Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, July 8, 2008

BELENGGU

Sampai ketikanya kita berada dalam ruang waktu di mana kita tidak mengerti apakah yang sedang melingkungi perasaan dan jiwa kita. Kita pernah terfikir atau mungkin merancang sekiranya kita terkandas dalam situasi begitu, namun ia tidak seperti yang dirancang kerana detik yang muncul membuat kita panik atau sekadar redha memerhati apa yang membebani jiwa dan perasaan itu. Payah sungguh dikupas belenggu yang ada. Kita mendengar dan Kita melihat tapi kita tiada suara. Kita cuba bertindak mengikut suara hati tapi dinding yang tebal tidak mampu diceroboh. Adakala mungkin kita dilihat manusia paling dayus pernah hidup namun ia jadi terlalu dramatik. Jadi apa sebenarnya yang kita mahu jadi sekiranya begini landaannya.
diam. Bisu. memerhati. Orang macam aku bukan begitu! Lemas betul dengan belenggu ini!

2 comments:

Anonymous said...

Sabarlah...anggaplah belenggu tu sebagai satu signal untuk merancang tapak ke depan...sabarlah...
lagipun sedalam mana belenggu yang kita alami kini...tidak secengkam belenggu wan dan mek yang saban hari mencari jalan untuk pastikan dapur rumah sentiasa berasap...banyakkan bersyukur...kalau perlu menangis...menangislah sepuas-puasnya...jangan disimpan di dada, kerana jiwa itu bisa menjadi mata kudis yang berbisa...

memandang dari jauh...

Che Kem said...

terima kasih

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...