Kamu seperti bendalu, seperti fakir meminta rezeki,
mula menumpang kemudian melilit lalu memanjat.
Kamu tidak punya kekuatan, tiada perjuangan dan jiwa kamu itu palsu.
Kamu mengambil zat dari pohon beringin yang kian memasak tunjang untuk berdiri.
Kamu mulanya menyeri dan meraikan keindahan pohon itu,
rupanya demi kehidupan peribadimu.
Dan hari ini kamu merasakan kekuatan
kerana kamu sama-sama melilit dan mencengkam.
Ya, kamu kuat tapi kamu adalah bendalu.
Caramu hidup memalukan.
1 comment:
sy belajar perkataan yg baru hari ni,tq for sharing cik kem
Post a Comment