13 Mei genap usia Aish ke 15 tahun. Cepat sungguh masa berjalan. Masih terbauang saat malam kelahirannya dan saat saya memandikan dia. 15 tahun itu jugalah Aish berubah dan bertukar impian dan cita-cita. Hari ini dia mahu jadi pemain badminton yang hebat. Lihat pada kegigihannya, dia mampu. Aish jenis orang yang sangat mendalami apabila minat sesuatu. Dulu bila dia mahu jadi pemain bolasepak, maka segala info dan terminologi dalam bola sepak dibaca dan dipelajari. Setelah cedera minatnya berpindah kepada badminton. Maka banyaklah info tentang badminton saya belajar dari Aish.
Itulah anak bujang saya ni, harapannya moga dia berjaya dan jadi ada yang baik.
Nyda sudah umur *** (rahsia katanya). Bukankah isteri saya kelihatan seperti anak remaja juga? Hahaha. Terima kasih Mami atas kasih sayang dan kesetiaan yang tidak pernah surut.
No comments:
Post a Comment