Jom Kita Jadi Geng

Friday, May 31, 2013

KHIR TOYO KENA PENJARA

http://caturist.blogspot.com/
2009_03_01_archive.htm
Sukar mahu memikirkan nasib orang, sebab nasib kita hari hadapan belum tentu. Betullah kata pepatah, hidup ini umpama roda berputar, atas bawah silih berganti. Semalam Mahkamah Rayuan Persekutuan memutuskan bahawan hukuman 12 bulan penjara ke atas Datuk Sri Mohamad Khir Toyo kekal. Hukuman itu mengambil kira kesalahan menyeleweng kuasa dalam hal pembelian tanah lot yang kini jadi tapak rumah beliau. Bila kenang kembali kisah politik Khir Toyo, menarik juga, dari seorang doktor gigi menjadi Yang Berhormat, kemudian rezekinya tiba-tiba naik mendadak apabila krisis menteri besar Selangor berlaku. Semasa itu Dr.M mencari-cari calon yang boleh diperkenan Alhmarhum Sultan dan punya kredibiliti dan bersih daripada kes. Muncullah Khir Toyo, di usia yang muda (35 tahun jika tidak silap), beliau telah menggalas tugas yang berat mentadbir sebuah negeri termaju di Malaysia.

Masa itu, siapa yang tidak kejar beliau? Dia jadi perhatian dan antara tokoh politik muda yang punya harapan cerah. Semasa pentadbirannya, Selangor tidaklah kucar kacir, stabil dan dapat atasi beberapa isu besar. Malah saya anggap hubungan beliau dengan Sultan Selangor juga baik. Ini dapat saya perhatikan sewaktu saya duduk semeja bersama beliau, DYMM Sultan dan SUK Selangor ketika itu. Malam itu saya hanya duduk mendengar mereka bersembang (maklum lah saya ni sangat kerdil, kami cuma 8 orang sahaja), baginda Sultan seronok bercerita kisah lawatan beliau ke Riau hingga menempuh peristiwa menakutkan. Saya tengok memang DSKhir boleh 'get along' dengan baginda. Rupanya, itu pengalaman akhir saya bersama Menteri Besar Selangor ini, kerana selepas itu, Selangor jatuh ke tangan PKR dalam PRU 2008.

Betullah nasib manusia ini di tangan Allah. Dia juga yang mentadbir. Apabila DSKhir menjadi pembangkang dalam DUN Selangor, banyak pula isu-isu dibongkar oleh PKR. Muncullah kisah busuk DSKhir. Kesian pulak saya membaca dan mendengar berita. Kenangkan nasib beliau. Masa ini, saya kira DSKhir boleh rasa siapa kawan sebenarnya. Di mana pergi mereka yang selalu mengekor. Sungguh malang nasib pemimpin ini. Ada dua perkara yang tentu kita sangat ingat tentang beliau, satu, adalah kisah raut wajah yang berbeza, lebih mulus dan bujur. Kisah ini pun jadi lawak apabila DSKhir beralasan 'banyak makn tempe'. memang lawak. Kedua, beliau menganugerahkan penyapu kepada PBT yang tidak cemerlang dalam satu majlis. Anugerah penyapu itu jadi topik hangat kerana ianya sangat jarang dibuat dan memalukan si penerima.

Mahkamah menolak dan menjatuhkan hukuman itu atas enam ulasan iatu :
Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. (Rujuk http://www.sinarharian.com.my/mahkamah-rayuan-kekalkan-hukuman-penjara-12-bulan-khir-toyo-1.165732).
http://lapanhariseminggu.blogspot.com/2008_02_01_archive.html
Semoga Datuk Seri Khir tabah dan kuat semangat tempuhi dugaan ini. Ini hari jatuh beliau, semoga beliau bangkit untuk pulihkan semua ini. Iktibar kita semua, macam kata pepatah "tupai melompat akhirnya jatuh juga", "Bangau terbang tinggi akhirnya balik ke lumpur", "Waktu naik ke atas jangan lupa rumput dibumi", "ibarat sembunyi bangkai, baunya terhidu juga", "kalau jawa-jawa juga, tempe tetap jadi petua hehehe". 

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...