Jom Kita Jadi Geng

Thursday, October 31, 2013

MALAY-INDO: SEKSANYA JADI ADIK

Kata maling itu pun cukup menghina

22-23 Oktober yang lalu saya bertugas di Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia ke 7 yang berlangsung di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Saya ditugaskan sebagai ketua Parallel D yang banyak membentangkan kertas kerja berkaitan sejarah, budaya dan politik. Dua hari saya duduk dari pagi ke petang, doktor demi doktor, profesor demi profesor yang membuat pembentangan. Bahkan juga ada calon-calon sarjana turut membentangkan beberapa kertas kerja yang banyak membuka kembali pandangan saya kepada hubungan Malaysia-Indonesia ini.

Memang kita ketahui hubungan kedua negara ini panas-dingin. Banyak isu-isu yang tidak selesai bukan sahaja berkenaan dengan politik lampau malah isu-isu kontemporari yang mencakupi hal pendatang haram dan pembantu rumah.Nasib baik kisah pengawal keselamatan yang tembak pegawai Ambank belum terjadi, jika tidak ia bisa jadi topik hangat. Sepanjang dua hari itu jugalah telinga mendengar kata pujukan romantis yang mengulang kata 'serumpun' dan 'adik-beradik'. Tapi dalam situasi tertentu Malaysia selalu kalah dek status adiknya. Apatah lagi istilah serumpun sering diguna orang seberang untuk membangkitkan rasa kebersamaan walhal kata itu sering saja diguna pada masa dan keperluan tertentu sahaja. Kenapa saya kata begitu? Lihat sahaja bagaimana Indonesia menangani situsasi di tempat mereka apabila rakyat mereka keluar di jalanan dan mengutuk, mengganyang dan mencerca Malaysia. Pada ketika itu kata adik beradik dan kata serumpun lenyap. Tapi bila ketika tenang, kita di-adik-kan.

Nyatanya kita macam unsur tanah, selalu menyerap dan menelan apa sahaja yang dimomokkan oleh orang seberang. Dan cukup ketikanya rakyat kita tetap memilih Bandung atau Padang atau Jakarta atau YogJa atau Bali untuk melancong. berapa kali hari rakyat Malaysia terluka dek kata dan perbuatan orang di sana. Dan setiap kali itu jugalah kita menelan pahit itu. Bila kes anak-anak kitta dicampak dan didera oleh pembantu rumah atau setiap kali majikan berhadapan dengan penipuan agensi dan 'maid' yang lari atau mencuri harta benda dan setiap kali itu jugalah kita tenang menyerap luka dan pahit dek perbuatan bangsa serumpun itu. Cuba ada kes 'maid' didera, mahu saja Malaysia dihentam dan diteriak jahanam. Atau bayangkan 'guard' Indonesia ditembak di muka oleh orang kita. Tapi sebab kes itu kita yang mangsa, lalu kita tidak menghentam tapi kita salahkan individu.

Apapun kita tidak boleh menafikan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia ini berketurunan Indonesia. Dan semuanya kita angkat sebagai bangsa Melayu. Ini pun kerana kita berada dalam rantau alam Melayu yang memang tidak bersempadan pun sebelum datang Barat yang memisah dan menyempadankan politik. Jadi budaya dagang itu sudah berlaku berabad-abad lamanya. Dek kerana itu budaya leluhur dari pulau-pulau di alam Melayu berhimpun dan berkembang di Malaysia. Lalu kita anggap itu budaya tradisi kita. Itu tidak salah kerana budaya memang berkembang mengikut masyarakat pemiliknya.  Kesan bertebarnya seluruh etnik di alam Melayu ini maka muncullah kuda kepang, endang, gamelan, keroncong dan lain-lain di Tanah Melayu. Dan kita mengangkatnya sebagai seni tradisi berasaskan tradisi etnik pemiliknya. Tapi hal ini pun dibahas dan dihentam oleh 'abang'. Ada satu kertas dibentangkan oleh Prof. Octav dari Padang, beliau membincangkan tentang ketinggian peribahasa Minangkabau dan persamaan yang dimiliki. Pemilikan leksikon ini ternyata dihayati oleh kedua-dua bangsa. Tapi malangnya hal ini tidak menjadi kekuatan untuk pereratkan hubungan. Cuba lihat bagaimana sukarnya lagu dan filem tempatan tembus di pasaran Indonesia berbanding karya mereka di sini. berapa kerat karya kita diangkat, segelintir sahaja seperti Siti dan P.Ramlee. Begitu tebal dan kuat semangat kebangsaan mereka sehingga menolak mudah karya luar. Tapi kita? Artis picisan Indo pun jadi hebat di sini malah yang tiada produk bagus pun jadi laris di dada akhbar kita, lihat sahaja Jupe dan Dewi Persik atau siapa itu Shae di Indonesia?

Dalam persidangan itu ada cerita mengenai kes pemilikan pulau di Borneo (pulau itu saya lupa namanya), Malaysia rebut dari Indonesia tempoh pemerintahan Megawati. Malaysia menang tapi kemenangan itu tidak kita raikan. Tidak kita hebohkan di dada akhbar. kerana apa? Kerana mahu menjaga hati 'abang' di seberang. Begitu juga masa konfrontasi, waktu Sukarno melancar bebrapa serangan dan menghantar askarnya menyelinap masuk di Labis dan beberapa daerah, rakyat Malaysia protes dan mahu membakar bendera Indonesia namun Tunku larang kerana katanya, kita bukan berperang dengan Indonesia tapi kita tentang cara Sukarno. Begitu sekali cara kita menjaga hubungan ini. Berbalik kepada masalah kita menangani PATI, beban tidak dipikul oleh Indonesia tapi kita yang harus berbelanja mengurus menghantar dan memastikan keselamatan pendatang. Malah dalam kes hubungan hak asasi, negara penghantar juga harus mengambil kira keperluan dan nasib pendatang haram itu apabila dihantar pulang. Jadinya, kita ini jadi apa?

Memang dalam kes ini faktor penolakan dan penarikan saling berhubung. Kelebihan ekonomi Malaysia menjadi faktor penarik yang besar apatah lagi faktor persamaan budaya dan bahasa jadi lebih memudahkan. Tapi saya fikir kebergantungan Malaysia kepada pendatang Indonesia ini banyak membawa kisah pahit. Walau kita tidak meminta mereka berterima kasih atau menghargai jasa tapi setidak-tidaknya, mereka menjaga hati kita. Selalu sangat menelan lama-lama jadi penyakit. 

4 comments:

Nur Suhada said...

Saya ada menelusuri sejarah kedatangan masyarakat Jawa Indonesia ke daerah kelahiran saya - Batu Pahat pada sekitar tahun 20-an. Nenek moyang saya berketurunan dari Indonesia.

Antara polemik yang masih tak berpenghujung mengenai hubungan Msia-Indo ialah mengenai pemilikan tradisi dan budaya. Memang realitinya banyak tradisi berasal dari Indonesia lalu apabila dibawa ke Msia, kita menyesuaikan dengan masyarakat Melayu dan sebenarnya kita sentiasa sedar bahawa asal muasal budaya itu berasal dari Jawa. Tiada isu yang muncul sepatutnya mengenai pemilik atau pencipta sebenar sesuatu tradisi itu. Lebih molek kalau kita berkongsi budaya itu, mempertahankan dan memperjuangkannya. :)

chekem mirza said...

betul kata awak suhada, pemilikan budaya bukanlah pada negara tapi pada bangsa itu. kalau faham yg itu...takda lah bising

Unknown said...

Senyam senyum membacanya,,

Hamba Sederhana said...

Soal budaya jawa di malaysia,sebaiknya di sahkan d lingkungan keturunan saja.bukan di tingkan negara. Seperti keturunan jawa di suriname,Kaledonia baru dll mereka tetap pertahankan budaya dan tradisi tanpa di sahkan oleh negara mereka atau di patenkan negara.

Salam dr org Indonesia

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...