dari www.mazidulakmal.com |
Dah jadi penyakit atau memang negara kita sudah sangat tidak selamat. Dua tiga hari ini, banyak sekali berita tentang kekejaman. Kes pembunuhan ke atas mereka yang tidak berdosa. Biasa kita lihat kalau dalam filem, penjahat akan bunuh penjahat. Itu memang patutlah sebab dua-dua jahat. Tapi ini kisah orang biasa yang tiada kesalahan dibunuh kejam dek nafsu dan syaitan yang bersarang dalam diri penjahat.
Pagi ini di laman sosial bergilir-gilir orang memuat naik foto Allahyarham Norzita Abu Talib yang dibunuh dengan kejam apabila kepalanya ditembak dari jarak dekat. Penjenayah itu katanya berasal dari Tawau, Sabah tapi apabila disiasat rupanya penjenayah itu menggunakan kad pengenalan palsu dan dipercayai berasal dari Sulawesi. Ini bermakna dua kesalahan oleh penjenayah itu.
Pagi ini juga berlaku kekecohan apabila di stesen LRT Gombak dan Taman Melati, seorang lelaki mengamuk dengan senjata seperti pisau Rambo, sehingga menikam mati dua orang awam dan dua lagi cedera. Bayangkan di sebuah stesen LRT yang menjadi tumpuan awam, kejadian ini berlaku. Sangat menakutkan kerana sesiapa sahaja boleh berada di sana. Malah kita pun tidak tahu siapa yang sama-sama menaiki pengangkutan awam itu. Jadi apa yang bermain dalam fikiran pengguna LRT hari ini? Penjenayah dipercayai pengamal ajaran sesat dan mengalami tekanan jiwa. Dia telahpun ditangkap.
Sebelum dua kejadian itu, kes pembunuhan remaja berusia 15 tahun, Ng Yuk Tim yang ditemui mati dan berlipat dalam sebuah beg pakaian yang dicampak ditepi jalan. Tim dipercayai mengenali pembunuh melalui laman sosial. Kejam sekali Tim diperlakukan.
Tiga kes ini benar-benar buat saya rasa takut dan tidak percaya kepada 'stranger'. Ia boleh muncul di mana-mana sahaja. Kalau dulu kita beranggapan penjenayah ada di kawasan gelap, lorong atau tempat kongsi gelap tapi hari ini, dalam bank yang dikelilingi keselamatan pun boleh berlaku jenayah kejam.
Al-Fatihah buat Allahyarham Norzita dan takziah buat Tim dan mereka yang cedera dan meninggal dunia. Hentikan menyebar foto kematian Allahyarham Norzita, ia ngeri dan mendukacitakan.
Baca blog Mazidul
2 comments:
Ya Chekem,
rasa pelik pula adakah saya berada di Malaysia atau di negara lain..kalau boleh pindah, saya nak pindah ke negara less criminal, awak pun tau Negara mana kan.
Takziah untuk Allahyarham Norzita dan mendiang Tim juga.
Lily Haslina kirim salam pada awak..dia mai rumah saya semalam.
LW, kalaulah ku bisa mahu saja berada di negara berbukit itu.
Walaikumsalam Lily.
Post a Comment