Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, October 16, 2013

MEK MUNAH KEKASIH MAT KILAU

Ini wajah Mek Munah dari dekat, wanita yang pernah memendam perasaan terhadap Mat Kilau.
Cinta tidak kesampaian pabila Mat Kilau hilang selama 70 tahun. Kata-kata Mat Kilau saat bersua rapat dengan mek Munah membuktikan bahawa antara mereka ada hasrat tak kesampaian. ""Apa boleh buat Mek, tidak ada jodoh kita, mengaku adek-beradeklah kita dunia akhirat..."

Mat Kelantan atau dikenali juga sebagai Mat Saman lebih tua dari Mat Kilau. Usianya ketika itu sudah mencecah
150 tahun dan telah cacat penglihatan. Semasa mahu mengingatkan Mat Kilau bahawa beliau
adalah Mat Kelantan, beliau mengingatkan Mat Kilau akan perjanjian di Ulu Tembeling Terengganu.

Pak Sako sedang berbisik sesuatu kepada Mat Kelantan.  Ada soalan
yang lucu tapi cukup penting oleh Mat kelantan kepada Pak Sako "Kito ni dah merdeka ko?"
lalu di iyakan oleh Pak Sako. 
Perjuangan mereka berbeza dengan perjuangan hari ini. Ada berpandangan, beliau berjuang untuk individu iaitu golongan Istana dan tidak berjuang untuk bangsa Melayu. Namun hal ini berbeza, zaman menuntut perjuangan berbeza. Mat Kilau dan rakan-rakan yang lain berjuang mempertahankan kedaulatan Raja kerana Raja itu simbol bangsa dan kedaulatan Melayu. Istilah 'kerja raja' dijunjung tinggi oleh orang-orang Melayu dahulu, apabila diangkat sebagai panglima/pahlawan naungan istana, itu adalah darjah tinggi seorang rakyat. Hal mempertahankan Raja di zaman sebelum British adalah sangat berbeza dengan zaman Tunku atau Dato Onn atau Ibrahim Yaacob atau Samsiah Fakeh menentang British. Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Abdul Rahman Limbong dan beberapa lagi adalah kelompok pejuang yang berbeza dan besar sekali kepada bangsa Melayu.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...