Jom Kita Jadi Geng

Showing posts with label aswara. Show all posts
Showing posts with label aswara. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

ASWARA: ANDA PILIH MENJADI BERBEZA

Pendidikan seni dan budaya ada masa depan

Oleh KHARIZAL MAT KHALID
"SIAPA itu Kassim Selamat lawyer, hakim, majistret?" tengking Mak Dara kepada anaknya Sabariah. "Tak ibu, ahli muzik," jawab Sabariah. "Memang pantang keturunan aku ahli muzik," pekik Mak Dara kembali.
Babak daripada filem Ibu Mertuaku itu menggambarkan betapa bencinya seorang ibu apabila anaknya memilih bakal suami berlatarbelakangkan bidang seni.
Beberapa dekad lepas masyarakat sememangnya memandang rendah pekerjaan dalam bidang seni kerana mereka dianggap golongan tidak mempunyai masa depan dengan pendapatan yang tidak stabil.
Walaupun kewujudan pelbagai institusi dan pusat pengajian seni di universiti, bagaimanapun hakikatnya ia tidak mudah untuk mengikis stigma negatif tersebut dalam kalangan masyarakat. Namun hakikatnya, hari ini kerjaya dalam bidang seni bukan sahaja menjanjikan pekerjaan tetap bahkan dengan pendapatan lumayan.
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang ditubuhkan pada tahun 1994 antara institusi pendidikan yang melahirkan ramai pakar dalam bidang seni seperti tarian, teater, animasi, muzik dan penulisan kreatif. Bahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menyatakan, bahawa 96 peratus graduan Aswara memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian.
Berkongsi kisah dengan tiga pelajar Aswara, Redzuan Mohd. Fauzi, 20, dari Fakulti Teater, Ean Siew Yieen, 23, (Fakulti Seni Halus) dan Charles Nilberd, 22, (Fakulti Filem dan Video) masing-masing mengakui pernah dilemparkan dengan pandangan negatif mengenai bidang seni.
Halangan keluarga
Hasrat Redzuan contohnya untuk melangkah kaki ke Aswara pernah dibantah keras oleh ibunya, Suraya Salleh. Namun, Redzuan membulatkan tekad untuk mendalami dunia lakonan walaupun hampir setahun ibunya tidak menjenguknya setelah dia mendaftarkan diri di Aswara.
"Takkan kau nak jadi artis sampai kau tua, cuba kau tengok orang lain kerja akauntan, jurutera, doktor, kau ingat jadi artis boleh bagi kau senang ke?" soal ibunya yang tidak bersetuju dengan pilihan Redzuan.
"Saya nak buktikan kepada ibu yang saya boleh jadi sehebat Ahmad Yatim, pelakon dibayar mahal kerana kualiti lakonannya. Walaupun saya tahu masyarakat sekeliling hebat mengecam, namun prinsip saya mudah, usah peduli dengan tafsiran negatif itu kerana menjadi orang berjaya harus melalui pelbagai rintangan," kata anak sulung empat beradik yang berasal dari Negeri Sembilan itu.
Redzuan tidak menafikan buat masa ini dia terpaksa bekerja sambilan sebagai penyanyi, pengacara dan pelakon khusus untuk menampung perbelanjaannya di Aswara. Dia juga bersyukur dengan sumbangan bantuan dermasiswa 1Malaysia berjumlah RM500 daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang meringankan bebannya.
"Setiap persembahan, saya akan memperoleh bayaran antara RM300 hingga RM500, ada juga saya meminjam wang daripada keluarga namun tidak selalu. Apa yang penting saya harus berkorban dari segi tenaga dan wang ringgit demi perjalanan sebagai anak seni," katanya sambil memberitahu hubungan dengan ibunya sudah pulih setelah melihat dia menjayakan persembahan pentas Peniup Seruling sebagai watak utama beberapa tahun lepas.

ASWARA telah melahirkan ramai bakat seni dalam bidang teater, tarian dan animasi.


Impian bergelar pelukis profesional
Siew Yieen pula membuat pilihan menyertai Aswara setelah gagal dalam semua permohonannya ke institut pengajian tinggi awam untuk mengejar impian sebagai pelukis profesional.
"Saya ada memohon di Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa universiti lain, namun tidak diterima. Pada mulanya saya mati akal, namun setelah mencari dalam talian internet baharu saya tahu kewujudan Aswara," katanya yang kini sudah berada dalam tahun tiga.
Siew Yieen turut berdepan dengan tohmahan masyarakat yang mempertikaikan keputusannya menyertai Aswara, walhal dia boleh menjadi guru dengan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang dimilikinya.
"Ada seorang jiran yang sanggup menolong saya bergelar guru, namun saya berkeras kerana tidak meminati profesion itu. Kecenderungan saya adalah dalam bidang lukisan," katanya yang meminati lukisan abstrak.
Filem
Berlainan dengan Charles yang mendapat galakan daripada ibu bapanya, Philip Robert dan Nalinee. Ayahnya ialah seorang pemuzik dan menggalakkannya belajar di Aswara.
"Saya dibiayai sepenuhnya oleh ayah untuk belajar di sini. Ayah tidak kisah walaupun lebih RM3,000 wangnya dihabiskan untuk membiayai pengajian saya yang kini sudah masuk tahun ketiga," katanya yang menuntut dalam jurusan diploma daripada Fakulti Filem dan Video.
"Kalau saya boleh buat filem yang boleh mengubah tanggapan masyarakat kepada bidang seni saya akan buat. Cita-cita saya ingin membawa hasil karya saya ke luar negara untuk dipertandingkan," katanya yang telah mengarahkan dua filem pendek berjudul Let Me Live dan Dreams sepanjang menuntut di Aswara.
Walaupun pelbagai kecaman perlu dilalui Redzuan, Siew Yieen dan Charles, namun mereka percaya masyarakat akan kembali sedar untuk menaiktaraf golongan anak seni setanding dengan pekerjaan peguam, hakim dan majistret. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2shgDznkm 
Hakcipta terpelihara 

Friday, December 13, 2013

KOLUMPO: 3 JENIS BAIK


Ruminah Sidek memang power. Never fail. Energy nya superb.
Kuala Lumpur itu kuala yang berlumpur. Lumpur adalah konotasi kepada kekotoran. Kuala adalah persimpangan dua sungai atau mungkin juga dua arus. Arus itu aliran air yang mengalir yang dibawa bersamanya bermacam-macam benda hidup dan mati. Bila kuala (sungai) berlumpur ia memberi kesan yang lebih berat; suatu perlambangan pada kehidupan yang penuh rencam, di lihat indah tapi sangat hanyir dan tidak menyenangkan bila dialami. Namun manusia suka pada kuala dan sesekali senang dengan lumpur. Walau lumpur itulah yang mempalitkan kekotoran. Tapi manusia di situ percaya mesti ada indah dan mesti ada rezeki di kuala yang berlumpur itu.

Kolumpo adalah nama lain bagi Kuala Lumpur. Ia kata ringkas oleh orang luar. Kolumpo bagi anak muda adalah kota harapan, kota yang membuka banyak sekali peluang. Anak muda dari daerah yang jauh melihat Kolumpo sebagai kota warna-warni, kota batu puncak segala keinginan. Jadi apabila tiga pengarah lulusan akademi Filem Malaysia (AFM) memilih Kolumpo sebagai latar ceritanya, saya yakin ada hal yang mahu didalami. Bront Palarae, Rozi Isma dan Sheikh Munasar cuba menyeberang jalan lain selain dari jalan-jalan yang pernah kita lihat dalam filem sebelum ini. Kolumpo bukan tempat mat rempit, gangster, polis dan penjahat tembak menembak, kisah anak dara kemaruk nak jadi artis atau kisah-kisah korporat yang penuh tipu helah. Kolumpo tidak cuba mendekatkan kita kepada fantasi yang memaksa kita untuk melangkau jauh dari kehidupan sebenar. Tiga pengarah ini cuba menceritakan ada sudut kecil yang terlepas dek mata kita.

Saya lihat ada tiga perkara pokok yang cuba disingkap oleh mereka. Tiga cerita yang membawa tiga perkara tentang Kolumpo. Tentang pertembungan manusia di Kolumpo.

Cerita 1: Baik yang Jahat
Rahul lakonan Azad tiba di Kolumpo dari daerah yang sangat jauh malah dari negara yang punya tamadun besar, India. Rahul terbang bersama harapan menggunung, memasang cita-cita yang tinggi untuk merubah kehidupan. Dia dijanjikan dengan tawaran kerja yang lumayan sebagai penolong pengurus di syarikat grafik, Rama-Rama Graphic. Setibanya di KLIA, Rahul disapa oleh Rahim (Sabri Yunus) yang mengaku bahawa dia orang yang dihantar syarikat. Kemesraan Rahim menambah keyakinan Rahul, bahawa Kolumpo memang untuknya. Namun sesampai di Kolumpo, Rahim rupanya kaki sapu. Rahul ditipu. Rahul tiba di Rama-Rama Graphic dan didapati syarikat itu sudah tutup. Lalu atas pertolongan Uncle. Uncle kemudian menjadi Bossnya apabila dia dijadikan pekerja di restoran. Rahul menganggap Boss sebagai malaikat yang menyelamat dia. Namun semua itu terjawab bila nasib cerita Rahul adalah sama dengan rakan-rakan sekerjanya. Boss yang dianggap malaikat adalah kuasa jahat. Rahul tewas pada cerminan pertamanya, dia tidak kenal Kolumpo.

Bak kata bapak Rohani dalam Madu Tiga "baik ada makna tuu". Saya suka usaha artistik dan pembikinan filem ini. Ia menampakkan sudut-sudut menarik Kuala Lumpur. Menjengah rumah sewa pekerja restoran mamak dan kehidupan mereka. Saya suka Vasu (Mano maniam), awalnya saya berkenan dengan lakonan Azad yang menampakkan warna lain, namun di pertengahan cerita apabila banyak sangat pembawakan komedi, saya jebih saja sebab dia ambil stok lama. Saya kira Azad ada potensi jika dia cuba jadi serius. Pengerjaan Bront sebagai pengarah tidak mengecewakan, mengenali beliau di belakang kamera, saya tahu Bront suka ambil pendekatan ringan walau sebenarnya isu cerita berat.


Cerita 2: Baik yang Bohong
Cerita kedua arahan Rozi Isma. Ia cerita mudah mengisahkan pertembungan dua wanita dalam satu perjalanan. Nell Ng sebagai Gienna dan Ruminah Sidek sebagai Nek Wok. Saya kira gandingan mereka ini satu chemistry yang menjadi. Gienna seorang andartu yang bekerja sendiri yang saya kira berjaya (melihatkan kepada jenis kenderaan yang dipandu). Dia wanita yang 'confused' yang tidak erti mengatakan tidak, membuat perkara yang disuruh dan memilih diam jika enggan lakukan. Satu hari waktu menghantar anak buahnya dia bertembung dengan Nek Wok yang minta dibawa ke Ampang. Bermulalah perjalanan Gienna dan Nek Wok. Matlamat Gienna adalah menghantar Nek Wok balik. Tidak banyak bicara antara mereka, sesekali Gienna bertanya arah tetapi Nek Wok asyik mengulang soalan "Nama siapa, tinggal mana, dah kahwin ke belum, kerja apa, bapak masih hidup?" sehingga menimbulkan misteri. Nek Wok semacam pasti jalan ke rumahnya di Ampang dari cara dia gambarkan, tepi lombong dan ada pokok tebu kemudian bertukar ke Setapak.

Bermacam jalan, lorong dan simpang dilalui mereka berdua. Ia perjalanan dua wanita berbeza latar. Dua generasi yang bertembung. Gienna yang berkonflik dengan diri sendiri, yang belum berkahwin dan selalu mengelak bercakap dengan ibunya (saya kira mengelak diaju soalan yang sama). Dia  terperangkap dalam konflik Nek Wok, Nek Wok wanita Banjar yang hidup lama di Kuala Lumpur, yang menolak pembangunan dan merasakan itu kejahatan yang mengganggu kehidupannya. Nek Wok membohongi Gienna dan membohongi realitinya dek kerana keengganan menerima perubahan. Nek Wok sebenarnya tidak menipu hati dan ingatanya pada kehidupan lampau dengan rumah yang bertanah dan berhalaman. Konflik antara Nek Wok dan Gienna menemukan jalan keluar yang membuka mata Gienna. Gienna harus berpatah balik pada asas hidup yakni kasih sayang.

Cerita kedua ini yang terbaik. Syabas Rozi Isma. Ia mencuit hati saya. Hal menolak pembangunan dan mangsa pembangunan memang kisah lapuk yang dilalui semua orang. Tapi kisah manusia yang terperangkap dalam nilai dan kemanusiaan adalah menarik. Kisah pertembungan dua generasi dan dua bangsa yang akhirnya bertemu pada titik yang sama, saya kira ia satu mesej yang cukup besar. memang lumrah dalam hidup, apa yang ditentukan tuhan pasti ada hikmah dan rahmatnya. Satu saja yang saya belum boleh terima dalam cerita ini, apakah begitu mudah kita membawa masuk 'stranger' yang 'weird' ke kereta?

Cerita 3: Jahat yang Baik
Arahan Sheikh Munasar ini berpusat pada watak Hafid (Amirul) yang sangat prejudis. Yang suka menghukum sebelum menilai. Hafid adalah budak baik yang berkonflik dengan diri sendiri, selalu berperang dengan itu-ini yang sebenarnya bersarang dalam fikirannya sahaja. Hafid mendambakan seorang teman wanita tetapi dirinya keliru apakah ada gadis yang mahukannya. Apakah orang sepertinya disukai gadis kerana dia bukanlah seperti pemuda lain yang melepak, main bola, minat muzik dan sebagainya. Dia rasa dia lelaki yang sepi yang terasing dan tidak seperti kebiasaan remaja lain. Dia rasa dia lelaki yang sudah terajar dengan hukum baik buruk, boleh tidak, hitam putih dan nakal itu salah. Hafid awal-awal lagi sudah menghukum dirinya. Dia menolak keistimewaan dan perbezaan setiap orang.



Bila datang ke Kolumpo, Hafid dikelilingi dengan semua itu. Nalurinya kata mahu tapi dirinya menolak. Sehinggalah di suatu malam dalam perjalanan pulang dia bertembung dengan Siti Nur Hayy (Sharifah Amani). Desakan Hayy memaksa Hafid merelakan dia menemani Hayy sepanjang malam itu. Hayy yang manja keletahnya dan berani approach bukanlah ciri-ciri digemari Hafid. Itu gambaran gadis kurang bagus baginya. Namun Hayy mambawa Hafid melalui jalan-jalan yang belum ditempuh Hafid. Hayy menemukan Hafid dengan dua tiga jenis manusia. Yang pada mata Hafid buruk tapi Hayy membuka pandangan hafid pada kacamata yang berbeza. Memandang positif sebelum menghukum. Tidak salah mencuba, jangan kata tidak jika belum mencuba. Itu antara erti dalam bicara Hayy. Hafid pelik lihat kesungguhan Hayy membantu Sherry (Sherry Al-Hadad- love you) yang terbaring mabuk tepi jalan dan janggal dengan kemesraan Hay dan Nurul Atiqah Abdul Rahman (Fairuz Tauhid - love you). Dua watak itu bagi Hafid ada kejahatan. Tapi Hayy membuka hijab Hafid melihat manusia dalam manusia. Hayy hilang dari Hafid di satu perhentian. Dalam sebuah LRT Hafid memberanikan diri, menyapa seorang gadis. Dia sudah menyerap pesanan Hayy 'tidak salah mencuba'.

Cerita ini mengungkap kejahatan dalam baiknya manusia itu. Manusia jahat bila lekas menghukum dan meletakkan dosa pada manusia lain. Hafid itu baik tapi fikirannya jahat dek asuhan dan prasangkanya. Dia menyamaratakan manusia walhal hati dan keimanan manusia berbeza-beza. Saya suka lakonan Amirul, terjaga sekali kekeliruannya. Dia jadi sangat naif. Walhal saya belum pernah lihat Amirul mainkan watak sebesar ini (dia ni budak ASWARA). Dia banyak kerja belakang tabir. Saya pernah panggilnya James Dean. Hari tu saya bersembang dengan kawan, dia kata cerita ini sebenarnya kisah pengarahnya. betulkah Mun?

Akhir kalam, memang Kolumpo menghidangkan sesuatu yang berbeza. Ia semacam ada usaha macam filem Cinta - Kabir Bhatia atau filem arahan Robert Altman 'Short Cuts 1993' tapi tidak sampai ke situ lagi. Ini baru permulaan. Saya sangat tertarik dengan pilihan pelakon, ensembel yang baik yang menghimpunkan wajah-wajah kurang popular tapi berkesan. Kalau KIL tampilkan Anne James, Kolumpo bawa masuk Mano dan Nell Ng yang sudah teruji di pentas teater. Watak kaum Cina dan India tidak dibiarkan stereotype adalah usaha membina jambatan sebuah filem Malaysia. Seorang kawan berbangsa India selalu menyindir saya, dia selalu cakap "kalau ada watak security guard panggilah saya". Betapa klisenya filem kita bila kita bahagikan watak mengikut keturunan - jeliknya bila cina selalu jadi tauke jahat kongsi gelap.

Monday, November 4, 2013

MENUNGGU LAMPU HIJAU


Monodrama Menunggu Lampu Hijau tamat petang semalam. Saya kira ia berjaya setelah sekian lama tidak ada projek monodrama di ASWARA. Naskhah yang ditulis oleh penulis tersohor dan juga penerima Anugerah SEA Write Award 2008, Dr Hatta Azad Khan jadi signifikan kepada bentuk teater hari ini. Dr. Hatta saya lihat cuba mendekati khalayak baru melalui bentuk sebegini. Seperti kita ketahui beliau adalah Rektor ASWARA dan bekas Ketua Pengarah Istana Budaya serta pernah mementaskan teater di panggung bertaraf dunia itu. Jadi bila beliau pilih teater kecil seperti blackbox, saya kira ini langkah orang hebat berstrategi baru.

Jika dilihat kepada perkembangan teater hari ini, khalayaknya sudah berbahagi-bahagi. Kalau dahulu kita ada kelompok teater Inggeris dan Melayu (siapa yang pecahkan begini saya tidak tahu, walhal kalau namanya teater ia tetap teater). Tapi mutakhir ini, sejak Istana Budaya (IB) muncul dengan imej prestij dan hi-tech, lalu teater-teater kecil bermain di pinggiran. Ketika IB merancang membangun khalayak teater dengan cara mereka, membawa selebriti dan mengangkat citarasa muzikal ke pentas, rupanya ramai yang berubah angin kembali kepada bentuk biasa 'straight theatre'. Lalu premis teater Stor DBP, Blckbox ASWARA, Blackbox Map, Pentas 2 KLPac, PJLArts dan terbaru DPAC mula memancing perhatian. Produksi-produksi kecil tumbuh dengan subur sekali, malah mereka ada 'followers' yang bukan calang-calang yang terdiri daripada anak muda yang berpelajaran. Maka kelompok ini seolah tidak lagi hairan dan endah dengan pentas IB. Mereka tidak lagi wujud dalam kelompok Ingerris atau Melayu, tapi wujud sebagai kelompok ikut aliran. Bagi mereka, berkarya itu lebih mustahak. Apatah lagi mementaskan teater sudah jadi mahal, mana ada lagi produksi mega yang aktif pentaskan teater seperti dalam tahun-tahun 1990an. Dek kerana mahallah kat IB pun ada banyak konsert kerana itu lebih untung.

Berbalik kepada Menunggu Lampu Hijau (MLH) lakonan Sharul Mizad Asaari atau Eijat ini, ceritanya agak mudah. Secara dasar kita fahami ia berkisar soal poligami dan hubungan suami isteri serta kisah manusia dengan perkahwinan. Secara permukaannya kita dapat menelah konflik manusia dengan manusia dan manusia dengan dirinya. Bukhari yang berhadapan statusnya sebagai lelaki bujang yang belum berkahwin di usia 45 tahun, dikelilingi oleh mereka yang memiliki ragam berkeluarga. Mentornya Profesor Syed Mahfuz yang taat kepada isterinya Syarifah Edora walaupun punya niat untuk tambah pasangan. Manakala abangnya Ahmad Bakti beristeri empat yang kesemuanya bekas ibu tunggal dan ibubapanya yang rukun berumahtangga tetapi rupanya ada rahsia yang mengejutkan. Tambah mengejutkan, Syed Mahfuz peroleh lampu hijau tiga hari sebelum kematiannya hingga membawa kepada Bukhari menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Syarifah Edora. 'Twist' cerita yang disampaikan menarik dan ada kejutannya. Apa pula isu dan hal yang tersembunyi dibalik cerita MLH ini? Saya kira hal besar dalam cerita ini adalah Ego lelaki, keinginan yang berpusat pada satu wanita. Ada banyak jalan menuju keinginan itu cuma tergantung kepada pilihan, sama ada mahu ikut aturan atau langgar di mana akhirnya detinasi tujuan tetap sama Wanita.  Tiga watak lelaki iaitu Syed Mahfuz, Ahmad Bakti dan Bapa Bukhari memperlihatkan tiga jenis contoh di hadapan Bukhari bagaimana mahu memiliki wanita namun Bukhari menemui dengan cara berbeza.

Sebenarnya menunggu lampu hijau dalam realiti adalah kejadian hari-hari. Bagaimana manusia memenuhi kehidupannya. Menyiapkan tugasan atau melaksanakan tanggungjawab. Ia juga seperti kita yang berdepan dengan banyak jalan, mahu yang 'short cut' atau mahu ikut 'highway' atau 'ikut saja jalan jauh yang berliku. Ketiga jalan itu punya tujuan yang sama tapi ia tentu sekali beri pengalaman yang berbeza. Dalam hidup hari ini, di mana-mana pun orang berpolitik. Sering kita jumpa kaki kipas untuk memanjat naik ke jawatan tinggi, sering juga kita jumpa orang yang 'high passionate' buat kerja macam nak mampus, siang malam kerja tapi menunggu berbelas tahun untuk naik satu tangga. Dan kita juga selalu jumpa orang yang buat apa saja kerja untuk mewah yang penting ada kereta, gadget mewah, rumah besar dan segala macam kesenangan hingga tidak endah lampu mana yang dilanggar asalkan tujuan capai lalu terjunlah dia dalam rasuah, khianat, tipu, jatuh menjatuh, perah keringat dan segala macam hal yang menolak hak orang. Dunia hari ini sudah tunjuk macam-macam, orang sanggup jual maruah pun untuk jadi terkenal.

Lakonan Eijat saya anggap hebat. Membawa 12 watak bukan senan apatah lagi berada seorang diri di pentas selama 90 minit. Tenaga mana yang dijana Eijat hingga begitu bagus. Biasa saya lihat 45 minit pun cukup lama apatah lagi 90 minit. Ia taraf superactor. Memang ada sana-sini kelemahan di pentas bila Eijat mahu bezakan satu watak dengan watak yang lain apa tah lagi wujud pertindihan dialog antara karakter. Kelam kabut jugalah Eijat mengubah ikatan selendang untuk identitikan watak empat isteri itu. Bagi saya, MLH berjaya kerana lakonan baik Eijat. Dia menghantar imaginasi yang bagus sekali. Kita boleh membayangkan bagaimana Kak Rogayah yang tidak digemari Bukhari. Watak super ego Syed Mahfuz yang tidak mahu mengaku dia takut bini dan watak Bapa Bukhari yang mengandung 1001 misteri. Menarik sekali cara Eijat bermain yang saya kira ini memang makanannya. Saya anggap Eijat antara pelakon pentas terbaik masa kini. Sudah berapa monolog dan monodrama dia main dan tidak mengecewakan. Saya ingat lagi lakonannya dalam Lembu yang saya kira itu masterpiecenya. Begitu juga lakonannya dalam Proses berganding dengan Juhara Ayub. Jadi bila Dr.Hatta pilih Eijat memainkan MLH, ia adalah pilahan yang tepat. Eijat merealisasikan tuntutan lakonan lelaki tulen dan menepati tuntutan watak perempuan. Itu sudah cukup hebat kan?

Pengarahan Dr.Hatta tidak kompleks. Banyak kali lampu gelap cerah bagi membataskan segmen. Di mana di skrin boleh kita baca babak-babaknya. Penggunaan set ruang tamu dan ruang pejabat sudah cukup mudah berbanding hanya bongkah atau sebuah kerusi sahaja. Jadi kerja mencipta premis dan mengatur adegan jadi lebih mudah.

Syabas juga diucapkan kepada tenaga produksi yang terdiri daripada anak-anak ASWARA. Kemas dan tersusun caranya. Selalulah berproduksi begini ya, Berbayar atau tidak keinginan berteater itu harus selalu diserlahkan pada tahap yang tinggi. Kalau bermalas-malasan tidak boleh jadi orang teater. Cuba belajar dari Eijat, dia punya banyak sejarah.

Saturday, October 26, 2013

RAJA MUDA HAMLET


Sebelum terlambat elok saya war-warkan mengenai pementasan Bangsawan Raja Muda Hamlet yang kini sedang berlangsung di Panggung bandaraya mulai 25 - 27 Oktober 2013, jam 8.30 malam Tiket RM5 sahaja.

Saya galakkan anda pergi menonton kerana beberapa perkara:

a. Ini naskhah William Shakespeare yang diangkat ke pentas tradisional. Bukan selalu. Naskah klasik ini masih relevan dengan masyarakat hari ini.

b. Teater ini masih mengekalkan hampir sebahagian besar dialog yang diterjemah ke Bahasa Melayu.

c. Semua graduan dan pelajar ASWARA, mungkin tiada nama tapi bakat yang hebat. Opps.. ada Sherry Al-Hadad dan kumpulan Kelawak.

d. Extra turn tidak wujud seperti mana biasa, ia masuk antara babak dan berkaitan dengan babak. Ini eksperimen.

e. Lagu Biarlah Rahsia dipersembhakan oleh Dewi Mentor dan Siti Mariah dalam versi klasikal.

Jadi, esok pergilah ke Panggung Bandaraya ya, anda yang jadi juri sama ada ia bangsawan atau sebuah klasikal. Pengarahnya Sharul Mizad, kerjanya sangat awesome!

Wednesday, July 31, 2013

TAWARAN BIASISWA ASWARA


Peluang terbaik bagi mereka yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang seni persembahan. ASWARA kini membuka peluang kepada mana-mana calon yang cemerlang di dalam SPM dan STPM untuk memohon Biasaiswa pengajian. Jadi, untuk maklumat lanjut sila baca iklan di atas dan hubungi www.aswara.edu.my 

Monday, June 24, 2013

TARI'13: INTERNATIONAL DANCE FESTIVAL @ASWARA

dance by Nyoba Kan


ASWARA kembali membawa satu festival tari bertaraf antarabangsa. Festival ini diberi nama Tari'13 sempena tahun 2013. Festival ini telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1994 dan mendapat respon yang membanggakan pada tahun-tahun selepas itu. Ia menjadi salah satu kalendar aktiviti tari yang penting di rantau ini, memandangkan festival menghimpunkan koreografer, kumpulan dan aktivis tari penting dunia. Malah ianya dianjurkan dengan tema berbeza di mana tahun ini temanya 'Dancing Across Borders'. Syabas diucapkan kepada Fakulti Tari ASWARA dan Kementerian Kebudayaan atas inisiatif menghidup dan menempatkan Malaysia sebagai salah satu destinasi Tari penting Asia. Dengan jumlah graduan tari yang ramai dan beberapa orang telah mencipta nama di persada seni, kali ini pastinya Fakulti Tari sangat bersedia untuk mempamerkan yang terbaik.  Syabas Dr. Joseph Gonzales dan teamnya.

Tari ‘13 – Dancing Across Borders
8th INTERNATIONAL DANCE FESTIVAL@ASWARA

The 8th Internal Dance Festival is here again after a 7-year hiatus. The eight edition will bring respected members of the international dance fraternity to Malaysia in an intense days of dance. The artists from abroad together with 24 young artists and their groups will focus on the various interpretations of the theme “Dancing Across Borders”. This relates to current trends in contemporary dance - implying to work between genres within dance, across artistic disciplines, beyond political borders of nations, within collaboration laboratories and through various artistic expressions. The Festival intends to create a network of dance artists and arts institutions that helps to build meaningful relationships that will serve as the foundation for all types of cooperation. This program is especially useful for young artists as they attempt to carve a niche for themselves in an increasingly challenging artistic environment.

The arts, and dance, has undergone transformations and mutations that are culturally-specific to each region such as Buto in Japan, Javanese understanding of the word contemporary, and so on. This Festival will be a treat for Malaysian afficionados.

Tari ‘13 will comprise the following components:-
i. 4 Nights of Main Performances
ii. 12 Masterclasses
iii. 2 Round-table discussions
iv. Work-in-progress BOW Artists
v. 3 Showcases comprising 24 dance pieces


Main International Performances include:
Riki Von Falken (Germany); Un Yamada (Japan); Amrita Performing Arts (Cambodia); Frontier Danceland (Singapore); Eko Supriyanto & Jailolo Solo Dance Studio (Indonesia); Pichet Klunchun Dance Company (Thailand), UPDC (Philippines), Body EDT (Taiwan), a showing of the BOW Artists Project (USA/Malaysia) as well as renowned Malaysian companies ASWARA Dance Company, Sutra Dance Theatre, Dua Space Dance Theatre, Nyoba Kan and JKKN Dancers.

Date: 3-7 July 2013 (10.00 a.m. – 10.30 p.m.)
Venue: ASWARA, 464, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-269755313/019-2319179

Schedule and Tickets: Click the Photo below:

HANAFI JUARA MY EKSPRESI 2013



Tahniah Mohd Hanafi Rosdi kerana muncul sebagai juara My Ekspresi musim pertama. Program realiti yang mencungkil bakat koreografi ini, ternyata membawa tuah kepada Hanafi. Anak kelahiran Terengganu yang mengembangkan bakat tarinya melalui aktiviti di Taman Budaya sewaktu sekolahnya kemudian menyambung di Aswara selama 6 tahun untuk memiliki diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama. Sepanjang di Aswara, Hanafi menunjukkan potensi yang baik, meneroka tari dalam pelbagai sudut, menjayakan teater traisional dalam semangat tradisi yang baik, aktif di dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ASWARA di dalam dan luar negeri. 

Dalam keluarga Hanafi, hanya dia yang menunjukkan potensi dan kecenderungan yang tinggi dalam seni. Berbeza dengan abangnya, yang menganggotai pasukan lumba basikal Terengganu. Saya sempat berkunjung ke rumah Hanafi di Kuala Terengganu, masa itu, kami satu bas dijamu masakan ibunya, rumahnya yang kecil menjadi sendat sesendatnya, sehingga melimpah ruah ke luar rumah, namun keramahan ibunya membuatkan kami rasa berbesar hati. Saya kira keluarga Hanafi sangat menyokong penglibatan Hanafi dalam seni tari. Jika difikir bukan mudah, sebuah keluarga Melayu sepert keluarga Hanafi, untuk melepaskan anak lelaki menceburi bidang tari. Bidang yang rata-rata dianggap tidak maskulin dan belum begitu maju di Malaysia. Malah kita tidak ada industri tari pun, jadi peluang kerjaya dan prospeknya sangat kecil. Tapi, keluarga Hanafi tidak melihat itu, mereka melihat kecenderungan dan keinginan Hanafi. Dan itu dibuktikan oleh Hanafi.

ASWARA mencungkil bakat Hanafi semaksima
Masa Hanafi mula jejak di ASWARA, saya memang berteka teki, habiskah budak ni? Betulkah dia nak menari? Bolehkah dia maju dan jadi hebat dalam tari? Mesti dia akan end-up dengan jadi penari 'carma' sahaja. Saban hari saya lihat dia membesar. Melalui didikan dan bimbingan fakulti, khususnya hubungan baik Hanafi dengan Joseph Ganzales, saya dapat rasa kesungguhan Hanafi terserlah. Memang saya akui di ASWARA, ada beberapa pelajar tari yang lebih hebat dari Hanafi, namun usaha dan kerajinan itu boleh memajukan seseorang. Jika ada bakat tapi tiada kerajinan, ia tetap tidak berkembang. Joseph selalu bercerita hal ini, tentang potensi anak muridnya. Namun saya kira Hanafi tergolong dalam kelompok penari yang kuat, berprestasi tinggi, menguasi banyak stail tari dengan baik dan kerana itu jugalah Hanafi dipilih menganggotai ASWARA Dance Company.

Sewaktu majlis meraikan kejayaan Hanafi dan rakan-rakan
menjuarai Tari WCOPA
Hanafi punya personaliti yang menyenangkan. Mudah untuk diajak bekerjasama. menghormati guru dan menghormati rakan. Dia ada keupayaan memimpin bila kita lihat cara dia berkarya. Sikapnya yang menyenangkan semua orang, memudahkan ia diterima dan menyertai kerja-kerja di bawah koreografer yang berwibawa. Sikap inilah yang menguntungkan Hanafi. Bila saya tanya kenapa tidak sebut bahawa dia adalah salah seorang yang bawa pulang emas terbanyak di WCOPA pada tahun 2010, dia minta supaya tidak diceritakan. Walhal Hanafi dan 3 lagi rakannya telah mengangkat Malaysia sebagai Juara Dunia kategori Tari mengatasi pencapaian Malaysia sebelumnya. Hal ini berbeza dengan salah seorang peserta My Ekspresi, yang secara terang menyebut kejayaan membawa pulang 1 emas dan beberapa gangsa . Sikap Melayu yang rendah diri itu masih menebal dalam diri Hanafi. Sikap begini sudah tidak lagi sesuai dalam bidang seni persembahan hari ini, kalau kamu ada 100 award maka sebut dan senaraikan award itu, biar dunia tahu dan kagumi pencapaian kamu walaupun award itu datangnya dari pertandingan peringkat kampung.

Hanafi dan rakan-rakan dalam persembahan kontemporari India

Hari ini, Hanafi bergelar juara My Ekspresi. Saya dan anda pasti ingin melihat apa lagi yang mahu dicapai oleh Hanafi. kecenderungannya menghasilkan koreografi yang disebut Dancefilm, saya kira satu usaha yang masih asing di Malaysia. Beberapa koreografi telah dihasilkan Hanafi, dan kebolehannya meningkat dari satu projek ke satu projek. Ini saya kira memang karyawan harus berkarya berterusan, riwayatnya menjadi panjang apabila dia sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk diteroka. Hanafi sudah memasuki fasa berbeza, meninggalkan rakan lain yang masih bekerja menggunakan medium pentas semata. Jadi saya kira, ada harapan untuk kita lihat Hanafi di masa depan. 

Dancefilm by Hanafi - Keranda Untuk Adinda

Kejayaan Hanafi dalam My Ekspresi adalah bukti bahawa ASWARA adalah institusi terbaik menghasilkan karyawan seni. Tiga tempat terbaik dalam My Ekspresi disapu ASWARA. Apabila objektif My Ekspresi untuk mencari koreografer yang seimbang antara tradisional dan kontemporari, maka tiada lain tempatnya, ASWARA lah kilang yang mengeluarkan produk itu. Saya dengan bangga menyebut perkara ini, kerana ASWARA satu-satunya institusi yang bersungguh-sungguh melahirkan pelajar yang seimbang, yang kenal dan menghayati seni tradisi, yang tidak mahu berkompromi dengan keengganan banyak pihak yang menolak  mempelajari seni tradisi. ASWARA menyakini bahawa walau siapapun kamu, apapun impian kamu, apapun jadinya kamu diluar nanti, pelajar perlu tahu dan kenal seni tradisi. Dan kerana itulah, ASWARA tidak boleh berada di bawah payung yang lain selain kebudayaan, hanya payung ini sahaja memahami dan mengangkat keperluan kenapa ASWARA perlu berwajah seperti hari ini. 

Tahniah Hanafi, awak membanggakan. Tahniah juga Nazri dan Kamaluddin kerana turut memberi keyakinan kepada Malaysia bahawa ASWARA telah melakukan perkara yang betul. Tahniah juga untuk Tang Sook Kuan kerana berada di platform yang terbaik (hati saya berkata, Tang ni kalau di KL tentu banyak sekali  peluang dan pencapaian yang dia boleh dapat).


Friday, June 14, 2013

AKTRES BARU NAIK DAUN

Baiklah kali ini, saya nak bagi isyarat AMARAN! kepada aktres-aktres yang sedang memegang tampuk heroin drama-drama di TV. Jika anda semua tidak bersedia, asyik menjual cerita-cerita murah tapi bakat tak berapa cukup, awas.... kerana beberapa aktres baru yang sedang mekar akan mengambil alih bila-bila masa sahaja. Saya tulis entri kali ini, selepas melihat penangan graduan atau bekas pelajar ASK/ASWARA yang kian ramai mengisi dan memenuhi peranan-peranan dalam filem dan drama tempatan. Kehadiran mereka ini memberi impak yang cukup positif. 

Mungkin tulisan saya ini, seperti tidak adil kepada pelajar IPT lain dan juga kepada  sesetengah graduan atau pelajar ASWARA/ASK tetapi, seperti tertera di bawah banner blog saya iaitu " Ini catatan dari fikiran dan pengamatan peribadi" jadi janganlah marah ya.  Bukanlah bermaksud hanya mereka yang saya senaraikan sahaja yang bagus, sebenarnya yang tiada dalam senarai ramai yang bagus, cuma mereka yang saya sebut ini telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi di dalam memajukan karier mereka sebagai pelakon. Mereka tidak berhenti mencari peluang, yang kini menampakkan keberhasilannya. Mereka ini saya anggap adalah pelakon pelapis kelahiran ASK/ASWARA selepas sekian lama ruang itu ditinggalkan oleh Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli. Walaupun sesekali pernah nama-nama seperti Yuni Norleity, Mardiana Ismail dan Suhaila Sulaiman mendapat tempat. tetapi tetap nama Juhar dan Zizi disebut. 

Nama-nama dan wajah di bawah ini adalah mereka yang perlu diberi perhatian oleh produser dan pengarah drama, filem dan teater. Ketrampilan mereka bersama pakej yang baik. Bukan rupa semata tetapi bakat dan kebolehan yang diperlukan industri.


Amira Rosli: Nama penuhnya Amira Izzati Rosli, masuk ke ASWARA dengan kebolehan yang sederhana namun dia mekar kemudiannya. Biasalah dalam mendidik kita selalu jumpa anak macam Amira. Semasa mula jejak ASWARA dia baru mengenal dan cuba fahami lakonan. Apabila sudah dapat ilmunya, Amira sudah tidak menoleh ke belakang lagi. Dengan kelebihan pada wajah yang menawan dan cukup sopan santun, Amira kini menjadi pilihan Mior Hashim Manap. Sudah 3 drama di TV Hijrah, Amira memegang watak utama. Tentu sekali pengikut drama Islamik patuh syariah mengingati Amira sebagai Balkis. Dan tentu sekali anda perasan lakonannya dalam drama Jodoh (bersama Scha) dan sebagai adik Nasha Aziz dalam Supermak. 


Nad Zainal: Tak perlu saya perkenalkan. namanya kini meniti bibir. Drama Memberku hawa, Elie&Epit, Bukan Bidadari dan banyak lagi drama telah meletakkan Nad sebagai pelakon yang paling sibuk dewasa ini. Pemilik nama Farah Nadia ini, semasa di ASWARA lagi sudah menunjukkan potensi sebagai heroin. Dia berpengalaman dalam teater makyung, teater klasik dan beberapa produksi yang menguji kebolehannya termasuklah TANDA keluar Rumah Anak Teater. Tak perlulah saya tulis panjang tentang Nad, cerita tentangnya kian banyak di dada media. ABPBH baru ini dia masuk top 5 Artis Baru. Good Job Nad!


Mardiana Alwi: Semasa dia di tahun pertama Diploma, dia sudah memikul peranan utama dalam Muzikal Kesuma. Bakatnya yang besar dalam tiga bidang seni persembahan memberi 'advantage' kepada Mardiana untuk meneroka banyak peluang lakonan. Dia pernah mendapat Tempat ketiga Bintang Asli kebangsaan dan menghasilkan single di bawah penerbitan Julfekar. Bakat tariannya juga baik. Tetapi kini Mardiana banyak menumpukan kepada karier lakonan. Kini sedang hangat dengan telemovie Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman. Mardiana juga adalah pelakon utama dalam teater Intan Tercanai arahan Noordin Hassan, berlakon bersama Ogy Ahmad Daud, Juhara dan Norzizi. Lakonannya dalam bangsawan memang cukup kena dan memikat sekali. Itu semua kerana kemampuan nyanyian lagu tradisional, tarian dan lakonan yang sarat Melayunya.



Aishah Hoo: Dia punya banyak potensi. Semasa di ASWARA, Aishah memang komited pada pengajiannya. Dalam projek akhir diplomanya, dia memilih untuk dinilai sebagai Sinografer. Tetapi selepas tamat pengajian, ternyata Aishah banyak mengembangkan kerjaya lakonan di samping menyelesaikan pengajian ijazah dasarnya di UM. Kini Aishah boleh ditonton dalam drama Tanamerah yang ditayangkan di NTV7. Dia memainkan watak utama. Bebarapa drama lain yang memberi ruang dia menampilkan lakonan ialah Anak Ponti dan Kampus. 




Sherry Al-Hadad: Pada fizikal memang ramai yang akan anggap dia bukan calon heroin. Sherry adalah lulusan Ijazah ASWARA yang memiliki banyak topi dalam seni persembahan. Ini semua kerana sikapnya yang tidak menolak jika diberi kerja. Bakatnya sebagai pelakon sangat terserlah apatah lagi lakonanya bersahaja tapi sarat emosi. Sherry boleh bertindak sebagai stage manager, pengacara, penolong pengarah dan kini sering menjadi pengurus produksi untuk Revolution Stage. Secara peribadi saya anggap Sherry adalah gifted - born with it. Dia sangat bagus dalam komedi dan sangat ekspresif dalam drama. Ingat tak lakonannya sebagai Mak Chah dalam drama Ramadhan tahun lepas. Pendek kata, dia boleh switch on-off character secara spontan . Suaranya dipinjam untuk iklan dan filem alihsuara. Love u Sherry.



Najua P.Ramlee: Yang ini saya rasa dia sudah disebut orang. Mungkin kerana ada nama P.Ramlee dihujungnya. Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ini, harus berbangga kerana mewarisi bakat besar dalam lakonan dan nyanyian. Anak Rashidah Jaafar dan Allahyarham Nasir P.Ramlee ini, semakin rancak mengisi persembahan pentas. Kebolehannya menyanyi dan berlakon secara spontan banyak membantu penampilannya di pentas. Mungkin dia bukan calon heroin kerana kegempalannya. Tapi industri harus berubah untuk membuka peluang kepada bakat seperti Najua dan Sherry. 


Ada bebarapa nama lagi yang saya kira perlu bekerja keras untuk mendapat tempat di dalam industri tempatan. Persaingan dengan pelakon-pelakon baru yang tumbuh macam cendawan ini, perlu diatur dengan baik oleh para lulusan ASWARA. Mereka perlu tumpukan pada bakat dan tidak menjerumuskan diri dalam isu dan karenah yang membias kebodohan diri. Tak perlu nak rakam video cerita pasal seluar dalam colour apa bagai ya. Saya percaya, jika ada impian dan ditambah dengan azam dan usaha, Insyaa Allah, akan datang tuahnya. Cuma lambat atau cepat sahaja.

Jadi, untuk produser di luar sana, apa lagi... carilah mereka dan ukur kebolehan mereka. Sama-sama kita tengok nasib mereka dan doakan kejayaan mereka. 

Wednesday, June 12, 2013

ASWARA MULA SEPTEMBER


Saya nak khabarkan kat seluruh rakyat Malaysia bahawa Akademi seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), baru sahaja mengubah kalendar akademiknya. Ia bertujuan untuk seragamkan dengan lain-lain universiti di bawah Kementerian Pendidikan. Kebiasaannya ASWARA membuat pengambilan baru pada setiap bulan Julai. Tapi mulai sesi 2013/2014, Sesi akademik akan bermula pada 8 September 2013.

Bagi calon-calon pelajar yang akan sambung belajar di ASWARA, jangan keliru ya. Anda akan dimaklumkan melalui surat tawaran bila dan di mana pendaftaran akan diadakan. 

Harap maklum.

Sunday, May 26, 2013

MAKYUNG ASWARA: HEBATNYA ASMARA

Makyung Jaeynah Sangdoa ,Pattani while they're performing in Bangkok 2011


Masih lagi berkenaan makyung. Hari tu berlangsung persembahan Makyung Sultan Permadi, tamat sehari sebelum hari PRU13. Cerita yang dipersembah bukanlah dari cerita pokok tetapi cerita rekaan yang disesuaikan dengan ciri rangka persembahan makyung. Menarik persembahannya namun apabila cerita rekaan, saya kurang rasa daripada segi authentiknya watak dan nama yang dilakon berbeza dengan cerita dari 12 cerita pokok, yang apabila disebut nama seperti puteri gerak petera atau Raja Tangkai Hati, bunyinya seperti ada semangat berbanding nama Sultan Permadi, Sindo atau Raja Laksana misalannya. 


Tinggalkan soal itu, ASWARA menjadi satu-satunya institusi yang serius menjadikan makyung dan beberapa kesenian tradisional yang lain sebagai 'core' dalam pengajiannya. Keseriusan ini cuba disahut oleh beberapa IPT yang lain, namun ia seperti melepas batuk ditangga sahaja. Mungkin kerana itu jugalah memang ASWARA harus kekal di bawah kementerian kebudayaan. Tapi itulah yang saya lihat, kerna cara dianjurkan kursus itu macam biskut...sekejap ada sekejap hilang. Memang belum terlihat dari kalangan graduan ASWARA yang menjadi tokoh besar makyung namun usaha ASWARA ini, saban tahun mengeluarkan lebih 100 graduan diploma (sehingga kini hampir 1000 orang lahir dari ASK_ASWARA)  yang telah melepasi kursus-kursus seni tradisonal ini dilihat sebagai satu usaha yang kita sebut melestarikan intagible heritage dan kerana itu pun tujuan ASWARA ditubuhkan. Bila ada pihak yang mahu bersilat dalam soal menetapkan kepentingan kursus tradisional ini dalam pengajian, ASWARA masih yakin dan percaya bahawa melalui subjek ini, pelajar tak kira bangsa apa sekalipun mempelajari, menghayati dan memiliki sikap menghormati seni budaya. Sifat kesenian ini yang tidak statik ini membolehkan generasi bersilih ganti mengenal kehalusan budaya bangsa... hanya mereka yang buta sahaja tidak melihat seni begini.

Sila baca tulisan Suzieana Uda Nagu ini...terima kasih atas tulisan dan sokongan pada kesenian makyung.


THE PERFORMING ARTS: At the circle of Makyung
By SUZIEANA UDA NAGU | suzie@mediaprima.com.my 

DEVELOPING AN APPRECIATION: A 400-year-old art form on the verge of extinction lives on through Generation Y at the National Academy of Arts, Culture and Heritage. A GROUP of young men and women dressed in ancient regalia appeared from behind a stage at the sound of a poignant melody coming from the rebab — a two-string bowed lute. Forming a circle, they swayed to the tempo of the tune before sitting, facing the rebab player. A male lead character then began singing in tune with the rebab in Kelantanese dialect. His authentic Kelantanese accent belies the fact that Sabahan Abdul Hanif Ag Abdul Latip had only learned to speak in the dialect recently.



“I had many teachers from Kelantan at my secondary school. I could not understand the dialect initially but got used to it after coming to Peninsular Malaysia to study,” he says. He perfected his accent from imitating native speakers. Learning Makyung (also Makyong) songs was the hardest for the aspiring actor but he was determined to do his best. “If you have the chance to learn Makyung, you should stay true to its original form,” he says. Abdul Hanif, a Theatre major, is among the 95 diploma students from National Academy of Arts, Culture and Heritage (or Aswara) involved in the production of Makyung Sultan Permadi at the institution recently.

The Makyung performance — which centres on the topic of polygamy — is an assessment project for Makyung II, a subject compulsory for all diploma students at the academy. It is a continuation of Makyung I where students learn the basics of the art form such as its history, dance steps and songs. For Makyung II, students undergo 12 weeks of preparations to stage the production in their respective groups for their lecturers to evaluate. The best talents from the batch are then selected for a two-week intensive training for the public staging of Makyung Sultan Permadi. This is part of the institution’s strategy to ensure that such age-old art forms live on among the young.

Head of academic core learning division Reza Zainal Abidin says: “Our goal is to create public awareness of traditional art besides grooming talents who will carry on the tradition.” There is an urgent need to produce new champions of traditional art forms in Malaysia as the number of existing enthusiasts is dwindling fast. Many have either passed on or stopped performing because of old age. Finding their replacement is tough. “A hundred years ago, a Makyung prima donna might have 10 children with one or two of them keen to learn the art. These days, none of the children might want to learn at all,” adds Reza. “Art forms that rely on a master teacher will eventually die out if not inherited,” adds Reza.

Makyung is believed to originate from Pattani, Southern Thailand and to have spread to Kelantan and Terengganu some 400 years ago. Initially an entertainment that only royal families could enjoy, Makyung became a hit among the rakyat by the Twenties. However, it began losing its fame when new forms of entertainment emerged mid-20th century. Many Makyung proponents agree that preserving the four-century-old art form starts with reaching the younger audience.
It is against this dire backdrop that Aswara began introducing Makyung as a core subject in 1996, two years after its inception. Aside from Makyung, Aswara diploma students must also learn Wayang Kulit and Bangsawan.

Lecturer Rosman Ishak, a former Aswara student, says the method of teaching the subject has evolved over the years. “It is more systematic now. Back then the institution was still trying to figure out how best to teach it to the youth. It is understandable as no other institution had taught Makyung in a structured way or used it as a form of assessment before,”he says. Rosman, who is among the pioneer batch of students involved in the first student production Anak Raja Gondang in 1997, recalls being excited to learn all about Makyung. “I wanted to know the significance of every move in Makyung such as why the actors formed a circle in the middle of the stage,” he adds. Like Rosman, many students embrace the art form (see accompanying article). Yet with any obligatory subject, there is bound to be resistance, says Reza. “It all depends on the students. If they are ready to learn, they will pick it up and develop an appreciation for it,” he adds.

Staging Makyung performances adapted from popular tales is one way of keeping the art form relevant to students. “We make the stories relatable through comic roles. Ever since Makyung began, Peran (court jester) roles have had the creative licence to step out of their characters and comment on current issues,” he adds. For example, the Peran roles in Makyung Sultan Permadi cracked jokes about the 13th General Election. Despite the lack of interest among some students, Aswara has inspired a number of its graduates of all ethnicity to “inherit” the art. “We have two students who are being groomed as rebab players as they show potential in it,” says Reza.

Former student Duratul Ain Dorothy Jonathan Linggang, on the other hand, fell in love with Wayang Kulit and is now recognised as a dalang muda. The University of Malaya lecturer — an Iban — is pursuing her doctoral degree in the field. As educators, Reza and Rosman view themselves as coaches who help students figure out “what they are good at through the process of staging the show”.  “Some may think that a Theatre student would be a natural pick for the lead role in Makyung, but it is not necessarily so. One of the Perans is pursuing Film and Television. Anith Aqilah Sulaiman Lim, who plays Bunga Tanjung, is a music student,” says Rosman.

Reza dreams of seeing more Malaysians experience Makyung. But he is realistic about the likelihood of students championing Mak yung or other traditional art forms in the future. He would be more than happy “if we have a non-Malay Aswara graduate discuss her experience performing Makyung with friends over coffee one day”.

A platform for all
FOURTEEN weeks of preparations for a Makyung (also Makyong) production gave diploma students at the National Academy of Arts, Culture and Heritage (or Aswara) more than hands-on experience of staging a traditional theatre show.  It taught Theatre major Sharifah Nordiana Maihan Syed Shaikh an appreciation for ancient art forms. “I feel privileged to learn the finer points of Makyung from living prima donnas. It is not often that someone of my generation gets to experience personal coaching from them and wear actual Makyung costumes when performing,” says Sharifah Nordiana, who played the lead female role Permaisuri Bunga Kenanga in Makyung Sultan Permadi, a student production for Makyung II, a subject compulsory for all diploma students at Aswara.

She is one of 95 students involved in the staging of the Makyung show, which centres on the issue of polygamy, held at Aswara recently. The Kuantan lass says she understands Kelantanese folks better from the subject. “If you watch Bangsawan to understand the Malays, you will understand the Kelantanese better from watching Makyung as it reflects their culture and nature,” she adds. For Abdul Hanif Ag Abdul Latip, also a Theatre major, the subject has provided students of all ethnicity a platform for experiencing Makyung. “The subject has proven that it is possible for a non-Malay student to lead a Makyong performance. As long as they have the basics, they can speak the dialect and act, they will be considered for a role in the production.”

As production manager, Diploma in Music (Performance) student Lee Shi Min came away from the experience richer in knowledge of how to organise a theatre production. “What we go through is the same as what professionals go through. Problem-solving skill is important and we need to find solutions fast. Everyone must be clear about their roles and do them well,” she says.

Head of academic core learning division Reza Zainal Abidin believes both the public and students had lessons to learn from the staging of the Makyung show. The public paid a fee of RM5 (for students) and RM10 (for adults) to watch the public staging of Makyung Sultan Permadi to instil the importance of supporting local productions into them. “At the same time, we have to ensure that students put on quality shows. It is unfair to present a ‘learning’ product to a paying audience. This, in turn, teaches students to be accountable for their creative output,” he says.


Read more: THE PERFORMING ARTS: At the circle of Makyung - Learning Curve - New Straits Times http://www.nst.com.my/channels/learning-curve/the-performing-arts-at-the-circle-of-makyung-1.281644#ixzz2UKE7ZWip

Tuesday, April 24, 2012

VOCAL CORD - MY VOICE MY INSTRUMENT


26 April 2012 akan diadakan satu seminar berkenaan Mengenal dan menjaga Peti Suara. Bunyi macam sangat saintifik kan. Kita sebenarnya sangat bergantung pada peti suara di dalam hidup seharian. Organ itu berfungsi sebagai alat komunikasi yang paling penting. Menyampai maksud dan hasrat serta menterjemah pemikiran kita. Jangan kita pandang remeh dengan hal peti suara ini. Memang peti suara sangat berkait rapat dengan seorang penyanyi kerana suara itu punca cari makan mereka, namun aktor malah seorang guru pun perlu menjaga peti suaranya supaya maklumat yang nak disampaikan jelas dan tercapai. Moh lah orang-orang ASWARA...mari kita dengar MY VOICE MY INSTRUMENT

Tercetusnya idea untuk saya anjurkan seminar pendek ni, selepas saya menerima rawatan dan anak tekak saya dijolok kamera untuk melihat bagaimana kesihatan peti suara saya. Kerana pengalamannya apabila di pentas suara saya sering sahaja bertukar serak dan low energy. Selepas dirakam, kelihatan ada polip kecil di antara otot peti suara saya. Rupanya bukaan peti suara saya kecil dan tidak normal. Jadi saya perlu adakan terapi suara dan lakukan senaman serta urutan supaya ianya terbuka. Malang bagi seorang rakan saya, kesan daripada tabiat merokoknya dahulu walaupun dia sudahpun berhenti, peti suaranya ada banyak bintik-bintik merah dan otot tidak berfungsi dengan baik. Barulah saya faham mengapa bila menyanyi beliau tidak boleh capai nada yang tinggi. Malah semasa mula-mula berbual dengan Dr.Kartini, beliau sudah didiagnose sebagai pesakit peti suara. Rupanya macam-macam lagi yang kita tidak tahu apa yang berfungsi dalam badan kita ini. Subhanallah. Untuk menjaganya beberapa petua diberi. Nak tahu petua tu...datanglah seminar nanti.

Bila melalui proses pemeriksaan, saya sungguh kagum dengan ciptaan Allah. Organ sebegini kecil berfungsi dan punya objektif nya sendiri. Allah mencipta sesuatu itu dengan maksud dan tujuan. Kita sahaja yang tentukan sama ada nak pelihara atau rosakkan saja. 

Thursday, April 5, 2012

SENIMAN : ANYBODY CAN BE...

Ini disebut seni melompat hehehe

Dalam majlis perasmian MAIRA 2012 petang semalam, salah seorang artis Iran bercakap, dia bukan calang-calang orang , dia ialah Prof. Dr Amir H.Zekrgoo dari ISTAC; beliau mengatakan kalau dahulu sejarah tamadun manusia dirujuk kepada bahan-bahan bertulis seperti catatan pengembara, pedagang atau missionary tetapi itu semua sudah bertukar, seni menjadi rujukan utama memandangkan sebelum manusia menemui sistem tulisan, manusia melukis sesuatu perkara atau kejadian. Lukisan inilah yang menceritakan kisah purba di gua atau di mana-mana boleh ditemui lakaran itu.

Seni mengarang dan grafik by Aish

Apabila era digital muncul dan menguasai kehidupan manusia, ruang berkarya itu menjadi terlalu luas sehinggakan mewujudkan masalah kepada dunia untuk mengawal perkembangannya. Mengawal dari segi sejarah, nilai dan pemikiran. Jika dahulu kanvas adalah media kepada artis tetapi kini ianya infiniti. manusia berkarya pada alam pada maya. Bagaimana nak mengawal itu? Masalah kan. 

Walau apapun, seni adalah alat menyampaikan hasrat manusia. Manusia berkomunikasi tentang diri dan tentang kehidupan sejagat. Tidak ada apa-apa keuntungan bagi seorang artis bila berbicara soal ekonomi, sola politik atau pun sosial. Berbeza dengan orang politik, apa sahaja yang mereka bicarakan semuanya berbalik kepada PROFIT untuk mereka. Macam hari ini, semuanya bertimbal balik kepada kepentingan individu, kuasa, memancing undi ataupun menjatuhkan lawan. So dirty!

Seni mengarang; by Aish masa darjah 2

Akhirnya seni pada hari ini menguasai kehidupan manusia. ke mana sahaja kita pergi, kita sebenarnya memandang sebuah karya. Bila kita berjalan masuk ke sebuah bangunan, landskap dan susun atur dalamannya adalah karya. Bagaimana mereka menyusun pasu dan mencantas pokok, itu adalah seni juga. Seni mempamerkan hasrat manusia untuk bercerita, memberi sentuhan, membangkit rasa pada mereka yang melihat. Masakan juga satu seni, apatah lagi bila sampai kepada hiasan pada hidangan, itu sudah jadi sangat seni. Dari pandangan pada hidangan, selera manusia sudah bangkit...bukankah itu melibatkan deria, emosi dan naluri. Kalau hal itu yang terkesan maka itulah akibat dari kerja seni.

Friday, March 30, 2012

MAIRA 2012 - MALAYSIAN-IRAN EXHIBITION


Sejak 19 Mac lalu telah pun bermula pameran lukisan pelukis-pelukis dari dua buah negara iaitu Iran dan Malaysia. Pameran ini dipanggil Malaysia-Iran Art Exhibitiion atau MAIRA 2012 bertempat di Galeri ASWARA. Jadi pada 4 April 2012 ini akan diadakan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ASWARA merangkap KSU KPKK iaitu Dato Seri Kamaruddin Siaraf.

Dalam pameran ini, insyallah dua karya saya bakal dipamerkan bersama-sama karya-karya pelukis lain termasuklah artis berkaliber dan para pelajar ASWARA sendiri. Manakala pelukis-pelukis Iran adalah terdiri daripada artis Iran yang aktif berkarya di KL.

Saya dengan berbesar hati menjemput anda semua ke ASWARA pada 4 April 2012 (Rabu) jam 4.00 petang.
Datanglah memeriahkan majlis. 

Thursday, March 22, 2012

WAYANG KULIT : BUNGA CEMPAKA RINDU MALAM


Baru je habis menonton wayang kulit di Orchestra Hall, ASWARA. Tinggal esok malam sahaja. Malam ni pak Nasir, dalang wayang kulit yang juga adiguru ASWARA bersama kumpulannya mempersembahkan cerita Bunga Cempaka Rindu Malam. Menariknya cerita ini kerana ia lebih segar dan tidak meleret-leret. Saya kira Pak nasir yang sudah terbiasa dengan tuntutan persembahan di Kuala Lumpur telah menyediakan sebuah persembahan yang sangat sesuai. Citarasa kontemporari diterapkan. Bahasa yang dipilih tidaklah totok Kelantannya. Saya kira kalau mereka yang kurang biasa dengan dialek Kelantan boleh faham dengan baik. 
Cerita Bunga Cempaka Rindu Malam ini berkisah tentang Wak Long menyanyi-nyanyi di hadapan anak raja lalu tersebut sebaris ayat yakni Cempaka rindu malam. terdengarkan oleh anak raja itu lalu jatuh hatinya dan menginginkan bunga itu. Namun ia menjadi kerisauan Wak Long kerana bunga yang di sebut itu tidak diketahui akan kewujudannya. Apabila raja mendengarkan nama itu, Raja Seri Rama pun menitahkan wak long dan pengasuh yang lain mencari bunga itu. Lucu bunyi dan bermulalah pengembaraan wak long dan pengasuh yang lain mencari Bunga Cempaka  itu.

Pak Nasir
Memang susah untuk menarik khalayak ke panggung, malam ini penonton kurang ramai namun yang datang adalah orang-orang muda yang saya rasa bagus kerana mereka tertarik dengan seni ini. Sukarnya untuk wayang kulit mencari khalayak kerana konotasinya pada persepsi tradisional itu sangat kuat walhal cara permainannya sudah  berbeza. Berlainan dengan makyung yang dilakonkan dengan pelbagai aksi dan kostum yang indah-indah, wayang kulit tidak ada itu, wayang kulit cuma ada kehebatan permainan dalangnya. Suara dan libasan patung-patung oleh dalangnya serta muziknya yang variasi. Yang bagi saya Pak Nasir memang seorang dalang yang hebat. Suaranya yang berubah pada setiap watak, elemen teaterikal dan kefahaman teater dalam diri Pak nasir adalah semulajadi. Tidak perlu kenalkan pada beliau soal dinamik atau pace, beliau sudah praktikannya. Lontaran suara pak nasir seiring dengan tenaganya melibas patung-patung di kelir. Rasanya kalau saya berada di sebalik kelir tentu menarik melihat kinestetik yang memunculkan aksi-aksi di kelir. Kemahiran beliau dalam bermain patung-patung ini dek kerana penguasaannya dalam seni bercerita wayang kulit apatah lagi beliau juga adalah pemuzik pergendangan yang berpengalaman dan pemain makyung yang terlatih. pendek kata terkumpul banyak kekuatan dalam diri Pak Nasir. Betullah kata orang, nak jadi hebat tu perlu himpun seribu macam ilmu barulah keluar ketokohannya. 

Pak Nasir disokong oleh ahli-ahli pergendangan yang sangat akrab dengan seni wayang kulit ini. Pak mail, Pak Anuar, Kamrul Bahri dan anak-anak muda yang masih di bawah usia 30 tahun seperti Kamrul baisah, Nik Izham, Farid, Yana dan ramai lagi yang kebanyakkannya masih di tahun 1 Diploma ASWARA, cukup memberi satu gambaran bahawa Wayang Kulit itu bukanlah asing dan bukanlah seni untuk orang tua semata-mata ataupun seni untuk orang kelantan sahaja. Sebab tadi saya kelih ramai juga budak-budak yang mengiring pak nasir tu bukanlah orang klate. Penonton pun sama...terkekek kekek bunyi gelak.

Jadi jangan lepas peluang esok 23 Mac 2012 malam terakhir wayang kulit. Lain kali kalau ada show wayang kulit, jangan negatif mana tahu anda mungkin jatuh cinta lebih dari menonton sebuah animasi. Bukankah filem itu inspirasi dari wayang kulit?

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...