Jom Kita Jadi Geng

Saturday, August 17, 2013

SYAWAL BERDARAH DI MESIR

Saat kita tidak jemu menjamah hidangan, upload foto hari raya,
menghadiri rumah terbuka, bergembira dan sangat sejahtera.
Bayangkan Syawal di hati mereka...

Menonton di TV atau membaca di suratkhabar, tidak sama rasa penderitaan rakyat Mesir yang kini berhadapan dengan kekejaman. Sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan, kerajaan dan para tentera melawan rakyat. Di mana erti persaudaraan? Kita sudah menyaksikan sebegini banyak peristiwa rakyat mati di tangan pemerintah sendiri. Seolah tiada nilai pada nyawa rakyat yang terkorban. Mesir adalah bumi beribu menara, menara yang melaungkan seruan kejayaan, seruan ketuhanan namun hari ini hanya darah yang melitupi peta bumi anbia ini.

Entah kenapa, hati sangat sedih mengenangkan Mesir. Wajah-wajah mereka yang saya temui di kaki lima, di kedai-kedai dan di masjid-masjid terbayang-bayang. Adakah mereka sebahagian yang terlibat? Kunjungan tahun lepas sentiasa menggamit kerinduan malah menukar pandangan saya. Hanya doa dan harapan semoga Allah memelihara rakyat yang tidak berdosa. Jika benar perjuangan mereka itu, pasti ada petunjuknya.

Al-Fatihah.

2 comments:

Aidiell Fadziell said...

Salam Syawal. Alhamdulilah Malaysia masih aman.

Cekem Mirza said...

Selamat hari raya dr.fadzil

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...