telur je bang! |
Kunjungan saya ke Britisih Museum pada Julai lalu bukanlah satu kejutan kepada saya malah foto-foto yang saya ambil bukanlah gambar-gambar tak berbaju semuanya. Ada yang lain. Banyak dan bermacam-macam koleksi artifak ada di dalam muzium ini, malah satu hari tidak cukup sebenarnya untuk menjelajah ilmu pengetahuan di dalamnya.
Semasa berjalan sambil mengutip ilmu itu, fikiran saya menjalar jauh memikir betapa berbezanya cara kita dengan barat. Dan hari ini, tiada satu tempat pun di dunia ini tidak menerima pengaruh barat. Betapa barat telah menusuk dalam pemikiran dan peradaban kita dengan meluas sekali. Apatah lagi di bumi kita ini yang pernah dijajah dan diorientasikan pemikiran para bangsawan dengan ketinggian peradaban mereka. Sehingga menjadi satu kemustahilan untuk kita kembali semula kepada ketinggian budaya kita. Hampir semua istana Melayu mengamalkan cara barat. Lihat sahaja pakaian rasmi raja-raja.
Jadi bila trend globalisasi pada hari ini, pihak yang kuat dan berpengaruh sebenarnya akan menang. Barat yang mencipta teknologi dan menjualnya ke sleuruh dunia. Kita yang membeli dengan mudah mengatakan itu terbaik dan takut tertinggal jika tidak milikinya. Hebatkan kuasa itu. Dan hari ini juga, perang sebenar yang berlaku adalah perang moral, perang budaya, perang sahsiah dan kerohanian. Barat yang angkuh dengan imperialisme sejak lepas Perang Dunia I & II, masih terus mahu menguasai dunia kerana itu sahaja senjata yang boleh membawa kekuatan kuasa bukan sahaja ekonomi malah politik dan budaya.
Mereka perlu berkuasa walau dunia hari ini seperti berpusing ke Timur. Barat masih anggap mereka bangsa hebat dan sepatutnya terus berkuasa. Tapi mereka lupa bahawa kesan imperialisme telah mengheret mereka kepada beban yang besar, yang harus mereka tanggung dan lepaskan beberapa keistimewaan mereka. Mereka harus menerima imigran yang pernah mereka jajah. Mereka harus berkompromi. Hari ini di dunia sebelah sana, masyarakat yang keturunan asalnya dari Timur semakin gah dan menonjol dalam banyak sektor.
Bukan itu sahaja, dominasi masyarakat Timur di dunia barat turut mengembangkan agama dan budaya asal mereka. Inilah yang menimbulkan perang besar. Perang nilai yang menjadikan munculnya banyak tohmahan dan tuduhan yang bersifat sangat kejam pada masyaratkat Timur khususnya keturunan Islam. Islam semakin meluas dan diterima sikit demi sikit sehingga ada menimbulkan ketakutan pada masyarakat Barat.
Saiz tidak penting Bro! |
Dan itu pun yang berlaku di sebelah sini, di barat budaya berbogel dan memakai pakaian sekecil mungkin sudah dianggap biasa dan lambang kemodenan. Dahulu kaum wanita Barat yang memulakan gerakan feminisme, bakar dan buang coli kerana itu dianggap mengongkong mereka. Mereka mahu setaraf dengan lelaki. Lalu bertaburanlah di kota dan segenap daerah eropah lambakan buah dada yang tertonjol separuh atau sepenuhnya. Itulah kemajuan! Bila mereka melihat wanita Islam berhijab dan berpakaian menutup sepenuh badan, mereka anggap itu penindasan dan mundur. Kesian! Prinsip mereka adalah berbangga dengan apa yang dipunyai dan tonjolkan keistimewaan itu. Lalu menjuallah mereka segala aset yang mereka miliki. Malah yang merasa aset mereka tidak begitu subur maka berusahalah mereka menyuburkannya supaya dapat mereka menjualnya.
Ironinya, sewaktu di Barat sedang berkembang budaya Islam, di sebelah sini kita berperang dengan moral anak bangsa yang merasa 'kampung'jika tidak jadi barat. Tiada apa lagi yang boleh dijual Barat sebenarnya. Hari ini mereka menjual 'human right' supaya setiap orang sedar bahawa hak individu itu tertinggi. Lalu kita pun mahu angkat hal yang sama. Human right yang dijual mereka sudah jadi satu agama baru. Agama ini menjadi besar sehingga menolak ajaran agama-agama di dunia. Mengiktiraf perkahwinan sejenis adalah hak dalam agama Human Right. Dan itulah yang cuba dituntut di sebelah sini kerana di barat sudah banyak mengizinkannya.
Yang ini tak cukup subur |
Jadi janganlah kita hairan dan pelik bila berkembang bermacam budaya yang makin menyerlahkan hal-hal yang mengaibkan. Dulu bertelanjang adalah aib kini tidak. Dulu anak luar nikah aib kini jadi trend. Dulu porno taboo kini jadi karier berpengaruh. Dulu tatoo milik etnik/tribe kini jadi fesyen. Macam-macamlah yang dulu kita selindung kini sudah terbuka.
Bila saya lihat patung-patung bogel di muzium, tahulah saya ini juga salah satu jawapan kepada semua perkara yang aib itu.
4 comments:
well written! :) nak share tau~
silakan
pinjam nak share ....
silakan saudara
Post a Comment