Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, October 2, 2013

MATI MAKAN KENDURI


Al-Fatihah buat empat orang mangsa yang maut kerana makan kenduri. Kesian sungguh bila mendengarkan kejadian kenduri ini. Niat tetamu bertandang dan niat tuan rumah adalah baik tapi berakhir dengan tragedi. Dalam berita kata 60 orang masuk hospital yang mengalami cirit birit teruk dan dihidrasi. Kejadian yang dikatakan berpunca dari Ayam masak merah dari rumah pengantin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok Kedah. Kata tuan rumahnya Encik Yusuf Ahmad, beliau menghidangkan beberapa jenis lauk kenduri iaitu ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis. Semua itu di masak secara gotong royong. Siapa sangka menu yang menyelerakan itu boleh mengundang maut.

Bukan sekali dua kita mendengar kisah orang pergi kenduri balik cirit-birit malah ia sudah jadi biasa dan kemudiannya jadi bahan gelak ketawa. Tapi makan kenduri bawa kematian bukan selalu kita dengar. Ia sangat jarang. Bila kejadian seperti ini, kita mula cuak nak makan kenduri lauk gotong royong. Kerana memikirkan kebersihannya. Tapi lauk katering pun belum tentu bersihnya. Makan lauk gotong royong memang sedap, malah waktu kendurilah, jiran sekampung bekerjasama. Ia memang aktiviti terbaik dalam memupuk semangat kejiranan.  Tapi bila kejadian macam ini berlaku, tentulah ada yang cuak dan takut.

Bagi saya, dalam menjamu tetamu, di samping menu yang sedap perkara yang perlu diutamakan oleh tuan majlis adalah soal kebersihan. Kebersihan bukan sahaja soal memastikan cara memasak dan menyediakan makanan, hal itu  memang perlu bersih tetapi kesedaran tuan majlis di dalam memastikan bahan masakan mestilah segar. Segar dalam ertikata sesuai dan elok untuk dihidang. Memang kenduri makan belanja tinggi, tapi apalah erti kenduri kalau penamatnya bencana. Seumur hidup orang bercerita. Dalam Malaysia Hari Ini pagi tadi ada menyebut yang lauk ayam masak merah itu berbau. Maksudnya ayam tidak segar yang dihidangkan. Ayam yang sudah tamat tempoh agaknya. Menurut doktor yang dihubungi, daging ayam yang busuk itu boleh menghasilkan virus bahaya Salmonella yang mendatangkan ancaman kepada sistem ketahanan badan. Ia juga yang membawa kepada food poisoning.

Jadi kita bila pergi kenduri, kalau jamah makanan dan rasa ada tak kena, jangan makan dan jangan bising tetapi cepat-cepatlah beritahu tuan majlis. Bukanlah cuba jadi 'kepochi' tapi prihatin bersama dan jaga airmika tuan majlis juga. 

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...