Adakala kita jadi tepu tak tahu apa nak diceritakan walau dalam satu baris tentang apa yang kita lalui dalam sehari. Sebenarnya banya yang direntas dalam hidup sehari ...kitapun kadangkala berlimpah gossip dan teladan yang dikutip tetapi tak satupun terpancul dari kotak fikir atau hujung jari untuk ditulis. kadangkala otak jadi tepu.
Adakah ia betul tepu atau kita sebenarnya berhati-hati dengan kisah-kisah hidup sendiri...berahsia atau takut orang terasa hati ataupun sebab kita nak tunjuk diri kita sangat sempurna dipemikiran orang lain. Kalau macam tu memang patut kita jadi tepu.
Semalam saya terfikir sesuatu tapi ia hanya melintas tidak bermain-main untuk saya mentafsirnya. Jadi saya biarkan ia melintas walau memang fikiran saya pada masa itu semacam beremosi dengan diri sendiri. Saya jadi tepu.
Ataukah terlalu banyak yang saya cari atau terlalu banyak yang saya tinggalkan tentang diri saya untuk menjadi orang lain. Sebenarnya saya ini tengah menjadi siapa? Apakah satu hari di usia 50 tahun sebenarnya itu bukan saya...itu adalah satu himpunan pengalaman dan perubahan diri saya kerana terlalu ingin menjadi orang lain. Saya memang tengah tepu ni!
2 comments:
Tu diaa pose ike keghing glama beloh, kelass weii artis.Tapi sebeloh tu sapo? tu...pose ike kikik tu?
Sluar slack kaki kechik.
yang pose sbeloh tu ikan muka sebeloh...
Post a Comment