Kecohlah petang tadi, dua pelakon muda buat Press Conference dan mengaku dah kahwin. Dalam mengaku itu berbelit juga penjelasannya. Bukan berbelit apa cuma jadi tanda tanya sebab ada dua perkara yang saya terkesan iaitu pertama, Wawa takut David Teo marah sebab bercinta dan kahwin maka berahsialah mereka dan kedua kata mereka, mereka kahwin dua kali. Sebab yang kali pertama sorok-sorok dan kedua betul-betul! Dua kali? Kenapa mesti dua kali? Kalau dah sah kali pertama kenapa kena kali kedua? Selang setahun pulak tu. Apa kes ni? Dua hujah yang dijual oleh mereka ini tidak mudah dibeli oleh yang mendengar. Lalu pembohongan mereka berdua ini jadi berjela-jela sehingga terpaksa mereka 'bertelanjang' pada petang ini.
Saya pun tidaklah arif dalam soal nikah kahwin ni. Apatah lagi nak menyampuk soal hangat artis-artis muda. Tapi mari kita dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus tentang hukum nikah dua kali.
ada dua perkara utama yang diulas oleh ustaz:
a) Kalau tujuan untuk elak mudarat ia jadi harus
b) Kalau saja tanpa tujuan yang kukuh dianggap mempermain ibadah maka ia jatuh haram
Jadi dalam kes dua pelakon muda ini, apa hukumnya? Hanya Allah yang tahu. Kita bersangka baik tapi manusia hari ini tetap kritis. Membuat bermacam andaian. Kalau mahu digunakan pepatah lama 'bangkai kalau ditutup lama-lama berbau juga' macam tidak kena. Ada seorang reporter guna peribahasa 'biar pecah diperut jangan pecah di mulut... tapi perut dah pecah dulu' kata reporter itu (minta izin ya puan reporter). betul juga tu.
Kenapa berulang-ulang cerita macam ini dalam dunia hiburan. Apakah ini sudah jadi trend? Sudahlah dianggap dunia penuh main-main, bila beberapa kali artis berbohong menafi gossip dan akhirnya ia benar, maka apa pandangan umum?
2 comments:
nikah pertama sah cuma tak daftar. nikah kedua baru daftar kat pejabat agama. ada ke syarat sah nikah kene daftar kat pejabat agama ? tolong betul kan kalau salah.
baru baca....ya.haha. puan reporter izinkan.
Post a Comment