dari nasi kerabu dan nasi berlauk. Sepanjang saya berada di sana, saya langsung tidak merasa berada dalam Terengganu. Daerah ini dikelilingi laut dan sungai. Ia sangat indah. Pantainya cantik dan sungainya kebiruan. Kalau melintasi jambatan Kuala Besut, mata kita akan terpegun dengan keindahannya, aktiviti nelayan dengan rumah-rumah rakit dan bot-bot kecil bersusun sepanjang sungai. Ia sangat indah. macam lukisan. Pantai Bukit Keluang adalah pantai berpasir putih. bersih dan dilingkung bukit berbatu. Saujana mata melihat kaki langit yang jelas. Potensi pelancongan sangat besar di Kuala Besut. Ia adalah gambaran sebenar perkambpungan Melayu pantai Timur. Kemajuan di Kuala Besut tidak sepesat bandar Permaisuri. Ini mungkin pusat pentadbiran Besut berpindah ke sana. jadi Kuala Besut menjadi pekan kecil yang mendamaikan. Jeti menuju Pulau Perhentian adalah tempat yang sibuk. Ia menjadi bandar kecil Kuala Besut. Stesen kereta sewa ada pusat pekan, ia berhampiran mini hotel dan beberapa kedai makan. Menambahkan keindahan Kuala Besut adalah masjidnya. Masjid Kuala Besut memiliki keunikan tersendiri. Hiasan dalamannya amat memikat. Kalau ke Kuala Besut elok singgah di masjidnya.

Punca ekonomi utama orang Kuala Besut
Berbalik kepada peruntukan undang-undang yang membolehkan diadakan satu pilihanraya kecil apabila wakil rakyatnya meninggal dunia. PAS punya sejarah memenangi Kuala Besut sebanyak dua kali. Tentu sekali impian untuk mendapatkannya kali ketiga sangat besar. Impian memenangi undi melebihi BN. Tapi, saya kira bakti dan sumbangan Allahyarham dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat Kuala Besut juga harus diambilkira. Ia bukan calang-calang wakil rakyat. Semasa berada di pejabat Allahyarham, ada aktiviti kemasyarakat bagi penduduk setempat. Waktu petang, disediakan kelas komputer dan penggunaan internet secara percuma kepada pelajar sekolah. Malah pusat ADUN dijadikan tempat untuk aktiviti masyarakat. Mendengar ceramah dan keramaian. ternayata Allahyarham telah membina imej UMNO yang baik di Kuala Besut. Saya kira, masyarakat Kuala Besut pun ada pengalaman dengan pemimpin PAS, kalau tidak masakan mereka menolak kepimpinan PAS di Kuala Besut.

Ini dalam bilik mesyuarat Pejabat DUN Kuala Besut.
Abang Wan Hanafisu pun turut ada dalam drama ini
Pandangan saya walau siapa pun yang berjaya memenangi kerusi Kuala Besut, ia bukan soal kemenangan parti. Ia bukan hal siapa yang menakluk Terengganu. BN atau Pakatan tidak penting. Yang penting adalah membangunkan masyarakat Kuala Besut. Kuala Besut adalah daerah yang banyak potensi. Keindahan alam semula jadi dan kemesraan penduduknya patut digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan ekonomi pendusuk tempatan. Seminggu berada di sana, saya bersembang dan memerhati ramai orang. Saya nampak pendapatan mereka rendah, upah harian mereka umpama kais pagi makan pagi.

jeti nelayan
Jadi tiada guna kalau Kuala Besut dijadikan taruhan untuk kuasa politik tetapi akhirnya kemajuan hanya berpusat di daerah lain. Sudah lama orang besut makan hati dengan pentadbiran Terengganu, tidak kira BN atau PAS. Orang Besut terasa terpinggir, tidak diendah dan dianak tiri. Orang yang memerintah perlu pulihkan hal ini. Kisah Besut ini seperti merajuknya orang Selatan Thai dengan kerajaan Bangkok. Jangan begitu. Kalau Besut berpotensi besar untuk ekonomi, maka harus dimajukan. Saya tidak nampak kesukarannya. Besut berada di antara Kelantan dan Terengganu. Itu advantage. Walau apapun perasaan orang Besut terhadap Terengganu, itu masalah orangnya bukan daerahnya. Masalah itu harus diselesaikan oleh pemimpin. Jika tidak, tak ada gunalah jadi pemerintah.

Saya suka dialog ini
"Oghang mane?" 
"ambo oghang besut"
"Oooo Tengganu"
"Dok besut!!".



Monday, June 24, 2013

RAFIZI Vs KHAIRY DI PARLIMEN

Rafizi antara MP yang ditunggu kemunculannya
Hari ini 24 Jun 2013, mesyuarat telah pun berlangsung pagi tadi di mana mesyuarat sulung ini, diadakan untuk memilih Yang Di pertua Dewan, Majlis angkat sumpah dan usul menamakan dua ahli sebagai Timbalan Yang Dipertua. Esok, Parlimen akan dibuka dengan rasminya  oleh SBP Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Maka akan bermulalah sidang dewan rakyat penggal pertama. Macam-macam gimik berlaku sebelum ini. kata nak pulaukan parlimen lah, sabtu lepas pun sempat PR buat perhimpunan di Padang merbok, Jumaat lepas masa saya di SOGO, ada sekumpulan kecil belia berbaring atas laman depan SOGO memegang manila card, mahu menegakkan keadilan. Ingatkan betul-betullah berlaku pemulauan parlimen, tapi semua MP elok aja angkat sumpah tadi.

Daripada 222 buah kerusi, 89 diwakili oleh pembangkang manakala selebihnya diwakili oleh Barisan Nasional. Ini merupakan jumlah kerusi terbanyak yang dimenangi pembangkang selepas zaman Pak Lah tahun 2008. Kira, Najib akan melalui tekanan dan perbahasan yang agak mencabar. Saya bukanlah syok nak melihat orang berbalah tapi mahu lihat kesungguhan ahli-ahli parlimen berbahas dan membincangkan isu-isu negara, membahas undang-undang dan sebagainya. 

Memang dalam Dewan Rakyat elok ada lebih pembangkang, bukanlah maksudnya saya suka sangat tapi suasana perbahasan akan lain jadinya. Jika tidak, ahli-ahli parlimen kerajaan akan sangat selesa. Saya masih ingat masa bertugas di dewan pada penggal selepas 2004, selepas kemenangan besar Pak Lah dan BN. Ya Allah, dewan tu macam padang jarak, ramai ahli parlimen tak ada kat tempat duduk, ramai juga yang tidur. Bukan sahaja mereka tidur, saya yang bertugas pun turut tertidur sebab perbahasan tidak ada energy langsung. Menteri selalu diganti setiausaha parlimen. Bila sidang parlimen selepas kekalahan teruk pak Lah, situasi jadi berbeza, kerusi BN selalu ada, perbahasan rancak. Kita yang bertugas pun celik mata luas-luas, risau nama kementerian kita disebut. Pengalaman bertugas di parlimen memang menarik, kita seolah menyaksikan persembahan orang-orang tengah gelangang. Sejak 1996, seringlah saya bertugas. Dewan Rakyatlah yang seronok berbanding Dewan Negara.
Keterbukaan Khairy ini bawa pendekataan
berbeza. Baguslah YB.

Jadi parlimen kali ini agaknya akan berubah rentaknya. Ramai ahli baru dan muda duduk di dalamnya. tentu sekali nak dengar Rafizi berlawan balas dengan Khairy, Ibrahim Ali pun dah tak ada, kalau tidak geger juga dewan dengan jeritan, pekikan berpadu pula dengan Bung Mokhtar. Memang hangatlah dewan jadinya. Kali ini, kita lihatlah antara 89 orang ahli Pakatan Rakyat, siapa yang akan muncul hero baru. Anak Karpal, anak Kit Siang, anak Anwar, anak Nik Aziz dan ramai lagi ada kali ini. Saya berharap sangat tidak ada isu dan percakapan yang memperlekehkan jantina macam sebelum ini, saya mahu juga lihat bagaimana Pakatan menegakkan perjuangan mereka dalam memastikan manifesto mereka boleh dicapai atau diperbahaskan sekurang-kurangnya. 89 kerusi, bukan kecil, silap-silap haribulan boleh mengubah dasar jika wakil BN asyik memonteng. 

Tambah menarik tahun ini, Sabery Chik dah bagitahu yang RTM akan siarkan sidang parlimen satu jam di TV bukan lagi 30 minit. Tambahlah seronok kita menonton ya. Baguslah Tuk! Era teknologi hari, tak payahlah kita takut nak tunjuk kat rakyat apa berlaku dalam dewan, lambat laun diketahui juga. Jadi eloklah sangat dipanjangkan siarannya.

Selamat bersidang, saya hanya mahu Malaysia jadi lebih baik. 


Wednesday, June 19, 2013

ROSMAH PALING POWER


Tajuk pun dah hebatkan, wanita pertama Malaysia disebut sebagai wanita paling berkuasa di Malaysia dan teratas dalam senarai 10 yang berkuasa. Senarai itu dikeluarkan oleh akhbar The Star.  Siapa yang nak menafikan hakikat ini? Siapa? Sejak Najib jadi PM memang nama Kak Mah selalu disebut, digosip dan menjadi bahan hangat media terutama media dari pihak yang menentang. Imej Kak Mah dimunculkan dalam macam-macam bentuk. Nasib jadi orang penting memang begitulah. Apatah lagi jadi Isteri PM. Tapi Kak Mah macam cool aja.

Kisah Kak Mah ni merata-rata dibual orang dan macam-macam kes disabitkan, termasuklah kisah kes bunuh Altantuya, kes cincin besar RM24juta, kes beg eksklusif, kes peluk Shah Rukh Khan, malah kisah Kak Mah menabung dari kecil pun dibual orang. Sampaikan banyak kebaikan yang Kak Mah buat tenggelam dek cerita negatif ini. Kalau dalam blog dan youtube, bersepah kisah keburukan Kak Mah. Pendek kata plot kehidupan Kak Mah ni, makin lama makin menarik, bercampur aduk dengan pelbagai misteri. Kalau nak buat drama memang menarik. Kisah Kak Mah akan lebih power berbanding kisah Najib jika difilemkan.

Ini contoh Kak Mah dipersenda
Saya tengok Kak Mah tak kisah pun, Kak Mah tetap laksanakan tugas dia sebagai Istei PM. kak buat Permata Seni, Kak Mah buat kebajikan melalui BAKTI, Kak Mah melawat Gaza, Kak Mah tolong orang susah, Kak Mah anjur majlis agama dan macam macam lagilah. Pendek kata Kak Mah memang aktif dan giat memainkan peranan sebagai first lady. Mungkin ada yang bezakan Kak Mah dengan first lady-first lady sebelum ini, Cara bekerja Kak Mah memang berbeza, Kak Mah suka menonjolkan kecenderungannya. Kak Mah suka menyanyi, lalu Kak Mah rakam lagu dan buat video klip, banyak acara Kak Mah nyanyi live. Tapi itu tidak dibuat oleh first lady sebelum. Kak Mah suka pakai cantik cantik, suka set rambut, suka baju designer, suka beg mahal dan suka intan berlian. Dah itu kesukaan Kak Mah, nak buat macamana. Tapi ramai yang tak suka. Itu dijadikan modal untuk jatuhkan Najib. Kesian Kak Mah, sebab kerana kesukaannya, suaminya pula nak dijadikan mangsa.


Jadi bila The Star pilih Kak Mah sebagai The most powerfull lady in Malaysia, saya kira itu sangat tepat. Zeti Akhtar, Nurul Izzah, Marina Mahathir, Teresa Kok, Michelle Yeoh dan beberapa nama lagi bukanlah tak hebat tapi tidak segah nama Kak Mah. Nama Kak Mah ni sama popularnya dengan PM. Dengan imej dan penonjolannya di khalayak, Kak Mah memang no. 1.

TAHNIAH KAK MAH!!!

Tuesday, June 11, 2013

HARGA KERETA TURUN: SIAPA UNTUNG?


Hari ini diumumkan 10 buah kereta yang membuat penurunan harga. Syabas kepada kerajaan BN kerana menepati janji manifesto PRU13. Saya menyambut baik usaha dan persetujuan syarikat pengeluar untuk membantu menyokong beban hidup rakyat Malaysia. Kereta hari ini bukan lagi barang kehendak tetapi keperluan, khususnya bagi mereka yang berkeluarga dan jumlah anggotanya ramai. Keperluan ini diistilahkan kepada sesuatu yang menyokong tuntutan kehidupan tapi kalau yang memenuhi impian dan nafsu, itu barulah kehendak. Kalau anda bujang dan mampu memiliki Viva tapi anda beli Volkswagen Golf, itu namanya nafsu. Kerajaan tak perlulah nak kesian.

Jika dilihat kepada penurunan 10 buah kereta itu, rata-ratanya membuat penurunan sekitar 0.7% - 11% sahaja. Mungkin bagi harga Puegeot  308 yang turun lebih 10 ribu itu beri kesan, tapi bagi kereta proton seperti Exora yang turun sekitar RM500 apalah sangat kesannya. Saya kira Exora adalah pilihan bagi keluarga berpendapatan sederhana yang memiliki keluarga yang besar. Secara peribadi, apabila membaca dan meneliti 10 buah kereta ini, ia tidak perlu kita raikan dengan gembiranya. Ini macam usaha yang masih kecil sifatnya. Nyata, sayarikat pengeluar sangat berkira-kira dengan keuntungan mereka berbanding niat untuk membantu mengurangkan beban rakyat. Kerajaan kena usaha lebih giat untuk berbincang dengan pengeluar dalam menurunkan harga kereta. Khususnya bagi kereta yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat (keluarga besar). Fikirkan bagaimana usaha pengurangan harga kereta ini benar-benar membantu mengurangkan beban belanja isi rumah. Menurut Dasar Automotif Negara, rakyat berpeluang menikmati penjimatan kurang RM400 bagi kereta nasional dan kurang 3.5% penjimatan bagi kereta import. Apakah ini berita besar buat rakyat? Mungkin kos RM320-380 hanya setakat belanja curut di hotel mewah atau separuh dari harga set rambut di salon bagi yang mewah. Atau RM300 adalah harga satu kali menu makan malam?  Saya sangat takut negara ini bina jurang yang besar antara miskin - kaya. Saya ke Cairo tahun lepas, depan mata sendiri lihat bezanya hidup miskin kaya di sana walhal, Mesir negara kaya dan kota metropolitan terawal di dunia. Itu semua malapetaka Hosni Mubarak.

bukan nak api-apikan 
Susahkan bila lihat cara kerajaan menangani masalah ini. Kelihatan pengeluar seolah-olah berdegil dan lebih mementingkan mereka semata-mata. Betullah, siapa nak rugi dalam berniaga. Tapi saya kira, hal inipun banyak juga alasan yang bermain dalam kepala orang kerajaan malah sebelum inipun, bila Pakatan sebut manifestonya adalah turun harga kereta, alasan yang keluar dulu oleh orang ekonomi kerajaan ialah; Ramai orang akan muflis! Saya pun jadi hairan bila itu yang terlintas dulu. Maksudnya orang pemerintah ini menjaga keuntugan para kapitalis ini bukannya rakyat yang sebahagian besarnya sengsara dek beban hidup. Saya terfikir, adakah harga kereta RM50,000 itu kecil bagi sebuah rumah berpendapatan RM2,000? Memanglah kita boleh kata, dah tahu gaji kecil belanjalah kecil. Tapi ia tidak membantu. Kita tidak memberi solusi.

Beli Ferari dapat pencuci sekali

Hidup dunia hari ini, jenama dan material menjadi salah satu pengisi hidup, walau ia bukan keperluan tetapi itulah hakikat. Waktu rakyat disuruh memakai kasut Bata, ramai juga yang memakai Prada. Waktu rakyat berpada-pada dengan proton dan produa, ramai sekali menjalar dengan BMW dan Mercedes. Peniaga bermain emosi dalam menjual barangan, yang mahal selalunya indah dan menawan. Manakala yang murah itu nampak cukup makan. Tanyalah muda-mudi hari ini, rata-rata mahukan Honda atau Toyata, mereka tak mahu yang lokal. Para kapitalis dengan bijak menguasai pasaran, mereka menyuntik minda dengan imej dan fantasi yang bukan-bukan hingga orang ramai terpesona dan memasang angan melebihi kemampuan. Kapitalis tidak peduli siapa yang mereka kalahkan, yang penting statistik harus memuncak. Kerajaan dengan kapitalis macam bermain tarik tali, dilepas rakyat derita, ditarik tabungnya kurang...lalu dilepaskan sahaja demi ekonomi. Yang tersepit, kita.


Kisah kereta ini dah jadi sangat melodrama lah. Saya tunggu tragedi sahaja. Adakah kita ini sangat terdesak dengan harga kereta berbanding dengan barangan lain? Adakah kereta jadi punca kepada beban hidup ini? Apa dah jadi dengan pengangkutan awam? Semua orang beli kereta siapa yang naik bas dan LRT? Harga kereta turun adakah barangan juga akan turun? Atau barang akan naik sebab rakyat mampu beli lebih? Harga kereta turun harga minyak tetap naik, jadi apa yang jimat? Adakah beras sebagai makan ruji cukup murah bagi kita? Bayangkan wang RM50 jika ke pasar hanya dapat membeli belanja rumah untuk tiga hari - ayam, sayur, ikan dan barang basah. Bayangkan keluarga berpendapatan RM900 sebulan - bagaimana mereka berbelanja?

Saya berpeluang ke London. Saya berbelanja di Tesco bawa wang 10pound, saya sangat mewah kerana boleh beli macam-macam. Harga cereal baru 2 pound, sayur-sayurnya baru berapa sen. Saya boleh penuhkan raga saya dengan wang 10 pound. Bahkan malam tadi rakan saya yang belajar di London, poskan foto di facebook harga sepeket beras hanya 40pc. Bukan saya nak angkat negara luar tapi itulah ukurannya, harga barang setimpal dengan pendapatan (bukan purata tapi ambil kira gaji minimun). Saya masih ingat masa gaji saya baru cecah RM2,000 selepas hampir 10 tahun bekerja, setiap bulan perbelanjaan saya minus - ini setelah ditolak perbelanjaan asas kereta, rumah, pengasuh, bil-bil, insuran, pendidikan anak, potongan pinjaman belum mengambil kira kos minyak dan belanja harian. Ia jadi tragedi buat saya.  Alhamdulillah kerajaan beri insentif pelbagai, kenaikan dan pelarasan gaji sangat membantu tetapi tidak meletakkan kami dalam zon yang selesa. Harga naik membuta tuli dan ia seperti tiada kawalan langsung.


kalaulah....

Jadi dalam kes turun harga kereta ini, setakat ini saya hanya anggap gimik kerajaan sahaja. Ia bukan benar-benar penurunan. Ia belum benar-benar membantu. Inilah masanya untuk buktikan dan masanya bagi pengeluar membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka benar-benar ingin membantu. 

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...