Jom Kita Jadi Geng
Thursday, March 3, 2011
ARANGETRAM: YUNUS DAN BAIZURA
Labels:
aswara,
performing arts
Monday, February 28, 2011
SINGAPURA: SAYANG TUMASEK Part 1
Mula sekali saya mahu ucap terima kasih pada orang yang hantar saya ke Pulau Tumasek yang kemudiannya diberi nama oleh Sang Nila Utama sebagai Singapura. Ini bukanlah kali pertama saya berkunjung ke negara di hujung semenanjung, jika dikira sudah kali keempat rasanya. Tapi sejak kunjungan saya pada tahun lepas sekitar Jun, Singapura bagai memberi kesan kepada saya. banyak rasanya, Ingat lagi saya ke sana kerana menjayakan Expo CommunicAsia hampir 5 hari dan sepanjang itulah kami turun naik dari Little India menghala ke Expo Singapore dan MRT telah menjadi penghubung kami ke berapa destinasi. Sempatlah saya ke Marina Bay, Bugis Street, Geylang malah pernah sesat sampai ke Bukit Panjang. Dek kerana sesat itu saya dan ahli kumpulan jadi cekap membaca jalan MRT. Namun kunjungan lalu tidak dapat memuaskan hati saya, beberapa perkara dan tempat ingin saya jejak dan nikmati. Saya ni penonton setia AFC (Asian Food Channel), jadi dalam satu rancangan tu duk cerita beberapa makanan dan lokasi yang menghidangkan makanan yang membuat saya teringin nak rasa. Kunjungan lalu saya hanya sempat makan nasi padang di Geylang Serai dan murtabak Singapore dari Arab Street...mmm memang sedap. Tapi ada beberapa lokasi yang saya teringin lawat dan jejak, jadi apabila peluang bertandang ke kota Singa, ingin sangatlah saya penuhi hajat yang tak kesampaian itu.
Sebelum bercerita lanjut di mana dan ke mana saya singgah, saya perlu melahirkan rasa kagum dan nak ucap syabas kepada kerajaan Singapura yang menampakkan kecekapan mereka di dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya. Kecekapan pengangkutan awam, ketegasan pada larangan merokok, pelestarian bangunan-bangunan lama, tiada gerai, sampah atau apa sahaja yang menyakitkan mata. Ini harus dipelajari oleh DBKL dan kerajaam Malaysia. Bukan tidak patriotik tapi perkara yang baik harus dicontohi. Kita kata nak memelihara warisan tapi barapa sangatkah bangunan lama yang dipelihara dan jika dipelihara/dikekalkan bagaimanakah pula keadaannya...nama saja ada badan yang menjaga warisan tapi....tak usah dipanjang-panjang nanti jadi mak nenek pulak. Apapun itulah Singapura kota maju yang masih kekal binaan sejarahnya.
Kali ini saya bersama dua orang rakan hebat saya (bertuah kerana dapat berjalan dengan mereka) iaitu Pengarah Teater Muzikal Mahathir, Rosminah Tahir dan Pengarah Tari/Juri Tetap Mari Menari, Dr. Joseph Gonzales ke Marketplace of Creative Arts: Singapore di Asian Civillisation Museum dari 18-20 Feb 2011. Walaupun tempohnya singkat namun kami manfaatnya dengan sebaik mungkin. Menjadi ahli paling muda maka karenah saya dilayan dengan baik oleh kakak dan abang...huhuhu banyak pose dan aksi serta kehendak yang mereka kena layannn... foto-foto menarik ini dirakam oleh Rosminah Tahir yang sememangnya menggemari fotografi. Jadi apabila dapat model yang gila macam saya lagi banyaklah aksi yangdirakam sampai sakit lututnya. Nanti saya cerita di bahagian kedua...
Thursday, January 27, 2011
GEMILANG DI TV3
Saya turut terlibat di dalam drama Gemilang yang baru sahaja ditayangkan episod pertamanya pada 24 Jan 2011 yang lalu. Peranan saya tidaklah besar mungkin boleh disebut sebagai undangan sahaja. Keterujaan saya bekerja di dalam produksi ini kerana ingin menerima sentuhan karya Kabir Bhatia dan Mira Mustafa atas kekaguman saya pada kehebatan mereka mencipta 'Cinta'. Kumpulan produksi yang bagus dan gabungan pelakon yang baik menjadikan produksi ini menghidangkan sebuah lagi drama yang bukan sahaja menarik namun mengungkap kisah perjuangan orang kecil terhadap bangsanya. Jadi jangan lupa ikuti Gemilang setiap Isnin 9.00 malam di TV3.
Saya petik artikel dari harian Metro keluaran 27 Jan 2011.
Kabir tampil mencipta Gemilang
PERSEKITARAN Rumah Gapena yang tersergam di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur agak lengang walaupun sedang berlangsungnya satu penggambaran. Di rumah itu kelihatan pengarah Kabir Bhatia begitu tekun menjalankan tugas.Kalau sebut nama Kabir, tentunya ia menjanjikan sesuatu yang menarik kepada penonton kerana sebelum ini hasil karya dia sering dipandang bermutu. Antaranya filem Cinta, Sepi serta drama bersiri Nur Kasih dan Kekasih Ku Seru.
Kini Kabir tampil mencurahkan pengalamannya untuk mengemudi pula Gemilang - drama bersiri 13 episod dengan tagline 'Impian Kini Menjadi Satu Harapan'. Ia berkisar pada kisah yang terjadi pada era 1970-an di Kelantan.Ketika wakil Rap tiba di lokasi itu, cuaca agak panas kerana waktu itu jam menunjukkan tepat 12 tengah hari.Menjenguk ke dalam rumah itu bersama jurufoto Malai Rosmah Tuah, kebanyakan pelakon sedang mengambil rehat.Pelakon veteran seperti Zulkifli Zain, Aimi Jaar, Normala Omar, Kismah Johar dan Aznah Hamid juga sedang berehat dalam bilik yang disediakan bagi kerja solekan dan menyalin pakaian.
Mereka sedang bersiap sedia untuk penggambaran babak seterusnya. Adegan itu dibuat dalam bilik membabitkan watak yang dipegang Shahz Jazle serta Kamal Adli, dua pelakon muda yang berbakat dan semakin popular.Kabir berkata, Gemilang adalah kisah benar yang berlaku di Negeri Cik Siti Wan Kembang mengenai perjuangan seorang anak muda yang bercita-cita besar. Dia ingin mengubah nasibnya sendiri, keluarga dan anak bangsa di kampung."Gemilang adalah cerita seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua saya sendiri (ayah Mira Mustapha). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.
"Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia."Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
"Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
"Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang," katanya.Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.
Kini anda mampu menyaksikan Gemilang menerusi slot Aksi, setiap Isnin, jam 9 malam hanya di TV3.
Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).
Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.
"Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah," katanya.
BORAK LOKASI:
JUDUL KARYA: Gemilang
PRODUSER: Filmscape Sdn Bhd
PENGARAH: Kabir Bhatia
PENULIS SKRIP: Mira Mustaffa
JURUKAMERA: Mohd Nor Kassim
PENOLONG PENGARAH: Adlin Hanim
PENGURUS PRODUKSI: Noor Aszila Abas (Jila Abas)
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI/JURUGEGAS: Norlela Yahmad
KESINAMBUNGAN: Norshamira Ahmad Haris
JURUBUNYI: Aliff Omar
JURULAMPU: Sazali Esa
JURUSOLEK: Jalani Mat
BUSANA: Fauziah Adnan
PENOLONG JURULAMPU: Lan Zarek
PEMBANTU JURUSOLEK: Ahmad Mohd Sharif
PEMBANTU BUSANA: Muhammad Fadhirull Fiqri
PROP: Khairul Amer
PEMBANTU PRODUKSI: Norazizan
PELAKON: - Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli - Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah - Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).
TARIKH SIARAN: mulai 24 Januari 2011, setiap Isnin, jam 9 malam (13 episod)
STESEN TV: TV3
BORAK LOKASI:
JUDUL KARYA: Gemilang
PRODUSER: Filmscape Sdn Bhd
PENGARAH: Kabir Bhatia
PENULIS SKRIP: Mira Mustaffa
JURUKAMERA: Mohd Nor Kassim
PENOLONG PENGARAH: Adlin Hanim
PENGURUS PRODUKSI: Noor Aszila Abas (Jila Abas)
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI/JURUGEGAS: Norlela Yahmad
KESINAMBUNGAN: Norshamira Ahmad Haris
JURUBUNYI: Aliff Omar
JURULAMPU: Sazali Esa
JURUSOLEK: Jalani Mat
BUSANA: Fauziah Adnan
PENOLONG JURULAMPU: Lan Zarek
PEMBANTU JURUSOLEK: Ahmad Mohd Sharif
PEMBANTU BUSANA: Muhammad Fadhirull Fiqri
PROP: Khairul Amer
PEMBANTU PRODUKSI: Norazizan
PELAKON: - Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli - Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah - Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).
TARIKH SIARAN: mulai 24 Januari 2011, setiap Isnin, jam 9 malam (13 episod)
STESEN TV: TV3
Subscribe to:
Posts (Atom)

