Jom Kita Jadi Geng

Tuesday, October 6, 2009

AL-FATIHAH: GEMPA BUMI DI PADANG

Al-fatihah buat mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat. Dalam sekelip mata ranap dan lenyap sebuah desa dan bandar. Saya melihat kejadian ini seumpama tsunami. Tidak tergambar dan terbayang ketakutan, kesakitan yang diharungi mangsa-mangsa. Saya pernah melawat kota Padang dan melintasi daerah Pariaman yang membawa saya ke Tasik maninjau dan kelok 40. Keindahan desa Pariaman di pinggir pantai masih terbayang-bayang di mata saya.

Apa khabar pak Afrizal, Pak Dhamir dan Pak Wisran. Apa khabar keluarga mereka semua. Semoga Allah melimpahi keselamatan ke atas mereka.
Kita di Malaysia walau menerima sedikit kesan daripada kejadian ini, amatlah bertuah kerana terhindar dari lingkaran bencana, dan semoga Allah memelihara tanahair kita dari malapetaka
ini.




5 comments:

alieya akasha azman said...

mudah2an keluarga kita d sana tiada apa2 yg berlaku.amin

chekem mirza said...

insya allah selamat

indera kencana said...

Assalamualaikum,
Apa khabaq Tunku? Sehat ka? Dok pikiaq apa tu? Hahahahaha..
Salam perkenalan buat Ce'kem.
Sungguhpun kedudukan Malaysia yang unik, di luarnya lingkaran api Pasifik, di tengah-tengahnya kosong ibarat pusaran puting beliung, itu tidak bermakna kita berada di zon yang selamat. Dugaan Allah itu boleh datang berbagai-bagai. Boleh datang dalam bentuk kesusahan. Boleh jadi juga datang dalam bentuk kesenangan. Bersamalah kita berdoa mudah-mudah kita akan dapat mengharungi ujian Allah ini tanpa mencalarkan keimanan kita. Amin. Dah.

Sebenarnya saya peminat Ce'kem. Itu mungkin kita boleh bicarakan kemudian. Hahahahaha.

Sebenarnya dari kekaguman bakat itu membawa saya mengenali Ce'kem secara senyap. Apabila mendapat tahu bahawa Ce'kem adalah orang kuat ASWARA, saya seperti terlompat. Ini kerana beberapa tahun yang lepas, saya sudah menghubungi Aswara beberapa kali untuk mendapatkan detail serta maklumat berkenaan dengan kursus jangka pendek bagi Permainan Gamelan. Namun beberapa kali dihubungi, saya merasa agak hampa. Kebetulan sesudah saya mengenali Ce'kem, barangkali saya punya satu lagi saluran yang saya dapat bertanya berkenaan dengan kursus gamelan ini.

Jika ce'kem berkelapangan, dan sudi pula menghubungi saya yang tidak sepertinya ini, mungkin boleh alamatkan risalahmu ke ghimo51@yahoo.com atau nombor saya 019 - 45 000 40.

Kiranya saya sangat berminat untuk mempelajari seni gamelan ini dengan lebih lanjut.

Sekian, salam ukhwah dari saya.

Che Kem said...

saudara Indera kencana,
terima kasih sudi lawat blog saya. untuk makluman saudara, buat masa ini ASWARA tidak menawarkan sebarang kursus jangkapendek seperti gamelan.

Anonymous said...

I constantly emailed this web site post page to all my contacts, because if like to read it after that my links will too.


Here is my web-site how to get a short term personal loan

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...