17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal 1436 jatuh pada hari Jumaat. Seperti biasa saya dan keluarga akan beraya di kampung isteri, Kepala Batas, Pulau Pinang. Susah nak kata beraya di kampung kerana rumah mertua adalah perumahan teres dan berada dalam pekan. Jadi saya masih merasa tiada beza antara raya di bandar. Yang istimewa kerana beraya bersama orang tua dan sanak saudara sebelah isteri. Raya tahun ini, kami pulanga wal untuk berpuasa bersama, sempatlah tiga kali berbuka puasa. Alhamdulillah. Raya kedua sudah bertolak ke Pasir Mas. tahun ini sekolah cuti pendek jadi pendeklah rayanya... tak best!
Mak mertua saya tetap dengan caranya, memasak rendang dan ketupat palas. Istimewa lagi ada nasi tomato special siap dengan ayam dan gajus di dalamnya. Memang saban tahun itulah menu kami bila beraya. Ramai yang kata beraya hari jumaat terasa pendek, mungkin! sebab kita harus 'break' untuk ke masjid pada tengahari. Tapi macamana pun raya tetap raya. Pakai baju baru, makan menu special, bertemu saudara dan jiran sambil borak-borak perkara yang mungkin sudah berulang kali dibualkan.
ini kad raya peribadi , yang atas tu dari keluarga. |
Di kesempatan ini, saya dan keluarga Hasnida, Aish dan Rhea ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan tersalah kelakuan. Selamat Hari Raya.
No comments:
Post a Comment