Jom Kita Jadi Geng

Friday, May 31, 2013

KHIR TOYO KENA PENJARA

http://caturist.blogspot.com/
2009_03_01_archive.htm
Sukar mahu memikirkan nasib orang, sebab nasib kita hari hadapan belum tentu. Betullah kata pepatah, hidup ini umpama roda berputar, atas bawah silih berganti. Semalam Mahkamah Rayuan Persekutuan memutuskan bahawan hukuman 12 bulan penjara ke atas Datuk Sri Mohamad Khir Toyo kekal. Hukuman itu mengambil kira kesalahan menyeleweng kuasa dalam hal pembelian tanah lot yang kini jadi tapak rumah beliau. Bila kenang kembali kisah politik Khir Toyo, menarik juga, dari seorang doktor gigi menjadi Yang Berhormat, kemudian rezekinya tiba-tiba naik mendadak apabila krisis menteri besar Selangor berlaku. Semasa itu Dr.M mencari-cari calon yang boleh diperkenan Alhmarhum Sultan dan punya kredibiliti dan bersih daripada kes. Muncullah Khir Toyo, di usia yang muda (35 tahun jika tidak silap), beliau telah menggalas tugas yang berat mentadbir sebuah negeri termaju di Malaysia.

Masa itu, siapa yang tidak kejar beliau? Dia jadi perhatian dan antara tokoh politik muda yang punya harapan cerah. Semasa pentadbirannya, Selangor tidaklah kucar kacir, stabil dan dapat atasi beberapa isu besar. Malah saya anggap hubungan beliau dengan Sultan Selangor juga baik. Ini dapat saya perhatikan sewaktu saya duduk semeja bersama beliau, DYMM Sultan dan SUK Selangor ketika itu. Malam itu saya hanya duduk mendengar mereka bersembang (maklum lah saya ni sangat kerdil, kami cuma 8 orang sahaja), baginda Sultan seronok bercerita kisah lawatan beliau ke Riau hingga menempuh peristiwa menakutkan. Saya tengok memang DSKhir boleh 'get along' dengan baginda. Rupanya, itu pengalaman akhir saya bersama Menteri Besar Selangor ini, kerana selepas itu, Selangor jatuh ke tangan PKR dalam PRU 2008.

Betullah nasib manusia ini di tangan Allah. Dia juga yang mentadbir. Apabila DSKhir menjadi pembangkang dalam DUN Selangor, banyak pula isu-isu dibongkar oleh PKR. Muncullah kisah busuk DSKhir. Kesian pulak saya membaca dan mendengar berita. Kenangkan nasib beliau. Masa ini, saya kira DSKhir boleh rasa siapa kawan sebenarnya. Di mana pergi mereka yang selalu mengekor. Sungguh malang nasib pemimpin ini. Ada dua perkara yang tentu kita sangat ingat tentang beliau, satu, adalah kisah raut wajah yang berbeza, lebih mulus dan bujur. Kisah ini pun jadi lawak apabila DSKhir beralasan 'banyak makn tempe'. memang lawak. Kedua, beliau menganugerahkan penyapu kepada PBT yang tidak cemerlang dalam satu majlis. Anugerah penyapu itu jadi topik hangat kerana ianya sangat jarang dibuat dan memalukan si penerima.

Mahkamah menolak dan menjatuhkan hukuman itu atas enam ulasan iatu :
Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. (Rujuk http://www.sinarharian.com.my/mahkamah-rayuan-kekalkan-hukuman-penjara-12-bulan-khir-toyo-1.165732).
http://lapanhariseminggu.blogspot.com/2008_02_01_archive.html
Semoga Datuk Seri Khir tabah dan kuat semangat tempuhi dugaan ini. Ini hari jatuh beliau, semoga beliau bangkit untuk pulihkan semua ini. Iktibar kita semua, macam kata pepatah "tupai melompat akhirnya jatuh juga", "Bangau terbang tinggi akhirnya balik ke lumpur", "Waktu naik ke atas jangan lupa rumput dibumi", "ibarat sembunyi bangkai, baunya terhidu juga", "kalau jawa-jawa juga, tempe tetap jadi petua hehehe". 

GALAU: SITI NURHALIZA ATAU FIVE MINUTES?

Ada dua lagu Galau sedang hits di radio ketika ini. Bila didengar dan hayati melodinya, kedua-dua lagu beri kesan yang sedap pada pendengaran. Kadang-kadang saya keliru bila DJ sebut lagu Galau akan diputar, fikiran ingat pada lagu Siti tetapi yang diputar lagu lelaki. Rupanya band Five Minutes pun ada lagu Galau dan selalu diputarkan di Suria FM. Apa maksud Galau tu? Galau secara mudahnya membawa maksud fikiran yang celaru, kusut, sukar buat pertimbangan atau hal-hal yang negatif berlaku dalam fikiran.


Memang kedua-dua lagu punya melodi berbeza, dendangan Siti mendayu-dayu manakala Five Minutes lebih rock sifatnya. Jadi lagu siapa lagi bagus, daripada segi melodi dan liriknya? Siapa? Saya pasti kedua-dua GALAU ni punya peminatnya. Apatah lagi Siti yang sudah lama bertakhta dan punya peminat berjuta. Selepas Muara Hati, saya kira inilah hits terbaru dari Siti yang melekat sekali melodinya. Rangkap pertama lagu Galau, sangat gemersik dan suara Siti seolah merayu dan agak melankolik. Saya kira komposer menemukan melodi yang sangat bagus kena pada lirik yang sangat puitis. Orang seperti saya sangat suka lirik seperti ini, ia menguji penafsiran. Berat juga liriknya, perlu dibaca berulang-ulang untuk difahami. Nyatanya lirik ini saya anggap kisah peribadi Siti. Impian dan janjinya buat yang tercinta. Namun begitu kata Galau tidak mewakili keseluruhan cerita dalam lirik itu. Apa yang saya faham, lirik itu berkisah tentang kesediaan dan rasa cinta tulus seseorang kepada kekasihnya. Galau dalam lagu ini bertentangan dengan bait yang diulang-ulang. Jadi Galau yang disebut bukanlah pada perasaan tetapi peristiwa yang pernah berlaku.



Bagaimana pula GALAU nyanyian Five Minutes? Saya kira ini formula lagu-lagu dari Indonesia, membuat pengulangan yang berulang-ulang pada bait yang sama sehinggakan melodinya hadir dalam 'form' yang ringkas. Keseluruhan lagu ini menampilkan lirik bersahaja, tidak perlu dua kali membacanya. Sekali dengar sudah tahu maksud ceritanya. Vokal penyanyi Five Minutes biasa sahaja tetapi cukup ekspresif pada bait ini, sehinggakan saya pun boleh ikut serta menyanyikannya. Lagu ini ada dua form sahaja, sangat ringkas dan itulah kesukaan rata-rata pendengar hari ini, mereka tidak mahu kusut mengingat melodi. Dalam lagu Galau Indonesia ini, liriknya menjelaskan kata Galau itu pada perasaan yang melanda si penyanyi kerana ditinggalkan, dikecewakan sehingga membuat hidupnya jadi Galau. Dan kerana itulah, lagu ini mengulangi bait yang sama yang menyebut kata Galau itu. 



Dalam penulisan kreatif , pengulangan dibuat dengan sengaja kerana mahu menekankan maksud dan intipati. Penulis sengaja meletakkan kata atau bait secara berulang-ulang kerana itulah perkara yang mahu dimasukkan dalam fikiran pendengar atau pembaca. Saya 



harap Galau Siti Nurhaliza lebih mendapat tempat kerana lagunya ada ciri klasik dengan susunan yang saya kira sedap telinga mendengar. I Love Malaysia, why must love others.
Opps lagu Galau Siti pun rupanya ciptaan Indonesia. tajuk asal Pusara Hati oleh Hang Wangi Band. 
Apapun saya sokong Siti Nurhaliza.

Thursday, May 30, 2013

KILAUAN EMAS 2013: MIOR JADI JUARA

foto dari haniffidris.blogspot
Entah kenapa, Kilauan Emas musim ketiga jadi perhatian saya, sama ada formatnya sudah bagus atau pesertanya bermutu? Tapi saya rasa kali ini para pesertanya tampil dengan macam-macam stail. Memang mencuit hati. Selalu sangat kita dipaparkan kisah anak muda nak jadi bintang, bila ada program untuk orang dewasa ni, hidangannya lain sikit. Lebih sopan dan tidak merimaskan.


Kita dah tahu keputusannya semalam. Mior jadi Juara, Idris tempat kedua, Silah tempat ketiga dan Alina terpaksa berpuashati dengan saguhati. Dari beberapa minggu terakhir, sinar bintang Mior Yazid sudah terserlah. Dengan gaya rock kapaknya dan gaya percakapan serta personaliti yang sempoi, membuatkan kita yang melihat pun mudah seronok tengok gayanya. Apatah lagi bakat nyanyiannya sangat baik. Di usia melewati 40an, Mior masih gagah melontar nada tinggi. Bila dengar dia nyanyi lagu baru semalam, memang sedap terasa macam lagu itu sudah lama berputar. Syabas Mior. Yang paling saya suka apabila dia nyanyi, lagu orang jadi macam lagunya. Tengoklah masa dia nyanyi Dangdut Raggae, memang klass. Harap bintang Mior terus bersinar dan tiada cerita-cerita negatif keluar tentangnya.


Sayang Alina Hassan tidak mendapat apa-apa tempat tetapi kehebatan nyayiannya masih bertahan. Saya kira Alina membuat 'comeback' dengan baik sekali. Masuk pertandingan dengan maruah. Semua lagu dipersembahkan dengan baik. Saya masih ingat masa dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan TV3 1996, Alina mendendangkan lagu Teratai memang 'power'. 

Tahniah buat Silah dan Idris, mereka berdua memang 'maintain' dan hebat. Bila masuk pertandingan sebegini barulah teruji segala macam lenggok. Tapi yang paling comel ialah Kak Ros. Teringin sangat  nak tengok Kak Ros berlakon, saya rasa dia berbakat dalam komedi. selamba saja menjawab dengan Ramli M.S. Agaknya kalau Kak Ros jadi watak mak Yassin Senario mesti cun kan?

JOHOR LAWAN PAHANG: PENYOKONG PADAH


Tengok pada insiden yang berlaku di stadium Darul Makmur, Pahang saya jadi takut dan ngeri dengan cara rakyat Malaysia berkelakuan. Jika dibandingkan dengan musim PRU13 lepas tidak ada jauh bezanya. Kedua-duanya jadi ektrem dan fanatik. Berlebihan kelakuan nya. Hangat PRU pun tak habis lagi, Abang Nuar masih sibuk dengan perhimpunan #Black505 dan ini kes berbeza arena tapi pe'elnya mewakili sebilangan orang Malaysia. Nak menyokong buatlah cara nak sokong, berpihak kepada mana-mana pasukan, jangan bergaduh. Ini tidak, pantang bertembung di stadium ada sahaja usaha untuk berlaga dan mendorong kepada pergaduhan. Kejadian di stadium Darul Makmur ni, siap ada yang jumpa anak batu. Ini dah kes baling batu sembunyi tangan, sehingga ada penyokong yang cedera dan terpaksa dipapah keluar.


Yang peliknya, bagaimana stadium yang hanya boleh muat 40 ribu penonton boleh melimpah ruah sehingga cecah ke ruang balapan. Bukankah ini sangat meebahaya kepada pemain. Apatah lagi, wujud pihak yang tidak bertanggung jawab yang telah memecahkan salah empat pintu (7,5,11 dan 15) stadium. Dahsyat sungguh penangan Johor lawan pahang ni, masing-masing bersemangat nak masuk final, sampai penyokong menjual budi bahasa dan perangai baik orang timur. Memanglah ramai kecewa kerana tiket grandstand dan tempat duduk biasa habis jual tapi tak payahlah begini. Pihak kedua-dua buah negeri harus bertanggung jawab dalam hal ini. Johor dan Pahang harus memupuk semangat kesukanan bukan kepada pemain sahaja tetapi penyokong mereka juga.

Penyokong Kelantan pun terkenal dengan semangat mereka tapi masa lawan terengganu mereka tunjukkan sikap yang baik. Syabas Kelantan dan Terengganu. Sama saudara buat apa gaduh kan!.

Saya selalu berkira-kira mahu membawa anak ke stadium kerana insiden begini lah. Kita tidak tahu dan boleh duga bagaimana suasana yang akan berlaku. Kita ingat yang baik-baik sahaja tapi kita tidak tahu hati dan kemarahan orang. Walaupun dikata patriotik untuk negeri sendiri, cukuplah tengok di TV daripada berjudi dengan risiko. Gelombang manusia yang berpuluh ribu di stadium seperti lautan. Kita tidak tahu apa yang ada di dasar lautan itu. Macam malam kelmarin lah, ada yang bawa batu. Apa tujuan tu? Kalau bukan untuk mencedera dan melawan musuh. Memang sukan ada permainan yang kejam. Ia sangat objektif iaitu salah satu mesti menang dan satu lagi kalah. Lebih parah lagi, yang kalah melawan dan bangkit untuk membalas dengan kekasaran. Api kalau disimbah minyak, dikipas angin memang akan marak besar. 

Jadi untuk Johor dan Pahang, selamat lawan semula. Kali ini kat Stadium Bukit Jalil tengah panas terik. Padan muka semua. Katanya sebanyak 90,000 tiket akan dijual. Kalau ikut TMJ, buat aja perlawanan tanpa penonton (masalahnya semangat ke pemain-pemain nak lawan, wahai Tuanku). Jadi yang mana fanatik dan ekstrem sangat tu, buatlah onar lagi, biar dua-dua negeri disqualified. Pahang kena denda RM100,000 dan Johor kena RM20,000. Kalau ikut hati saya, sikit sangat tu berbanding kos internal manusia yang melibatkan psikologi, ketakutan, fobia, trauma apatah lagi luka, lebam, pengsan...

SELAMAT BERSUKAN RAKYAT MALAYSIA! INGAT BERJALAN 8000 LANGKAH KITA AKAN SIHAT. PERGI STADIUM JERIT JERIT BERPERANG...ITU PENYAKIT KRONIK.

Wednesday, May 29, 2013

P.RAMLEE : 40 TAHUN TAK BERGANTI


Hari ni 29 Mei tahun 1973, tarikh perginya seniman agung P.Ramlee menghadap ilahi. Pergi dalam renyai hujan Kuala Lumpur. Rumah nya di Setapak jadi banjir manusia, Malaysia banjir air mata. Detik itu, orang mula terfikir, di mana dan bagaimana mahu mencari ganti insan hebat seperti beliau. Dalam dokumentari History Channel berkisah bagaimana, P.Ramlee berhijrah dari Singapura ke Malaysia kesan perubahan politik ketika itu. Beliau berhijrah kerana kebanggaannya kepada tanahair dan dijanjikan peluang dan harapan besar untuk bangunkan seni di tanahairnya. Ramai yang ikut serta namun ramai juga yang terus setia di kota singa.
Saya suka video ini, dan ini video klip 
paling klasik dari Saloma dan P.Ramlee
(petikan dalam sebuah filem Hong Kong)

Semasa berhijrahnya P.Ramlee ke Tanah Melayu, harapan Malaysia ditumpahkan kepada beliau namun itulah detik menurun dan jatuhnya P.Ramlee sebagai seniman. Kita lupa, seorang pengkarya itu adakala tidak hadir seorang diri tetapi muncul kerana lingkungannya. Lingkungan yang menyokong dan mewarnai dunia kreatifnya. Ramai rakan-rakan yang banyak menyumbang dalam filem-filem dan lagu-lagu hebatnya berada jauh di Selatan. P.Ramlee terpaksa bermula dan memupuk kelompok kesenimanannya di KL. Memang ada filem-filem dari studio mereka masih hebat dan seronok ditonton tetapi tidaklah sehebat zaman di Singapura.

lautan manusia dalam video ini, adalah kesan
terkejut dan bangun dari sedar bahawa
tanahair sudah kehilangan

Di sekitar tahun 70-73 dianggap sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan dengan seni hiburan di Malaysia. Filem dan karyanya dipandang sepi. Apatah lagi muncul hero dan karyawan baru yang mencabar dan memperlekehkan beliau (Saya mendengar cerita dan diceritakan oleh orang terdekat bahawa P.Ramlee dijatuhkan oleh orang yang pernah diangkatnya malah orang itu menjadi sangat besar dalam industri). Namun insan ini terus menjadi padi, sentiasa tunduk dan tidak melawan. isinya penuh. Pernah diceritakan Dato Aziz Sattar, semasa P.Ramlee hadir di satu majlis di Singapura, penganjur dan tetamu lain tidak mempedulikan Allahyarham, bukan setakat itu sahaja bahkan tiada kerusi untuknya. Rakan-rakan lama yang pernah bersama diSingapura hanya memandang sahaja kejadian itu.

Ini pesan beliau tentang akar dan jati diri Melayu

Begitu juga, semasa P.Ramlee dijemput membentangkan kertas dalam kongress Dasar Kebudayaan Kebangsaan di Universiti Malaya 1971, baliau di 'booo', begitu hina dan rendahnya martabat P.Ramlee ketika itu. Sokongan yang tiada itu, melemah dan mematikan jiwa seorang seniman. Inilah yang ditulis dalam lagu terakhirnya 'Airmata Di Kuala Lumpur' yang berbunyi

"Hidup sudah tiada beerti
Zahirku hidup hai batinku mati
Remuk redam hatiku hancur
Airmata di Kuala Lumpur"


Begitu jugalah kita hari ini, dalam mendepani dunia yang pelbagai helah dan karenah, dengan media dan informasi yang tusuk tajam ke minda. Boleh membuatkan kita terlupa untuk  kembali berbalik kepada sejarah dan akar kita. Di mana kita bermula, siapa yang membina dan memulakan sehingga memberi kesan kepada hidup kita hari ini. Kisah P.Ramlee yang disisih kerna tidak relevan di mata anak muda ketika itu patut kita jadikan iktibar. Saya rasa ramai manusia kesal kerna tidak endahkan insan ini di akhir hayatnya. Begitu juga kita, yang rancak dengan bermacam pergelutan antara kuasa, ubah, tukar, reformasi dan bermacam kegilaan...kerana fikirkan ada yang tidak relevan. tetapi kita perlu cukup sedar dalam mengubah apapun, selalulah kena ingat dari mana bermula, siapa dan kenapa dan bagaimana? Hidup hari ini tidakkan ada kesan jiwanya jika tanpa sejarah lalu.

dengarkan laungan azan yang kita ingat
dan ajuk selalu

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pergi dalam miskin, dihina dan tidak dipeduli. Namun beliau meninggalkan kita kemewahan ilham dan pengajaran dalam 360 buah lagunya dan 66 buah filemnya. Kita putar, kita dengar, kita hanyut, kita happy, kita ubah dan olah, kita adaptasi, kita kutip dan petik, kita ulang dan ulang karyanya... kita tak bosan walau seribu kali mengulangnya. 

Untuk tahun ke 40 mengenang pemergiannya, mari sedekahkan Al-Fatihah. 
Semoga jasanya dimanfaat oleh kita semua dan Allah tempatkan beliau di tempat terpuji.

Tuesday, May 28, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN TIGA


foto ni diambil dari abushahid.wordpress. menurut jejaktrend,
Isteri baru UAI ni berasal dari Pagoh, Johor dan baru berusia
27 tahun. Nama panggilannya Izyan.
Salahkah kalau Ustaz Azhar idrus (UAI) kahwin tiga. Saya ikuti beberapa tulisan dan memang ada yang sokong dan ada yang tentang. Kisah kahwin UAI jadi berita utama dan topik perbincangan padahal itu adalah perkara biasa, ramai kat luar sana yang tak popular kahwin tiga empat orang malah ada duduk serumah pun. Bagi saya kahwin lebih dari satu bukanlah isu yang perlu diluaskan. Pada usia saya yang lewati 40an ni, beberapa kawan sekolah saya dah ada yang pasang lebih satu, saya gembira buat mereka dan saya anggap hati mereka baik kerana mahu menghindari dosa. Apa salahnya ya. Apatah lagi UAI yang tinggi ilmu agamanya, kewangannya kukuh dan personalitinya memang charming.

Betul kata Arwah Pak Kuswadinata
Macam kita tengok Salleh Yaacob, dah cukup pun kuota nya empat. Mungkin ada kelebihan pada orang macam Salleh dan UAI ni, sehingga isteri-isteri mereka sanggup bermadu. Jika hidup mereka bahagia, tak salah kan?. Malah kawan lama sepejabat saya dulu (kini bertukar) pun kahwin tiga, anaknya boleh buat dua team bola. Daripada segi kewangan saya tidak pasti tapi melihatkan cara hidupnya, he and his family ok saja.

bahagia tengok saleh dan isterinya. Saya rasa saya tak mampu
berbuat begini. Memang respect dengan dia. Isteri keempat
Saleh yang paling kanan tu, masih menuntut semasa kahwin.
Macam-macam tanggapan orang berkata dalam hal kahwin lebih satu ni, ada kata kalau dah mampu dari segi material, zahir dan batin serta berlaku adil maka kahwin sahajalah. Itu sudah layak. Apatah lagi orang selalu kaitkan dengan alasan ikut sunnah nabi. Tapi ada juga yang kata, ianya bermula dari nafsu. Nafsu yang membawa mereka mencuba-cuba untuk memenuhi selera dan kehendak. Memang itu pun nafsu lelaki, nafsu yang satu ni memang sukar dikawal kecuali dengan iman yang kuat. Jadi apabila ada kemampuan so, itu mengizikan kemahuan dan keinginan si suami membuka ladang baru. 
Dapat tiga isteri macam ni baru haruk, tiga karakter,
tiga saiz...memang perang!!! Never bored dengan
Madu 3

Seorang kawan saya, lelaki! Dia berpendapat, poligami ini bermula dengan dosa! Dosa? kenapa begitu, kerana mengikutnya, beberapa rakan yang dikenali, mereka berkahwin dua atau lebih itu bermula dengan menipu. Menipu isteri pertama, macam-macam cara untuk membolehkan si suami itu bertemu, berdating dan berkasihan dengan pasangan barunya. Penipuan itu berlarutan sehinggalah mendapat izin dan persetujuan isteri pertama, kedua atau ketiga atau kesemuanya. Saya terfikir...hmmm ada logiknya di situ. Jadi menurut kawan saya tu, orang kahwin dua atau lebih ni, jangan terus percaya katanya...sebab dia selalu berhelah. Hahaaha... No comment!!

Ayah Pin pun pasang 4. tengok reaksi isteri-isterinya...
nampak bahagia. Jangan tengok kes Ayah Pin tapi fikir
bagaimana cara Ayah Pin membahagiakan mereka
P.Ramlee dalam filem Madu 3 memang berterus-terang dan jujur dengan sikap orang Islam/Melayu yang mengambil mudah akan sunnah dan kebenaran dalam Islam. Memang jadi sikap dan budaya Melayu, mereka ambil yang mereka nak dengar dan suka sahaja, yang agak leceh dan menyusahkan tu, depa buat terlepas pandang. Dalam cerita Madu 3, Jamil berhelah kiri kanan dan yang seronoknya dapat sokongan pak mertua yang status Tuan Haji (baik ilmu agamanya). Pak Mertua pun sokong menantunya menipu dan berhelah, kerana faham kehendak dan mainan orang lelaki walhal Jamil tidak berlaku adil. Ini dalam filem, tetapi tidak hairan pun ianya berlaku dalam realiti. Orang kita ni, tak kira lelaki dan perempuan, ikut hukum yang depa suka aja, yang lain buat tak nampak (macam orang perempuan bertudung - ambil syarat, tutup atas tapi yang lain terselak). Kerana apa? Kerana yang ditunjuk kebaikan mereka pada orang bukan pada Tuhan.
foto ni diambil dari terblog.com. Saiful Bukhari pun baru saja
bina mahligai dengan wartawan TV3, banyak pula hantarannya
RM41k. Apakah dia akan kekal dengan seorang isteri? hahaha
jahat dok soalan tu...
Bagi saya mudah saja hidup ini, kalau kita senang dan selesa dengan perkahwinan sedia ada, kenapa harus mengganti atau menambah yang baru. Beban dalam satu rumah sudah cukup untuk dipikul, melayan nafsu itu hal yang perlu diurus secara hemah, bukannya dengan cara membuka ruang untuk pihak ketiga. Lagipun dalam perkahwinan, seks bukanlah hal utama, itu pelengkap fitrah tetapi tuntutan lain yang menjadikan perkahwinan itu lebih indah. Anak-anak dan keluarga sekeliling itu lebih memberi kehidupan. Insyaa Allah. 

Untuk UAI, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kali ketiga. Semoga bahagia ke akhir hayat. Buat Saiful Bukhari dan Nik Suryani semoga tabah dan kuat ikatan cinta anda berdua, saya dapat rasa banyak sekali dugaan yang perlu ditempuh apatah lagi dengan isu-isu politik dan tentangan Saiful terhadap abang nuar.

Monday, May 27, 2013

MY EKSPRESI : REALITI MENCARI KOREOGRAFER


Ini salah satu program Realiti terkini terbitan RTM di TV2. Realiti TV ini adalah kerjasama di antara RTM dan JKKN di dalam usaha mencari bakat muda Perekatari. Fokus program ini menarik dan berlainan daripada realiti TV yang lain, satu, ia mencari perekatari muda bukan penari. Dua, ia bermatlamat mengentengahkan senibudaya tempatan. Tiga, ini adalah usaha mendekatkan generasi hari ini dengan seni tari Melayu dalam pancaroba kontemporari. Menarik kan! 

My Ekspresi ini adalah satu daripada tiga program realiti di bawah satu label My Gempak. Dua lagi ialah Lantai Cilik dan Mimpi Ke Bintang. kedua-dua program itu sudahpun selesai dan berjaya mengetengahkan bakat terpendam.

My Ekspresi sudahpun masuk episod ketujuh di mana penyingkiran baru sahaja bermula. Seramai 16 peserta beradu nasib dan mereka datang dari seluruh Malaysia selepas pemilihan dibuat di enam zon terpilih iaitu Tengah, Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak. Pilihan peserta tidaklah berdasarkan zon tetapi mereka yang terbaik dari seluruh ujibakat itu. Intipati kepada My Ekspressi ini adalah untuk mencari seorang koreografer yang mampu berkarya dan menghasilkan tarian berasaskan seni budaya tempatan. Ia lebih kepada karya-karya kreasi baru yang masih punya sentuhan komersil dan kontemporari.

Jadi dari 16 peserta yang layak, seorang sudah mengundur diri. Tinggal 15 orang di mana pada Episod malam ini, Episod 7, lapan orang sudah pun berjaya mara ke peringkat suku akhir iaitu; Hanafi, Nazri, Kamaluddin, Rafi, Sook Kuan, Faizuli, Firdaus dan Azli. Kesemua mereka ini punya latar tari yang berbeza, Sook Kuan pemilik sarjana dalam tari dan kini mengajar di UMS, manakala Nazri, Hanafi dan Kamaluddin adalah lulusan ASWARA. Faizuli kini berkhidmat sebagai artis budaya di Istana Budaya, Rafi menari secara bebas manakala Azli kini menjadi jurusolek sepenuh masa. Daripada latar pengalaman mungkin boleh dijangka siapa yang berkualiti, namun dalam seni persembahan magik adakala mucul bila berkarya. Idea dan kreativiti tidak datang atas sehelai kertas tetapi ilmu pengetahuan itu sangat membantu dalam memandu kerja kreatif.
Pemerhatian saya pada beberapa episod yang lalu, My Ekspresi menetapkan sasaran yang tinggi di dalam melahirkan pereka tari berbakat besar, apatah lagi dengan tawaran hadiah yang memang lumayan RM40 ribu untuk juara. Tetapi setelah melihat peringkat pusingan pertama, sebahagian besar peserta sangat lemah dalam ujian pengetahuan, ia mengecewakan. Ke mana pergi ramai lagi koreografer dan perektari yang ada. Bidang ini bukan baru sudah berpuluh tahun. Apatah lagi pengkhususannya adalah tari berasaskan tradisional. Saya menjangkakan pesertanya punya pengalaman yang luas dan ilmu yang cukup sekurang-kurangnya pengetahuan asas. Tapi bila peserta disoal dengan soalan asas dan mereka macam tergagap, tidak pasti dan kurang mampu menghurai, tidak articulate..wahhh ini kurang bagus (saya pasti sebilangan peserta yang layak ke 16 terbaik tidak buat homework pun untuk bertanding). Untuk penganjur, mungkin boleh difikirkan elemen penjurian yang lebih mantap, tugasan yang benar menguji dan meningkat difficulty nya, cara persembahan yang sesuai dan berpadanan dengan khalayak di studio dan di rumah, elemen peserta dan khalayak perlu diperbanyakkan...penonton perlu diberi kesan emosi. Setakat ini tidak ada.
Tetapi inilah juga masalah kita dalam bidang tari, pengalaman saya mengurus dan mengendali penari di Istana Budaya dan bergaul dengan pelajar ASWARA, mereka ini sangat mahir menari dan miliki teknik dan skil yang bagus tetapi kurang gemar untuk membelek buku atau tulisan mengenai bidang tari. Kalaulah dapat diseimbangkan antara kemahiran praktikal dan ilmu pengetahuan, tidaklah kita ni tandus pemikir. Berapa ramai yang boleh muncul seperti Joseph Gonzales, Marion d'Cruz, Ramli Ibrahim, Chandrabanu@Zamin Baharum (sekadar sebut)? Mereka ini berpengetahuan luas dalam tari dan saya tahu ramai yang menidakkan mereka (atau iri) tetapi berapa ramaikah penggiat, penari, jurulatih yang tidak bersetuju dengan mereka, boleh berseminar dan berkarya dengan baik? Sampai hari ini kita masih menunggu penari Melayu yang hebat, yang cinta dan bangga dengan seni tari melayu menjadi seorang pakar tari yang dihormati. Bercerita, menganalisa dan berhujah tentang tari Melayu. kerana orang Melayu lah yang ramai menari dan menghiasi pentas-pentas perdana, mereka yang menjadi jurulatih, perekatari, penari bagi kumpulan-kumpulan kesenian yang ada, tetapi berapa ramaikah dari kalangan mereka yang mahu muncul sebagai ilmuan dalam seni tari? 

Hayat seorang penari itu pendek tidak sama seperti penyanyi, pemuzik atau pelakon. Jadi mereka harus memperlengkapkan diri seawal mungkin bukannya berakhir di bilik kostume atau sebagai jurujual insuran atau jurusolek atau surirumah sahaja.

Dah jauh melalut ni. 
So jangan lupa saksikan MY EKSPRESI SETIAP AHAD JAM 9.00 MALAM DI TV2

Sunday, May 26, 2013

MAKYUNG ASWARA: HEBATNYA ASMARA

Makyung Jaeynah Sangdoa ,Pattani while they're performing in Bangkok 2011


Masih lagi berkenaan makyung. Hari tu berlangsung persembahan Makyung Sultan Permadi, tamat sehari sebelum hari PRU13. Cerita yang dipersembah bukanlah dari cerita pokok tetapi cerita rekaan yang disesuaikan dengan ciri rangka persembahan makyung. Menarik persembahannya namun apabila cerita rekaan, saya kurang rasa daripada segi authentiknya watak dan nama yang dilakon berbeza dengan cerita dari 12 cerita pokok, yang apabila disebut nama seperti puteri gerak petera atau Raja Tangkai Hati, bunyinya seperti ada semangat berbanding nama Sultan Permadi, Sindo atau Raja Laksana misalannya. 


Tinggalkan soal itu, ASWARA menjadi satu-satunya institusi yang serius menjadikan makyung dan beberapa kesenian tradisional yang lain sebagai 'core' dalam pengajiannya. Keseriusan ini cuba disahut oleh beberapa IPT yang lain, namun ia seperti melepas batuk ditangga sahaja. Mungkin kerana itu jugalah memang ASWARA harus kekal di bawah kementerian kebudayaan. Tapi itulah yang saya lihat, kerna cara dianjurkan kursus itu macam biskut...sekejap ada sekejap hilang. Memang belum terlihat dari kalangan graduan ASWARA yang menjadi tokoh besar makyung namun usaha ASWARA ini, saban tahun mengeluarkan lebih 100 graduan diploma (sehingga kini hampir 1000 orang lahir dari ASK_ASWARA)  yang telah melepasi kursus-kursus seni tradisonal ini dilihat sebagai satu usaha yang kita sebut melestarikan intagible heritage dan kerana itu pun tujuan ASWARA ditubuhkan. Bila ada pihak yang mahu bersilat dalam soal menetapkan kepentingan kursus tradisional ini dalam pengajian, ASWARA masih yakin dan percaya bahawa melalui subjek ini, pelajar tak kira bangsa apa sekalipun mempelajari, menghayati dan memiliki sikap menghormati seni budaya. Sifat kesenian ini yang tidak statik ini membolehkan generasi bersilih ganti mengenal kehalusan budaya bangsa... hanya mereka yang buta sahaja tidak melihat seni begini.

Sila baca tulisan Suzieana Uda Nagu ini...terima kasih atas tulisan dan sokongan pada kesenian makyung.


THE PERFORMING ARTS: At the circle of Makyung
By SUZIEANA UDA NAGU | suzie@mediaprima.com.my 

DEVELOPING AN APPRECIATION: A 400-year-old art form on the verge of extinction lives on through Generation Y at the National Academy of Arts, Culture and Heritage. A GROUP of young men and women dressed in ancient regalia appeared from behind a stage at the sound of a poignant melody coming from the rebab — a two-string bowed lute. Forming a circle, they swayed to the tempo of the tune before sitting, facing the rebab player. A male lead character then began singing in tune with the rebab in Kelantanese dialect. His authentic Kelantanese accent belies the fact that Sabahan Abdul Hanif Ag Abdul Latip had only learned to speak in the dialect recently.



“I had many teachers from Kelantan at my secondary school. I could not understand the dialect initially but got used to it after coming to Peninsular Malaysia to study,” he says. He perfected his accent from imitating native speakers. Learning Makyung (also Makyong) songs was the hardest for the aspiring actor but he was determined to do his best. “If you have the chance to learn Makyung, you should stay true to its original form,” he says. Abdul Hanif, a Theatre major, is among the 95 diploma students from National Academy of Arts, Culture and Heritage (or Aswara) involved in the production of Makyung Sultan Permadi at the institution recently.

The Makyung performance — which centres on the topic of polygamy — is an assessment project for Makyung II, a subject compulsory for all diploma students at the academy. It is a continuation of Makyung I where students learn the basics of the art form such as its history, dance steps and songs. For Makyung II, students undergo 12 weeks of preparations to stage the production in their respective groups for their lecturers to evaluate. The best talents from the batch are then selected for a two-week intensive training for the public staging of Makyung Sultan Permadi. This is part of the institution’s strategy to ensure that such age-old art forms live on among the young.

Head of academic core learning division Reza Zainal Abidin says: “Our goal is to create public awareness of traditional art besides grooming talents who will carry on the tradition.” There is an urgent need to produce new champions of traditional art forms in Malaysia as the number of existing enthusiasts is dwindling fast. Many have either passed on or stopped performing because of old age. Finding their replacement is tough. “A hundred years ago, a Makyung prima donna might have 10 children with one or two of them keen to learn the art. These days, none of the children might want to learn at all,” adds Reza. “Art forms that rely on a master teacher will eventually die out if not inherited,” adds Reza.

Makyung is believed to originate from Pattani, Southern Thailand and to have spread to Kelantan and Terengganu some 400 years ago. Initially an entertainment that only royal families could enjoy, Makyung became a hit among the rakyat by the Twenties. However, it began losing its fame when new forms of entertainment emerged mid-20th century. Many Makyung proponents agree that preserving the four-century-old art form starts with reaching the younger audience.
It is against this dire backdrop that Aswara began introducing Makyung as a core subject in 1996, two years after its inception. Aside from Makyung, Aswara diploma students must also learn Wayang Kulit and Bangsawan.

Lecturer Rosman Ishak, a former Aswara student, says the method of teaching the subject has evolved over the years. “It is more systematic now. Back then the institution was still trying to figure out how best to teach it to the youth. It is understandable as no other institution had taught Makyung in a structured way or used it as a form of assessment before,”he says. Rosman, who is among the pioneer batch of students involved in the first student production Anak Raja Gondang in 1997, recalls being excited to learn all about Makyung. “I wanted to know the significance of every move in Makyung such as why the actors formed a circle in the middle of the stage,” he adds. Like Rosman, many students embrace the art form (see accompanying article). Yet with any obligatory subject, there is bound to be resistance, says Reza. “It all depends on the students. If they are ready to learn, they will pick it up and develop an appreciation for it,” he adds.

Staging Makyung performances adapted from popular tales is one way of keeping the art form relevant to students. “We make the stories relatable through comic roles. Ever since Makyung began, Peran (court jester) roles have had the creative licence to step out of their characters and comment on current issues,” he adds. For example, the Peran roles in Makyung Sultan Permadi cracked jokes about the 13th General Election. Despite the lack of interest among some students, Aswara has inspired a number of its graduates of all ethnicity to “inherit” the art. “We have two students who are being groomed as rebab players as they show potential in it,” says Reza.

Former student Duratul Ain Dorothy Jonathan Linggang, on the other hand, fell in love with Wayang Kulit and is now recognised as a dalang muda. The University of Malaya lecturer — an Iban — is pursuing her doctoral degree in the field. As educators, Reza and Rosman view themselves as coaches who help students figure out “what they are good at through the process of staging the show”.  “Some may think that a Theatre student would be a natural pick for the lead role in Makyung, but it is not necessarily so. One of the Perans is pursuing Film and Television. Anith Aqilah Sulaiman Lim, who plays Bunga Tanjung, is a music student,” says Rosman.

Reza dreams of seeing more Malaysians experience Makyung. But he is realistic about the likelihood of students championing Mak yung or other traditional art forms in the future. He would be more than happy “if we have a non-Malay Aswara graduate discuss her experience performing Makyung with friends over coffee one day”.

A platform for all
FOURTEEN weeks of preparations for a Makyung (also Makyong) production gave diploma students at the National Academy of Arts, Culture and Heritage (or Aswara) more than hands-on experience of staging a traditional theatre show.  It taught Theatre major Sharifah Nordiana Maihan Syed Shaikh an appreciation for ancient art forms. “I feel privileged to learn the finer points of Makyung from living prima donnas. It is not often that someone of my generation gets to experience personal coaching from them and wear actual Makyung costumes when performing,” says Sharifah Nordiana, who played the lead female role Permaisuri Bunga Kenanga in Makyung Sultan Permadi, a student production for Makyung II, a subject compulsory for all diploma students at Aswara.

She is one of 95 students involved in the staging of the Makyung show, which centres on the issue of polygamy, held at Aswara recently. The Kuantan lass says she understands Kelantanese folks better from the subject. “If you watch Bangsawan to understand the Malays, you will understand the Kelantanese better from watching Makyung as it reflects their culture and nature,” she adds. For Abdul Hanif Ag Abdul Latip, also a Theatre major, the subject has provided students of all ethnicity a platform for experiencing Makyung. “The subject has proven that it is possible for a non-Malay student to lead a Makyong performance. As long as they have the basics, they can speak the dialect and act, they will be considered for a role in the production.”

As production manager, Diploma in Music (Performance) student Lee Shi Min came away from the experience richer in knowledge of how to organise a theatre production. “What we go through is the same as what professionals go through. Problem-solving skill is important and we need to find solutions fast. Everyone must be clear about their roles and do them well,” she says.

Head of academic core learning division Reza Zainal Abidin believes both the public and students had lessons to learn from the staging of the Makyung show. The public paid a fee of RM5 (for students) and RM10 (for adults) to watch the public staging of Makyung Sultan Permadi to instil the importance of supporting local productions into them. “At the same time, we have to ensure that students put on quality shows. It is unfair to present a ‘learning’ product to a paying audience. This, in turn, teaches students to be accountable for their creative output,” he says.


Read more: THE PERFORMING ARTS: At the circle of Makyung - Learning Curve - New Straits Times http://www.nst.com.my/channels/learning-curve/the-performing-arts-at-the-circle-of-makyung-1.281644#ixzz2UKE7ZWip

Wednesday, May 22, 2013

GIVE AWAY BLOGGER 4 DIGIT


Saya perolehi Give Away Blogger 4 Digit ni daripada blog Ben Ashaari. Bila baca, terasa tertarik dan ingin juga menjana pendapatan melalui blog. Lagipun sudah masuk tahun ke 7, blog saya ni beroperasi dan mencecah beratus entri tapi saya tidak ada usaha untuk menjana pendapatan melalui online. So kali ini saya cuba.

Jika anda semua berminat untuk menjana pendapatan juga, bolehlah klik  Give Away Blogger 4 Digit dan ia akan link kepada maklumatnya. Beberapa langkah perlu dibuat seperti berikut :

 Syarat-syarat dan langkah penyertaan :

i) Memilik blog yang berusia tidak kurang dari 3 bulan. Demi keadilan semua, adalah dilarang menggunakan
 blog baharu yang ditubuhkan sengaja semata-mata untuk give away ini.

ii) Menuliskan sebuah post di blog anda dan menyatakan sebab ingin memiliki blog / website yang mampu
 menjana pendapatan tinggi. Dalam post tersebut buat satu backlink ke post give away.

iii) Tambah www.jejaktrend.com dalam blog list / friend list. Blog yang terpilih berpeluang dimasukkan dalam
 blog list blog jejaktrend yang bakal ditambah di sidebar nanti.

So, apalagi...jom kita klik Give Away Blogger 4 Digit segera!!!

BELATED BIRTHDAY

Selamat hari lahir buat my wife, Hasnida dan anak sulung saya, Aish Mirza. kedua-duanya sambut bulan Mei. Every May, banyak sungguh sambutan yang melibatkan my wife... birthdaynya, mothers day, family day dan teacher's day. So May memang bulan merry-merry. 

Malangnya, sehingga entri ini ditulis, kami belum sempat meraikannya. Beberapa kesulitan yang menghalang apatah lagi beberapa hari sebelum tarikh lahir mereka, kami dah menyambut makan besar sempena Hari Ibu. Satu dua hari lagi akan sambutlah tu. 

Aish cakap tahun dia dia dah tak mahu tiup lilin dan nyanyi-nyanyi lagi....hmmm baguslah macam tu, perubahan ini mungkin sejak dia belajar di al-Amin atau mungkin sebab sudah cecah usia 13 tahun. Babah doakan anak babah jadi anak yang taat, berjaya dan menggembirakan semua orang.

Apapun Happy Birthday!!! Moga Allah memelihara kehidupan kita sekeluarga.

Sunday, May 12, 2013

TEATER MUZIKAL CHOW KIT ROAD! CHOW KIT ROAD!



Saya berpeluang menontonnya malam tadi. Masa menuju Istana Budaya jam sudah melewati 8.00 malam. Saya risau, takut nanti takda parking. al maklumlah selain berlangsung muzikal chow kit road, setiap hari sabtu malam berlangsung Laman Santai. Sudah pasti kenderaan banyak. Sesampai IB, kaget saya dibuatnya, lengang! Aikkk takkan sunyi IB ni. Bukankah Chow Kit Musical tengah on. Bukan calang-calang orang yang main...tony yusoff, adibah noor, anding, nadia aqilah dan ramai lagi...


Tapi itulah hakikatnya, ia sukar diramal. Apa kemahuan dan kehendak khalayak hari ni. Dah muak ke dengan muzikal? Al maklumlah IB selalu sahaja mainkan muzikal jarang sekali pentaskan straight theatre. Tambah-tambah lagi IB kerap anjur macam-macam konsert. Baru je habis Roskestra dan bulan depan Jamal Abdillah tribute to P.Ramlee. Nampak banya bebenor muzikalnya.

Walau bagaimanapun itu saya punya caturan fikiran. Sesampai di lobi, Abang Jo (Dato') sudah tunggu dan sempatlah kami sembang sebelum dia suakan saya pada FOH yang bertugas. Terima kasih bang, kawan lama yang saya kasih. Memang dalam Panggung Sari lengang tapi audiennya bukanlah audien yang selalu saya nampak. Mungkin mereka pengikut Masakini Theatre atau pengarahnya Saw Tiong Hin. Tapi baguslah kalau kelompok khalayak yang baru IB. 

Apresiasi saya terhadap Chow Kit Road Musical? A big applause to the ensemble. Mereka menari dan menyanyi dengan tenaga yang sesuai. Bila lihat korus mengisi setiap babak, dengan vokal,gerak, ekspresi dan reaksi yang baik, saya puas hati dan saya anggap sesi latihan dimanfaatkan dengan baik. Pelakon-pelakon utama memang bagus bukan sahaja lakonannya malahan vokalnya. Adibah Noor jangan ceritalah - dia dah Diva (lakonan dan nyanyiannya atas sekali)! Nih , kekaguman saya pada vokal Anding, dia sangat bagus, kena lenggok dan emosinya malah tariannya juga baik. Anding memang patut tumpu pada muzikal. Tony, Nadia dan Junji, saya pernah tengok lakonan pentasnya. They are ok. But another thumbs up, I should give to Shantini Venugopal. Dia mainkan watak pelacur pondan bernama Dimple. What a character but she makes it believeable! Good lah! Inilah namanya pelakon, yang selalu memberi nyawa dan tenaga pada wataknya...usia tidak membataskan permainannya. Kelemahan tu tetap ada, setnya sangat sederhana tapi yang penting lakonan dan dramanya.

Cerita Chow Kit ni tidaklah memaparkan kisah anak jalanan semata-mata tapi banyak sub-plot yang menarik sambil disulam dengan lagu-lagu indah Allahyarham Sudirman (kiranya saya menyanyi semua lagu tadi). Ia semacam cerita My Fair Lady (bak kata Abang Joe). Kisah cinta ibu dan anak, kisah cinta dua darjat, kisah orang lupa daratan, kisah strata sosial dan macam-macam selitan berupa kritik sosial. Yang menarik adalah dialog yang menyebut "Kalau nak jadi orang, di mana-mana pun kita boleh jadi, tak perlu keluar". Sangat bermakna dan ia secara terang menegur konsep menjadi orang dalam masyarakat kita. 

'Menjadi Orang' adalah satu konsep dalam masyarakat Melayu. Ia bukan istilah biasa tetapi ia umpama satu simpulan. Masyarakat Melayu akan anggap seseorang itu 'menjadi orang' apabila ia berjaya membentuk kehidupannya pada tahap yang sepatutnya yang diterima dalam masyarakat. Ia tidak boleh terkandas dalam jenayah, dadah dan gelandangan. Menjadi Orang menuntut manusia memainkan peranan dengan baik sebagai anggota masyarakat. Tidak perlu menjadi doktor atau lawyer pun tapi cukup kalau berpangkat rendah atau petani asalkan ia mampu membawa kebahagiaan kepada kehidupan dan kepada masyarakat. Yang penting manusia itu berbudi tinggi, hormat, berilmu beragama dan bermasyarakat. Tidak guna berdarjat tinggi jika moral dan integritinya tiada.

Jadi pergilah tonton Chow Kit Road! Musical yang akan berlangsung sehingga 26 Mei 2013. kalau minat lagu Sudirman, inilah bonus untuk anda!

Friday, May 10, 2013

TUAN GURU NIK AZIZ

Saya kira apa yang dikatakan oleh TGNA ini banyak betulnya di dalamsenario politik di Malaysia. Saya tidak berpihak atau menyebelahi pihak mana, sebagai orang biasa yang sudah pun melaksanakan tanggungjawab beberapa kali, saya anggap politik Melayu harus perubahan dalam mendepani cabaran hari ini. UMNO dan PAS dua parti dominan orang melayu sudah tempuh konflik yang panjang sejak zaman Tunku. Bila TGNA ulas soal perpaduan, pakatan Melayu dan  kedegilan antara dua parti ini, saya anggap betullah kata beliau.


PRU13 dianalisa daripada beberapa sudut. Kenyataannya BN masih memerintah walaupun tewas dari segi populariti. Tapi itulah hakikatnya, ia mengikut jumlah kerusi bukan jumlah pengundi. Analisa yang terus menjatuhkan hukum pada pengundi Cina tetapi tidak menyelak kelemahan sendiri, saya kira satu tuduhan dan alasan yang sangat memperlihatkan kelemahan UMNO dan BN. Hari ini bila PM kata begitu, beliau seakan meludah ke langit dengan apa yang beliau katakan sepanjang 4 tahun mentadbir negara.
Saya pasti dan yakin, semua orang ingin mempertahankan hak dan menjaga kepentingan mereka, sukar untuk minta mereka melepaskan itu. Jika peluang untuk memperjuang hak dibuka, siapa tak ambil kecualilah orang yang berpaling, buta hati dan mabuk kerana dibeli.

Sunday, May 5, 2013

PRU13 IALAH HARI INI



Setahun lebih menunggu tarikh ini, hari ini sampai masanya untuk mengundi. Nak undi siapa? Dah setahun diberi peluang untuk menapis calon dan parti mana jadi pilihan. Sepanjang Najib memerintah, banyak sekali isu dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat begitu lah sebaliknya BN keluarkan macam-macam pernyataan. Kedua-duanya mahu menunjukkan kepada rakyat akan kelemahan lawan. Ini tidak bersih. Cakap pasal bersih, sepanjang Najib memerintah 3 kali perhimpunan rakyat berlangsung. Perhimpunan atas nama menuntut keadilan dan kerajaan yang bersih.

Kesian Najib kerana banyak sekali rintangan dan skandal yang ditempuh. Bukan kerana dia sahaja tetapi orang-orang sekelilingnya yang buat onar. Dari kisah cincin berlian, beg birkin, altantuya hinggalah skandal lembu. Begitu juga halnya Anwar Ibrahim yang tak pernah habis dengan kisah sodomy nya, sampai ada sangggup junjung al-quran dan sumpah laknat depan kaabah. Tuan Guru Nik Aziz pun dipermain dan diputarbelitkan kenyataannya. Semua yang terpapar di media massa dan new media adalah cerminan cara Malaysia berpolitik, cara politik Malaysia melihat kaedah terbaik menjatuhkan lawan. Ia memalukan.

Sejak PRU12 2008, ia benar-benar menunjukkan kebangkitan parti lawan BN. Pakatan Rakyat semakin dilihat sebagai alternatif terbaik kepada kerajaan sekarang. Ini juga terlihat pada kebolehan PR mentadbir negeri-negeri yang jatuh di tangan mereka. Perbandingan dibuat walau macam-macam isu cuba dibangkitkan oleh pihak BN. Sejak 2008 jugalah kita lihat BN mula sedar bahawa generasi muda dan middle class adalah suara penting dan menggunakan media baru untuk melawan. Strategi BN yang banyak bergantung pada media perdana menjadikan mereka gagal capai 2/3 parlimen. Hari ini kegunaan media baru dilihat diguna secara maksimun oleh kedua-dua pihak malah menjadi lebih menyakitkan kerana banyak pulak tipu helah dan permainan hodoh melalui teknologi ini.
Kalaulah hari ini, 5 Mei 2013 adalah hari yang menentukan perubahan politik Malaysia, ia akan jadi sejarah penting dalam Malaysia. Selepas 55 tahun di bawah pentadbiran BN dan kita lihat banyak sekali perubahan dan dasar yang bagus dilaksanakan, namun banyak juga kesilapan yang dibongkar. Hal ini dek kerana BN terlalu lama, ia tidak salah tetapi orang-orangnya jadi lemau dan tidur lena. Terlalu selesa sehingga rakyat yang yang patut dipelihara berlaku sebaliknya. Rakyat terpaksa akur dan menyanjung pemimpin. BN jadi parti yang sangat chauvinis, melindungi diri sendiri, takut dengan kelahiran baru, bercakap tentang kebaikan sendiri, menolak kebaikan lawan.


Saya pasti BN sedar, PRU13 bukanlah PRU yang mudah, rakyat sudah berbelah bagi. Rakyat sudah tidak mahu nepotism, kronism dan sewaktu dengannya. Rakyat yang akan memilih bukan lagi mereka yang bergantung pada cakap-cakap di TV. Generasi memilih adalah mereka yang membaca dan mengamati senario. Bila BN kata ingat jasa UMNO yang merdekakan Malaysia, rakyat tidak mempersoalkan hal itu tapi mempersoalkan pula sejauh mana pemimpin UMNO hari ini punya kesedaran dan melakukan kesinambungan perjuangan dahulu, jika pada hari ini banyak sekali kes kemewahan diraih oleh pemimpin dan kroni mereka. Apakah UMNO hari adalah mereka yang benar-benar menggunakan kuasa mereka untuk mengangkat bangsa Melayu dan Malaysia. Itulah yang dipersoalkan.

Apapun berlaku, PR menang atau BN menang, Malaysia harus berdiri stabil. Sosio ekonomi harus menjamin kesejahteraan rakyat. Kalau PR kalah, ia sebenarnya mencatat kemenangan kerana telah membangkitkan arus yang besar dalam kesedaran berpolitik di Malaysia bukannya BN.

Saya mengundi di Pandan, anda di mana?

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...