Bila Miley Cyrus kembali ke pentas dan cuba meninggalkan imej Hannah Montana,dunia kembali beralih kepadanya. Persembahannya dalam VMA bersama Robin Thicke jadi bualan. Saya tidak menonton di TV tapi apabila kecoh sangat di media, lalu saya perlu menonton videonya. Memang memualkan. Ia semacam seribu tahun kegersangan dipuaskan dalam tujuh minit persembahan itu. Dahsyat sungguh caranya. Imej-imej dia yang terjelir-jelir, kerap meletak telunjuk di bahagian sulit dan aksi menggesel punggung di hadapan Robin Thicke sangat kuat. Ia dibahaskan bukan kerana perkara itu dilarang, dulu Madonna, Britney dan Christina Aguilera pun pernah buat, Jennifer Lopez dan Pitbull dah buat, Rihanna pun pernah buat malah Janet Jackson pun pernah tunjuk buah dada. Tidak dosa buat mereka pun kerana mereka OK. Yang jadi masalahnya apabila persembahan itu di kaca TV, di hadapan penonton pelbagai umur dan di pentas anugerah berprestij.
Golongan yang menentang mengganggap aksi itu 'over the top' dan tidak sesuai termasuklah ibu Robin Thicke sendiri. Tapi ramai juga menyokong khususnya kelompok artis yang seangkatan Miley yang menganggap itu satu anjakan dalam karier Miley, ia sesuai dengan usia Miley dan tanda peralihan dari imej kanak-kanak kepada seorang wanita muda. Rihanna, Selena Gomez, Lady Gaga dan beberapa yang lain semuanya menyokong. Mereka pun sama sepemikiran pun. Ini memang cara di sana, mereka tidak menghentam, perkataan mereka baik-baik sahaja. Jadi ia memotivasi orang seperti Miley supaya jadi lebih berani dan merasa tidak bersalah. Jadi Miley pun jawab 'saya mahu cipta sejarah'. Kelaskan!
Namun saya suka pada pandangan dua artis barat khususnya Sinead O'Connor dan Annie Lennox (Eurythmics) yang beri harapan bahawa masih ada lagi 'pure' artis yang memperjuangkan seni bukannya memperdagangkan seni dalam cara yang murah. Sinead meluahkan:
“Whether we like it or not, us females in the
industry are role models and as such we have to be extremely careful what
messages we send to other women. The message you keep sending is that it’s
somehow cool to be prostituted.. it’s so not cool Miley.. it’s dangerous. Women
are to be valued for so much more than their sexuality. We aren’t merely
objects of desire. I would be encouraging you to send healthier messages to
your peers.. that they and you are worth more than what is currently going on
in your career. Kindly fire any motherf—er who hasn’t expressed alarm, because
they don’t care about you.”
Dan Annie Lennox kata:
“It’s depressing to see how these performers are so eager to
push this new level of low. Their assumption seems to be that misogyny—utilised
and displayed through oneself is totally fine, as long as you are the one
creating it. As if it’s all justified by how many millions of dollars and U
tube [sic] hits you get from behaving like pimp and prostitute at the same
time. It’s a glorified and monetized form of self harm.”
There's a big difference between a 7-year-old watching
influential people doing things that are pornographic—there's a difference
between what's pornographic and what's entertainment—I don't think there's one
person not saying that, with this barrage, how do you stop your kids from being
exposed to it? I'm sure I talk for milions of parents. I'm all for freedom of
expression; I'm all for boundary pushing..."
Kita mungkin anggap budaya Miley ini tidak akan berlaku di dalam industri kita. Itu budaya barat yang sudah terbuka dan bebas. Pemikiran dan cara hidup berbeza. Tapi perlu kita khuatiri hal ini kerana dunia hari ini mengizinkan pengaruh budaya sebegini berkembang. Pengaruh media sosial dan dunia tanpa sempadan akan mewujudkan dunia hanya ada satu budaya. Siapa yang lebih kuat maka ia akan menguasai. Kita jangan anggap bangsa kita cukup kuat asas budayanya. Budaya boleh berubah daripada segi bentuk dan penerimaannya. Cuba tengok iklan di Tv kita atau pakaian artis di pentas. Siapa yang memantau sebenarnya? Macam dah tidak ada panduan dah.
Di Indonesia, artis sepopular Agnes sudah tampil begini dan dianggap biasa. Di Malaysia sopan sikit kerana artis akan pakain stokin nipis walaupun boleh nampak kulitnya. |
1 comment:
Saya tak berapa kenal mili sirus ni..pernah lihat sekali dua video klip dia yg dok atas ball besar tu..wehh geli!! daripada kesian dengan kehidupannya yg tak de motif tu jadi meluat pula..
Post a Comment