Jom Kita Jadi Geng

Thursday, April 17, 2008

STEP UP 19-20 APRIL

Sabtu dan Ahad ini, ASWARA akan mementaskan persembahan tari kontemporari yang menghimpunkan karya tari oleh generasi muda tari kelahiran ASWARA. Bagusnya produksi ini, ia mendedahkan kepada pelajar dan graduan bagaimana berkarya untuk sebuah produksi sependek kurang 10 minit. Ini sebenarnya menguji keupayaan pelajar untuk memadatkan isu dan kreativiti mereka dalam sebuah karya. Saya melihat ini peluang yang dibuka kepada mereka untuk berkembang.
Saya pun akan turut terlibat di dalam salah satu piece karya Sharip Zainal. Penglibatan saya bukanlah besar sekadar mengisi satu karekter yang menunjukkan perbezaan generasi. Ya, saya bukanlah penari tetapi saya cuba bergerak sedaya dan seboleh mereka.
Yang menariknya lagi, piece ini akan turut menggandingkan saya dengan Kak Zah dan Joseph. Tunggu dan lihat sahaja.


"STEP UP"DANCE OPEN -DAY SCHEDULE 19 & 20 APRIL 2008
PRESENTATION /DISCUSSION- 10.00 – 12.00 PM at LECTURE THEATRE (DKU)
WORKSHOP - 2.00 – 03.30 PM atMAIN DANCE STUDIO & DANCE STUDIOS 1-3
WORKSHOP - 03.45 – 05.15 PM at MAIN DANCE STUDIO & DANCE STUDIOS 1-3
PERFORMANCE 1 - 05.30 – 07.00 PM at BLACK BOX
OUTDOOR PERFORMANCE - 08.00 – 08.30 PM at AnjungBeringin
PERFORMANCE 2 - 08.30 – 10.00 PM at EXPERIMENTAL THEATER

4 workshops are available each day: Hip Hop, Traditional Dance (Bharata Natyam & Zapin) & Contemporary. Participants can only register for 2 workshops per day on a firts-come-first-serve basis. All activities (including meals) are free of charge to those who register.
DATANGLAH!

2 comments:

Anonymous said...

A'kum, se'kem kenapa ya tidak ada paparan event Makyong Raja Adil. Check kat webpage ASWARA pun takda padahal eventnya next week. Online presence Raja Adil macam langsung takda je...

Che Kem said...

Mohon maaf bagi pihak ASWARA, saya pun sebenarnya kurang arif permasalahan di peringkat penyampaian maklumat ini, namun saya berpendapat bahawa ASWARA kini mengalami susut kakitangan untuk mengendalikan hal begini memandangkan ASWARA berada di dalam period transisi di mana kebanyakan staff memohon untuk keluar daripada ASWARA termasuklah orang yang mengendalikan laman web.
Walau bagaimanapun terima aksih atas perhatian yang diberikan dan Makyung Raja ADil akan berlangsung mulai 24-26 April di ET

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...