Jom Kita Jadi Geng

Thursday, October 15, 2009

CATATAN RAYA: WAN, MEK DAN SARIFAH

Tahun ini saya berkesempatan menziarahi pusara kedua ibubapa dan kakak saya serta datuk nenek dan sanak saudara yang bersemadi di Tanah perkuburan Pasir Mas, Jalan Lemal. Tahun-tahun yang lepas, saya cuma menziarahi mereka pada bulan Ramadhan memandangkan saya menyambut Aidilfitri di Kepala Batas. Menjadi beban yang besar buat saya bila pada tiap raya, saya tidak berpeluang menziarahi mereka. Entahlah susah nak gambarkan rasa itu.

Ini kubur arwah kakak saya, Sarifah bt Taib yang meninggal pada 30 Og0s 1997 di usia 32 tahun. Saya masih ingat pada malam pemergiannya...jam sekitar 8.20 malam di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Hampir 4 jam kami mencari dan menunggu kenderaan yang boleh membawa pulang jenazah ke Pasir Mas. Saya masih ingat detik 12.00 malam bandar Johor Bahru terang benderang dengan gemercikan bunga api... dan kami di perkarangan Johor bahru, sudah kering airmata mencari kenderaan untuk membawa jenazah pulang. saya masih ingat, saya terpaksa masuk ke rumah mayat hospital untuk mencari salah satu mayat kakak saya di antara mayat-mayat yang berbungkus dan bergelimpangan. Tidak akan saya lupa itu. Tidak kami tahu sebab sebanar kematian arwah, namun yang saya ingat, Sarifah sangat sihat sebelum menjalani pembedahan. Dan kata doktor, ia hanya pembedahan minor. Kami redho pemergiannya namun kami tidak memaafkan mereka yang membuat kesilapan dalam prosedur pembedahan itu.
Saat-saat kehilangan Sarifah menjadi detik-detik sukar dalam hidup saya. Tidak boleh menyebut atau bersuara pada nya. Tujuh langkah meninggalkan persemadiannya saya berlari dalam tangisan anak kecil.

Makam yang biru bersemadi kedua wan dan mek. Mereka pergi pada tahun sama, 2001. Wan pergi pada februari kerana menderita sakit tua dan barah tulang di usia 80 tahun. Keuzuran Wan memang jelas. dia banyak berbaring dan tidak mampu duduk atau berborak. Namun Wan seorang yang kuat, tergambar dengan jelas, cara Wan mengayuh basikal saban hari di hujung usianya. Dia pernah kata 'kalu tok gatih basika, lengoh tubuh'. Memangpun, kami adik beradik membesar dengan basikal. Wan tak pandai menunggang motorsikal malah memandu kereta. bukan tak pandai malah tidak mampu untuk memilikinya.
Arwah Mek pergi setelah 7 bulan mereka berpisah nyawa. Bulan September, Mek mengharungi detik-detik sukar melawan sakit barah paru-parunya. Saya masih ingat, sewaktu Wan bertarung nyawa, Mek menjadi orang yang kuat. Tidak setitik pun airmatanya gugur depan saya dan kami adik beradik. Kesepian dan kerinduannya tidak diluahkan. Namun jauh disudut hati, saya tahu, Mek dan Wan tidak boleh dipisahkan. Pernah Mek dibawa ke Kuala Lumpur sendirian dan secepat mungkin dia mahu pulang. Perselisihan antara mereka sering sahaja berlaku, namun itulah warna-warna hidup mereka dan kami anak-anaknya. Derita barah Mek mula dikenal apabila Mek menunjukkan kesan awal batuk-batuk tanpa henti dan badan lenguh-lenguh sewaktu berbaring. Kak Ju yang membawa Mek ke klinik Respirotori Kuala Lumpur mula mengesan sakit mek. Bulan Mac-April, penyakit Mek mula dikenal pasti. Dan saya masih ingat sewaktu doktor memberitahu akan sakit mek, saya menangis teresak-esak di bahu Ghazali. Sekali-sekala Mek bergilir tidur antara rumah saya dan rumah Ghazali. Dan memang saya tak mampu melihat cara Mek tidur. Mek tak mampu berbaring... mek tidur sambil duduk dan kepala ditampu oleh susunan bantal. Tak mampu saya teruskan
Kekesalan sering terbit difikiran , rasa berdosa kerana tidak betul-betul menghargai kehadiran mereka. Namun Allah lebih mengasihi... lebih mengetahui tiap jalan ketentuan hidup ini. Al-Fatihah. Semangat yang mereka tinggalkan akan kami teruskan.

5 comments:

Hisham said...

cukup la k....saya kalu teringat kisah wan dan mek serta zaman susah yang tak pernah luput dari ingatan..
hati ni rasa macam tak boleh nak tahan dari rasa sebak..cukup lah semua itu...yang lebih rasa sedihnya bila kita senang disaat wan nga mek dah x ada....seolah2 susah mereka hanya tempat untuk mencipta kesenangan bg kita

chekem mirza said...

soh,
macamana kita nak kikis kenangan dulu, bila kita lihat kehidupan beberapa adik beradik kita masih dalam belenggu yang sama.Memang Wan dan Mek tak limpah kita dengan wang ringgit dan harta benda tapi kita ditinggalkan dengan rasa akrab adik beradik. harap sangat-sangat moga Allah kekalkan hubungan kita ke hujungnya.

Anonymous said...

Syukur dan bangga dilahirkan beribukan Noriah berbapakan Taib dan membesar bersama adik beradik yang sentiasa akrab tak kira waktu susah dan senang...ini "harta" dan "ilmu" yang paling berharga ditinggalkan mek dan wan untuk kita...

"bersamo sokmo&bilo-bilo"..tengok..saya masih boleh kechek kelate!!

Sayalah...anak kg yang masih ingat cara panjat pokok rambutan...bukan mcm yang tu..(jeling artis harapan)

chekem mirza said...

ehhh saya juara panjat pokok ceri. lebih tinggi dan lembut dahannya (Sambil sapu tahi ayam atas bibir liza pokcik harun).

Anonymous said...

tapi sian juga ko DR soghe tu...buke main duk betul lidah biar bulih kecek kelate...maklumla lama tinggalkan kampung halaman...

kita keno banggo jd oghe kelate..

soh

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...