Semalam 27 Jan 2013, kami raikan majlis hari lahir Rhea Mirza yang ke 8 tahun. Sebenarnya dia dilahirkan pada 17 Jan 2005 tapi memandangkan pada minggu tersebut saya pun ada penggambaran jadi tak sempat nak uruskan. Eloklah kami raikan pada cuti hujung minggu yang panjang apatah lagi buat jamuan sempena maulud nabi. Ramai yag datang terutama anak-anak jiran dan teman sekolah Rhea. Terima kasih.
Sudah lama saya berhenti muat naik entri, yang terakhir pada hari raya puasa. Bukan apa cuma banyak gangguan khususnya pada beban sebagai pelajar. Sejak Rhea bertambah usianya, citarasa anak gadis sudah nampak, nak bergaya dan cerewet, pakaiannya perlu disuai padan ini berbeza lah dengan anak bujang saya, Aish Mirza tu. Mereka ni dua personaliti yang berbeza. Love you both.
Selamat Hari Lahir Rhea, moga jadi anak yang baik kepada ibubapa dan orang sekeliling dan taat pada Allah.
No comments:
Post a Comment